Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Wednesday, September 23, 2009

Didiklah Isterimu Wahai Sang Suami


Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah,pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.

Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.

Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

Sifat-sifat isteri solehah:

1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.

Wednesday, September 16, 2009

Dilema - Hijjaz

Buat renungan muslimah....


Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya


Sunday, September 13, 2009

Enam Jenis Wanita Yang Dilarang Kahwini

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah"

Wanita ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "aku membuat ini kerana kamu".

Wanita hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang terdahulu. Yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya daripada suami yang lain.

Wanita hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita baraqah: Ada 2 makna. Pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghiaskan mukanya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita syadaqah: Banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

Petikan daripada Imam Al-Ghazali

Di dalam sebuah hadith Rasullullah saw telah bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan atas mereka sifat malu.

Hukum Wanita Memakai Purdah

Oleh : Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani

Pertanyaan.
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : “Bagaimana hukum wanita menutup muka (purdah) ?”

Jawapan.
Kami tidak mengetahui ada seorangpun daripada shahabat yang mewajibkan hal itu. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syari’at. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.

Oleh kerana itu saya telah membuat satu bab khusus di dalam kitab ‘Hijabul Mar’aatul Muslimah’, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid’ah. Saya telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.

Hadits Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua telapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam ‘Al-Mushannaf’.

Pendapat kami adalah bahawa hal ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan ‘As Salafus Shalih’ dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir Ath-Thabari dan lain-lain mengatakan bahwa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.

Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.

“Ertinya : Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan”

Tanggapan saya.
Memang kaeidah ini bukan bid’ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syari’at. Sedangkan orang yang pertama menerima syari’at adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syari’at ini daripada beliau adalah para shahabat. Para Shahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu ushul feqh seperti di atas.

Telah kami sebutkan dalam kitab ‘Hijaab Al-Mar’aatul Muslimah’ kisah seorang wanita ‘Khats’amiyyah’ yang dipandang oleh Fadhl bin ‘Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi Shallallahu ‘laihi wa sallam, dan wanita itupun melihat
Fadhl. Diaa adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika itu memalingkan
wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.

Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, sehingga boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Dan saya telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah ‘tahallul’ awal.

Dan seandainya benar wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan .?!

Kemudian kami katakan bahawa pandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita, tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syari’at dan dari segi tabi’at manusia.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya” [An-Nuur : 30]

Maksudnya daripada (memandang) wanita.

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya” [An-Nuur : 31]

Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.

Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.

Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.

Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, Si Pembuat syari’at dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan)untuk menundukkan pandangan masing-masing.

Adapun hadits.

“Ertinya : Wanita adalah aurat”

Tidak berlaku secara mutlak. Karena tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam shalat.[1]

Yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah maajoriti ulama (Jumhur).

Hadits diatas, yang berbunyi.

“Ertinya : Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaithan memperindahkannya”

Tidak boleh diartikan secara mutlak. Ini kerana ada kaedah yang berbunyi :

“Dalil umum yang mengandungi banyak cabang hukum, dimana cabang-cabang hukum itu tidak boleh diamalkan berdasarkan dalil umum tersebut, maka kita tidak boleh berhujah dengan dalil umum tersebut untuk menentukan cabang-cabang hukum tadi”.

Misalnya : Orang-orang yang menganggap bahawa ‘bid’ah-bid’ah’ itu baik adalah berdasarkan dalil yang sifatnya umum. Contoh : Di negeri-negeri Islam seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain…. ramai orang yang membaca shalawat
ketika memulai adzan. Mereka melakukan ini berdasarkan dalil yang sangat umum iaitu firman Allah.

“Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” [Al-Ahzaab : 56]

Dan dalil-dalil lain yang menjelaskan keutamaan shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang merupakan dalil-dalil umum (yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam adzan yang memakai shalawat, karena ia memerlukan dalil khusus, wallahu a’lam, -pent-).

Mewajibkan wanita menutup wajah. Berdasarkan hadits : “Wanita adalah aurat”, adalah sama dengan keadaan di atas. Ini kerana wanita (Shahabiyah) ketika melaksanakan shalat mereka umumnya membuka wajah. Demikian pula ketika mereka pulang dari masjid, sebahagian mereka menutupi wajah, dan sebahagian yang lain masih membuka wajah.

Oleh yang demikian hadits diatas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan telapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan praktik orang-orang salaf (para shahabat).

[Disalin dari kitab Majmu’ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarah, edisi Indonesia
Fatwa-Fatwa AlBani, hal 150-154 Pustaka At-Tauhid]
_________
Foote Note
[1] Maksud beliau adalah bahwa orang yang berpendapat tentang wajibnya menutup
wajah bagi wanita pun bersepakat tentang bolehnya wanita membuka wajahnya, yang
menurut mereka adalah aurat, ketika shalat, maka hal ini menunjukkan bahwa
hadits di atas tidaklah berlaku secara mutlak.



Satu lagi hukum yang ana jumpa..

Dalam mazhab syafie, ada 2 pendapat tentang aurat..
1) Wajib menutup sekelian anggota termasuk muka dan tapak tangan, seperti yang ditegaskan oleh Jadul Haq dan inilah pendapat yang lebih kuat didalam mazhab kita, Syafie.

2) Wajib menutup melainkan muka dan pergelangan tangannya sahaja. Adapun di Malaysia, kita mengambil pendapat yang lebih lemah ini.

Mereka yang beramal dengan pendapat yang lebih kuat, mereka itulah yang wara' dan semoga Allah meluruskan hatinya dan juga memberi mereka ini istiqamah..

insyaallah..

Muslimah & Gambar

Salam.

Muqaddimah

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~

Friday, September 11, 2009

Luahan Rasa : Kejayaan di Sekolah

Gred 'A' untuk kokurikulum.

Pengerusi Kelab Seni Lukis Sekolah.

Ahli aktif Kelab Seni Lukis Sekolah.


Pengerusi Kelab Badminton Sekolah

Johan Perseorangan Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah 2006.

Johan beregu Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah 2007.

Naib Johan Pertandingan Badminton Peringkat Daerah 2005.

Penyertaan mewakili daerah ke Pertandingan Badminton Peringkat Negeri.

Naib Johan Pertandingan Tulisan Khat Peringkat Daerah 2005.

Naib Johan Pertandingan Tulisan Khat Peringkat Daerah 2006.

Penyertaan Pertandingan Tulisan Khat Peringkat Daerah 2007.

Sagu Hati Pertandingan Menulis Kaligrafi Rumi Peringkat Negeri 2006.

Johan Pertandingan Kaligrafi Rumi Peringkat Sekolah 2006.

Johan Pertandingan Melukis Poster Peringkat Sekolah 2006.

Johan Pertandingan Kaligrafi Rumi Peringkat Sekolah 2007.

Naib Johan Pertandingan Melukis Poster Peringkat Sekolah 2007.

Tempat Kedua Pertandingan Melukis Poster Peringkat Daerah 2005.

Penyertaan Pertandingan Melukis Poster Peringkat Daerah 2006.

Ketiga Pertandingan Melukis Peringkat Negeri 2004.

Pertandingan Merentas Desa, {(2003-21, 2004-9, 2005-11, 2006-5, 2007-tak menyertai)}.

Bengkel Seni Lukis Peringkat Negeri di Galeri Seni Johor, 2007.
Menyertai Kem Kesedaran Budaya Maritim di Lumut, Perak.

Mereka bentuk bendera Malaysia terpanjang menggunakan biskut.

Tunas Bistari.

Sebenarnya ada lagi beberapa pertandingan yang ana tak sebut. Takpelah, cukuplah sekadar yang ni.. Ngantuknya, nak tidur dulu....zzzz

Wednesday, September 9, 2009

Renungan Buat Muslimah

Warkah buat muslimah...
Mengejar muslimah solehah...

Duhai Gadis …


Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku… aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…

Ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.
Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.

Gadisku… aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.

Oleh itu gadisku, setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku… dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi, itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta… bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah… kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini, cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.

Gadisku, mencintai ALllah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …

Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslumahmu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya. buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

Renung2kanlah wahai gadisku …