Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Sunday, August 15, 2010

Luahan Rasa : Akhirnya Terjadi Juga

Selama ni aku hanya melihat ramai rakan-rakanku kemalangan tatkala menaiki motosikal. Aku hanya berkata di dalam hati bila melihat rakan-rakanku “Kawan-kawan aku ramai dah accident bila naik motor, bila masa giliran aku ni ek?” kadangkala pernah aku luahkan pada sahabatku bila pula giliran aku tiba.
Tak disangka tanggal 14 Ogos akhirnya ia menjadi kenyataan. Aku tak tahu kenapa. Aku ingat lagi lebih kurang pukul 2130 aku menunggang sendirian tatkala mencari ketenangan. Usai menunaikan solat isyak di masjid, aku terus mengambil kunci motorku dan membawa diri ke satu tempat. Agak deras motosikal yang aku tunggang malam itu. Mungkin kerana aku sudah biasa dengan jalan di kampung itu. Ya, aku sentiasa melalui jalan itu. Agak gelap dan suram, ditambah selekoh yang banyak.

Aku membawa motosikal dengan laju, mungkin 90-110km/j. Tetapi dengan kelajuan itu fikiranku melayang entah ke mana. Aku membawa melepasi selekoh pertama. Seterusnya selekoh kedua dan di selekoh ketiga, aku akhirnya hilang kawalan. Mungkin kerana tersalah langkah. Sreeeeeeeeeeeeeeet……………. DAM… bunyi itu yang aku dengar bila aku menekan brek belakang. Aku masih ingat yang aku terpelanting dan belakang badanku mendarat terlebih dahulu. Splash….. aku terjatuh di atas air yang penuh dengan pokok kecil dan rumput di situ. Aku tak ingat di mana. Di dalam paya mungkin.

Dalam keadaan basah aku masih terkejut. aku menanggalkan topi keledar dan bertanya di dalam hati “Di mana jalan keluar?” aku cuba mencari kerana pokok-pokok kecil menutup penglihatanku dan ditambah dengan kegelapan malam. Cermin mata yang tidak pernah aku tanggalkan hilang di celahan pokok-pokok kecil itu. Telefon bimbit dan dompetku juga basah angkara air di situ. Dalam gelap aku meraba mencari pula di mana motosikalku. Ya, masih ada di situ. Tiba-tiba aku nampak cahaya dari satu arah dan aku yakin di situ ialah arah keluar. Bila aku menghala ke arah cahaya itu aku nampak jalan di mana aku terbabas tadi dan tiba-tiba ramai motor yang datang ke arahku. Rupa-rupanya penduduk kampung di situ. Alhamdulillah aku berkata di dalam hati. Mereka yang menolongku mengeluarkan motosikalku yang terjatuh ke dalam tebing yang lebih kurang semeter tingginya.

Aku lihat motorku tiada apa yang calar dan rosak kecuali disaluti lumpur dan selut. Seorang penduduk kampung menolong menghidupkan motorku. Masih hidup seperti biasa. Alhamdulillah.. usai mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung aku pulang dalam keadaan basah dan tidak nampak jalan di hadapan dek kerana cermin mataku yang hilang. Dalam keadaaan menggigil aku menunggang balik ke rumah dan dengan penglihatan yang kabur aku melihat.

Sampai sahaja di rumah satu badanku sengal dan lenguh. Tanganku sedikit calar dan kakiku sedikit luka. Apapun aku tetap bersyukur kerana tiada kecederaan yang teruk pada diriku. Begitu juga motorku, hanya sedikit rosak dibahagian elektroniknya. “Takpelah, masih boleh dibaiki” aku berkata di dalam hati.



Tempat kejadian. Diambil selepas beberapa hari..




Lampu depan dan meter yang jadi akuarium..







Terpaksa ana buka semua..




Namun selepas dibaiki dan dibersihkan inilah hasilnya. Calar sedikit sahaja..


2 comments:

  1. salam, sabar sajalah, adalah hikmah di sebalik ujian yang Allah berikan itu...InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. syukran ya akhi..
    mudah-mudahan ada hikmah di sebalik bulan ramadhan yang mulia ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat