Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Monday, September 20, 2010

Maksud Simbol "Peace"


Tahukah kita semua, simbol keamanan yang kita wara-warakan dan amalkan selama ini mempunyai rahsianya tersendiri? Ana sendiri pun kurang percaya dengan kewujudan maksud sebenar simbol ini sehingga ana seorang ustaz memberitahu dan ana cuba mencari beberapa artikel yang menerangkan maksud sebenarnya simbol ini.


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

Gambar di atas adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

Sesungguhnya tuhan itu Maha Pengampun.

Thursday, September 16, 2010

Laporan PBS Sem 2/2010

Laporan PBS Hari Pertama (30 Ogos 2010)

Pada 30 Ogos 2010, saya telah melakukan PBS kedua di Sekolah Kebangsaan Dato seri Maharajalela bersama seorang sahabat saya dari IPG Kampus Raja Melewar. Sekolah yang terletak di bandar Segamat ini merupakan bekas sekolah saya sewaktu saya bersekolah rendah. Saya melaporkan diri di sekolah lebih kurang pukul 7.00 pagi dan terus ke menuju ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan guru besar sekolah ini. Malangnya guru besar masih belum tiba ke sekolah dan kami bernasib baik berjumpa dengan bekas guru saya, Puan Wan Noriza Bt Ahmad. Beliau yang membawa kami ke bilik guru serta menyediakan tempat untuk kami di bilik guru.

Seterusnya kami di bawa ke perhimpunan mingguan. Perhimpunan pada hari ini agak lambat kerana berlangsungnya majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53. Perhimpunan dimulakan dengan Lagu Negaraku, Negeri Johor dan lagu-lagu patriotik. Seterusnya wakil ucapan Yang Di Pertuan Agong, Menteri Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran dan ucapan perasmian dari guru besar, Encik Mohamed Elham Bin Mohamad Soheh. Kemudian perhimpunan diteruskan lagi dengan persembahan dari setiap wakil kelas. Perhimpunan diakhiri dengan laungan kemerdekaan dan lagu sekolah.



Kami kemudian berjumpa dengan guru besar di bilik beliau. Di sini beliau memberikan sedikit nasihat dan panduan selain bertanya tentang tugasan yang kami perlu lakukan. Beliau juga banya membantu untuk tugasan yang perlu disiapkan dan saya berpendapat beliau seorang yang sangat komited dan tegas dalam menjalankan tugas.

Seterusnya kami berjalan ke sekeliling sekolah untuk mengambil gambar dan melihat kenangan-kenangan saya di sekolah ini. Maklumlah, sekolah lama. Banyak perubahan yang berlaku setelah 8 tahun saya meninggalkan sekolah. Kami juga berkenalan dengan guru-guru di sekolah ini di samping mencari maklumat yang perlu kami lakukan. Kemudian kami diamanahkan untuk mengajar matapelajaran seni visual darjah 5.

Waktu pulang di sekolah ini pada pukul 1.20 tengah hari dan kami pulang lebih kurang 1.45 tengah hari..





Laporan PBS Hari Kedua (31 Ogos 2010)

Hari ini sekolah di seluruh negara bercuti sempena hari kemerdekaan negara ke-53.

Laporan PBS Hari Ketiga (1 September 2010)

Untuk hari ketiga saya ke sekolah dengan menumpang seorang guru kerana rumah kami yang berhampiran dan bersekolah di sekolah yang sama. Saya ke sekolah pada pukul 6.45 pagi dan setibanya di sekolah, seperti biasa saya menulis nama di pejabat sebelum memulakan tugas. Selepas itu saya ke bilik guru untuk meletakkan barang-barang saya. Kemudian saya teruskan kerja saya dengan mencari maklumat yang berkaitan. Alhamdulillah, walaupun baru dua hari berada di sekolah ini, sudah banyak maklumat yang saya perolehi untuk menyiapkan tugasan saya.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, saya telah diberi amanah untuk menjadi juri hakim untuk Pertandingan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan di sekolah ini. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di dalam dewan pada hari ini. Terus terang saya terkejut dengan amanah yang di beri. Menjadi juri pertandingan sajak merupakan pengalaman pertama saya sepanjang bergelar guru pelatih. Sebenarnya saya berasa masih belum layak untuk menjadi juri. Namun amanah itu tetap saya laksanakan dengan sebaik mungkin.

