Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Friday, May 4, 2012

Luahan Rasa : Refleksi Lawatan Ilmiah PJM 3112

Pada 20-23 Februari yang lalu sebanyak 8 kelas yang terdiri daripada minor Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menghadiri lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Lawatan ini diasingkan kepada dua kelas sehari dan kelas Pengajian Melayu bersama kelas Pengajian Sains Bahasa Melayu yang terdiri daripada 41 orang pelajar telah bertolak pada hari Khamis, 23 Februari 2012.

Kami dikehendaki berkumpul pada pukul 8.00 pagi di hadapan gimnasium. Kemudian diberikan teklimat ringkas oleh pensyarah dan ketua rombongan. Kami bertolak daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim pada pukul 8.30 pagi dan tiba di tempat pertama lawatan kami, Majlis Sukan Negeri pada pukul 9.30 pagi. Kami telah dibawa melawat oleh seorang pegawai yang bertugas di sini. Kami telah dibawa melawat di sekitar kawasan Majlis Sukan Negeri seperti tempat latihan atlet, kemudahan, dan banyk lagi tempat yang kami lawati.


Selepas itu, kami telah melawat ke Kementerian Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan berjalan kaki kerana kedua-dua tempat ini yang berhampiran. Di sini, kami telah mengadakan sesi kolaborasi bersama pegawai-pegawai yang bertugas di sini. Sewaktu sesi ini, kami telah diberikan penerangan dan diberi peluang untuk bertanya pelbagai soalan tentang aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri.


Kami pulang dan akhirnya tiba di IPG lebih kurang pada jam 6.30 petang. Melalui lawatan ilmiah ini, saya memperolehi pelbagai maklumat mengenai pengurusan dan pentadbiran sukan. Ini sedikit sebanyak akan membantu saya apabila bergelar seorang guru di masa akan datang. Saya amat berharap agar lawatan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk mempersiapkan diri sebagai seorang guru yang berkualiti.