Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Saturday, May 18, 2013

Manisnya Kahwin Muda : Hilal Ashraf dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani



Alhamdulillah, berkesempatan ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mendengar ceramah bertajuk “Manisnya Kahwin Muda” yang disampaikan oleh saudara Hilal Ashraf dan Ustaz Ahmad Dusuki, seorang penceramah bebas di Malaysia.
Banyak info dan maklumat yang menarik dapat ana ambil. Di ruangan ini, ingin ana berkongsi secebis ilmu yang telah ana dapat di sini.

Pertamanya tentang pengalaman dan ilmu orang muda yang dikatakan sedikit berbanding orang yang lebih tua. Sebenarnya tidak timbul isu itu. Pengalaman dan ilmu bukan diukur pada usia. Analogi yang telah diberikan, seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun telah diajar untuk memandu kereta manual, sudah tentanu ilmu dan pengalaman kanak-kanak ini lebih banyak berbanding orang tua yang berusia 50 tahun yang tidak pernah memandu. 

Begitu juga orang tua yang hanya tinggal di kampung dan tidak pernah merantau ke luar berbanding orang muda yang sudah mula merantau ke tempat orang, ke luar negara dan sebagainya. Sudah tentu pengalaman orang muda ini lebih banyak daripada orang tua tadi yang hanya tinggal di kampung dan tidak pernah keluar dari masyarakatnya.

Selain itu definisi cinta yang diberi dan diperbetulkan oleh saudara Hilal Ashraf, cinta itu adalah sesuatu yang membawa ke Syurga. Apa-apa sahaja cinta yang membawa ke neraka, itu bukanlah cinta namanya. Contoh apabila kita berkata kita sayangkan seseorang tu bahawa kita menyayanginya. Andai sejuta kali kita berkata begitu dan kemudian kita menolak dia ke dalam api, apalah maknanya ungkapan cinta yang telah kita ungkapkan tadi.

Oleh itu tak perlulah ber’couple’ kerana dengan ‘couple’ itu hanya menambahkan dosa tetapi mulakan hubungan itu dengan ikatan pertunangan. Hal ini kerana, dengan ikatan pertunangan sahaja sudah mampu membuahkan pahala kerana pertunangan itu merupakan salah satu cara dalam agama Islam. Bila kita ber’couple’ ini bermakna kita telah menyentap buah yang masih belum masak. Namun hubungan sepanjang tempoh itu juga perlulah dijaga.




Antara masalah anak muda sekarang ialah tiada sokongan ibu bapa apabila menyuarakan hasrat untuk bernikah. Antara punca kepada masalah ini adalah daripada diri kita sendiri kerana kurangnya komunikasi dengan ibubapa sejak daripada awal. Apabila ingin bernikah, baru mencari ibu bapa. Sudah tentu ibu bapa itu terkejut apabila kita yang tidak banyak berkomunikasi, tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk bernikah. Ada juga ibu bapa yang tidak menyokong, namun kita tidak harus berputus asa kerana dalam masa yang sama kita juga perlu memahami situasi ibu bapa kita. Oleh itu kita harus berusaha untuk menunjukkan kesungguhan kita dan membuat satu 'performance' terhadap diri untuk meyakinkan ibu bapa kita.

Berkenaan hantaran dan mas kahwin, kita diminta meletakkan dengan kadar yang tidak terlalu hina dan jangan terlalu mulia. Oleh itu bersederhana dan ikutlah kemampuan sewaktu menetapkan hantaran. 

Ada juga orang yang merungut dengan hantaran yang terlalu mahal tetapi beli bermacam-macam untuk dirinya. Contoh, 'gadget', melancong dan sebagainya. Oleh itu pengurusan material sangat penting sebelum mula bernikah lagi.

Ada seorang pelajar wanita di sini yang bertanya bagaimana untuk bercakap kepada ibu bapa supaya hantaran itu dikurangkan sekaligus tidak membebankan bakal suaminya sedangkan jumlah hantaran itu dia sendiri tidak bersetuju. Hal ini seperti yang telah disebutkan tadi, pentingnya komunikasi dengan ibu bapa sebelum kita ingin menikah lagi. Namun sebenarnya hantaran adalah hadiah untuk si isteri dan ibu bapa tidak ada hak untuk menggunakan hantaran yang diterima dengan sewenag-wenangnya. Apabila menjadi hak isteri, sebenarnya nilai hantaran ditentukan oleh perempuan itu sendiri.

Pengantin lelaki pula harus tahu apa tujuannya bernikah. Bukan sekadar seks semata-mata tetapi bagaimana untuk membawa keluarga kita ke Sana. Sewaktu akad nikah pula, sebenarnya dalam agama Islam tiada  Upacara Batal Wuduk. Itu hanyalah budaya masyarakat kita semata-mata. Begitu juga budaya mencium isteri selepas akad, tiada sama sekali dalam agama Islam.

Berkenaan dengan urusan rezeki selepas nikah, memang dikatakan rezeki selepas bernikah akan bertambah tetapi rezeki itu datang dengan sebab. Usaha selepas pernikahan juga sangat penting. Budaya tegur menegur antara suami isteri juga sangat penting selepas nikah. Jangan dibiarkan keluarga kita terlumrah dengan dosa dan khilaf.

Itu sahaja secebis ilmu yang dapat ana kongsikan. Semoga bermanfaat. 

Wahai pemuda berkahwinlah, 
wahai pemudi terimalah, 
wahai ibu bapa redhailah. : Kata-kata Ustaz Ahmad Dusuki ^-^ 

ps: gambar diambil daripada fb Hilal Ashraf (Official)

Tuesday, May 14, 2013

Hukum Lelaki Bukan Mahram Menyambut Wanita Bersalin

Oleh: Ustaz Haji Zaharuddin Muhammad.


Suatu malam rumah saya didatangi beberapa orang mahasiswa dari kalangan pelajar perubatan Tanta. Memandangkan sebelum ini kami pernah terlibat sama dalam program persatuan, maka saya mengenali mereka.

“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat dalam bidang perbidanan (wanita bersalin)?” Saya cuba menduga.

“Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya risikonya tinggi dan agak susah.. contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah malam ada orang nak beranak susahla doktor perempuan nak tolong..” Jawabnya.

Sudah saya jangkakan jawapannya. Saya cuba berfikir relevan di sebalik jawapan itu sambil tangan mencobek ketulan cucur bawang yang kami sediakan untuk mereka. Sedap juga menjamah cucur panas-panas begini.

“Lagipun doktor lelaki jadi dah biasa dah macam tu (sudah mangli melihat aurat wanita ketika mahu bersalin, tidak bernafsu lagi)..” Sambungnya lagi.

Saya juga telah menulis artikel berkaitan rawatan ke atas pesakit berlainan jantina di sini.

Jawapan di atas pula bakal saya jawab sebentar lagi. Teruskan membaca subtopik di bawah.

ALASANNYA DARURAT

Ada di kalangan mereka yang mengharuskan lelaki terjun ke dalam bidang sakit puan atau obstetrik dan ginekologi (O&G) dengan berasalankan darurat. Malah menggunapakai kaedah masyhur qawaid fiqh yang berbunyi:

Maksudnya: “Darurat boleh mengharuskan perkara yang diharamkan dengan syarat darurat tersebut tidak kurang (bukan lebih kecil) berbanding perkara yang diharamkan.”

Perlu diketahui, kaedah di atas bagi darurat doktor lelaki merawat ataupun menjadi bidan kepada wanita bersalin adalah terlalu umum. Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa membuat pengecualian hal ehwal sakit puan.

Justeru, kita tidak boleh mengkiaskan darurat memakan bangkai secara keseluruhannya. Ini kerana darurat memakan bangkai berbeza dari beberapa sudut. Antaranya ialah:

1. Merujuk kepada masalah keharusan memakan bangkai, ianya tidak melibatkan pihak kedua. Maksudnya ia hanya melibatkan individu yang memakan bangkai itu sahaja. Manakala bagi kes bersalin, ianya melibatkan pelbagai pihak bersama iaitu pesakit, suami dan doktor yang menyambut kelahiran itu sendiri.

2. Seterusnya jika berlaku kes bersalin, kesan di sebalik perbidanan itu adalah amat besar samaada terhadap emosi sehinggakan si isteri akan mengalami trauma berpanjangan. Begitu juga suami, pasti akan mengundang rasa ‘lain’ apabila lelaki asing melihat aurat mughallazah isterinya. Doktor juga tidak dapat lari daripada menerima kesan akibat kes perbidanan tersebut seandainya masih bergelar lelaki sejati.

3. Harus memakan bangkai dikategorikan sebagai perkara yang ta’abbud. Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara ta’abbud dengan tujuan pensyariatan (maqasid syariah) maka mestilah mendahulukan maqasid syariah. Menjaga aurat adalah salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga maruah), dan berubat juga merupakan salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga nyawa). Ini kerana, ada sesetengah keadaan didahulukan menjaga maruah berbanding menjaga nyawa, dan ada sesetengah keadaan di dahulukan menjaga nyawa berbanding menjaga maruah.

Contoh lain, misalnya terdapat kes seorang wanita dipaksa berzina, jikalau tidak berzina maka akan dibunuh. Oleh itu dalam masalah ini ulama’ mengharamkan wanita berkenaan berzina, jadi hendaklah memilih untuk dibunuh berbanding berzina. Mengapa? Kerana berzina risikonya lebih besar berbanding bunuh. Antara risiko jenayah zina ialah kesan trauma, kesedihan, kemurungan terhadap mangsa dan keluarga. Malah kesan ini akan lebih teruk jika menyebabkan kelahiran anak luar nikah.


ALASAN MEREKA YANG LAIN

Saya merasakan alasan kerana wanita sukar untuk keluar malam jika berlaku kes kecemasan adalah tidak relevan sama sekali. Ini kerana dunia kini bertambah canggih dan mempunyai pelbagai kemudahan perhubungan. Bahkan wanita itu juga boleh ditemani suami ataupun mahram jika keseorangan.

Cuba kita renung sejenak, dahulu ibu-ibu kita melahirkan anak bagaimana? Hanya atas pertolongan mak bidan menggunakan perubatan tradisional. Terdapat juga sesetengah tempat mereka menggunakan khidmat jururawat bergerak. Kesemua mereka adalah wanita. Mereka sanggup berkorban demi membantu kaum sendiri tanpa beralasankan hari sudah larut malam. Dunia bertambah canggih, ini bukan ceritera kisah menunggang basikal tua!

Oh, saya sedikit geli hati mendengar alasan doktor lelaki sudah bosan melihat aurat wanita sehinggakan tidak rasa bersyahwat lagi. Jawapannya mudah, apakah doktor lelaki itu sudah mati pucuk? Atau sudah menjadi tidak normal? Sungguh kasihan jika itu berlaku.

Faktanya, lelaki yang mengubati wanita dan terpaksa melihat aurat lebih berisiko iaitu risiko terdedah kepada perzinaan. Ini bukan bermaksud terdedah kepada berzina dengan pesakit ketika rawatan sahaja, bahkan ianya mendorong kepada perzinaan umum, tidak kira samaada dengan pesakit atau bukan pesakit.

Secara teorinya, melihat aurat terutama bahagian aurat mughallazah (bahagian alat kelamin) boleh merangsang hawa nafsu. Lantas ransangan ini mendorong seseorang ke arah perzinaan walaupun sekadar istimta’ (ringan-ringan).

Teori ini disokong oleh kajian daripada W.H.O yang menyatakan hampir 20% doktor lelaki menjalinkan hubungan seks dengan pesakit wanita. Ini termasuklah kes pegawai perubatan yang merogol pesakit ketika koma sehingga menyebabkan mengandung di barat. Perkara sebegini akan bertambah teruk jika dimonopoli oleh para doktor lelaki yang masih bujang dan tidak berakhlak.

Qatadah meriwayatkan: Telah sampai kepadaku sabda Rasulullah SAW dengan maksudnya: “Tidak harus bagi mana-mana perempuan yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat (memperlihatkan anggota dan mereka) melainkan di bahagian ini, sambil baginda memegang bahagian tengah lengannya.” (Maksud bahagian tengah ialah – bermula dari hujung jari sehingga separuh lengan, bukan pergelangan tangan)

Terdapat riwayat di dalam sebuah hadis yang sahih bahawa Ibnu Abbas r.a berkata kepada Ato’ bin Abi Robah r.a bermaksud:

“Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang perempuan ahli syurga?”

Ato’ menjawab: “Ya.”

Ibnu Abbas berkata: “Perempuan hitam ini telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Aku dirasuk dan auratku tersingkap, maka bolehkah engkau doakan untukku?” Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau mahu bersabar, maka bagimu syurga. Jika engkau mahu aku mendoakan kesejahteraan, (maka aku akan doakan)”. Perempuan itu berkata: “Aku memilih bersabar (menanggung keperitan)”. Ia menambah: “Auratku tersingkap, maka doakanlah untukku supaya ia tidak tersingkap (ketika tidak sedarkan diri). Maka Rasulullah SAW pun mendoakan untuknya.

Perkara begini bukan sesuatu hal yang sangat-sangat ringin persis debunga yang berterbangan ditiup angin. Ini juga bukan masalah menghirup kopi sambil menonton gusti di warung kampung. Ini soal maruah seorang wanita. Hati wanita mana tidak remuk seandainya selama berpuluh tahun elok berhijab menutup aurat, menjaga rambutnya dari terdedah, namun diragut maruah hanya kerana peristiwa beberapa jam saat kelahiran anak. Mungkin wanita yang tidak menutup aurat kurang merasa kesengsaraan jiwa, tetapi bagi yang selalu menjaganya. Pasti ia merupakan detik hitam yang kelam dan hitam.

Pada hemat saya, ini adalah salah satu strategi pihak yahudi dan barat menusukkan jarum-jarum halus mereka. Sengaja meramaikan pelajar lelaki di dalam bidang sakit puan, dan meramaikan pihak wanita di dalam bidang sakit tuan. Natijahnya, soal aurat langsung tidak dititikberatkan lagi sehinggakan mencetuskan kecelaruan fikrah di benak-benak umat Islam.

FARDHU KIFAYAH YANG MENJADI FARDHU AIN

Bidang sakit puan & perbidanan (O&G) akan menjadi fardhu ain jika kekurangan doktor muslimah. Fardhu ain ini terpundak di atas bahu-bahu pelajar perubatan wanita yang kini sedang menuntut di mana sahaja hamparan bumi. Bukan untuk lelaki. Ayuh, sahutlah seruan ini wahai kaum hawa demi masa depan dirimu sendiri. Apakah akan terjadi jika fardhu ain juga diabaikan? Saya yakin kalian juga tahu hukumnya.

Kaedah hukum fiqh mengatakan bahawa:

“Jika sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan melainkan dengan sesuatu (tindakan), maka sesuatu (tindakan) tersebut juga menjadi wajib.”

Keterlibatan kaum hawa di dalam bidang ini adalah wajib jika ianya terabai.

Fikir-fikirkan bersama sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum nasi menjadi kerak hangit!

Sumber rujukan: Sakit Puan & Perbidanan: Fardhu Kifayah Yang Terabai, Ustaz Haji Zaharuddin Muhammad.

Hukum Ucap "Sayang" Kepada Bukan Mahram



SOALAN:
Dulu saya pernah meminta nasihat daripada seorang lelaki. Dia juga ingin mencari seorang lelaki soleh untuk saya. Kami selalu berhubung melalui telefon dan e-mel. Dia juga meminta biodata dan ingin tahu perwatakan saya. Sekarang, saya terkesan dengan setiap percakapannya. Dia pernah menyatakan dia menyayangi saya kerana ALLAH. Bolehkah seorang lelaki yang bukan mahram menyatakan sebegitu kepada saya? Bagaimanakah cara untuk saya menyelesaikan perkara ini?

JAWAPAN:
Tidak patut bagi mana-mana lelaki menyatakan hal ini kepada mana-mana wanita yang bukan mahram (individu yang boleh dinikahi) dengannya. la boleh menyumbang kepada fitnah hati kerana terpikat dengan kata-kata tersebut. Perbuatan seperti ini dilakukan oleh kebanyakan lelaki dengan niat yang baik, harapan dan istiqamah. Tetapi ia adalah cara yang salah dan haram disisi agama. Sabda Rasulullah s.a.w., "Dosa adalah apa yang terdapat di dada kamu dan kamu benci jika diketahui oleh manusia. " - Hadis riwayat Muslim: 4632.

Lelaki tersebut mesti menyembunyikan perkara ini daripada orang lain. Usaha untuk mencari jodoh yang baik amat digalakkan. Usaha ini akan dinilai oleh ALLAH. Tetapi janganlah kamu mengambarkan perwatakan kamu secara berlebihan padanya.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak boleh bagi seorang wanita bercampur dengan wanita lain, kemudian menceritakan halnya kepada suaminya seolah-olah suaminya dapat melihatnya sendiri". Hadis riwayat Muslim: 5240.

Kamu boleh mengambarkan perwatakan kamu sekadar apa yang diizinkan syarak jika dia ingin melamar kamu, iaitu muka dan tapak tangan. Tapi ini dikhususkan bagi lelaki yang benar-benar ingin menikahi kamu. Lelaki tersebut pula perlu meminta nasihat orang yang berilmu atau orang tengah untuk melihat wanita yang ingin dilamar tanpa pengetahuannya (wanita tersebut).

Selain itu, kami nasihatkan agar kamu memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Pohonlah keampunan daripada ALLAH di atas segala yang berlaku. Berwaspadalah ketika bermuamalat (bergaul). Jauhkanlah diri daripada fitnah yang boleh menjauhkan kamu daripada rahmat ALLAH. Untuk makluman kamu, wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki. Oleh itu, jagalah peribadi kamu sebagai wanita solehah agar tidak menyebabkan orang lain terjebak dalam dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita.” - Hadis riwayat al-Bukhari: 4706 dan Muslim: 4923.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Dunia adalah sesuatu yang segar dan manis, ALLAH melantik kamu sebagai khalifah untuk melihat sejauh mana kamu boleh lakukan. Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita. Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita.” –Hadis riwayat Muslim: 4925

(Sumber islamonline. net)

Monday, April 22, 2013

38 Kesilapan Umum di Sekitar Solat



(DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)

Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. 

Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri.

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT

1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki.

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar
tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat
akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk
di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya.

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).”

29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat


33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka
membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah
melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah.

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).

KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.

36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.

37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”

“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –
sahih)

38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.

BAB: PENUTUP:
Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan
solat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak
sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.

Ditulis & disusun Oleh:
Ruslan Mamat

Teks penuh setebal 61 mukasurat boleh di download dari
www.E-KEDAI.com.my/info/38kesilapanumumdisekitarsolat.pdf

Cerpen : Lorong Gelap





Lorong gelap itu tidak pernah sunyi, sampah sarap dan longkang sentiasa ditemani sang tikus dan sang lipas. Dalam kegelapan kelihatan seorang pemuda sedang menyusuri lorong gelap itu, Dilihatnya wanita dan lelaki yang berada di situ. Semuanya hanyut dibuai gelora nafsu yang bertakhta di jiwa. Namun, demi untuk melengkapkan tugasan akhir, Aiman gagahi juga langkah kakinya meyusuri lorong itu. Mencari maklumat dan informasi yang mungkin dapat membantu menyiapkan tugasannya. Tiba-tiba Aiman disapa oleh seorang lelaki, dengan wajah yang disolek cantik, berambut panjang, dihiasi pengikat rambut yang berkilau dan berpakaian wanita. Langsung tiada menunjukkan ciri-ciri kelelakian melainkan selepas mendengar suaranya yang garau itu.

“Bang, nak cari teman ke?” sapa lelaki itu. Aiman masih terkedu melihat lelaki yang menyerupai wanita itu.

“Err, ye ye. Saya nak cari seorang yang ok.” Aiman yang takut dan terkejut menjawab dengan terketar-ketar.

“Mungkin lelaki ni seorang bapa ayam, inilah peluang untukku menemu ramah wanita-wanita di sini,” hati Aiman berkata.

Lelaki itu membawa Aiman ke sebuah tempat yang dipenuhi lelaki-lelaki yang ingin memuaskan nafsu semata-mata. Ditempat itu Aiman dibawa ke sebuah bilik yang sudah tersedia seorang wanita agak berumur tetapi sangat cantik hiasan ditubuhnya. Rambut panjang yang dilepaskan dan kulit putih bak mutiara. Aiman terkesima memandang wanita itu.
“Sekali RM 100”, Aiman masih terkesima dan tidak mendengar apa yang diperkatakan disekelilingnya.

“Woi, dengar tak ni. Sekali RM 100, boleh tak? Lelaki itu meninggikan suara di hadapan Aiman.

“Hah, baik baik, boleh je.” Jawab Aiman tergagap-gagap sambil matanya memandang wanita itu.

Sebaik mendengar jawapan Aiman, lelaki itu keluar meninggalkan Aiman bersama wanita yang sudah sedia menjalankan tugasnya. Wanita itu bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya melayan Aiman. Dibelainya tangan Aiman perlahan-lahan lantas Aiman menghalang perbuatan wanita itu sambil menerangkan tujuannya datang ke tempat itu. Dibuka beg sandang yang membawa bahan untuk kajiannya. Wanita itu melihat kamera dan pita perakam di dalam beg itu. Wanita itu memandang sinis.

“Saya nak temuramah akak dan buat kajian tentang kajian kerja kursus yang perlu saya siapkan,” sebaik mendengar ucapan itu, wanita itu menolak Aiman sekuat hati dan meluru keluar dari bilik. Beberapa detik selepas itu lelaki yang membawanya masuk ke bilik tadi tiba ke bilik itu dan disebelahnya pula  ditemani dua orang lelaki yang bertubuh sasa. Aiman ketakutan melihat raut wajah dan gelagat ketiga-tiga lelaki itu.

“Kau jangan main-main kat sini. Nak temu ramah ke, nak ambil gambar ke, kat sini bukan tempatnya. Kalau kau nak, cari tempat lain la.” Lelaki itu meninggikan suara. Aiman masih terketar-ketar ketakutan melihat gelagat mereka bertiga.

‘’Saya cuma………” belum sempat Aiman menghabiskan bicaranya dua orang lelaki yang bertubuh sasa tadi mengangkatnya keluar dari bangunan. Aiman ditumbuk dan disepak bertubi-tubi. Aiman cedera parah dan pengsan lalu dibiarkan Aiman menemani sang tikus di lorong yang penuh sampah itu tanpa belas kasihan.

Pagi esoknya Aiman mula tersedar daripada pengsan. Kepalanya dirasakan begitu berat seolah-olah menanggung berat sebuah batu yang besar.

“Aduh, aku kat mana ni? Aiman bertanya pada dirinya sambil tangan kanan Aiman memegang kepalanya yang masih berat. Aiman terkejut kerana hanya memakai seluar tanpa baju yang menutupi tubuhnya.

“Adik ada kat bilik akak. Semalam akak yang angkat adik dari tepi lorong tu. Baju adik akak basuhkan sebab penuh sangat dengan darah.” Seorang wanita yang amat dikenalinya memberikan jawapan kepada setiap persoalan di fikiran Aiman waktu itu.

“Akak perempuan malam tadi yang saya jumpa. Kenapa akak tolong saya?” Aiman menghamburkan soalan. Wanita itu hanya mendiamkan diri. “Akak ni seorang…………” kata-kata Aiman terhenti sambil matanya memandang wanita itu.

“Ye, memang……….. memang aku seorang pelacur! Memang aku ni perempuan kotor, takde maruah. Sudah! Kau ambil baju kau dan pergi dari sini. Berambus!!!” marah wanita itu terhadap Aiman. Aiman berasa serba salah dengan apa yang dipertuturkannya sebentar tadi.
“Minta maaf kak, Aiman cuma nak temu ramah akak je semalam. Aiman tiada niat apa-apa pun. Lagipun Aiman kena siapkan kajian kerja kursus akhir semester Aiman ni. Aiman pilih tajuk ‘Jangan Pilih Jalan Hitam.’ Sebenarnya pada pandangan Aiman mungkin masyarakat tidak tahu disebalik kehidupan akak dan wanita-wanita lain yang berada di sini. Kalau boleh Aiman nak sedarkan masyarakat bahawa setiap orang perlu dihormati, termasuklah golongan seperti akak, bukannya memandang serong, mencaci malah menghina golongan seperti akak. Setiap manusia sama sahaja pada pandangan tuhan kak. Aiman harap sangat akak boleh tolong Aiman. Tolong Aiman untuk menyedarkan masyarakat di luar sana. Akak tak nak ke tolong diri akak?” Aiman memberi penerangan penuh harapan, dengan harapan wanita yang membelakanginya itu dapat menolong Aiman menyiapkan kajiannya selain niat murninya untuk menyedarkan masyarakat di luar sana.

“Nama adik siapa?” sambil wanita itu mengemaskan rambutnya tiba-tiba bertanya kepada Aiman.

Aiman yang masih mengharapkan pertolongan daripada wanita itu dengan tegas memberitahu namanya. “Aiman kak,” sambil matanya memandang wanita itu. “Hmm….Aiman panggil saja akak Kak Suhaila atau Kak Su.”

“Apa yang akak boleh buat untuk tolong adik?” Niat suci dan kesungguhan Aiman akhirnya membuka hati Suhaila untuk membantu Aiman menyiapkan kajiannya. “Hmm….. Kalau akak tak keberatan, Aiman teringin sekali mengetahui kisah hidup akak sebelum akak terjebak dalam dunia gelap di sini?” Dengan penuh hikmah Aiman menuturkan bicara. Tidak mahu sekali lagi mengecilkan hati wanita di hadapannya itu.

Aiman pulang ke biliknya dengan menaiki teksi setelah selesai tugasnya menemuramah Kak Su.  Kata-kata yang dituturkan Kak Su sentiasa bermain dalam fikiran Aiman. Aiman tersentak apabila telefon bimbitnya berdering. Selesai berbual di telefon, Aiman melabuhkan semula punggungnya di hadapan komputer riba di biliknya. Mata Aiman memandang pula perakam suara yang terletak di dalam almarinya. Aiman bangun daripada tempat duduk dan menuju ke almari untuk mengambil perakam suara kepunyaannya lantas menekan butang ‘PLAY’ yang terdapat pada perakam suara tersebut.

“Hidup akak dulu bahagia, akak ada orang tua yang sangat menyayangi akak. Sehinggalah pada suatu hari orang tua akak terlibat dalam kemalangan dan kemalangan itu meragut nyawa mereka sewaktu umur akak lapan belas tahun. Akak anak tunggal, tiada siapa yang sudi menjaga akak kecuali pak cik dan makcik akak yang sangat akak percaya. Rupanya kebaikan yang mereka lakukan kepada akak ada makna yang tersirat. Akak dipaksa berkahwin gara-gara untuk melangsaikan hutang mereka. Duit hantaran itulah yang mereka gunakan untuk membayar hutang mereka. Akak tiada pilihan selain menyerahkan duit hantaran akak kepada pak cik dan mak cik akak.

Suami akak pula akak sangkakan seorang yang ikhlas menerima akak dan mampu membimbing akak menjadi seorang wanita yang taat kepada agama. Namun, keikhlasan yang ditunjukkan dan kebahagiaan yang akak kecapi rupanya tidak lama setelah sekian lama akak berkahwin. Suami akak sering pulang lewat ke rumah dan tidak pernah memberikan nafkah yang sepatutnya akak terima. Pada suatu hari, ada seorang lelaki masuk ke rumah akak. Akak sangat mengenali lelaki itu kerana lelaki itu sering menuntut hutang daripada suami akak. Rupa-rupanya suami akak sendiri yang menjual akak kepada lelaki itu. Akak kecewa sangat dengan suami dan hidup akak.

Waktu itu akak ada anak yang baru saja akak lahirkan. Akak tak mampu menjaga anak akak dan akak serahkan anak akak kepada seorang jiran akak yang banyak membantu akak ketika itu. Akak sangat berterima kasih kepada mereka dan akak tidak mampu membalas jasa mereka. Malah sehingga ke hari ini akak tak pernah berjumpa dengan mereka lagi. Bila akak datang semula ke rumah mereka, rumah mereka dah tiada. Akak hilang arah dan kecewa sangat kerana tidak tahu ke mana satu-satunya anak yang akak lahirkan pergi dibawa jiran akak dulu.

Akibat kekecewaan yang teramat, akak akhirnya terjerumus ke dalam dunia pelacuran di sini. Akak tahu apa yang akak lakukan ini salah, tetapi adakah tuhan masih mampu mengampuni semua dosa-dosa yang akak lakukan? Akak rasa diri akak sangat kotor dan hina untuk menghadap tuhan. Masyarakat juga seringkali mencaci dan menghina pekerjaan yang akak lakukan ini. Mereka tidak tahu penderitaan yang akak lalui selama ini.”

Aiman menekan butang ‘STOP’. Air matanya bercucuran setiap kali mendengar luahan daripada seorang wanita yang dianggap masyarakat sebagai kotor dan hina. Aiman menaip segala maklumat ke dalam komputer riba dengan hatinya yang hiba. Jam menunjukkan tepat jam dua pagi. Aiman menutup komputer ribanya kerana esok Aiman akan berjumpa dengan pensyarah untuk menunjukkan hasil awal tugasannya. Minggu depan pula Aiman sudah berjanji dengan Kak Su untuk berjumpa. Namun sepanjang tempoh itu hanya telefon bimbit yang menjadi penghubung antara Aiman dan Kak Su.

Aiman melihat Kak Su sudah setia menunggu di pondok berhadapan tasik di tempat yang dijanjikan. “Kak Su, dah lama tunggu? Maaflah, Aiman terlewat sikit. Aiman jumpa pensyarah Aiman tadi.” Aiman menegur Kak Su yang sedang duduk sambil memegang telefon bimbitnya. “Eh takdelah, akak pun baru je sampai. Oh ye, bagaimana dengan tugasan Aiman, siap dah semua?”

“Alhamdulillah kak, insyaAllah kalau tiada halangan dua minggu lagi Aiman akan hantar tugasan Aiman kepada pensyarah untuk disemak. Hmm akak…” kata Aiman terhenti seakan berat untuk Aiman menyambung tutur bicaranya itu.

“Hah, ada apa? Beritahu jelah.” Kak Su sabar mendengar sambungan kata-kata Aiman tadi.
“Boleh Aiman panggil akak………. MAK.” Aiman melepaskan apa yang terpendam di lubuk hatinya selama ini. Kak Su yang terkejut dengan apa yang dipertuturkan Aiman memandang wajah Aiman penuh kesyahduan. Tanpa disedari, mengalir manik-manik kegembiraan dan keinsafan dari matanya.

“Aiman…. Kak Su… err… Mak tak tahu kenapa Aiman begitu mengambil berat terhadap Mak.” Kak Su cuba membiasakan diri dengan gelaran yang dipinta Aiman.

“Emak ni kotor Aiman. Sudi ke Aiman ada seorang mak seperti Mak?”

“Kenapa mak cakap begitu, Aiman percaya semua orang boleh berubah. Begitu juga dengan Mak, Aiman tahu Mak boleh berubah. Lagipun emak kandung Aiman dah lama tinggalkan Aiman. Apa salahnya Aiman anggap Mak sebagai emak Aiman.”

Air mata Suhaila yang mengalir terus membasahi pipi bagaikan sungai yang deras airnya. Hatinya diruntun pilu apabila masih ada orang yang menganggap dirinya begitu mulia lebih-lebih lagi dengan gelaran “Mak” yang dipanggil Aiman.

Selang seminggu Suhaila menerima sepucuk surat. Tidak sabar Suhaila membuka sampul surat berwarna putih yang dikirim Aiman itu. Dibukanya surat yang ditulis Aiman itu perlahan-lahan.

Assalamualaikum mak,Pertama sekali, Aiman memohon seribu kemaafan daripada Mak kerana sudah lama rasanya Aiman tidak menjenguk Mak di sana. Bukan Aiman tidak mahu datang ke sana tetapi banyak kerja yang perlu Aiman siapkan terutamanya tugasan Aiman yang sudah Aiman serahkan kepada pensyarah Aiman.

Alhamdulillah, tugasan Aiman sudah diterima pensyarah. Ini bermakna Aiman akan menamatkan pengajian Aiman hujung tahun ini sebagai seorang siswazah. Ini semua berkat doa dan bantuan daripada Mak yang paling banyak memberi sokongan kepada Aiman. Selepas ni bolehlah Aiman bekerja. InsyaAllah dengan duit gaji yang Aiman terima nanti Aiman nak bawa Mak keluar dari tempat tu dan ajak Mak memulakan hidup baru. Nanti bolehlah Mak jagakan rumah Aiman bila Aiman keluar bekerja. Boleh kan Mak?

Untuk pengetahuan Mak, Aiman sekarang berada di Hospital Kuala Lumpur. Aiman minta maaf kerana Aiman tak memberitahu Mak yang Aiman menghidap kanser. Aiman harap Mak tak perlu risau kerana kanser Aiman hanya di tahap pertama. Doktor kata Aiman boleh sembuh macam sediakala beberapa bulan lagi. Sekali lagi Aiman perlukan doa daripada Mak. Mak doakanlah Aiman supaya cepat sembuh ye Mak…..

Aiman doakan yang terbaik buat Mak dan Mak pun jangan lupa doakan Aiman di sini ye. Oklah Mak, doktor dah datang ni. Ada masa dan kesempatan, insyaAllah Aiman poskan lagi surat kepada mak.
            Yang menyayangi Mak,
 Aiman

Suhaila yang membaca surat itu tidak mampu menahan air matanya dari menitis ke bumi. Air mata kegembiraan dan penyesalan keluar mengalir tanpa henti daripada matanya. “Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa yang telah aku lakukan. Aku bertaubat Ya Allah, Kau bimbinglah aku ke jalan yang lurus, ke jalan yang Engkau redhai. Betapa banyaknya dosa yang telah aku lakukan Ya Allah.” Suhaila menginsafi dirinya yang penuh dengan dosa. Semoga manik-manik keinsafan yang mengalir ini akan menjadi saksi bahawa Suhaila benar-benar ingin bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Dengan linangan air mata yang masih mengalir Suhaila terus mencapai kunci kereta Vios miliknya.

Tiba sahaja di Hospital Kuala Lumpur Suhaila terus meluru ke kaunter pertanyaan. Lantas Suhaila bertanya dimanakah wad yang menempatkan Aiman dan sebaik mendapat nama wad dan nombor katil Aiman, Suhaila terus berlari menuju ke wad yang disebutkan untuk mencari orang yang banyak mengubah hidupnya itu. Sebaik pintu bilik Aiman di buka, Suhaila terkaku melihat seorang wanita di sisi Aiman.

“Suhaila!” wanita di sisi Aiman yang terkejut itu terus menyapa Suhaila.

“Kak Ima.” Suhaila masih kaku melihat jiran lamanya yang banyak membantu sewaktu dia dalam kesusahan sebelum diceraikan suaminya. Orang yang diamanahkan untuk menjaga bayinya dahulu. Kini, sudah hampir 25 tahun kejadian itu berlalu dalam kenangan Suhaila dan Kak Ima.

“Aiman ni……..” tutur bicara Suhaila disekat apabila Kak Ima menyambung kata-katanya.

“Ye Suhaila, Aiman ni anak yang kau tinggalkan untuk akak jaga dahulu”. Kalimat yang menerobos masuk ke ruang telinga Suhaila membuatkan air mata Suhaila mengalir lebih deras. Tidak pernah disangka Aiman itu anak kandungnya sendiri.

Walaupun sebulan telah berlalu, peristiwa itu masih tetap segar di ingatan Suhaila. Saat manis bersama Aiman sentiasa bermain dibayangan mata. Aiman yang dulu terpaksa berulang alik ke hospital kini sudah beransur pulih. Ditatapnya gambar Aiman pada dinding rumahnya. Suhaila hanya tersenyum sendirian.

“Mak…!!!”, lamunan Suhaila tersentap apabila Aiman menjerit memanggilnya. “Macam mana perancangan kita nak bercuti ke Langkawi tu Mak?” Aiman bertanya sambil memandang wajah emaknya itu.

“Hmm, kan Mak dah janji dengan Aiman nak pergi dengan Kak Ima sekali. InsyaAllah kalau tiada aral minggu depan kita pergi sama-sama ye Aiman”, lembut seorang ibu menutur kata dengan senyuman penuh kasih sayang.

Aiman hanya tersenyum mendengar jawapan daripada emaknya sambil terus memeluk tubuh orang yang telah melahirkannya itu. “Ya Allah, betapa besarnya keagunganMu, semoga kemesraan ini akan berkekalan sehingga ke syurga-Mu Ya Rabb”, sambil hati Aiman penuh kesyukuran memuji yang Maha Esa.


Nukilan:
Azinuddin Muhammad Bin Zainudin
PISMP Pengajian Melayu Semester 6/2012
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah.

Sunnah Setelah Majlis Akad Nikah



Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith:

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: 

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’
“(Riwayat Abu Daud).

Jangan amalkan cium diubun-ubun isteri selepas majlis akad nikah kerana seperti acara agama lain.

Sunday, April 7, 2013

Prof Dr Muhaya - Mudahkan Pernikahan

Buat renungan:
"Prof, macam mana saya nak beritahu ibu saya yang berkeras untuk minta wang hantaran 10k sedangkn saya sendiri tidak meletakkan apa-apa nilai pada bakal suami saya. Saya sedih dan malu bila ibu berkeras. ALLAH. Hanya Allah yang tahu apa saya rasa sekarang"


Nilai wanita bukan pada wang hantaran. Jika ibu bapa memahami Islam dan hidup untuk redha Allah lagi di turunkan wang hantaran. Wanita yang baik ialah yang cepat kahwinnya, murah maharnya dan banyak anaknya- Maksud Hadis- Kalau saya tak silap. Jom ibu bapa dan bakal pengantin mudahkan perkara wajib dan jangan habiskan tenaga pada benda harus tapi fokuskan pada benda wajib.

Semoga pos ini dapat ditunjukkan kepada ibu bapa oleh bakal pengantin. Cuba minimakan hantaran dan perhiasan hantaran kerana itu semua pandangan manusia terutama jika tidak berkemampuan tetapi terpaksa menunjuk kerana fikir " APA ORANG KATA'. Hantaran tak penting tapi bagaimana suami melayan anak perempuan kita selepas berumah tangga. 

Cuba lihat semua majlis perkahwinan. Merasa kasihan apabila berbelanja besar dan hiasan mewah tetapi isteri atau suami yang dipilih tidak mengikut hukum Allah. Jika tidak dijaga agama bayangkan rumah tangga itu selepas perkahwinan, Jika dilihat pada soalan rumah tangga yang bermasalah semua berpunca daripada kurangnya agama.

Jom para isteri dan suami renungi hidup ini. Dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi. Jangan kahwin kerana cinta manusia tapi kahwin kerana cinta Allah. Lihat semua program dan majalah perkahwinan dengan mata hati. Alangkah sia-sianya hidup mencari penghargaan dan pujian manusia sedangkan Allah murka. 

Kaum bapa wajib memilih ibu anak-anak mereka. Jika kecantikan jadi pilihan tetapi akhlak buruk, kecantikan itu hilang nikmatnya selepas kahwin. Budi pekerti menjadi penambat hati suami bukan hanya rupa paras yang mungkin menjadi fitnah. Semoga mereka dengan masalah keluarga mengambil iktibar dan lihat diri dan cari ilmu dan jangan mengharap mendapat jawapan dari manusia lain tapi daripada Allah dengan ilham Allah turunkan bila bermunajat pada Allah. JIka tidak mencari ilmu jangan hairan jika sentiasa bermasalah dalam keluarga.

-Prof. Dr Muhaya-