Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Wednesday, September 9, 2009

Cantiknya Gambar Anda (muslimah) Jika Dijaga

Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa friendster para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa friendster yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum. Apatah lagi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.

Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.

Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

" comelnya awak”

“ geramnye..cantik”

“ aduhai, lawanya mata"

Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.

Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!

Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.....

POST BY::ummu iman: :Zinnirah

Monday, September 7, 2009

Luahan Rasa : Kenangan di Sekolah

Kenangan waktu bersekolah memang takkan dilupa hingga ke akhir hayat..
Jom tengok di zaman persekolahan ana..

Waktu darjah 2. Cubalah cari kalu boleh.. he3..

Darjah 3..

Ahli pustakawan waktu darjah 4..

Sewaktu darjah 5..

Kem Kesedaran Budaya Maritim Ketika di Tingkatan 2. Masa ni ana dapat belayar dari Pengkalan TLDM Lumut ke Pulau Langkawi. Alhamdulillah, nasib baik ana balik masa 24hb sebab kalu diingat semula 26hb tu berlaku peristiwa yang takkan dapat kita lupakan, tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa di seluruh dunia.

Tingkatan 3..

Kelab Prinsip Perakaunan di tingkatan 5

Kelab Seni Lukis, bersama cikgu kesayangan.. Siapalah cikgu sebelah ana tu ek..?

Persatuan Bulan Sabit Merah..

Tingkatan 5..

Sewaktu mewakili daerah ke pertandingan kaligrafi rumi peringkat negeri.
Dapat sagu hati je waktu ni..

Kelab Tunas Bistari di Tingkatan 4.
Gambar ni sewaktu mengadakan aktiviti jualan di Johor Bahru.

Menjual hasil karya.
Menerima tempahan menulis nama menggunakan tulisan khat.


Sewaktu Kursus Pengurusan Syarikat dan Penerapan Nilai-nilai Murni Tunas Bistari.

Ni waktu darjah 6 di Sek Agama Pekan Jabi.
Gambar di atas ni ialah ahli Koperasi Sekolah..


Waktu di sek agama ketika Tingkatan 3 (Darjah Khas). Bersama kawan baik waktu sekolah. Dia sekarang di IP Raja Melewar.

Lawata ke Cameron Highlands sewaktu Tingkatan 5


Setakat itu sahajalah yang dapat ana coretkan..
Insyaallah selepas ini ana nak cerita pula kejayaan-kejayan yang ana dapat waktu di sekolah dahulu..

Sunday, September 6, 2009

Evolusi Masjid

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
Dipetik dari Harian Metro

PERKEMBANGAN masjid di Malaysia bukan saja berkait rapat dengan fungsinya sebagai tempat beribadah, tetapi juga sebagai tempat tumpuan ummah di samping menjadi simbol transisi pemodenan negara.

PERKEMBANGAN masjid di Malaysia bukan saja berkait rapat dengan fungsinya sebagai tempat beribadah, tetapi juga sebagai tempat tumpuan ummah di samping menjadi simbol transisi pemodenan negara.

Ini dapat disaksikan menerusi seni bina dari zaman sebelum dan selepas merdeka dengan pengaruh kolonial seperti Moor sebagaimana dapat dilihat pada Masjid Ubudiah kepada seni bina moden di Masjid Kristal hari ini.


Masjid di Malaysia turut menjadi tumpuan pelancong terutama bagi melihat keunikan seni bina yang menggabungkan elemen tempatan dan luar serta secocok sepanjang zaman.

>Masjid Negara, Kuala Lumpur

SENI bina bercirikan rumah Melayu dengan kubah payung dan menara setinggi 73.5 meter (m) memberi keunikan kepada Masjid Negara.

Reka bentuknya yang melangkaui zaman, jauh berbeza dengan gaya Moor yang mendominasi seni bina bangunan yang dibina pada zaman pramerdeka.

Siap dibina pada 1965, kubahnya menggambarkan keutuhan masyarakat Melayu selain melambangkan konsep raja memayungi rakyat.

