Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Tuesday, May 21, 2013

Tunangku, Perlukah Kita Bertunang?


Ya, Pakar Cinta agak tidak seronok apabila mendengar berita seorang kenalan yang mahu bertunang tahun ini tetapi hanya mahu berkahwin 2 tahun akan datang. Mungkin dia ada alasan sendiri, tetapi perlukah sehingga meletakkan target sebegitu jauh?

Itu mungkin salah satu dari ribuan kisah lain yang sudah menjadi kebiasaan berlaku dalam masyarakat kita. Seronok mahu bertunang, tetapi takut untuk berkahwin.
Lalu tarikh berkahwin sebolehnya dilontar jauh-jauh ke hadapan. 

Pakar Cinta mahu bercakap secara ringkas tentang pertunangan. Selepas anda membaca artikel ini, mungkin anda boleh fikirkan kembali tindakan mana yang lebih tepat untuk anda lakukan dengan merujuk kepada situasi masing-masing.


BERTUNANG
Hukum bertunang disebut oleh para ulamak sebagai SUNAT, meskipun ada juga ulamak yang menghukumnya sebagai HARUS. Bermakna, amalan tersebut digalakkan di dalam Islam demi mencapai Maqasid (tujuan) yang tertentu.

Apabila kita melihat kepada hukum, maka kita juga perlu meneliti kepada maqasidataupun hikmah di sebalik hukum tersebut. Dari situ, barulah kita akan jelas dengan apa yang perlu kita lakukan.

Bertunang, ada tujuan dan hikmahnya yang tersendiri. Antara tujuannya adalah supaya kedua-dua pasangan boleh mengambil sedikit masa untuk bersedia (mental dan fizikal) serta mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain, sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Antara lain, tujuan bertunang itu juga adalah supaya keluarga kedua-dua belah pihak dapat membina hubungan sebelum bergelar besan. Kita selalu dengar orang tua-tua menyebut; apabila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan lelaki atau wanita itu sahaja, tetapi kita juga ‘berkahwin’ dengan keluarganya sekali.

Bermakna, proses ta’aruf itu sangat penting. Sebab itu, dalam misi mahu bertunang ini, apabila seorang lelaki sudah bertekad mahu mengambil wanita itu menjadi isterinya, maka dia diharuskan untuk melihat wajah dan tangan wanita tersebut.

Dalam hal ini, tiada istilah ‘malu-malu’ atau ‘aurat’. Semua itu, tujuannya adalah supaya si lelaki beroleh momentum tersendiri untuk menuju perkahwinan.


BAGAIMANA PERTUNANGAN BERLAKU?
Pertama sekali, kita perlu membezakan antara amalan dalam masyarakat yang dipanggil sebagai ‘uruf (adat) dan juga konsep sebenar amalan tersebut mengikut syarak. Dalam babpertunangan, ia tidak berhajat kepada majlis besar-besaran atau hebahan seumpama mahu bernikah. Ia juga tidak memerlukan kepada hantaran, dulang-dulang dan sebagainya.

Pertunangan itu secara mudahnya adalah lamaran seorang lelaki ke atas seorang wanita untuk dijadikan isterinya. Sebagai contoh:

Ali: Saya sudah membuat keputusan dan berfikir masak-masak, saya mahu melamar awak untuk dijadikan isteri saya serta ibu kepada anak-anak saya nanti.
Fatimah: Saya terima dengan hati yang terbuka dan semoga Allah permudahkan urusan kita.

Itu contoh bagaimana pertunangan berlaku. Tetapi perlu diperhatikan juga beberapa perkara: Antaranya , wanita tersebut perlulah seorang yang sudah matang dan berkelayakan untuk membuat keputusan.

Kalau masih dirasuk jiwa remaja dan angin cinta entah dari mana, maka jawapan dari si wanita atau si gadis dianggap tidak layak. Maka sebaiknya, melamarlah terus kepada bapa atau ahli keluarga si wanita tersebut, jika benar-benar ikhlas dan serius.

Apabila lamaran diterima, maka mereka berdua dianggap sah menjadi tunangan masing-masing, samada diketahui orang ataupun tidak, dan si lelaki atau wanita tidak boleh dipinang lagi oleh orang lain selagi mana ikatan pertunangan itu masih berlangsung. 

Ini kerana ia merupakan ‘perjanjian’, maka ia perlu dijaga sebagai satu amanah dan tidak boleh dikhianati. Kerana itu, Nabi s.a.w mengharamkan pinangan atas pinangan.


MASALAH DALAM PERTUNANGAN :

(1) Bercouple
Sebenarnya, terlalu banyak masalah yang berlaku melibatkan hal ehwal pertunangan ini. Pakar Cinta pernah menulis salah satu masalahnya ialah bertunang tetapi bercouple.Sedangkan hakikatnya, dalam pertunangan si lelaki tidak ada hak langsung ke atas si wanita melainkan ikatan atau ‘perjanjian’ tersebut sahaja.

Tetapi dalam bab keluar bersama-sama tanpa mahram, berdua-duaan dalam kereta, keluar pagi balik petang, menghantar mengambil dari tempat kerja, tinggal bersama-sama dan segala jenis perbuatan seumpama itu yang lain, maka hukumnya adalah HARAM.

Anehnya, masih ramai yang menyangka diri mereka mempunya hak ke atas tunangan masing-masing, sehingga kehidupan mereka tidak ubah seperti suami isteri walaupun masih belum berkahwin.

Ibu bapa pula ramai yang menjadi dayus dengan membiarkan sahaja anak gadis mereka keluar berduaan bersama tunangan masing-masing dengan alasan ‘mereka sudah bertunang’.
Sedangkan dalam tempoh bertunang itu, si gadis masih berada di bawah tanggungjawab walinya, justeru tindakan membiarkan si gadis tenggelam dalam maksiat itu adalah tindakan tidak bermaruah dan walinya dikira sebagai dayus.

Sabda Nabi S.A.W. : “Orang dayus tidak akan masuk syurga.”


(2) Tempoh
Seperti yang Pakar Cinta sebutkan di awal artikel ini, terlalu ramai orang yang bermudah-mudah dalam bab pertunangan tetapi tidak serius dalam misi mahu berkahwin.

Keadaan ini bertambah buruk apabila keluarga masing-masing terlalu mendewa-dewakan adat ataupun membesarkan-besarkan perkara materialistik sehingga mengabaikan nilai beragama dalam diri anak masing-masing.

Mereka sudah suka sama suka, keluarga juga sudah berkenan, lalu diatur majlis pertunangan. Tempoh bertunang diletak sehingga 3-5 tahun semata-mata beralasan supaya mereka bersedia, ada kerja, ada rumah, ada kereta dan sebagainya.

Lalu dalam tempoh tersebut, anak masing-masing dibiarkan berhubung sebagaimana layaknya pasangan bercinta- atas alasan supaya lebih kenal mengenali- dan dibiarkan keluar ke mana sahaja yang mereka suka atas alasan supaya membina rasa tanggungjawab dan persefahaman.

Lebih parah, ada juga ibu bapa yang langsung tidak risau kiranya anak mereka itu terjatuh ke kancah zina, kerana beralasan ; mereka sudah bertunang dan akan datang pun, tetap juga menjadi suami isteri. Sesungguhnya, amat tebal kejahilan mereka tentang qadha’  qadar dan percaturan daripada Allah.

Tanya kembali kepada diri, adakah itu maqasid/ tujuan / hikmah Allah mensyariatkan pertunangan? Supaya berlaku zina? Mukaddimah zina? Boleh bercinta sebebas-bebasnya? Boleh berduaan ke mana suka? Boleh lakukan apa sahaja?


(3) Jahil atau Tidak Serius
Mereka tidak tahu kenapa mereka bertunang. Sama juga isunya, lelaki dan wanita bertunang atau mahu bertunang, tetapi langsung tidak mengambil berat kenapa mereka bertunang. Adakah hanya semata-mata suka? Adakah hanya semata-mata mahu ‘chop’ si gadis dari disambar orang lain?

Bahkan tidak pelik, terlalu ramai orang yang bertunang tetapi masih tidak tahu hukum berkahwin padanya itu samada wajib, sunat ataupun makruh. Isu kahwin enggan difikir, lantaran merasa ‘selesa’ dengan tempoh bertunang yang sebegitu lama. Seronoklah masing-masing bermain cinta, dengan menggunakan ‘tiket agama’!

Akhirnya Syaitan mendominasi rasa, terbuai hanyut entah ke mana, lalu jadilah mereka mangsa kepada nafsu durjana. Rasa bersalah mula mengisi jiwa, perasaan terhadap pasangan mula hambar tidak seperti mula-mula, akhirnya dengan mudah mengungkap kata ; awak, baik kita putus tunang saja.

Masa bercinta semuanya indah belaka, bila sampai bab tanggungjawab semua benda jadi keruh belaka. Alasannya ; masih belum puas enjoy zaman remaja!

(4) Putus Tunang
Mengapa saya sebutkan ini sebagai salah satu masalah dalam pertunangan? Sebab fenomena malang inilah yang seringkali berlaku kepada pasangan yang bertunang akibat daripada :
1- Tidak faham mengapa mereka bertunang.
2- Tidak menjaga ikhtilat (perhubungan) semasa bertunang.
3- Tidak benar-benar ikhlas dan serius mahu bernikah.
4- Tempoh bertunang yang terlalu lama.

Cuba anda fikir, dalam bab putus tunang ini sahaja, berapa banyak malapetaka yang berlaku?
Malapetaka pertama , sudah tentulah isu perasaan. Kecewa, tertekan, putus asa dan malu, lebih-lebih lagi kalau bertunang riuh sekampung. Malapetaka kedua, tertutup ruang dan peluang bagi lelaki yang lain untuk masuk melamar si wanita.

Contoh situasi yang banyak berlaku:
Bertunang 5 tahun. Tahun pertama ok, tahun kedua mula ada masalah sikit, tahun ketiga mula rasa hambar. Belum sampai tahun kelima.

Dalam tempoh tersebut, katakan si wanita benar-benar mahu berkahwin. Dia sudah betul-betul bersedia untuk menjadi isteri orang dan dia juga benar-benar tidak suka dengan ikhtilat yang tidak terjaga dalam tempoh bertunang.

Tetapi apabila diajak berbincang untuk mempercepatkan pertunangan, si lelaki berdolak dalih dengan pelbagai alasan. Tidak bersedia, mahu kukuhkah ekonomi, perlu fokus kerja dan macam-macam lagi.

Akhirnya si wanita terpaksa menunggu dan terus menolak lamaran demi lamaran dari lelaki lain dalam tempoh tersebut, semata-mata kerana statusnya yang sudah bertunang.

Masuk tahun keempat, si lelaki terjatuh hati dengan wanita lain. Berlaku konflik antara mereka dan si lelaki dengan mudahnya memutuskan pertunangan. Jadi siapa yang merana?

Itu satu contoh malapetaka yang seringkali berlaku dalam bab pertunangan, di mana punca terbesarnya adalah faktor MASA.

JIKA DILAMAR
Saya mahu sebutkan beberapa perkara kepada wanita terutama yang belum dilamar.

Pertama : Anda mempunyai nilaian yang mahal. Mahal anda bukan kerana rupa, tetapi kerana agama dalam diri anda. Akhlak, peribadi, budi bahasa dan kebaikan yang ada pada diri anda adalah satu ‘seni’ paling unik yang sekaligus menjadikan anda punya nilai yang mahal.

Kedua : Disebabkan anda mahal, jangan beri peluang untuk lelaki ‘murah’kan anda. Caranya, jangan buka hati kepada lelaki murahan. Lelaki murahan itu bagaimana?
Antaranya lelaki yang hanya tahu bermadah cinta, tetapi langsung tidak dewasa (tidak matang), lelaki yang hanya mahu suka-suka tetapi tidak serius mahu memimpin kita (menjadikan isteri) dan lelaki yang mudah mengajak kita bertunang tetapi begitu susah mengajak kita berkahwin.

Ketiga : Anda sesungguhnya tidak tahu siapakah lelaki yang terbaik untuk anda. Tetapi DIA Maha Tahu. Jadi, apabila anda telah bersedia untuk menjadi suri kepada seorang lelaki, mohonlah pada DIA lelaki yang terbaik untuk anda.

Jangan ikat diri anda dengan seorang lelaki yang sengaja ‘menyimpan’ anda lama-lama, kerana anda sendiri tidak tahu adakah lelaki itu benar-benar bakal menjadi suami anda ataupun tidak. Terlalu banyak tragedi sekeliling anda yang boleh dijadikan iktibar.

Keempat : Bincang dengan mak dan ayah, jika seorang lelaki masuk melamar atau mahu bertunang, tempohnya hendaklah tidak lebih dari setahun. Ini pendapat peribadi saya sahaja. Saya merasakan, pertunangan dalam tempoh yang lama itu lebih banyak membawa mudharat dari manfaat.


KESIMPULAN
Bertunang itu maqasidnya jelas, maka fokuslah kepada maqasid tersebut. Jangan jadikan pertunangan sebagai tiket untuk melambat-lambatkan pernikahan sekaligus melengah-lengahkan masa untuk memikul tanggungjawab.

Jangan ambil kesempatan bertunang untuk bermain cinta, kerana sesama tunang tidak ada bezanya dengan bukan tunang. Kalau perlu kepada bertemu atau berbincang, bawalah mahram bersama.

Tetapi praktikalnya, mungkin terlalu jarang berlaku di mana tunangan keluar dengan membawa ayah atau abang mereka bersama. Mereka kononnya mahukan privacy. Akhirnya, privacy makan diri.

Justeru, timbang-timbangkanlah segala perkara yang disebutkan ini dan tanyalah kembali kepada diri masing-masing, perlukah anda bertunang? Jika perlu, kenapa ? Kemudian, berapa lama? Kemudian, adakah target untuk bernikah benar-benar telah menjadi fokus utama?

Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri dan agama, juga untuk masa depan anda di akhirat sana. 

Dipetik daripada sini.

Cerpen: Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja

Kisah cerpen menarik bertajuk 'Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja' yang ingin penulis kongsikan bersama pembaca.. Cerpen Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja dikongsikan oleh Ratu Imtihan.




Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.

Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.

Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,”cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung.

Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar 'dating' dengan 'boyfriend' diorang, pegang-pegang tangan.

Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan Annisa dengan hukumMu”.

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.

Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, “Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?”

Lalu saya menjawab sambil lewa, “Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri”.

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.

Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.

Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.

Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.

Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.

Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak.

Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun).

Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah.

Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.

Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.

Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.

Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini, soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata):

Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!

Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa: Tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.

Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa: apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.

Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.

Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.

Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.

Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.

*****

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.

Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil di bawah tulisan itu

“buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia”

Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.

Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua, wassalam. 

Sunday, May 19, 2013

Hukum 'Couple'


Assalamualaikum...

