Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Thursday, May 21, 2009

Luahan Rasa : KAGUM

Hmm, petang ni boring betullah. Tak tahu nak buat apa..
Tengah-tengah boring ni tertengok pula gambar waktu di KAGUM (sukan antara institut perguruan seluruh Malaysia) waktu bulan Mac hari tu.
Jadi ana nak cerita pengalaman ana sewaktu mewakili ip untuk KAGUM 2009 di Kota Tinggi, Johor.



Bermula pada terdengar pemilihan untuk pemain ip, ana terus berlatih dan berlatih dan berlatih sampai lapar (kenapa lapar pula tiba-tiba ni). Dan pada hari pemilihan, En Rasul selaku pengurus masa tu ingin memilih seramai 4 orang yang terbaik dan dari 4 orang tu, 3 orang je yang akan mewakili ip. Waktu tu terus terdiam kerana yang pergi pemilihan ramai juga. "boleh ke aku ni", hati ana berkata. Tapi nak buat macam mana, dah pergi takkan nak balik pula.

En Rasul

Dipendekkan cerita, ana dapat 4 tempat yang terakhir tu. Alhamdulillah.. Syukur betul masa tu. Tapi belum habis lagi sebab dia nak 3 orang je. Bermula dari situ memang berlatih bersungguh-sungguh, kalah Chong Wei punya latihan agaknya.huhu...

Tapi tulah, nak kata rezeki kan.. dapat juga tempat untuk wakil ip. Syukur2... Minggu tulah paling penat, pagi, petang & kadang-kadang sampai ke malam kena berlatih. Sampai kaki ni dah takde rasa dah sebab penat sangat. Dengan kerja kursus tak siap-siap. Nak naik tangga pun kena angkat kaki ni. Biasalah tu, dah lama tinggal...

Tapi yang paling tak boleh lupa masa group badminton kami kena marah dengan En Rasul. Sebab apa? Biarlah rahsia kami je.

Jadi, hari Jumaat semua wakil KAGUM IPSAH dah kena bertolak tapi ana pergi sendiri je dengan menaiki kereta kerana rumah ana pun di Johor saja. Setibanya pagi Sabtu tu, mestilah sarapan dulu kan? Masa tulah jumpa kawan-kawan dari IPSAH. Rupa-rupanya di situ saja tempat makan yang boleh dikatakan ok. Patutlah senang sangat nak jumpa. Waktu di sini kami semua menetap di Sek Men Sains Bandar Penawar. Besar jugalah sekolah ni, tapi sebenarnya ana dah pernah pergi pun masa sek men dulu. Masuk pertandingan menulis kaligrafi peringkat negeri dan kalau tak silap ana dapat nombor 5 (nak cerita juga).



Hmm, kita terus kepada pertandingan. Ana main perseorangan lelaki, jadi analah yang kena lawan dulu. Masa perlawanan pertama ana jumpa IP Islam. Alhamdulillah. menang straight set. Kira hebat juga lawan ana tu tapi sebab sokongan padu jurulatih En Zakaria dan rakan-rakan seperjuangan, semangat nak menang tu membara-bara.


Ada gaya Chong Wei x? hehe..

Coach yang tak jemu bagi tunjuk ajar..

Kemenangan set pertama

Lepas menang tu mestilah lega. So lepas ni ana akan berrtemu dengan lawan dari IP Gaya. Tak kenal pun siapa orangnya.. Masa petang pula, ana turun ke gelanggang untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan. Masa tengah bagi sokongan tu, ana ternampak lawan yang ana kalahkan pagi tadi lawan dengan seseorang. Dari Ip Gaya.. wah, hu, tengok je wakil Gaya 2, tarik nafas la juga. Mana taknya, badan dahlah tough, solid, memang lemah terus r semangat ni. Tengok pula cara dia lawan, skali smash je terus mati. Masa tu memang ana terus lemah semangat (nasib baik takde sakit jantung). Yang tulah kena lawan sok pagi. huhu..

Malam pula ada majlis perasmian. Jadi sume kena terlibat Seronok juga, dapat berkumpul dengan kawan-kawan dari ip satu Malaysia. Lepas tu dapat juga jumpa sahabat dari IPTI, IPRM dan beberapa IP lagi.

Malam perasmian

Pagi esoknya seperti yang dijanjikan, kekalahan ana dengan wakil ip Gaya. Teruk jugalah kena ditambah dengan perasaan sedih kerana jumpa yang hebat masa awal-awal. Tunggulah masa separuh akhir ke kan?huhu....So tinggallah kawan-kawan ana yang meneruskan perjuangan. Untuk perseorangan perempuan (Ruby) dan beregu lelaki (Woei Chun, Adham), diorang dapat sampai separuh akhir tapi kalah le.. So sampai situlah perjuangan kitorang semua. Dan johan untuk perseorangan lelaki, mestilah lawan ana dari ip Gaya tadi. Rupa-rupanya, semua yang die lawan untuk jadi johan, semua straight dia kerjakan. Termasuklah yang pernah mewakili SIPMA (sukan untuk IPTA dan mewakili institit perguruan seluruh Malaysia). Memang tererlah... Tahniah untuk dia, Chonred Charles nama dia (kalau x silapla).