Pelajar yang menyertai pertandingan ini ialah dari darjah satu hingga ke darjah enam dan setiap kelas diwakili dua orang pelajar. Bermacam-macam ragam yang dapat saya lihat. Namun keputusan pertandingan masih belum diketahui. Pertandingan tamat sehingga waktu sekolah hampir tamat. Murid tunggu di dalam dewan dan pulang pada pukul 1.20 tengah hari.




Laporan Hari Keempat (2 September 2010)

Pada hari ini saya telah meminta kebenaran dari seorang guru bahasa melayu untuk melihat beliau mengajar di samping melengkapkan tugasan yang perlu saya siapkan. Kelas yang saya lihat ialah darjah 5 dan kelas tersebut merupakan kelas ‘nombor dua’. Jadi masih ada murid yang lambat dan belum menguasai kemahiran 3M.



Hari ini saya mempunyai masa yang agak lapang. Selepas kelas saya mencari maklumat yang perlu kerana esok merupakan hari terakhir saya berada di sekolah ini. Tambahan pula masa saya agak suntuk kerana saya berada di sini selama empat hari sahaja. Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti sekolah seperti sambutan kemerdekaan, pertandingan sajak, pertandingan melukis, dan esok akan berlangsung aktiviti khatam al-quran dan majlis bersalaman antara guru dan pelajar.

Saya sedaya upaya mencari semua maklumat yang diperlukan pada hari ini dan alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan oleh-Nya. Pada pukul 12.00 tengah hari saya dikehendaki menghadiri mesyuarat. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah tentang kewangan dan aktiviti sekolah.

Laporan Hari Kelima (3 September 2010)

Pada setiap hari Jumaat, sekolah ini akan mengadakan majlis bacaan yassin. Semua pelajar akan berkumpul di dalam dewan pada pukul 7-30 pagi. Usai bacaan yassin, semua pelajar didengarkan tazkirah oleh seorang guru di sekolah ini dan selepas itu majlis khatam al-quran bermula. Semua bacaan didengarkan oleh pelajar-pelajar harapan untuk mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR. Kemudian majlis diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah untuk pelajar yang menyertai beberapa pertandingan di sekolah ini.

Guru-guru dan pelajar agak sibuk pada hari ini kerana sebelum pulang nanti kami sekali lagi dikehendaki berkumpul untuk majlis bersalaman antara pelajar-pelajar dan guru-guru. Saya diminta menolong ketua dan penolong pengawas sekolah ini membuat ucapan wakil pelajar. Seterusnya saya berjumpa juga dengan guru besar untuk menandatangani beberapa dokumen yang perlu.

Selepas itu saya menggunakan kesempatan yang ada untuk mengambil gambar kenangan bersama bekas guru dan sekolah saya di sini. Pelajar berkumpul di dalam dewan lebih kurang pada pukul 10.30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kemudian ucapan wakil pelajar.

Tanpa disangka-sangka saya dikehendaki memberi ucapan pada majlis ini. Saya sebenarnya tidak diberitahu tentang ini tetapi saya gembira dapat berucap sebelum saya meninggalkan sekolah ini. Seterusnya ucapan dari guru-guru dan tuan guru besar. Sebelum pulang, pelajar bersalaman dengan guru-guru dan saya tidak ketinggalan dalam majlis ini.

Hari ini pelajar pulang awal iaitu pada pukul 12.00 tengah hari. Saya juga tidak terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada En Elham bin Mohamad Soheh, Guru Besar Sek Keb Dato Seri Maharajalela, barisan Guru Penolong Kanan, dan semua guru-guru yang banyak membantu saya dari pelbagai aspek sama ada secara langsung ataupun tidak.






Bekas Cikgu Yang Pernah Mengajar......

Cikgu Rosmawati (merah) yang mengajar BI dan Cikgu Abrizah yang mengajar Matematik.

Ustazah Nur Suphia yang mengajar matapelajaran agama waktu darjah 2.

Guru kelas dan guru matematik waktu darjah 3, Cikgu Haliza

Mr Lee Whan Khah yang mengajar matematik darjah 6.

Luahan Rasa : Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1431 H

Bermaafan itu perlu..



Mat Rempit di pagi raya..



Wednesday, September 15, 2010

Surat Untuk Ayah dan Mak

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cinta. Apa khabar dengan keluarga di sana? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa. Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat.


Tapi kadang-kala ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat. Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam ni. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.


Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina.


ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)


Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina. Sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat Melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.


Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat. Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, rasanya mak dan ayah dah kenal calon along. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon along boleh uruskan. Mak dan ayah jangan risau, yang penting mak dan ayah bersedia. Lagipun along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti.
Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada.


Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah.


Sekarang pilihan di tangan kita. Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).


Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa. along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah.


Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini. Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul. along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah.


InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam. Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka. Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka.


Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti. Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua.

Sunday, September 12, 2010

Lafaz Sakinah - Far East

Lagu ini mengisahkan tentang seorang bapa yang ingin menyerahkan puterinya kepada seseorang yg terbaik menjadi pendamping hidup puterinya.

Dalam pada itu, apabila terlaksana Lafaz Sakinah yang keramat itu, maka segalanya berada dalam tanggungjawab suami tersebut termasuklh nafkah,pakaian,tempat tinggal dan sebagainya.

Hayatilah bait-bait lagu ini...Best!!!


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Thursday, September 2, 2010

Abang dan Ayang

Kepada abang,
Ayang nak minta kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas. Abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik.

Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan di sini. Kereta baru abang tu mahal. Harga mencecah 100k barangkali. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam. Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau kenapa? Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat. Tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah birthday setahun sekali pun susah. Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. Ayang nak dapat pergi salon setahun sekali pun susah. Kereta abang make up lawa-lawa. Tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri.

Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping je masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada. Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak. Ayang jatuh longkang besar boleh abang gelakkan. Ayang tanya kanapa tidur dalam kereta? aAang jawab takut orang curi kereta abang, tapi kalau ayang kena curi?? Ayang nak balik kampung dulu. Aanak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa. Tak nak naik kereta abang takut calar, ayang calar takpe. Jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pergi tak lama, sekolah bukak ayang baliklah dengan anak-anak.

Pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love: Ayang



Si suami membalas surat si isteri.......



Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang kereta tu lebih dari ayang. Tapi ayang kena faham kereta tu kereta bos abang. Nanti kalau hilang siapa nak ganti. Ayang abang suruh kerja ayang taknak, ayang kata nak duduk rumah jaga anak, nak siapkan sarapan, nak kemas rumah tapi ayang tiap-tiap hari bangun tidur pukul 12. Macam mana nak buat kerja rumah.

Cubalah ayang fikir mana abang tak tidur dalam kereta. Abang balik kerja lambat sikit ayang dah kunci pintu. Bukannya abang pergi foya-foya, kan abang pergi keja. Lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu, ayang nak piza yang di order dari Jepun. Manalah abang ada duit nak order. Abang nak bagi apam balik yang jual kat depan pejabat abang ni ayang tak nak, ayang nak juga piza dari Jepun. Nasib baik abang tak belikan, kalau tak anak kedua kita tu mesti muka macam doremon. Ish... tak naklah abang.

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyikan kat dapur. Ayang yang tersalah buang ingatkan sampah. Itulah, abang suruh kemas rumah tu ayang kata rumah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa je. Hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang.

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dari kereta tu walaupun hantaran masa kita kahwin cuma RN80k. Ayang tak tahu berapa kali abang turun naik bank nak buat loan RM80k. Tapi demi ayang abang buat juga. Sebab masa tu ayang kalau make up memang sebiji Maya Karin. Tapi sejak ayang buat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang make up abang terbayang pula muka pontianak dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam. Bukan ayang tak cantik tapi kening ayang tu ayang cukur buat apa..? Walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang tak perlulah nak cukur kening ayang tu.

Pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengah hari nak morning kiss macam mana. Dah la ayang. Abang malas nak cerita tapi abang nak beritahu juga di sini ayang tetap no 1 dalam hati abang. Nanti kalau naik bas tu baik-baik. Ayang nak balik kampung abang izinkan cuma jangan lupa kirim salam pada mak ayah di sana. Kalau ada gulai tempoyak ke nanti jangn lupa bawa balik sikit. Kalau ada lembu terlepas ke ayang tak perlulah susah-susah lagi kejar lembu tu. Biar je, nanti abang balik kampung abang kejar kan. Bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nanti bukan stakat calar je, silap-silap boleh masuk hospital. Abang kena tanduk takpe.

Jaga anak baik-baik. Jangan bagi diorang main kat sungai musim-musim banjir ni. Nak dapat anak bukan senang, takut nanti ayang mengidam lagi piza Jepun. Baik jaga yang dah ada tu. Ayang pun jaga diri baik-baik. Jangan sampai jatuh longkang lagi, hehe.. Abang memang tak nak ketawa masa tu tapi nak buat macam mana, ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang. Dahlah rambut ayang masa tu baru lepas rebonding. Memang abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu tak boleh abang nak bayangkan macam mana. Tengoklah sendiri gambar tu. Oklah ayang.. nanti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang..

Love: Abang


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..
Dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.... Itulah namanya Cinta...