Soalan: Ustaz, apakah hukum kita bercinta sebelum kahwin seperti yang berlaku terhadap remaja-remaja pada zaman sekarang ini?

Ustaz Azhar Idrus menjawab: Soalan-soalan ini pernah ditanya kepada para alim ulama. Antaranya adalah jawapan daripada al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Kerajaan Negeri Selangor. Beliau menjawab haram hukumnya bercinta sebelum berkahwin kerana berkasih sayang sebelum kahwin bukan daripada sunnah Nabi SAW. Ini adalah cara Barat yang kafir dan tidak beriman kepada Allah. Banyak perkara yang tidak elok dikhuatiri terseret bersama percintaan seperti ini. Kadang-kadang meluahkan perasaan yang tidak patut diluahkan, berkhayal dengan benda-benda yang tidak elok, dan membazirkan masa serta wang ringgit. Islam mengajar kita supaya bercinta selepas berkahwin.

Dipetik dari buku: Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat m/s 102.

*****

Comfirm susah bagi orang yang tengah couple-couple sekarang ni untuk menerima hukum ni. Haram? Wah, berat tu.. Erm bukan berat, itu adalah cabaran. Selalunya benda yang haram itulah yang sedap dan 'nikmat' apabila mengamalkan perkara yang haram. Lalu itulah cabaran bagi orang-orang yang beriman untuk meninggalkan setiap perkara yang haram ni.

Siapa tak suka couple? Boleh pegang-pegang tangan, boleh muah-muah dalam whatsap!, bleh ajak keluar tengok wayang, boleh mengaku 'ni awek aku', 'ni pakwe aku', 'dia milikku', sampai tahap bleh berzina (nauzubillah). Lalu fikirkan sejenak, adakah perasaan suka terhadap couple itu adalah berlandaskan agama atau nafsu?

Pasti ramai yang akan mengeluarkan kenyataan yang mengatakan:

"Alaa, kitorang couple, takde pun pegang-pegang tangan? Kan haram pegang-pegang tangan tu. Kami bercinta, tapi kami tahu hukum-hakam. Kami takde la sampai tahap nak menaikkan syahwat antara satu sama lain. Tak pernah terfikir pun untuk berzina, tak pernah terfikir pun kami bercouple ni sekadar nak enjoy-enjoy je. Sebab kami pun target nak bertunang dan dah nak kawin dah. So, rasanya kami dah keluar daripada sebab-sebab haramnya bercouple tu. Kan couple tu kalau ikut pemahaman pada zaman skang ialah orang-orang yang couple mesti pegang-pegang tangan, cium-cium, sambut Valentine's Day (nauzubillah), muah-muah dalam handphone, dan macam-macam lagi, tapi kami tak buat semua tu. Jadi, kami lepaslah kan?"

Haah, ye.. Rugi lah. Melakukan jalan taqwa, tapi tidak menyalurkannnya pada tempat yang sepatutnya. Taqwa tu dah ada dah, tapi silap apabila tak menurut jalan pencegahan yang diperintahkan oleh Allah. Allah dah kata dalam Al-Quran, jangan dekati zina. Dekati zina pun tak boleh, apatah lagi berzina. Allah mencegah melalui ayat ini untuk membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan, di mana perkara yang diharamkan itu sangatlah banyak kemudaratannya kalau nak dibandingkan dengan manfaat di dalamnya. Kita melakukan pencegahan, adalah lebih baik daripada mengubati. Bila dah 'sakit', nak mengubatinya pun dah terlambat. Dah sakit, terpaksalah menahan kesakitan, terpaksalah telan ubat-ubatan, berpantang, terbatas pergerakan dan sebagainya. Kan lebih elok kalau mencegah. Tapi kalau dah terlanjur, apa boleh buat, maka tanggunglah sendiri. Setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah, terima saja ujian itu dengan sabar, kerana setiap kesalahan yang kita buat itu semua adalah salah kita. Jangan risau, Allah Maha Menerima Taubat. Siapa lagi yang boleh menghapuskan dosa seseorang selain Allah? Istighfar...

Rugi kalau bercinta sebelum kahwin ni. Saya selalu fikir, kalau bercinta sebelum kahwin, kalau lepas kahwin mesti rasa seperti dah tiada apa-apa dah. Mungkin ada rasa, tapi tak sesedap semasa sebelum berkahwin. Bukankah lebih baik agar disimpan perasaan ingin bercinta itu selepas kahwin, supaya hubungan sebagai suami isteri akan menjadi lebih erat sebagai 'sweet couple ever'! Kita boleh ambil hikmah sebegini dalam penutupan aurat juga. Bukankah baik kalau kita tutup aurat kita dengan sempurna, 'tutup' ia daripada pandangan lelaki yang ajnabi (bukan mahram). Kalau nak 'tengok', nikahlah. Sebelum nikah, tak boleh tengok. Kerana apa yang ada pada gadis itu adalah 'surprise' khusus hanya untuk suami yang dinikahinya dengan sah. Kalau kita buka aurat sebelum sah, semua lelaki boleh tengok, apa yang surprisenya? Semua orang dah tau taik lalat awek tu kat situ-kat sini, dah takde apa yang special. 'Simpan' untuk yang halal bagimu..

Bagi yang sedang couple tu, yang terbaca post ni, harap-harap dapatlah menerimanya dengan hati yang terbuka. Pasti hati korang tergerak untuk melakukan perkara yang Allah redha. Memang, hanya redha Allah sajalah yang menjadi matlamat hidup kita. Kerana dengan redha-Nya, kita memperoleh rahmat-Nya. Bila 'dapat' Allah, dapatlah segala-galanya. Itulah pentingnya taqwa, Allah suruh buat apa je, buat. Allah suruh tinggalkan, tinggal. Mereka yang tergerak hatinya setelah mendapat ilham/hidayah daripada Allah untuk meninggalkan maksiat, eloklah kalau kita lakukan pencegahan atau cari jalan penyelesaian yang terrrbaik untuk meninggalkan sesuatu maksiat itu. Jangan sampai salah cara, nanti silap-silap terputus ikatan silaturrahim. Memanglah perhubungan lelaki-perempuan tu terbatas, tapi silaturahim mesti kena jaga juga. Jangan sampai tahap benci membenci antara satu sama lain. Jangan sampai berlaku salah faham sehingga menyebabkan berlakunya perkara yang lebih memudaratkan, contohnya kalau 'you tinggalkan i, i nak bunuh diri!' Jangan... Cubalah cara yang terbaik.. Pujuk dengan 'kasih sayang', yakni dengan berdakwah. Dakwah kepada pasangan kita, cakap kat dia elok-elok, 'panah' hati dia dengan ayat-ayat Al-Quran dan sunnah, ajak dia berubah, ajak dia bertunang/berkahwin.. Atau carilah yang lebih baik. 

Kalaulah benar kita sayang seseorang tu, janganlah kita teruskan perhubungan yang tidak halal/sah itu. Takde siapa yang sanggup tengok pakwe/awek kesayangannya tenggelam-timbul dalam lautan api neraka kerana ZINA. Takde siapa yang sampai hati melihat buah hatinya merana kena bakar dalam neraka semata-mata kerana kita. Sanggup ke tengok jari-jari halus awek kita yang comel tu kena bakar dalam api neraka kerana dia membiarkan tangannya itu disentuh oleh kita? Anggaplah tangan kita ni ialah 'api yang membakar dan membara' yang sudah terlebih dahulu 'membakar' tangannya sebelum dibakar oleh api neraka yang 'real'...! 

Ya Allah.. Takutnya kepada neraka. Tapi apa nak ditakutkan kepada semua itu kalau kita berusaha mencari redha Allah. Bermakna, kita tidak lagi mahukan syurga, atau tidak lagi takut kepada neraka, tidak takut kepada kesusahan di dunia dan akhirat, tidak takut awek lari, tidak takut tak bertemu jodoh-sebab Allah boleh bagi bila-bila masa je, kerana yang penting bagi kita ialah ALLAH. Janganlah kita turutkan nafsu dan bermaksiat dengan jangka hayat hidup 60-70 tahun yang singkat ni semata-mata untuk dibakar dalam neraka selama berpuluh ribu-riban tahun kerana nak 'nikmat' dan 'kesedapan' yang palsu dan sementara di dunia yang sebentar. Bersabarlah sikit, kat dunia ada 'syurga dunia' yakni dalam perhubungan sah sebagai suami isteri yang bahagia dan soleh, dan pasangan yang bertaqwa kerana Allah ini bakal mendapat rahmat-Nya (insyaAllah, aamiin!) dengan meneruskan jalinan kasih dan cinta mereka ke dalam syurga plak nanti.. Taknak? Taknak sudah.

Oleh itu, saya berpendapat sebenarnya boleh je bercinta sebelum nikah dengan syarat tidak keluar berdua-duaan, sudah mampu daripada aspek material dan emosi, memang sudah berniat untuk bernikah, tiada halangan untuk bernikah, mempunyai ilmu rumah tangga, sudah mampu bertanggungjawab dan semua yang sama maksud dengannya.

wallahualam..

ALLAH is number One.. 
Allah matlamat utama kita. 

Dipetik dan diedit daripada fb Lukisan Dakwah Islam.

Saturday, May 18, 2013

Aurat Kaki Wanita : Keringanan Yang Dibenarkan


Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)


Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)

Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:


  • Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
  • Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
  • Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
  • Darurat.


Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?

Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:

Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.

Kahwin Cara Melayu atau Cara Islam?


Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi.

Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya.

Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

BACALAH!

**********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.

Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?

Harga lampin pakai buang?

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami?

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

***************************************************************************

Betul tak apa yang dia kata tu?

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat.

Cuba fikir mana lagi penting?

Manisnya Kahwin Muda : Hilal Ashraf dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani



Alhamdulillah, berkesempatan ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mendengar ceramah bertajuk “Manisnya Kahwin Muda” yang disampaikan oleh saudara Hilal Ashraf dan Ustaz Ahmad Dusuki, seorang penceramah bebas di Malaysia.
Banyak info dan maklumat yang menarik dapat ana ambil. Di ruangan ini, ingin ana berkongsi secebis ilmu yang telah ana dapat di sini.

Pertamanya tentang pengalaman dan ilmu orang muda yang dikatakan sedikit berbanding orang yang lebih tua. Sebenarnya tidak timbul isu itu. Pengalaman dan ilmu bukan diukur pada usia. Analogi yang telah diberikan, seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun telah diajar untuk memandu kereta manual, sudah tentanu ilmu dan pengalaman kanak-kanak ini lebih banyak berbanding orang tua yang berusia 50 tahun yang tidak pernah memandu. 

Begitu juga orang tua yang hanya tinggal di kampung dan tidak pernah merantau ke luar berbanding orang muda yang sudah mula merantau ke tempat orang, ke luar negara dan sebagainya. Sudah tentu pengalaman orang muda ini lebih banyak daripada orang tua tadi yang hanya tinggal di kampung dan tidak pernah keluar dari masyarakatnya.

Selain itu definisi cinta yang diberi dan diperbetulkan oleh saudara Hilal Ashraf, cinta itu adalah sesuatu yang membawa ke Syurga. Apa-apa sahaja cinta yang membawa ke neraka, itu bukanlah cinta namanya. Contoh apabila kita berkata kita sayangkan seseorang tu bahawa kita menyayanginya. Andai sejuta kali kita berkata begitu dan kemudian kita menolak dia ke dalam api, apalah maknanya ungkapan cinta yang telah kita ungkapkan tadi.

Oleh itu tak perlulah ber’couple’ kerana dengan ‘couple’ itu hanya menambahkan dosa tetapi mulakan hubungan itu dengan ikatan pertunangan. Hal ini kerana, dengan ikatan pertunangan sahaja sudah mampu membuahkan pahala kerana pertunangan itu merupakan salah satu cara dalam agama Islam. Bila kita ber’couple’ ini bermakna kita telah menyentap buah yang masih belum masak. Namun hubungan sepanjang tempoh itu juga perlulah dijaga.




Antara masalah anak muda sekarang ialah tiada sokongan ibu bapa apabila menyuarakan hasrat untuk bernikah. Antara punca kepada masalah ini adalah daripada diri kita sendiri kerana kurangnya komunikasi dengan ibubapa sejak daripada awal. Apabila ingin bernikah, baru mencari ibu bapa. Sudah tentu ibu bapa itu terkejut apabila kita yang tidak banyak berkomunikasi, tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk bernikah. Ada juga ibu bapa yang tidak menyokong, namun kita tidak harus berputus asa kerana dalam masa yang sama kita juga perlu memahami situasi ibu bapa kita. Oleh itu kita harus berusaha untuk menunjukkan kesungguhan kita dan membuat satu 'performance' terhadap diri untuk meyakinkan ibu bapa kita.

Berkenaan hantaran dan mas kahwin, kita diminta meletakkan dengan kadar yang tidak terlalu hina dan jangan terlalu mulia. Oleh itu bersederhana dan ikutlah kemampuan sewaktu menetapkan hantaran. 

Ada juga orang yang merungut dengan hantaran yang terlalu mahal tetapi beli bermacam-macam untuk dirinya. Contoh, 'gadget', melancong dan sebagainya. Oleh itu pengurusan material sangat penting sebelum mula bernikah lagi.

Ada seorang pelajar wanita di sini yang bertanya bagaimana untuk bercakap kepada ibu bapa supaya hantaran itu dikurangkan sekaligus tidak membebankan bakal suaminya sedangkan jumlah hantaran itu dia sendiri tidak bersetuju. Hal ini seperti yang telah disebutkan tadi, pentingnya komunikasi dengan ibu bapa sebelum kita ingin menikah lagi. Namun sebenarnya hantaran adalah hadiah untuk si isteri dan ibu bapa tidak ada hak untuk menggunakan hantaran yang diterima dengan sewenag-wenangnya. Apabila menjadi hak isteri, sebenarnya nilai hantaran ditentukan oleh perempuan itu sendiri.

Pengantin lelaki pula harus tahu apa tujuannya bernikah. Bukan sekadar seks semata-mata tetapi bagaimana untuk membawa keluarga kita ke Sana. Sewaktu akad nikah pula, sebenarnya dalam agama Islam tiada  Upacara Batal Wuduk. Itu hanyalah budaya masyarakat kita semata-mata. Begitu juga budaya mencium isteri selepas akad, tiada sama sekali dalam agama Islam.

Berkenaan dengan urusan rezeki selepas nikah, memang dikatakan rezeki selepas bernikah akan bertambah tetapi rezeki itu datang dengan sebab. Usaha selepas pernikahan juga sangat penting. Budaya tegur menegur antara suami isteri juga sangat penting selepas nikah. Jangan dibiarkan keluarga kita terlumrah dengan dosa dan khilaf.

Itu sahaja secebis ilmu yang dapat ana kongsikan. Semoga bermanfaat. 

Wahai pemuda berkahwinlah, 
wahai pemudi terimalah, 
wahai ibu bapa redhailah. : Kata-kata Ustaz Ahmad Dusuki ^-^ 

ps: gambar diambil daripada fb Hilal Ashraf (Official)

Tuesday, May 14, 2013

Hukum Lelaki Bukan Mahram Menyambut Wanita Bersalin

Oleh: Ustaz Haji Zaharuddin Muhammad.


Suatu malam rumah saya didatangi beberapa orang mahasiswa dari kalangan pelajar perubatan Tanta. Memandangkan sebelum ini kami pernah terlibat sama dalam program persatuan, maka saya mengenali mereka.

“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat dalam bidang perbidanan (wanita bersalin)?” Saya cuba menduga.

“Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya risikonya tinggi dan agak susah.. contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah malam ada orang nak beranak susahla doktor perempuan nak tolong..” Jawabnya.

Sudah saya jangkakan jawapannya. Saya cuba berfikir relevan di sebalik jawapan itu sambil tangan mencobek ketulan cucur bawang yang kami sediakan untuk mereka. Sedap juga menjamah cucur panas-panas begini.

“Lagipun doktor lelaki jadi dah biasa dah macam tu (sudah mangli melihat aurat wanita ketika mahu bersalin, tidak bernafsu lagi)..” Sambungnya lagi.

Saya juga telah menulis artikel berkaitan rawatan ke atas pesakit berlainan jantina di sini.

Jawapan di atas pula bakal saya jawab sebentar lagi. Teruskan membaca subtopik di bawah.

ALASANNYA DARURAT

Ada di kalangan mereka yang mengharuskan lelaki terjun ke dalam bidang sakit puan atau obstetrik dan ginekologi (O&G) dengan berasalankan darurat. Malah menggunapakai kaedah masyhur qawaid fiqh yang berbunyi:

Maksudnya: “Darurat boleh mengharuskan perkara yang diharamkan dengan syarat darurat tersebut tidak kurang (bukan lebih kecil) berbanding perkara yang diharamkan.”

Perlu diketahui, kaedah di atas bagi darurat doktor lelaki merawat ataupun menjadi bidan kepada wanita bersalin adalah terlalu umum. Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa membuat pengecualian hal ehwal sakit puan.

Justeru, kita tidak boleh mengkiaskan darurat memakan bangkai secara keseluruhannya. Ini kerana darurat memakan bangkai berbeza dari beberapa sudut. Antaranya ialah:

1. Merujuk kepada masalah keharusan memakan bangkai, ianya tidak melibatkan pihak kedua. Maksudnya ia hanya melibatkan individu yang memakan bangkai itu sahaja. Manakala bagi kes bersalin, ianya melibatkan pelbagai pihak bersama iaitu pesakit, suami dan doktor yang menyambut kelahiran itu sendiri.

2. Seterusnya jika berlaku kes bersalin, kesan di sebalik perbidanan itu adalah amat besar samaada terhadap emosi sehinggakan si isteri akan mengalami trauma berpanjangan. Begitu juga suami, pasti akan mengundang rasa ‘lain’ apabila lelaki asing melihat aurat mughallazah isterinya. Doktor juga tidak dapat lari daripada menerima kesan akibat kes perbidanan tersebut seandainya masih bergelar lelaki sejati.

3. Harus memakan bangkai dikategorikan sebagai perkara yang ta’abbud. Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara ta’abbud dengan tujuan pensyariatan (maqasid syariah) maka mestilah mendahulukan maqasid syariah. Menjaga aurat adalah salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga maruah), dan berubat juga merupakan salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga nyawa). Ini kerana, ada sesetengah keadaan didahulukan menjaga maruah berbanding menjaga nyawa, dan ada sesetengah keadaan di dahulukan menjaga nyawa berbanding menjaga maruah.

Contoh lain, misalnya terdapat kes seorang wanita dipaksa berzina, jikalau tidak berzina maka akan dibunuh. Oleh itu dalam masalah ini ulama’ mengharamkan wanita berkenaan berzina, jadi hendaklah memilih untuk dibunuh berbanding berzina. Mengapa? Kerana berzina risikonya lebih besar berbanding bunuh. Antara risiko jenayah zina ialah kesan trauma, kesedihan, kemurungan terhadap mangsa dan keluarga. Malah kesan ini akan lebih teruk jika menyebabkan kelahiran anak luar nikah.


ALASAN MEREKA YANG LAIN

Saya merasakan alasan kerana wanita sukar untuk keluar malam jika berlaku kes kecemasan adalah tidak relevan sama sekali. Ini kerana dunia kini bertambah canggih dan mempunyai pelbagai kemudahan perhubungan. Bahkan wanita itu juga boleh ditemani suami ataupun mahram jika keseorangan.

Cuba kita renung sejenak, dahulu ibu-ibu kita melahirkan anak bagaimana? Hanya atas pertolongan mak bidan menggunakan perubatan tradisional. Terdapat juga sesetengah tempat mereka menggunakan khidmat jururawat bergerak. Kesemua mereka adalah wanita. Mereka sanggup berkorban demi membantu kaum sendiri tanpa beralasankan hari sudah larut malam. Dunia bertambah canggih, ini bukan ceritera kisah menunggang basikal tua!

Oh, saya sedikit geli hati mendengar alasan doktor lelaki sudah bosan melihat aurat wanita sehinggakan tidak rasa bersyahwat lagi. Jawapannya mudah, apakah doktor lelaki itu sudah mati pucuk? Atau sudah menjadi tidak normal? Sungguh kasihan jika itu berlaku.

Faktanya, lelaki yang mengubati wanita dan terpaksa melihat aurat lebih berisiko iaitu risiko terdedah kepada perzinaan. Ini bukan bermaksud terdedah kepada berzina dengan pesakit ketika rawatan sahaja, bahkan ianya mendorong kepada perzinaan umum, tidak kira samaada dengan pesakit atau bukan pesakit.

Secara teorinya, melihat aurat terutama bahagian aurat mughallazah (bahagian alat kelamin) boleh merangsang hawa nafsu. Lantas ransangan ini mendorong seseorang ke arah perzinaan walaupun sekadar istimta’ (ringan-ringan).

Teori ini disokong oleh kajian daripada W.H.O yang menyatakan hampir 20% doktor lelaki menjalinkan hubungan seks dengan pesakit wanita. Ini termasuklah kes pegawai perubatan yang merogol pesakit ketika koma sehingga menyebabkan mengandung di barat. Perkara sebegini akan bertambah teruk jika dimonopoli oleh para doktor lelaki yang masih bujang dan tidak berakhlak.

Qatadah meriwayatkan: Telah sampai kepadaku sabda Rasulullah SAW dengan maksudnya: “Tidak harus bagi mana-mana perempuan yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat (memperlihatkan anggota dan mereka) melainkan di bahagian ini, sambil baginda memegang bahagian tengah lengannya.” (Maksud bahagian tengah ialah – bermula dari hujung jari sehingga separuh lengan, bukan pergelangan tangan)

Terdapat riwayat di dalam sebuah hadis yang sahih bahawa Ibnu Abbas r.a berkata kepada Ato’ bin Abi Robah r.a bermaksud:

“Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang perempuan ahli syurga?”

Ato’ menjawab: “Ya.”

Ibnu Abbas berkata: “Perempuan hitam ini telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Aku dirasuk dan auratku tersingkap, maka bolehkah engkau doakan untukku?” Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau mahu bersabar, maka bagimu syurga. Jika engkau mahu aku mendoakan kesejahteraan, (maka aku akan doakan)”. Perempuan itu berkata: “Aku memilih bersabar (menanggung keperitan)”. Ia menambah: “Auratku tersingkap, maka doakanlah untukku supaya ia tidak tersingkap (ketika tidak sedarkan diri). Maka Rasulullah SAW pun mendoakan untuknya.

Perkara begini bukan sesuatu hal yang sangat-sangat ringin persis debunga yang berterbangan ditiup angin. Ini juga bukan masalah menghirup kopi sambil menonton gusti di warung kampung. Ini soal maruah seorang wanita. Hati wanita mana tidak remuk seandainya selama berpuluh tahun elok berhijab menutup aurat, menjaga rambutnya dari terdedah, namun diragut maruah hanya kerana peristiwa beberapa jam saat kelahiran anak. Mungkin wanita yang tidak menutup aurat kurang merasa kesengsaraan jiwa, tetapi bagi yang selalu menjaganya. Pasti ia merupakan detik hitam yang kelam dan hitam.

Pada hemat saya, ini adalah salah satu strategi pihak yahudi dan barat menusukkan jarum-jarum halus mereka. Sengaja meramaikan pelajar lelaki di dalam bidang sakit puan, dan meramaikan pihak wanita di dalam bidang sakit tuan. Natijahnya, soal aurat langsung tidak dititikberatkan lagi sehinggakan mencetuskan kecelaruan fikrah di benak-benak umat Islam.

FARDHU KIFAYAH YANG MENJADI FARDHU AIN

Bidang sakit puan & perbidanan (O&G) akan menjadi fardhu ain jika kekurangan doktor muslimah. Fardhu ain ini terpundak di atas bahu-bahu pelajar perubatan wanita yang kini sedang menuntut di mana sahaja hamparan bumi. Bukan untuk lelaki. Ayuh, sahutlah seruan ini wahai kaum hawa demi masa depan dirimu sendiri. Apakah akan terjadi jika fardhu ain juga diabaikan? Saya yakin kalian juga tahu hukumnya.

Kaedah hukum fiqh mengatakan bahawa:

“Jika sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan melainkan dengan sesuatu (tindakan), maka sesuatu (tindakan) tersebut juga menjadi wajib.”

Keterlibatan kaum hawa di dalam bidang ini adalah wajib jika ianya terabai.

Fikir-fikirkan bersama sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum nasi menjadi kerak hangit!

Sumber rujukan: Sakit Puan & Perbidanan: Fardhu Kifayah Yang Terabai, Ustaz Haji Zaharuddin Muhammad.