Dan lepas semua dah kalah tu, apa lagi.... kami semua dibawa berjalan di Desaru dan tempat2 sekitarnya. Dah kalah mestilah nak enjoy, mengubat hati yang duka. hehe..

Masa di Desaru

Bawah ni gambar sebelum kitorang bertolak untuk pulang, dari kiri Wen Ai, Christine, Ruby Anne, En Zakaria, Adham, Woei Chun dan ana.

Pasukan Badminton KAGUM
IPGM Kampus Sultan Abdul Halim
2009


Nak dipanjangkan cerita............................................................... bermulanya di situ......

Menyingkap sejarah hidup ana dalam sukan badminton, ana mula bermain sejak kecil lagi. Waktu tu, ana hanya ikut ayah ana main dan ana main hanya sekadar untuk suka-suka.

Ana mula berlatih dan berkecimpung secara serius dalam sukan badminton apabila masuk ke sekolah menengah dari tingkatan 1. Ana berlatih di bawah satu pengurusan kelab peringkat daerah Segamat. Jurulatih yang melatih ana merupakan bekas pemain negeri. Waktu ni ayah ana sendiri yang tanya sama ada ingin berlatih dalam sukan badminton dan ana setuju kerana tak hebat dalam sukan-sukan yang lain waktu tu.

Hari pertama menyertai latihan, punyalah penat. Baru lima minit tu.. tapi selepas beberapa bulan stamina ana semakin meningkat dan ana boleh rasa perbezaannya. Apa tidaknya, latihan setiap hari Jumaat-Ahad dan masanya dari pagi sehingga ke petang. Latihan sebelah pagi lebih memfokuskan kepada stamina, seperti jogging, shadow, aljility dan banyak lagi istilah-istilah yang kami gunakan. Latihan sebelah petang pula memfokuskan kepada shuttle drill, shadow, game dan sebelah malamnya memfokuskan kepada kekuatan seperti tekan tubi, bangkit tubi, swing dumb bell, angkat berat dan lain2.

Beberapa bulan menyertai latihan ana terpilih untuk mewakili sekolah pada tingkatan dua. Tetapi waktu ni ana kalah awal kerana takut, gigil dan banyak lagi. Sebelum game berapa kali pergi tandas entah. hu3.. Bermula dari situ ana buat latihan keras sendiri. Jogging setiap hari 10km, berbasikal setiap kali cuti sekolah 40-120km, dan banyak lagi disamping berlatih footwork dan shadow di bawah kelolaan jurulatih. Ya, mencapai kejayaan bukannya mudah.

Tingkatan tiga sekali lagi ana mewakili sekolah. Dan alhamdullillah, kali ini tiada lagi perasaan takut seperti dahulu, cuma pada pusingan pertama. Selepas menang pusingan pertama, semangat semakin membara-bara untuk menang di pusingan yang seterusnya. Sehinggalah diperingkat akhir, ana kalah juga akhirnya. Bukan kerana takut tetapi kerana lawan yang lebih hebat. Jadi dapatlah naib johan peringkat daerah waktu tu.

Bila dah sampai final, automatik ana akan mewakili daerah ke peringkat negeri. Perlawanan peringkat negeri berlangsung di Mersing. Dipendekkan cerita, ana hanya sampai ke pusingan suku akhir sahaja di sini. Habis sahaja pertandingan peringkat negeri, ana stop sekejap latihan badminton untuk fokus kepada peperiksaan.

Berita menyedihkan ana terima sewaktu di tingkatan 4, jurulatih ana meninggal dunia kerana kemalangan. Innalillah.. setiap yang bernyawa pasti merasainya. Jadi secara automatik, ana berhenti dari latihan dan brmain sekadar suka-suka sahaja selepas itu. Tingkatan 4 dan 5 ana dah tak serius main badminton. Apapun ana bersyukur kerana peringkat pemilihan ana johan untuk single dan double sewaktu tingkatan 4 (single) dan 5 (double). Jadi ana sekadar mewakili sekolah ke peringkat daerah sahaja. Itulah antara kejayaan ana sewaktu bersekolah dahulu. Kenapa? Tak percaya? Jom tengok sini..

Itulah serba sedikit sejarah ana dalam sukan badminton sebelum bersara sepenuhnya pada tahun bila entah. ha3..

Persoalannya, dapatkah ana menewaskan Chonrad Charles jika ana tidak berhenti berlatih dahulu? hu3...

1 comment:

  1. assalamualaikum...
    join kagum ea...
    hebat...hehe

    jmpe amer,pnghulu plkn dlu..??
    die pn join kagum...

    thun dpan kalo nk rse naik flight free,join la lg...=P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat