Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Saturday, March 26, 2011

Secebis : Tanggungjawab Dirimu Buat Diriku


ISTERI DILARANG BAWA MASUK TAMU TANPA KEBENARAN SUAMI

Dunia hari ini kian tenat, ibarat si ibu yang sedang sakit melahirkan anak. Maksiat dan kemungkaran menjadi-jadi di mana-mana, kadang-kadang di depan mata kepala kita sendiri. Manusia telah hilang sifat malunya. Punca terbesarnya adalah tindakan seks yang telah Allah jadikan sejak manusia dicipta.

Setiap kali terbitnya akhbar harian maka pasti ada saja cerita perogolan disiarkan. Manusia hari ini sudah banyak hilang pegangan imannya, hidup bertuhankan nafsu. Tidak kira siapa asalnya nafsu dapat dilepaskan. Apa yang menyedihkan anak sendiri jadi mangsa si ayah, si adik menjadi mangsa si abang, kanak-kanak menjadi mangsa si tua.

Sebenarnya semua ini mengingatkan kita bahawa sekarang ini zaman fitnah. Bila terdedah sahaja aurat, wanita berpakaian menjolok mata, maka berbagai kemungkinan maksiat boleh berlaku. Tapi dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan pihak lelaki saja. Oleh itu kaum wanita kenalah berwaspada, pakaian biarlah bersopan sebab tidak siapa tahu malang tidak berbau dan tidak mengenal bulu.

Di dalam Islam memang ada batas-batas aurat untuk lelaki dan wanita di luar dan di dalam rumah di antara sesama keluarga (muhram). Islam juga meminta setiap lelaki dan wanita supaya menundukkan mata dan pandangannya apabila berhadapan dengan yang bukan muhramnya.

Mata punca segala-galanya, ia berperanan untuk menemu dan memperkenalkan lelaki dan perempuan. Menurut ilmu tauhid, maklumat yang diperolehi dari mata adalah 50%. Telinga hanya memperolehi 30% saja maklumat serta 20% dari anggota lain. Di sini jelas membuktikan rangsangan deria lihat lebih kuat dari yang lain. Sebab itulah diharamkan lelaki bertemu perempuan.

Tempat yang paling merbahaya ialah memandang aurat, ianya wajib ditutup dan merupakan bahagian yang aib pada diri seseorang kerana boleh menimbulkan nafsu dan syahwat. Akibat dari itulah menimbulkan berbagai kerosakan yang berlaku di tengah masyarakat. Lantaran itu aurat wajib ditutup sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt.

Rumah adalah sebuah kediaman untuk kita berlindung dari panas dan hujan serta musuh. Tempat menggabung dan mengeratkan kemesraan serta kasih sayang satu sama lain. Telah menjadi tradisi masyarakat hari ini kalau petang-petang hari maka ramailah keluar makan angin di sekitar kawasan rumah. tetangga. Maka kita dapati si bujang begitu rancak berbual dengan si dara manis, tidak ketinggalan isteri-isteri orang pun turut sama.

Suami pula tidak ambil kisah dengan tingkah laku si isteri yang bebas bergaul dengan sesiapa jua. Suami begitu sebenarnya adalah seorang suami yang dayus. Orang dayus tidak akan masuk syurga. Tempat si isteri adalah di sisi suami bukannya dengan orang lain.

Seperkara lagi yang telah menjadi lumrah di dalam masyarakat kita ialah si isteri mengizinkan seseorang samada lelaki atau wanita masuk ke dalam rumah, ketika suami tiada di rumah. Hukumnya adalah haram. Sekiranya yang dibenarkan masuk ialah lelaki, hukumnya haram kerana Islam melarang wanita dan lelaki yang bukan muhram tinggal berdua-duaan di bawah satu bumbung. Sekiranya yang dibenarkan masuk itu adalah muhramnya ataupun seorang wanita, haramnya adalah kerana tidak mendapat kebenaran suami terlebih dahulu. Si isteri mengajak muhramnya atau tetamu wanita masuk ke rumah setelah mendapat izin suami terlebih dahulu adalah dibolehkan.

Begitu juga halnya jika sebuah rumah didiami oleh dua buah keluarga ajnabi. Katalah si A tiada di rumah, yang tinggal di rumah itu hanyalah si B, sedangkan suami si B tiada di rumah, maka haram hukumnya jika suami si A berada di rumah. Salah seorang darinya mestilah segera mengambil tindakan untuk keluar bagi mengelakkan berlakunya maksiat.

Sebab itulah di dalam Islam diharamkan lelaki dan perempuan yang belum bernikah berdua-duaan ke sana ke mari sebab teman ketiga mereka ialah syaitan yang akan mencuit hati teruna dan dara agar hanyut ke lembah kemaksiatan.

Ketika di dalam peperangan ahzab, semasa orang kafir menyerang kubu orang Islam, orang munafik berkata kepada Rasulullah saw. “Ya Rasulullah, kami hendak balik kerana rumah kami itu ialah aurat.” Memang benar rumah itu ialah aurat yang patut dijaga kerana itu janganlah kita masuk ke rumah tanpa izin.

Mengenai masalah aurat rumah ini ada disebut di dalam surah An Nur, ayat 27, 28 dan 29. yang maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
memasuki rumah-rumah yang bukan rumah kamu sebelum
meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.”
di dalam ayat ini mengandungi dua perintah, iaitu meminta izin sebelum masuk dahulu dan memberi salam.
Selanjutnya ayat 28 dan 29 bermaksud:
“Jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka
janganlah kamu masuk sebelum mendapat izin. Maka jika
dikatakan kepada kamu, “Kembali sajalah” maka
hendaklah kamu kembali.

Tidak ada dosa atau kamu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami yang di dalamnya ada keperluan kamu.”

Demikianlah beberapa ayat perintah Allah mengenai memasuki rumah yang bukan rumah kita. Mengenai adab memasuki ke rumah pernah digambarkan di dalam riwayat Rasulullah saw ketika baginda mengunjungi rumah anaknya Siti Fatimah, yang bersuamikan Sayidina Ali r.a. Sebalik sampai sahaja di rumahnya, Rasulullah memberi salam dan meminta izin masuk. Siti Fatimah menjawab, tetapi tidak mengizinkan ayahnya masuk.

Masakan seorang anak tidak mengizinkan ayahnya masuk. Lebih-lebih lagi Rasulullah saw, tetapi sebelum itu baginda bertanya, “Mengapa tidak boleh masuk wahai anakanda?”

Dijawab oleh Siti Fatimah dengan mengatakan bahawa bukanlah bersama Rasulullah itu ada seorang sahabat sedangkan Siti Fatimah ketika itu tidak mempunyai cukup kain untuk menutupi tubuhnya kerana terlalu miskin. Bila ditarik ke atas ternampak kaki, kalau diturunkan ke bawah terdedah kepalanya. Untuk berselindung di dalam bilik. rumah Sayidina Ali tidak ada bilik, di situlah tempat tidur, makan dan tempat tetamu.

Apabila mendengarkannya, Rasulullah terus memberikan kain selendangnya untuk Siti Fatimah menyelimuti diri. Setelah itu barulah Rasulullah diizinkan masuk. Demikianlah adab kesopanan memasuki rumah yang dihadiskan oleh Rasulullah saw dan patut dicontohi. Jangan anggap tidak releven untuk diamalkan di zaman ini.



SAMBUT SUAMI DI MUKA PINTU

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami.

Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan ‘peluru berpandu’ bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:
“Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di
hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt
hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira
kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh
kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah.

Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti ‘kenapa tidak beli barang yang dipesan?’ dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: “Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan.”

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang
isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu
burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat
di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan
suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami



ADAB BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN SUAMI

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu
bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

p/s: Ish3, beratnya tanggungjawab yang perlu dipikul. Lepas ni ana kena cari pula artikel berkaitan tanggungjawab suami.

Dipetik dari sini.

Saturday, March 12, 2011

Luahan Rasa : Laporan PBS Semester 3/2011

Hari Pertama / 6 Mac 2011

Pada semester ini saya bersama seorang rakan dari kelas saya, major Bahasa Melayu, telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Banai yang terletak di Jitra, Kedah. Jadi , saya telah menetap di rumah sahabat saya selama seminggu untuk menjalani program PBS di sini. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar kerana terletak di kawasan kampung.

Saya bertolak ke sekolah pada pukul 7.15 pagi kerana perhimpunan bermula seawal pukul 7.30 pagi. Setibanya saya di sekolah, saya bersama sahabat saya terus menuju ke pejabat sekolah untuk melaporkan diri. Setelah berkenal-kenalan dengan beberapa orang guru, saya diminta untuk menghadiri perhimpunan pagi.

Seperti biasa, semua guru dan pelajar diminta menyanyikan beberapa buah lagu, bacaan doa, ucapan dan lain-lain. Kami diperkenalkan diperhimpunan oleh Guru Penolong Kanan kerana pengetua sekolah tidak hadir atas beberapa sebab dan urusan. Pada waktu ini saya dapat melihat semua mata pelajar tertumpu ke arah kami.

Selepas perhimpunan, saya berjumpa pula dengan Guru Penolong Kanan untuk bertanya dan mendapatkan beberapa maklumat berkaitan sekolah. Alhamdulillah, beliau juga banyak membantu untuk saya mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Setelah itu, saya mengambil peluang untuk berjalan dan meninjau ke sekitar kawasan sekolah. Pada waktu rehat, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan pekerja kantin dan sekolah. Saya pulang pada pukul 1.30 petang.



Laporan Hari Kedua / 7 Mac 2011

Pada hari ini saya ke sekolah seperti waktu biasa. Pada hari ini saya telah melihat aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) untuk subjek elektif saya iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Saya meminta izin dari seorang guru untuk melihat aktiviti yang dijalankan. Saya juga telah membuat temujanji
dengan guru tersebut untuk melihat lagi aktiviti yang dijalankan.

Selepas itu saya telah menemubual guru bimbingan dan kaunseling di sekolah ini untuk bertanyakan tentang masalah-masalah yang pelajar hadapi di sekolah ini. Menurut beliau, tiada masalah disiplin yang serius
di sekolah ini. Tetapi kebanyakan masalah pelaajar datangnya dari latar belakang keluarga mereka sendiri. Ada yang ibu bapanya bercerai, ibu mereka lari, hidup dalam kemiskinan dan banyak lagi kisah-kisah pelajar di sekolah ini yang menyentuh hati saya

Seterusnya saya di minta mengganti kelas selama satu jam iaitu kelas 5 Arif. Saya menggunakan masa yang ada bersama pelajar untuk berkenalan dan bercerita. Jadi tiada sesi pengajaran berlaku dan penceritaan saya lebih kepada pengalaman hidup dan sedikit motivasi.

Kemudian pada pukul 10.15 pagi saya
rehat bersama sahabat dan guru-guru di kantin sekolah. Pada pukul 11.45 saya diminta menggantikan kelas 6 Bijak. Seperti biasa saya lebih suka menggunakan pendekatan yang santai dan rileks. Saya sepatutnya menggantikan kelas ini sehingga 12.15 tengah hari tetapi guru besar meminta saya menggantikan kelas ini sehingga pukul 1.15 petang. Guru besar ada memberikan kerja kepada pelajar di kelas ini dan saya diminta mengawasi kelas ini sehingga tamat waktu persekolahan kerana beliau perlu menghadiri mesyuarat.



Laporan Hari Ketiga / 8 Mac 2011

Saya tiba pada pukul 7.20 pagi dan mengambil kedatangan seperti biasa. Selepas itu saya berjumpa lagi dengan guru Bimbingan Dan Kaunseling untuk mengambil beberapa maklumat yang tertinggal serta tandatangan dari beliau.

Masa saya untuk hari ini agak lapang. Saya mengambil peluang untuk membersihkan surau dan membuat tugasan yang diberikan di bilik guru.

Pada waktu rehat pula saya membuat sesi perbincangan bersama pengurus kantin. Antara perkara yang kami bincangkan ialah tentang pengurusan di kantin, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan hal-hal lain yang b
erkaitan. Saya juga mengambil kesempatan untuk berbual dengan guru-guru yang makan semeja dengan saya.

Antara perbualan yang paling berguna apabila ada seorang guru menceritakan pengalamannya bertugas di kawasan pedalaman Sabah
selama beberapa belas tahun. Oleh kerana beliau seorang guru agama Islam, saya berpendapat cabaran beliau adalah lebih banyak dan mencabar. Ini kerana seorang guru agama perlu terjun ke dalam masyarakat dengan lebih mendalam. Mereka juga diminta membacakan khutbah, mengurus majlis tahlil, pengebumian, dan banyak lagi.

Pada waktu petang pula, saya menghadiri ke sekolah sekali lagi untuk melihat kelas tambahan yang dilaksanakan di sekolah ini. Pada hari ini, subjek yang diajar ialah Bahasa Melayu dan sewaktu saya tiba di sini saya melihat pelajar sedang diajar tentang teknik menjawab penulisan. Kelas tambahan bermula pada pukul 2.30 dan berakhir pada pukul 4.30 petang dan hanya darjah 6 yang terlibat.



