Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Sunday, January 30, 2011

Luahan Rasa : Karya Teragung

Karya teragung? Tajuk macam best je..
Sebenarnya takdelah best pun, karya ana waktu bersekolah dulu je. Ni antara lukisan yang ana masih simpan. Dari tak tahu apa-apa tentang mewarna, sekarang dah bolehlah sikit-sikit dari tak tahu langsung kan..

Lukisan nak conteng..



Ni kalau tak silap practice untuk exam setengah tahun waktu Tingkatan 5


Dan inilah hasilnya ..

Tapi ana tak berpuas hati kerana ana rasa memang masih banyak yang perlu dibaiki lagi skill-skill ana untuk menggunakan cat air. Jadi pada bulan Ogos 2007, ana telah menyertai Bengkel Seni Lukis dan Seni Reka: Cat air di Galeri Seni Johor yang disertai oleh beberapa orang pelajar sahaja dari seluruh negeri Johor. Bengkel ini berlangsung seminggu sekali dan ana perlu hadiri bengkel tersebut selama 4 minggu. Tambahan pula, sebagai persediaaan untuk peperiksaan SPM nanti.



Menggunakan pensel warna yang 'famous', jenama 'Luna' dan 'Faber Castell'.. hu3..


Media krayon berjenama "Buncho"



Seterusnya Kaligrafi Rumi.......................................

Awal-awal pembabitan dalam bidang kaligrafi waktu Tingkatan 3

Kaligrafi ini ditulis sewaktu Pertandingan Menulis Kaligrafi Peringkat Sekolah sempena Hari Koperasi Sekolah.

Mewakili daerah ke peringkat negeri.


Lukisan di belakang tu nampak je macam tu. Tapi harganya RM 100 tu... beeeeeesssssssstttttt!

Real Talent..

Lukisan ni pula untuk Peperiksaan SPM 2007. Alhamdulillah ana dapat A1 untuk subjek Pendidikan Seni Visual.

Untuk Kerja Kursus SPM, ana telah memilih tajuk "Batik". Kerja kursus ni mengambil masa beberapa bulan dan ditaksir oleh Pentaksir dari luar. Alhamdulillah, ana dapat markah 90 lebih. Tak sia-sia usaha ana, tak lupa juga kepada ayah ana yang banyak membantu untuk menyiapkan kerja kursus ini.







Hasil skarf dan tali leher dari air tangan ana sendiri...


Seterusnya untuk Tulisan Khat....

Karya-karya ana untuk tulisan khat waktu sekolah dulu semua ana tak simpan. Banyak yang dihantar untuk pertandingan, jadi tak dapat baliklah. Ni antara yang masih ada..

Waktu ni ana menerima tempahan menulis nama dari tulisan khat.

Lebih kurang macam nilah yang ana jual. Tapi mengikut selera pembeli juga. Mungkin ada yang suka tulisan dan bentuk khat yang lain..



Pertandingan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 2010


Pertandingan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 2009

Wednesday, January 26, 2011

Nak tanya, awak tak rimas ke?

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.
"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.



" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.

" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil bermonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.

dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...


(Perkongsian dari ukhti fillah, berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM)

Tuesday, January 25, 2011

Tips Nikah Kahwin

Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Dipetik dari sini

Nabi Bersukan Bersama-sama Isteri

Sukan merupakan antara cara untuk menyihatkan badan. Dengan bersukan, tubuh badan akan bergerak aktif dan cergas, seterusknya menjadikan anggota badan lebih segar dan sihat.

Islam menyeru manusia agar hidup sihat. Ekoran dari itu, Islam meletakkan asas bahawa segala aktiviti manusia pada asalnya adalah harus, melainkan jika wujud nas yang menyatakan pengharamannya. Ini bermakna semua bentuk sukan yang boleh menyihatkan badan adalah harus bahkan digalakkan, selama mana bentuk sukan itu tidak terkandung unsur-unsur yang menyalahi syariat; menyalahi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah secara qati'i, sahih dan sorih.

Justeru itulah, kita akan dapati bahawa Nabi SAW sendiri juga sering bersukan. Bermain pedang, memanah, menunggang kuda menjadi amalan nabi SAW dan para sahabat, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menyiapkan diri dengan persediaan fizikal dan persenjataan yang dapat menggerunkan musuh-musuh Islam.

Firman Allah yang bermaksud;

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu. "(Surah Al-Anfal : 60)

Sirah menunjukkan bahawa Nabi SAW, bukan sekadar bersukan atau beriadhah bersama-sama para sahabat sahaja, bahkan ada masa-masa tertentu, Baginda SAW bersukan dan beriadhah bersama isteri-isteri baginda.

Main kejar-kejar

Antara kisah Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam melakukan riadhah bersama isterinya adalah seperti yang terdapat dalam satu hadis Aisyah yang berkata;

"Nabi SAW berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu."

Dalam riwayat yang lain pula Nabi (SAW) diceritakan beriadhah dengan isteri ketika Baginda dalam satu permusafiran Baginda bersama para sahabat. Isteri Baginda (SAW) Aisyah RA turut sama dalam permusafiran tersebut.

Dalam perjalanan, Nabi SAW memaklumkan kepada para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila para sahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda berkata kepada Aisyah ajak berlumba-lumba. (Musnad Ahmad : 22989)

Sibuk Bukan Alasan Tidak Menggembirakan Isteri

Melihat kepada hadis ini, pasti kita akan dapat membayangkan betapa lembutnya hati nabi dalam usaha hendak gembirakan isteri-isterinya. Memandangkan Nabi SAW adalah manusia yang selalu sibuk, baginda akan mengambil segala kesempatan yang ada untuk menggembirakan isteri-isterinya. Peluang dan kesempatan yang ada ketika bermusafir itu digunakan sebaik mungkin untuk bermesra dengan isteri melalui riadhah berlumba lari.

Dari hadis ini juga, kita akan dapati, Nabi SAW tidak menjadikan tempat awam sebagai penghalang nabi SAW menyeronokkan isterinya. Bahkan, jika di tempat awam itu adalah ruang yang paling berkesan bagi nabi mahu gembirakan Isterinya, pasti dilakukan oleh Baginda SAW.

Sebagai isteri, kemesraan suami sebegini memberi kesan mendalam dalam hati dan memahat kenangan indah dalam memori. Buktinya, walaupun kejadian tersebut telah berlalu begitu lama, tapi masih berada diingatan Aisyah sehingga ke saat Aisyah meriwayatkan hadis ini.

Mudah-mudahan para suami di zaman ini mencontohi sifat mesra dan romantik Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam ini. Usahlah anggap kedudukan sebagai suami itu sebagai status yang menghalang isteri anda bergembira dan ceria walau ketika anda sibuk sekali pun.

Dipetik dari sini

Friday, January 21, 2011

Bolehkah Perigi Mencari Timba?

Mengubah persepsi manusia bukanlah mudah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah lama berpegang pada sesuatu adat sehinggakan terlalu sulit untuk mengubahnya berlandaskan syariat.

Mendidik manusia tidak semudah membawa seekor lembu untuk meragut rumput di padang

Pendidikan berasaskan Islam perlulah diterap bermula dari kecil supaya tidak berlaku kejanggalan yang tidak bertempat apabila syariat diutamakan berbanding dengan budaya turun temurun.

Isu ini seringkali berlaku terutama sekali dalam konteks pencarian jodoh.

Masyarakat kita sering memandang serong kepada wanita yang melamar lelaki sehinggakan terbit peribahasa Melayu yang berbunyi perigi mencari timba yang dicipta khusus untuk wanita yang melamar lelaki.

Golongan "perigi mencari timba" ini seolah-olah dipandang keji dan dianggap seperti telah melakukan kesilapan besar semata-mata kerana adat tanpa melihat dari sudut syariat Islam.

Seolah-olah syariat diketepikan dan adat diutamakan.

Inilah budaya yang merantai pemikiran kita, sehinggakan pelbagai persoalan timbul apabila terdapat pihak yang cuba mengubah persepsi masyarakat. Pelbagai pertanyaan bergelodak di benak apabila persoalan ini diperjelaskan.

"Biar betul ustaz, tak kan perempuan yang datang melamar lelaki."

"Eh, malulah macam ni ustaz."

"Boleh ke buat seperti itu. Nanti apa kata orang."

Saya tidak risau bagi mereka yang ada rupa, digilai oleh ramai lelaki, tapi bagaimana pula mereka yang sekadar cukup-cukup makan, atau bujang terlajak (andalusia).

Tidakkah dianggap 'sial' atau aib oleh masyarakat.

Sudah pasti aib itu bukan sahaja disandang oleh andalusia sebagai individu, tetapi tempiasnya juga terkena kepada keluarganya.

Inilah penghalang utama dan satu-satunya 'musibah' bagi wanita yang hendak melamar lelaki.

Saya pernah menerima banyak persoalan berkaitan jodoh terutama daripada golongan wanita berumur yang masih belum berkahwin.

Kadang-kadang saya melihat salah satu masalah kita ialah sikap, walhal melihat pada kemampuan, kedudukan serta pendapatan boleh sahaja memiliki atau lebih senang bisa 'memancing' lelaki tetapi masih sukar untuk mendapat pasangan.

Sikap kita pada suatu ketika dahulu yang mungkin agak memilih, mahu cari yang sepadan atau lebih daripada diri.

Mana ada kelas seorang doktor kahwin dengan ustaz, mana padan seorang business women berjaya nikah dengan tukang kebun.

Maka kalian telah membawa fitnah kepada agama.

Tidak kurang juga di kalangan ahli gerakan, mencari pasangan antara ahli gerakan, tidak boleh berbeza fikrah atau bukan daripada satu jamaah yang sama.

Maka menunggulah dengan penuh hiba si wanita dalam gerakan tadi jejaka idaman satu jamaah datang menyunting.

Kalau ahli gerakan itu berjuta-juta mungkin tiada masalah, tapi kalau sekerat janganlah berani bermimpi di siang hari.

Maafkan saya, mungkin sedikit agresif (panas), cuma saya ingin ubah sedikit persepsi kita kerana syarat sah kahwin dan rukunnya tidak pernah menyebut perkara yang dirumitkan tadi.

PERSEPSI

Mengapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup dapat dikalahkan oleh persepsi yang kolot ini?

Persoalannya kembali kepada sikap individu tersebut, apakah dia lebih mengutamakan persepsi atau kebahagiaan hidup yang sejati?

Kita meraih syurga cinta Allah melalui pasangan, bukan kerana fikrah kita sama atau sebagainya. Kebahagiaan adalah dambaan sebuah rumahtangga.

Apakah kita terasa jijik apabila mengetahui Saidatina Khadijah yang datang melamar Baginda s.a.w, hanyalah seorang anak yatim piatu, tiada siapa dan apa-apa di sisi.

Sedangkan kedudukan Khadijah di sisi masyarakat adalah seorang yang berkedudukan, hartawan, ahli perniagaan berjaya, dan dihormati oleh kaum Quraisy.

Beliau menepis persepsi tidak sihat demi mempersunting lelaki yang di matanya terdapat tanda-tanda kemuliaan dan kematangan peribadi. Nafisah binti Munabih menjadi saksi bukti cinta Khadijah kepada insan al-Amin ini.

Siapa kita kalau hendak dibandingkan dengan Khadijah?

"Saya teramat sedih ustaz. Kami dah bertunang, memang dah nak kahwin tetapi tiba-tiba putus di tengah jalan," rintih seorang wanita mengenang nasib malangnya.

Malah lebih parah lagi masalah bertunang dan kemudian terputus sebelum diijab-qabulkan ini berlaku berulang kali dan kesannya menimbulkan ketakutan kepada mereka untuk terus mencuba lagi.

Bak kata pepatah, luka di tangan nampak darahnya, luka di hati siapakah yang tahu betapa parahnya ia.

Para ulama' bersetuju bahawa jodoh ialah salah satu qada' ketentuan Allah Taala seperti rezeki dan ajal seseorang hamba.

Semuanya itu termaktub sejak azali lagi.

Namun kita tidak boleh berserah bulat-bulat hingga terkulat, apabila sampai suatu masa kita telah berputus asa dan mengatakan ini adalah takdir Ilahi. Apakah kita tahu itu ialah takdir Ilahi?

Maka sebab kita tidak tahulah kita masih mempunyai satu lagi talian hayat, iaitu ikhtiar.

IKHTIAR, USAHA

Manusia diberi hak seluas-luasnya untuk berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa.

Kita teringin makan sesuatu yang enak, tapi bolehkah ia hadir tanpa kita berusaha seperti gigih bekerja untuk mencari duit yang halal sebelum memiliki makanan yang enak tadi.

Maka usaha itulah yang akan menjadi penentu pada ketentuan takdir Ilahi.

Kalau tidak, kalian tidak ubah seperti Mat Jenin di era moden.

Tidak menjadi kesalahan apabila melihat pada kemaslahatan perempuan memulakan dahulu, soal jodoh selagi mana ia tidak menyalahi syara' maka dihalalkan dalam Islam, bahkan amat digalakkan.

Hendaklah difahami sejelasnya, Islam tidak pernah meletakkan bebanan ke atas bahu lelaki sahaja untuk memulakan terlebih dahulu dalam persoalan mencari jodoh.

Buang jauh-jauh persepsi dangkal terhadap peribahasa Melayu; "perigi mencari timba" atau "langkah bendul", dalam Islam ia masih terjaga dan tidak mengaibkan.

BERUSAHA MENCARI KEBAIKAN DAN REDHA ALLAH

Pernah suatu ketika, telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang wanita arab menyatakan hasrat secara terus terang tanpa perantaraan untuk bersuamikan Rasulullah s.a.w.

Tapi baginda s.a.w menolak dengan cara baik dan Baginda s.a.w sendiri yang tolong mencarikan suami buat wanita itu dari kalangan para sahabatnya dan mereka kemudian hidup dalam rumahtangga yang bahagia.

Bagaimanapun haruslah diingatkan bahawa, wanita yang ingin menggunakan kaedah ini untuk mendekatkan jodohnya perlu menyedari hakikat sopan santun dan tidak melampaui batas hukum syara' yang menjadi benteng terpelihara.

Mereka perlu berwaspada agar tindakan itu tidak menjejaskan maruah dan harga diri di mata masyarakat kita yang berpegang kepada nilai-nilai agama dan adat.

Tujuannya mesti jujur dan hendaklah mendekati lelaki dengan niat yang benar-benar untuk dibuat suami.

Tidak perlulah bercinta dulu, atau mahu mengenal hati budi masing-masing. Apabila sudah serasi, aturlah masjlis perkahwinan secepat mungkin.

BERDOA

Jangan lupa juga untuk bekalkan doa bagi menguatkan usaha kita tadi.

Doa adalah senjata orang mukmin. Mendekatkan jodoh dengan doa adalah amalan para solifus soleh.

Biarlah malu kita bersalut iman dan bertempat.

Wanita mudah mendapat fitnah ketika bujang berbanding apabila telah berumahtangga, mencari sesuatu kebaikan amat dianjurkan dalam Islam.

Jangan salahkan takdir andai kita sendiri silap membuat perhitungan.

Kalian masih diberi peluang untuk membuat pilihan.

Andai kita mahu ke arah kebaikan dengan usaha yang gigih, maka kalian akan merasai kesan sampingannya yang sementara seperti penat dan hampir berputus asa, tetapi ia hanyalah seketika.

Imbuhannya kalian akan mendapat kebaikan yang abadi. InsyaAllah, yang penting berusaha dan kemudian bertawakkal.

Allahua'lam.

Dipetik dari sini.