Pembinaannya turut mengambil kira iklim negara dengan anjung, kolam untuk memberi penyejukan kepada dalam bangunan.

Ukiran menarik menghiasi masjid ini selain banyak kubah kecil berasaskan reka bentuk Sarasin yang disesuaikan dengan rekaan moden.

Bagi mencantikkannya lagi seni binanya, keseluruhan dinding Masjid Negara dihiasi marmar dari Itali.

>Masjid Kristal, Kuala Terengganu

MENJADI satu komponen penting dalam pembinaan Taman Tamadun Islam di Pualu Wan Man, Kuala Terengganu, masjid ini memiliki seni bina menarik dengan keluli dan kaca di muara sungai.

Pada waktu malam, masjid ini begitu menarik kerana warna kristalnya bertukar kepada beberapa warna seperti merah, hijau dan kuning menggunakan lampu berlainan warna.

Ini dapat dilihat dengan jelas apabila orang ramai melalui Jambatan Sultan Mahmud yang menghubungkan bandar Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

Selain masjid ini, ada 21 replika monumen Islam di taman ini termasuk Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan Taj Mahal.

Pengunjung boleh meneroka tarikan ini dengan menaiki kereta api khas atau berjalan kaki menyusuri laluan pejalan kaki.

>>Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

SELEPAS pulih daripada penyakit, Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Shah I bernazar untuk membina masjid di Kuala Kangsar sekembalinya dari Port Dickson.

Peletakan batu asasnya disempurnakan oleh baginda pada 1913, namun hanya siap empat tahun kemudian kerana dilengahkan peristiwa dua gajah, milik Sultan dan Raja Chulan yang bertelagah.

Pada peristiwa yang berlaku ketika sambutan majlis berkhatan Raja Khalid, anak Sultan Abdul Jalil, gajah ini bergaduh sehingga menyebabkan kerosakan pada marmar tempah khas dari Itali.

Tempahan baru terpaksa dibuat dan ia tiba lewat kerana meletusnya Perang Dunia II dan kapal pada masa itu perlu melalui Tanjung Harapan.

Perasmian masjid yang dikatakan tercantik di Malaysia disempurnakan Sultan Abdul Jalil pada 1917 yang mewarisi takhta daripada Sultan Idris yang mangkat setahun sebelumnya.

>Masjid Putra, Putrajaya

REKA bentuknya bersandarkan seni bina Parsi pada zaman kerajaan Safawe dengan penggunaan batu granit merah jambu, ia menjadi bangunan paling indah di tebing tasik yang mengelilinginya,

Kubah berasaskan ukiran awan larat Arab (Arabesque) seperti yang biasa dilihat pada masjid di Mesir. Kehalusan pertukangan Melayu menerusi penggunaan kayu cengal dan seraya hitam pula menghiasi bahagian dalam masjid.

Menara berbentuk bintang lapan penjuru setinggi 116 meter, jelas memperlihatkan keunggulan seni reka Islam. Lima tingkat yang membahagi menara, melambangkan rukun Islam dan juga sembahyang lima waktu bagi umat Islam.

>Masjid Tengku Tengku Tengah Zaharah, Terengganu

DARI jauh, masjid dibina di muara Sungai Terengganu ini kelihatan seperti terapung dikelilingi air tasik buatan.

Seni bina Moor dan moden, ia melambangkan inovasi dan proses pemodenan negeri pantai timur ini.

Masa terbaik untuk berkunjung adalah menjelang petang apabila kubah putihnya kelihatan keemasan apabila disimbah cahaya matahari terbenam di Laut China Selatan.

Terletak di Teluk Ibai, kira-kira empat kilometer (km) dari Kuala Terengganu, kawasan ini juga terletak berhampiran pantai, pusat kraftangan dan gerai menjual keropok lekor.

>Masjid Zahir, Alor Setar

MASJID ini dibina pada 1912 atas tanah perkuburan pejuang Kedah yang gugur ketika menentang Siam pada 1821. Seni binanya diilhamkan daripada Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera.

Masjid antara tertua di negara ini dihiasi dengan lima kubah utama melambangkan lima perkara dalam Rukun Islam. Terletak berdekatan dengan Balai Besar, Balai Nobat dan Balai Seni Negeri.

Upacara perasmian pada 1915 menyaksikan Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat, manakala Tunku Mahmud terlebih dulu membacakan khutbah.

>Masjid Jamek, Kuala Lumpur

SEBELUM masjid negara, Masjid Jamek yang dibina pada 1909 menjadi masjid utama negara.

Kos pembinaan menggunakan dana dari British dan derma orang ramai dan ia dibina di atas bekas kubur orang Melayu pertana di Kuala Lumpur.

Terletak di pertemuan dua sungai yang menjadi tempat kelahiran Kuala Lumpur, masjid ini pernah beberapa kali diubah suai bagi memenuhi pertambahan jemaah dan peredaran masa.

Reka bentuk masjid ini menggabungkan seni bina berunsurkan Moorish dan Mughal.

Tiga kubah besar di ruang sembahyang adalah tarikan utama masjid tertua di Kuala Lumpur.

Keunikan, keindahan reka bentuk dan kepentingannya dari segi sejarah menyebabkan masjid ini diwartakan sebagai bangunan bersejarah mengikut Akta Benda Purba 1976 pada 13 Oktober 1983.

Sultan Alauddin Sulaiman Shah berkenan meletakkan batu asas Masjid Jamek Kuala Lumpur pada 1908. Turut hadir di majlis itu ialah Residen British di Selangor, H C Belfield.

>>Masjid Wilayah Persekutuan

PEMBINAAN masjid dalam taman ini dimulakan pada 1997, tetapi hanya siap untuk digunakan pada tahun 2000. Menjadi masjid termoden negara, ia mampu menampung sehingga 17,000 jemaah pada satu-satu masa.

Reka bentuknya mengadaptasi konsep masjid pada zaman empayar Othmaniah di Turki dengan dua menara utama, 22 kubah dan satu kubah utama. Setiap kubah diperbuat daripada gentian kaca diadun bersama cecair penguat.

Namun kombinasi seni bina Melayu dan Timur Tengah boleh dilihat pada hiasan langit-langit, mimbar dan mihrab. Ukiran bingkai jendelanya pula adalah cetusan ilham pengukir dari Kelantan dan Terengganu.

Keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira 47,000 meter persegi. Namun, Kira-kira 13.4 hektar diperuntukkan untuk landskap kolam air dan taman dengan pokok bunga tanjung, pisang kipas, pisang kuning, kelompang dan kiara payung.

Sejarah seni bina masjid di Malaysia

>PERKEMBANGAN awal Islam dikatakan bermula di Selat Melaka dan kawasan yang menghadap Laut Cina Selatan. Penemuan mata wang dinar emas di Kelantan yang tertulis perkataan Al-Julus Kelantan dan angka Arab 577H bersamaan 1181 Masihi.

Kerajaan Islam pertama ialah Kerajaan Islam Kelantan (pertengahan abad ke-12).

>Pada abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka), masjid yang bercirikan rumah tradisi Melayu dengan berbumbungkan atap nipah sudah dibina. Kehadiran masyarakat Aceh ke Tanah Melayu memberi kesan kepada seni bina masjid dan surau seperti di Masjid Lebuh Acheh, Georgetown.

>Antara 1511 hingga 1957, kesan seni bina kolonial dapat dilihat di Tanah Melayu akibat penjajahan Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1795) dan British (1795-1957). Sebagai contoh, Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru; Masjid Jamek, Ipoh; Masjid Kapitan Keling, Georgetown; Masjid

Al-Muhammadi, Kota Bharu dan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

* Senarai masjid tertua di Malaysia




  • Masjid Tengkera, Melaka: 1728

  • Masjid Kampung Hulu, Melaka :1728

  • Masjid Kampung Laut, Kelantan: 1730-an.

  • Masjid Kampung Keling: 1748

  • Masjid Abidin, Kuala Terengganu: 1808

  • Masjid Lebuh Acheh, Georgetown, Pulau Pinang: 1808

  • Masjid Langgar, Kota Bharu, Kelantan: 1871

  • Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru: 1892

  • Masjid Jamek, Ipoh, Perak: 1898.
  • Saturday, September 5, 2009

    Luahan Rasa : Sekolahku

    Bismillah..
    Masa cuti pertengahan sem hari tu, ana punyalah xde kerja pergi balik sekolah-sekolah lama ana dari awal sampailah yang terakhirnya. Dari tadika sampailah sekolah menengah banyak kenangan yang terindah. Teringat pula lagu Sekolahku dendangan UNIC. Apapun kita tengok dulu sekolah-sekolah ana..



    Sekolah tabika yang pertama: Tabika Perpaduan Kg Jawa, Segamat.
    Setahun je di sini pada 1995


    Ni Tadika Nur Salam. Pun setahun pada 1996. Gambar atas ni bukan sekolah asal.
    Yang asal sekolahnya dia buat kat rumah je. Kecil pula tu.. Sekarang dah maju dah..


    Sekolah rendah pertama. Yang nilah paling tak boleh lupa kenangan bila start sekolah.
    Darjah 1 tahun 1997.
    Kelas ana kelas 1 Berlian. Guru kelas, Cikgu Syarifah Rosnah. Ingt 2..

    Blok C. Blok ni siap sepenuhnya masa ana tahun 5 dan mula digunakan pada tahun 2002.


    Sekolah rendah yang kedua, Sekolah Dato Seri Maharajalela.
    Dari tahun 1998-2002 dalam kelas 2-6 Teratai.
    Guru kelas masa darjah 2, Cikgu Hayati.
    Masa darjah 3, Cikgu Haliza.
    Darjah 4-6, Cikgu Wan Noriza Bt Wan Ahmad




    Sekolah menengah di sini dari Ting 1-5. Banyak kejayaan yang ana raih bila masuk sek ni. Kenangan cinta monyet pun bermula di sini. Hei.. aplh ana ni ek.. Blajar x habis nak bercinta.

    Sekolah agama ana yang pertama. Sekolah Agama Pekan Jabi.
    Ni pun bukan bangunan asal. Yang asal bangunan dia kecil je. jadi yang atas ni bangunan baru yang siap pada 2001 kalau x silap ana.
    Ana sekolah sini pun dari kelas Kafa sampailah Darjah Khas mula tahun 1997 sampailah 2005. Lama betul 2.. Untuk pengetahuan, sek agama ni pada sebelah petang selepas waktu sekolah menengah.



    Bila masuk sekolah menengah, ana kena kelas petang. Jadi ana pindah kat sini kejap sebab kat sini ada kelas pagi. Sekolah Agama Bandar Segamat. Tahun 2003 tapi tak sampai setahun pun. lepas tu pindah balik kat Sek Agama Pkn Jabi.

    Rindunya kat sekolah lama. Bila kat sekolah asyik fikir 'bila nak habis sekolah ni'.
    Bila dah habis sekolah asyik teringat je.. Macam mna ni.....


    Sekolahku

    Bertahun lama aku meninggalkan
    Laman sekolah yang penuh kenangan
    Memori indah mengusik di jiwa
    Suka dan duka dalam memburu cita

    Masih terbayang kenakalan teman
    Usik mengusik bersenda gurauan
    Kini setelah kita berjauhan
    Semuanya itu menjadi kerinduan

    Tetap segar dalam ingatan
    Kali pertama berkenalan
    Senyuman mesra menyimpulkan
    Tali persahabatan

    Hingga kini masih ku simpan
    Kata semangat buat bekalan
    Pesanan guru menyalakan
    Obor penyuluh kejayaan

    Dan di sinilah tempat ku berlari
    Jatuh tersungkur bangun kembali
    Biar diranjau onak yang berduri
    Semuanya tak ku peduli

    Terkadang cinta jadi permainan
    Namun di situ ku temu iktibar
    Makin ku sedar erti kehidupan
    Tak semudah yang difikirkan

    Oh sekolaku, kau amat ku rindu
    Tempat bermula ku menimba ilmu
    Jasanmu guru mendidik daku
    Namamu harum di dalam ingatan
    "You're my lovely school, I love you, I miss you"


    Siapakah Wanita Yang Cantik


    Bukan yang pakai itu cantik, tetapi akhlak lebih cantik.
    Sesungguhnya dunia ini adalah alat perhiasan, sebaik-baik alat perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah.
    Wanita yang berbahagia adalah wanita yang dapat memelihara akalnya ketika dia kehilangan hatinya.
    Tidak ada satu pun di dunia ini yang dapat mengangkat darjat wanita, selain daripada kesuciannya.
    Kesucian fikiran dan kesucian perilaku adalah kehormatan utama bagi wanita.
    Kekuatan seorang wanita terletak pada lidahnya.
    Daripada semua hak wanita, yang paling agung adalah menjadi ibu yang solehah.
    Sudah menjadi kebiasaan dalam dunia, manusia lebih tertarik pada kecantikan daripada kebajikan.
    Sebahagian wanita lebih suka kelihatan cantik daripada kelihatan cerdik, kerana sebahagian besar lelaki lebih pandai melihat mereka daripada berfikir.
    Wanita adalah syurga bagi mata, neraka bagi jiwa dan seksaan bagi kantung.
    Wanita itu seperti bayangan, kejarlah dia, maka dia lari.
    Larilah daripadanya, maka dia akan mengejar.
    Wanita yang mencintai tidak pernah ingin memerintah, dia ingin menurut, apabila wanita mencari kekuasaan dia tidak memahami cinta.
    Seorang wanita kalau biasa cantik perlu mempertahankan kecantikannya, tetapi apabila ketuan sudah datang, jangan anda takut akan hal itu kerana kecantikan terletak pada hati yang luhur.
    Ada masanya sukar menjadi wanita cantik.
    Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma mengiginkan kecantikan kita.
    Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seseorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul-betul cinta padanya.

    P/S:
    Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai....... Do not complimenting too much because humans are imperfect, as a human beings be as perfect as possible and the best, however the more we feel perfect the more we feel retarted. But i want to be perfect in your eyes.
    Di ambil dari sini..

    Thursday, September 3, 2009

    Mengapa Islam Anjurkan Nikah?

    Perkahwinan antara ibadah mendekatkan diri kepada Allah. Seorang mukmin yang berkahwin dengan ikhlas untuk memelihara diri daripada maksiat mendapat pahala dan ganjaran Allah.

    Pergaulan bebas hari ini mudah menjerumuskan golongan belum berkahwin melakukan perkara dilarang agama seperti bersekedudukan dan seks bebas.

    Justeru, untuk mengelak perkara yang boleh merosakkan kesejahteraan hidup bermasyarakat ini, Islam menganjurkan umatnya berkahwin serta membina keluarga bahagia berlandaskan syariat.

    Pada masa sama, sebagai umat Islam, kita ingin mengikut serta memenuhi sunah Rasulullah SAW yang menjadi idola. Sabda Baginda SAW bermaksud:

    “Nikah itu sunahku, siapa tidak suka sunahku, maka bukan ia daripada golonganku.” (Hadis riwayat Bukhari)


    Sabda Nabi SAW:

    “Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak kerana sesungguhnya aku akan bermegah dengan banyaknya kamu di depan umat lain pada hari kiamat.”


    Hadis itu menjelaskan kahwin perlu disempurnakan setiap umat Islam yang berasa dirinya mampu berbuat demikian. Walaupun Islam tidak mewajibkan kahwin, namun ia adalah suruhan dan anjuran yang tidak wajar diingkari.

    Oleh itu, jika seseorang berkemampuan dari segi fizikal dan mental serta ditakuti melakukan perbuatan nista seperti zina, maka wajib ia kahwin. Jika tidak ada hal ditakuti tadi, sedangkan ia mampu dan sanggup berkahwin, maka hukumnya sunat, tetapi tidak digalakkan dalam Islam. Makruh seseorang berkahwin jika dia tidak mampu atau sanggup memberi nafkah selepas berkahwin.

    Namun, perkembangan hari ini memperlihatkan sesetengah pihak menganggap perkahwinan tidak perlu bukan disebabkan tidak mampu sebaliknya sengaja memilih hidup solo kerana inginkan kebebasan mutlak. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang.

    Ada juga yang tidak mahu kahwin atas alasan tidak mahu memberi nafkah atau memikul tanggungjawab menjaga serta memenuhi keperluan ahli keluarga. Ini sikap orang malas dan berlawanan syariat Islam.

    Sabda Nabi SAW bermaksud:

    “Satu dinar engkau belanjakan di jalan Allah dan satu dinar engkau belanjakan buat memerdekakan budak, dan satu dinar engkau belanjakan buat anakmu. Yang paling utama daripada semua itu ialah satu dinar yang engkau belanjakan buat anakmu.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


    Diriwayatkan daripada Abu Dzar, Nabi Muhammad SAW bertanya Ukkaf Basir At Tamimi Al Hilali: “Wahai Ukkaf! Apakah engkau mempunyai isteri?

    “Ukaff menjawab: Tidak.” Baginda SAW bertanya lagi: “Adakah engkau orang yang mampu dalam keadaan baik dirimu?” Jawab Ukaff: “Ya, aku orang yang mampu.” Mendengar jawapan itu, Nabi SAW pun bersabda seperti memberi keputusan.

    Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

    “Jika begitu engkau daripada saudara syaitan. Jika engkau daripada kaum Nasrani, nescaya engkau termasuk pasturnya. Sesungguhnya sunah kami ialah nikah (kahwin). Sejahat-jahat kamu ialah yang tidak kahwin. Serendah-rendah orang yang mati daripada kamu ialah yang tidak mahu kahwin. Apakah dengan syaitan kamu akan berhubungan? Tidak ada senjata bagi syaitan yang lebih ampuh buat menggoda orang salih, lebih daripada meninggalkan perempuan (tidak kahwin).”



    Md Ali Alhamidy dalam bukunya Godaan Setan menulis: “Menahan diri tidak kahwin, pada hal kesanggupan dan kemampuannya masih ada, ditambah memang Allah dan Rasul-Nya menganjurkan kahwin, maka ia akan menanggung hidup yang sangat berat, apa lagi jika nafsu syahwatnya datang merangsang, maka kemungkinan ia terjerumus ke dalam perbuatan nista.”

    Sebelum terjerumus seperti kata Md Ali Alhamidy itu, elok yang dewasa, berkemampuan dari segi kewangan, berkeupayaan dan sihat tubuh badan segera menyempurnakan sunah Nabi SAW. Jangan tangguh kerana kahwin melahirkan zuriat yang akan membanggakan Nabi SAW di depan umat lain pada hari kiamat.

    Cinta Sejati Selepas Pernikahan



    CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.

    Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredai Allah. Nabi Muhammad SAW meninggalkan resipi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud: “Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

    Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita ‘salihah’ supaya orang yang salih akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.

    Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (Surah al-Imran, ayat 14)

    Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, pernah menulis: “Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan.”

    Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

    Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memelihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat matamu.” (Hadis riwayat Tabrani)

    Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah paling merbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar keturunan.

    Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al Isra', ayat 32)

    Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.

    Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah dengan menjaga pandangan, tidak berkhalwat atau berdua-duaan dalam bentuk apapun dan tidak saling bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan, memang jelas haramnya.

    Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang daripada kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita.

    Di petik dari sini.