Laporan Hari Keempat / 9 Mac 2011

Pada hari ini saya telah membuat temujanji dengan seorang guru Pendidikan Jasmani. Saya membuat pemerhatian ini kerana perlu memfokuskan kepada subjek minor saya, Pendidikan Jasmani pada semester ini. Kemudian saya merekodkan semua maklumat yang dapat saya kumpul ke dalam laptop saya. Saya banyak menghabiskan masa di bilik guru untuk membuat
tugasan yang diberi. Alhamdulillah, banyak juga yang dapat saya siapkan pada hari ini.

Pada waktu rehat pula, saya dan sahabat saya makan bersama guru besar sekolah ini. Banyak yang beliau kongsikan bagaimana untuk menjadi guru yang baik dan cemerlang. Antara nasihat beliau yang saya ingat ialah anak-anak kecil ibarat kain putih, kitalah yang perlu mencorakkan mereka. Selain itu, antara nasihat beliau ialah bila menjadi guru, janganlah kerana terpaksa. Jadi guru perlulah ikhlas dan amanah dengan semua aspek terutamanya aspek masa.



Laporan Hari Kelima / 10 Mac 2011

Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di sekolah ini. Kebanyakan maklumat yang perlu dicari sudah saya perolehi.
Oleh itu saya diminta menggantikan beberapa kelas iaitu darjah 3 Arif dan 3 Bijak. Ini antara pengalaman yang banyak mengajar saya kerana murid-muridnya agak aktif. Mereka mengikut saya ke mana sahaja saya pergi. Ada yang bertanya bermacam-macam soalan yang idak berkaitan dan banyak lagi cabaran mengajar kelas tersebut berbanding darjah 6 dan 5 yang pernah saya masuk sebelum ini. Apapun, ini antara pengalaman yang sangat berguna untuk saya sebelum menghadapi praktikal nanti.

Saya mengambil peluang yang ada untuk bergambar di kawasan sekitar sekolah dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu saya sepanjang berada di sekolah ini.

Puan Shamsukinah Bt Saad. Guru Besar SK Seri Banai, Jitra.



Sahabat Se'PBS'. Terima kasih banyak-banyak kepadanya..

Thursday, March 10, 2011

Luahan Rasa : Si Dia Berwajah Baru

Hmm, selepas beberapa (1...- 2...) kali terjadi, ana akhirnya mengambil keputusan untuk mengubah wajah si dia..






Yang paling penting, pelekat kenderaan IPG Kampus Sultan Abdul Halim. He3....

Monday, March 7, 2011

Luahan Rasa : Le Tour De Bukit Hijau, Baling








Sunday, March 6, 2011

Luahan Rasa : Teguran Biarlah Berhikmah



Ramai yang bertanya tentang tajuk yang ana poskan ni. Bagaimana ya kita nak menegur seseorang tu? Ada yang kata susah, ada yang kata berat dan macam-macam lagi bila ingin menegur sahabat atau rakan-rakan kita. Ana juga bukanlah manusia yang sempurna. Sentiasa melakukan kesilapan. Kadangkala ana sendiri yang menegur dan kadangkala ana juga perlu ditegur. Tapi ana lebih suka menggunakan pendekatan yang ana gunakan.

Antaranya ialah dengan menggunakan lafaz gurauan. Bagaimana? Hmm... contohnya apabila kita ingin menegur seorang perempuan yang tidak menutup aurat, cuba katakan secara gurau dan santai. Jangan biarkan mereka terasa bahawa kita menegur mereka.

Keduanya, jangan samakan diri kita dengan dirinya. Kita harus sedar kita di didik dari keluarga yang berlainan. Kenalilah orang yang ingin kita tegur itu dengan sebaiknya. Cuba juga selidiki latar belakang keluarganya. Contohnya jika kita lihat dia tidak tahu menjaga kebersihan, kita cuba cari apa puncanya. Mungkin kerana dari kecil dia tidak pernah buat. Mungkin juga kerana dia keluarga yang berada, jadi sudah tentu ada orang gaji.

Seterusnya hargai bila dia mengakui kesilapannya. Ini adalah penting untuk dia mempercayai kita. Jangan terus menyalahkan si dia bila dia bercerita tentang kesalahan yang dilakukannya tetapi perlulah dihargai dengan sebaiknya.

Selain itu, jangan kita sesekali mengungkit tentang kebaikan yang kita lakukan. Contohnya, kita mengatakan kepadanya "INGAT AKU RUGI KE TAKDE KAWAN MACAM KAU! AKU BOLEH CARI KAWAN YANG LEBIH BAIK DARI KAU TAU TAK?"

Hormati juga pendiriannya. Mungkin pendiriannya itu adalah sesuatu yang tidak kita suka di samping terus berusaha menegur mereka. Kita harus ingat bahawa setiap orang itu adalah berbeza.

Dan akhir sekali yang boleh ana kongsikan ialah apabila dia bercerita tentang masalahnya kepada kita, percayalah... itu tandanya dia percaya kepada kita. Oleh itu, jangan buat dia hilang kepercayaan kepada kita. Jagalah apa yang diceritakan kepada kita itu sebaiknya. Insyaallah, jika dia percaya kepada kita, dia akan terus menceritakan segala masalahnnya kepada kita. Jangan sesekali kita ceritakan masalahnya kepada orang lain termasuk ibu bapanya jika masalahnya itu tidak terlalu serius. Ini bermakna dia lebih mempercayai kita berbanding orang lain. Bila kita ceritakan masalahnya kepada orang lain, percayalah... dia tidak akan pernah lagi menceritakan masalahnya kepada kita.

Banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan dan apa yang ana ceritakan adalah antara pendekatan yang ana pernah ana gunakan. Contohnya untuk menegur sahabat ana yang amat payah untuk melakukan solat 5 waktu. Ianya mengambil masa yang sangat lama tetapi alhamdulillah, si dia sudah mula melakukan solat walaupun tidak cukup 5 waktu. Mungkin dari yang sedikit ini, akan membawa perubahan kepada dirinya.

Begitu juga dengan kawan perempuan yang pernah ana tegur dan ana ceritakan di pos sebelum ni. Tetapi kita harus ingat, walaupun tak semua boleh menerima, pasti akan ada yang boleh menerima teguran kita.

Jangan juga berkawan kerana kebaikannya, tetapi berkawanlah kerana keburukannya. Kerana dengan sedikit kebaikan darinya pasti kita akan hargai.

Ana juga pernah ditegur kerana melakukan kesilapan dan ana juga bukanlah orang yang tidak boleh menerima teguran. Tetapi seperti tajuk pos ana di sini, TEGURAN BIARLAH BERHIKMAH...

Sekadar pandangan dari ana sendiri. wallahualam.

Tuesday, March 1, 2011

Hadis Makan Dengan Tiga Jari


Soalan:

Minta jasa baik ustaz untuk takhrij hadis di bwh:

Makanlah dengan tiga jari (adakah adab ini juga terpakai dalam memakan nasi?)

Jawapan:

Hadith tentang Nabi S.A.W. makan dengan 3 jari diriwayatkan antaranya oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan al-Darimi.

‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان ‏ ‏يأكل بثلاث أصابع فإذا فرغ لعقها

Maksudnya: “(Ka’ab menceritakan) bahawasanya Rasulullah S.A.W. makan dengan 3 jari, dan apabila selesai baginda menjilatnya.” (HR Muslim)

Di dalam Tuhfah al-Ahwazi ketika mensyarahkan hadith Baginda S.A.W. makan dengan 3 jari, dinyatakan:

‏وكان صلى الله عليه وسلم يأكل بأصابعه الثلاث بالإبهام والتي تليها والوسطى

Nabi S.A.W. makan dengan tiga jari baginda iaitulah jari ibu, jari telunjuk dan jari hantu.


Persoalan: Adakah adab ini dipakai ketika memakan nasi?

Jawapan bagi persoalan ini terdapat di dalam ‘Aud al-Ma’bud iaitu Syarah bagi Sunan Abi Daud, iaitulah:

“Adalah (Nabi S.A.W.) makan dengan 3 jari.” Pada teks hadith ini menunjukkan sunnahnya, makan dengan 3 jari, dan jangan memasukkan jari yang keempat dan kelima melainkan kerana keperluan seperti terdapat kuah/gulai/sup yang tidak memungkinkan dengan 3 jari. Al-Imam al-Nawawi berkata: “Berkata al-Hafidz: Diambil daripada hadith Ka’ab bin Malik, bahawasanya sunnah makan dengan 3 jari, jika guna lebih dari 3 jari ianya adalah harus.

Sa’id ibn Mansur mengeluarkan dari Mursal Ibn Syihab: “Bahawasanya Nabi S.A.W. apabila makan, baginda makan dengan 5 jari, maka digabungkan hadith ini dengan hadith Ka’ab (menunjukkan, Baginda makan dengan 3/5 jari itu) dalam keadaan yang berbeza.

Dipetik dari sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat