Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Wednesday, October 7, 2009

Hukum wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita kafir

Pada dasarnya para ulama berbeza pendapat mengenai kebolehan wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. Jumhur ulama berpendapat, seorang wanita Muslimah dilarang terlihat auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. Sedangkan ulama lain berpendapat sebaliknya, iaitu bolehnya seorang wanita Muslimah terlihat auratnya di depan wanita kafir.[1]

Perbezaan pendapat di antara mereka disebabkan kerana perbezaan pendapat dalam mentafsirkan frasa ”nisaa`i hinna” dalam Surah An Nuur (24):31. Sebahagian ulama mengkhususkan wanita pada konteks ayat tersebut pada wanita-wanita Mukminat saja, atau wanita-wanita yang memiliki hubungan syubhah (persahabatan yang akrab) dan wanita-wanita yang menjadi hamba atau pembantunya. Sedangkan ulama lain mengertikan frasa ”nisaa`i hinna” pada ayat itu secara mutlak, terkena untuk semua wanita, sama ada Mukminat mahupun kaafirah (wanita kafir), tanpa ada pengkhususan.

Imam Ar Raziy di dalam Tafsirnya menyatakan; juz 11, 307

قوله تعالى : { أَوْ نِسَائِهِنَّ } وفيه قولان : أحدهما : المراد والنساء اللاتي هن على دينهن ، وهذا قول أكثر السلف . قال ابن عباس رضي الله عنهما : ليس للمسلمة أن تتجرد بين نساء أهل الذمة ولا تبدي للكافرة إلا ما تبدي للأجانب إلا أن تكون أمة لها لقوله تعالى : { أَوْ مَا مَلَكَتْ أيمانهن } وكتب عمر إلى أبي عبيدة أن يمنع نساء أهل الكتاب من دخول الحمام مع المؤمنات وثانيهما : المراد بنسائهن جميع النساء ، وهذا هو المذهب وقول السلف محمول على الاستحباب والأولى

“Adapun firman Allah Subhanahu wa Taala ”au nisaa`i hinna”, ada dua pentafsiran terhadap frasa ini;
Pertama: yang dimaksudkan “wanita-wanita” di sini adalah yang seagama. Ini adalah pendapat majoriti ulama salaf. Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhu berkata, “Seorang wanita Muslimah tidak boleh menyendiri di antara ahlu zimmah, dan ia tidak boleh menampakkan auratnya di hadapan wanita kafir, sebagaimana ia tidak boleh menampakkannya di hadapan laki-laki asing, kecuali wanita kafir itu adalah hamba miliknya; berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala, ”au maa malakat aimaanihinna” [kecuali kepada hamba-hamba yang mereka miliki]. Dan Umar pernah mengirim surat kepada Abu ’Ubaidah radhiallahu anhu untuk melarang wanita-wanita ahlul Kitab masuk ke permandian umum bersama dengan wanita-wanita Mukminat.

Kedua: yang dimaksudkan dengan wanita-wanita di sini adalah semua wanita. Ini adalah pendapat yang terpilih dan pendapat ulama salaf perlu dibawa kepada ”sesuatu yang dipandang baik”. [Imam Abu Abdullah Mohammad bin ’Umar bin al-Hasan bin Husain al-Taimiy al-Raaziy (Imam Fakhrud Diin Ar Raaziy, Mafaatiih al-Ghaib, juz 11, hal. 307]

Imam An Nasafiy dalam Tafsir An Nasafiy menyatakan:

أَوْ نِسَائِهِنَّ } أي الحرائر لأن مطلق هذا اللفظ يتناول الحرائر}

“[Au Nisaa`i hinna], yakni al-haraa’ir (wanita-wanita merdeka), disebabkan kemutlakan lafaz ini mencakup wanita-wanita merdeka”. [Imam An Nasaafiy, Tafsir An Nasafiy, juz 2, hal. 411]

Imam Asy Syaukaniy di dalam Kitab Fath al-Qadir menyatakan:
“Makna dari frasa (au nisaa`i hinna): adalah khusus bagi wanita-wanita yang memiliki pergaulan erat dengan wanita tersebut kerana hubungan al-khidmah (pertolongan: menjadi pembantu wanita itu) atau syubhah (persahabatan); termasuk ke dalam pengertian frasa ini adalah al-imaa’ (hamba wanita-wanita). Dan di luar dari makna frasa ini, wanita-wanita kafir dari golongan ahlu zimmah, dan wanita-wanita kafir lainnya. Tidak halal bagi wanita Muslimah menampakkan perhiasannya kepada mereka (wanita-wanita kafir), supaya wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita Muslimah kepada kaum laki-laki. Dalam masalah ini terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli ilmu. Namun, menisbahkan (meng-idhafahkan) kepada ‘ilaihinna’ menunjukkan bahawa hal itu khusus untuk wanita-wanita Mukminat”.[Imam Asy Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 5, hal. 209]

Imam Al Baghawiy di dalam Tafsir al-Baghawiy menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`i hinna], maksudnya, sesungguhnya Allah membolehkan seorang wanita melihat badan wanita lain, selain antara pusat dan lutut, sebagaimana laki-laki yang menjadi mahram. Ketentuan ini dapat dikenakan jika wanita tersebut Muslimah. Namun jika wanita itu adalah wanita kafir, bolehkah seorang wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan mereka (wanita kafir)? Ahli ilmu berselisih pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berpendapat, boleh sebagaimana bolehnya wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita Muslimah lainnya. Kerana, wanita kafir termasuk wanita (nisaa`i hinna). Sebahagian yang lain berpendapat tidak boleh. Sebab, Allah Subhanahu wa berfirman, ”Nisaa`i hinna” (wanita-wanita kami), sedangkan wanita kafir bukan termasuk wanita-wanita kami; dan selain itu mereka berbeza agama. Oleh kerana itu, wanita kafir justeru lebih jauh dibandingkan laki-laki asing. Umar bin Khaththab ra pernah mengirim surat kepada Abu ’Ubaidah bin Jarah untuk melarang wanita-wanita Ahlul Kitab masuk ke dalam permandian umum bersama wanita-wanita Muslimah”.[Imam Al Baghawi, Tafsir al-Baghawi, juz 6, hal. 35]

Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersabda, ”Janganlah seorang wanita menampakkan auratnya di hadapan wanita lain, yang kemudian dia menceritakannya kepada suaminya, sehingga seakan-akan suaminya melihat aurat wanita itu”.[HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’uud]. [Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48].

Selanjutnya Imam Ibnu Katsir mengetengahkan beberapa riwayat yang menyatakan bahawa Umar bin Khaththab radhiallahu anhu pernah berkirim surat kepada Abu ’Ubaidah radhiallahu anhu melarang wanita-wanita kafir masuk ke permandian-permandian umum bersama wanita Muslimah. Mujahid, dan Ibnu ’Abbas juga melarang wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. [Ibidem, juz 6, hal. 48]

Prof. Mohammad Ali As Saayis di dalam Kitab Tafsiir Ayaat al-Ahkaam menyatakan,

“Wanita Muslimah dibolehkan menampakkan sebahagian perhiasannya kepada wanita kafir, sebagaimana dia dibolehkan menampakkannya di hadapan wanita Muslimah. Ini adalah salah satu pendapat dari dua pendapat dari kalangan Hanafiyyah dan Syafi’iyyah. Imam Ghazali membenarkan pendapat ini dari ulama Syafi’iyyah dan Imam Abu Bakar Ibnu al-’Arabiy. Sedangkan ulama-ulama lain berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan ”nisaa`i hinna”, adalah khusus untuk wanita-wanita Mukminat. Oleh kerana ”idhafah” ditujukan untuk mengkhususkan; maksudnya khusus untuk wanita-wanita yang memiliki hubungan syubhah (persahabatan) dan ikhwah (persaudaraan) dalam agama. Dengan demikian, wanita Muslimah tidak boleh menampakkan sebahagian perhiasannya yang tertutup kepada wanita kafir. Pendapat ini disandarkan kepada majoriti ulama Syafi’iyyah. Abu Sa’ud berkata dari ulama Hanafiyyah, bahawa dia mensahihkan (membenarkan) dua pendapat ini di dalam mazhabnya”[Prof Mohammad Ali al-Saayis, Tafsiir Ayaat al-Ahkaam, hal. 164]

Demikianlah, para ulama telah berbeza pendapat mengenai hukum seorang wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita kafir. Lalu, pendapat mana yang rajih (kuat)?

Pendapat Yang Rajih
Pendapat yang rajih dalam masalah ini adalah pendapat yang dinyatakan oleh Imam Ibnu al-’Arabi, Imam Al-Ghazali, menyatakan bahawa seorang wanita Muslimah diperkenankan memperlihatkan atau terlihat auratnya di hadapan wanita kafir.

Ini adalah kerana dhamir (kata ganti) pada ayat ini berfungsi sebagai al ittibaa’ (untuk mengikuti) dan menggantikan kedudukan al-niswah atau al-nisaa’ (wanita). Syaikhul Mufassiriin, Imam Ibnu Al ’Arabiy menyatakan bahawa pada ayat di atas (surat An Nur:31) memiliki lebih dari 25 dhamir (kata ganti) yang di dalam al-Quran tidak diketahui apakah ia punya kesamaan. Oleh kerana itu, dhamir ini disebut kembali untuk tujuan “ittibaa”.

Selain itu, idhaafah pada frasa ”nisaa`i hinna” bukan ditujukan kepada penyeru maknawi (daa’ ma’nawi), akan tetapi ditujukan untuk penyeru lafdziy (daa’ lafdziy) untuk menjamin kefasihannya. Kes ini sama dengan dua dhamir (dua kata ganti) yang di-idhafah-kan kepada dua dhamirnya; seperti firman Allah Subhanahu wa Taala”

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

”Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya”. [TMQ Asy Syams (91): 8].

Maksud ayat ini adalah; “alhamahaa al-fujuur wa al-taqway” (Allah mengilhamkan kefasikan dan ketakwaan”). Atas dasar itu peng-idhafah-an keduanya kepada dua dhamir untuk mengikuti (ittibaa’) dhamir-dhamir yang terdapat di awal surat tersebut, iaitu ”wasy syamsi wa dhuhahaa”. [TMQ Asy Syams (91):1]. Kes lain yang sama, terdapat dalam firman Allah SWT;
“(Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) kerana mereka melampaui batas”. [TMQ Asy Syams (91): 11].

Maksud frasa “bithaghwaahaa” pada ayat ini adalah, ”bi al-thughway” atau ”al-thughyaani”. Oleh kerana itu, penyebutan dhamir Tsamud tidaklah perlu, akan tetapi, ia tetap disebutkan ”li muhsin al-muzaawijah” (memperelokkan pasangannya).

Adapun riwayat-riwayat yang diketengahkan para fuqaha seperti riwayat-riwayat berikut ini;

“Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhu : [au nisaa`ihinna], dia berkata, “Dia adalah wanita-wanita Muslimat yang tidak boleh menampakkan auratnya kepada wanita-wanita Yahudi dan Nasrani, yakni leher, anting-anting, dan, selempang, dan bahagian-bahagian yang tidak boleh dilihat kecuali mahramnya sahaja”.[HR Sa’id bin Manshuur, Ibnu Mundzir, dan Imam Baihaqi di dalam Sunannya]

“Sa’id meriwayatkan, “Jarir telah meriwayatkan kepada kami, dari Laits, dari Mujahid, bahawasanya dia berkata, “Janganlah seorang wanita Muslimah melepaskan tudung kepalanya di hadapan wanita musyrik. Sebab, Allah Subhanahu wa Taala berfirman, “au nisaa`ihinna”, dan wanita musyrik bukanlah termasuk “nisaa`ihinna”.

“Dari Makhuul dan ‘Ubadah bin Nusayyi dituturkan bahawasanya keduanya membenci jika seorang wanita Nasrani, Yahudi, atau Majusi mencium wanita Muslimah”.

“Dari Umar bin Khaththab radhiallahu anhu dituturkan bahawasanya dia pernah mengirim surat kepada Abu ’Ubaidah radhiallahu anhu, ”Amma ba’du. Sesungguhnya, telah sampai khabar kepadaku, bahawasanya ada sebahagian wanita Muslim masuk ke dalam permandian-permandian umum bersama dengan wanita Musyrik, laranglah orang-orang yang ada di bawah tanggungjawab mu dari hal itu. Sesungguhnya, tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhir untuk dilihat auratnya, kecuali oleh wanita yang seagama”.[HR Ibnu Abi Syaibah, dan Ibnu Mundzir];

Sesungguhnya riwayat-riwayat seperti ini tidak absah digunakan sebagai hujah. Ini adalah kerana semua riwayat di atas mauquf tidak marfu’. [Mauquf adalah hadis yang sanadnya tidak sampai kepada Nabi manakala marfu’ adalah hadis yang sanadnya sampai kepada Nabi]. Sedangkan berhujah dengan hadis mauquf adalah tertolak sama-sekali. Ini bukan bermaksud bahawa hadis itu tertolak, tetapi berhujah dengannya (menjadikannya sebagai sumber hukum) adalah tertolak.

Dengan demikian, pendapat rajih dalam masalah ini adalah pendapat yang dinyatakan oleh Imam Ibnu al-’Arabi, dan ulama-ulama lain yang sejalan dengan pendapatnya.

Batasan Aurat Yang Boleh Dilihat
Pada dasarnya, Surah An Nur (24):31 tidak memberikan batasan yang tegas mana aurat wanita yang boleh terlihat di hadapan wanita-wanita kafir. Hanya saja, seorang wanita Muslimah mesti menjaga kehormatan dirinya dengan tidak membuka aurat yang tabu (seperti payudara, kemaluan, paha, dan lain sebagainya) di hadapan wanita-wanita kafir. Hendaklah dia mengenakan pakaian yang sopan dan tidak merendahkan maruah dirinya.

Jika seorang wanita berada dalam kehidupan umum, maka dia wajib menutup auratnya, dan mengenakan jilbab dan memakai tudung (khimar). Ini adalah kerana syariat telah mewajibkan wanita Muslim menutup aurat dan mengenakan pakaian Islami (jilbab dan khimar) di kehidupan umum; tanpa memandang lagi dengan siapa dia berinteraksi. Ketentuan ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala:

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka.” [TMQ an-Nur (24):31]

Ayat ini mengandungi perintah dari Allah Subhanahu wa Taala agar wanita mengenakan khimar (tudung), yang dapat menutup kepala, leher, dan dada.

Imam Ibnu Mandzur di dalam kitab Lisaanal-’Arab menuturkan; al-khimaar li al-mar`ah: al-nashiif (khimar bagi perempuan adalah al-nashiif (penutup kepala). Ada pula yang menyatakan; khimar adalah kain penutup yang digunakan wanita untuk menutup kepalanya. Bentuk plural (jamak)nya adalah akhmirah, khumr atau khumur. [2]

Sedangkan perintah mengenakan jilbab disebutkan dengan sarih melalui firman Allah Subhanahu wa Taala;

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isteri mu, anak-anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang”. [TMQ al-Ahzab (33):59]

Ayat ini merupakan perintah yang sangat jelas kepada wanita-wanita Mukminat untuk memakai jilbab. Adapun yang dimaksudkan dengan jilbab adalah milhafah (baju terus dari atas ke bawah seakan jubah) dan mula’ah (kain panjang yang tidak berjahit seakan selimut). Di dalam kamus al-Muhith dinyatakan, bahawa ‘jilbab’ itu seperti sirdaab (terowongan) atau sinmaar (lorong), yakni baju atau pakaian longgar bagi wanita selain baju kurung atau kain apa saja yang dapat menutup pakaian sehariannya seperti jubah.[Kamus al-Muhith].

Sedangkan dalam kamus al-Shahhah, al-Jauhari mengatakan, “jilbab adalah kain panjang dan longgar (milhafah) yang sering disebut dengan mula’ah (jubah).”[Kamus al-Shahhah, al-Jauhariy]

Selain wajib memakai tudung (khimar) dan jilbab, wanita Muslimah juga dilarang bertabarruj ketika berada di kehidupan umum. Tabarruj adalah bersolek yang berlebihan untuk memperlihatkan kecantikan dirinya. Allah Subhanahu wa Taala telah melarang tabarruj. Allah berfirman;

“Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haid dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (luar) mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).” [TMQ an-Nur (24):60]

Jika wanita tua dilarang untuk tabarruj, lebih-lebih lagi wanita yang belum tua dan masih mempunyai keinginan untuk menikah.

Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan, “Wa al-tabarruj : idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menaruh perhiasan kepada lelaki-lelaki bukan mahram).”[3]

Inilah batasan-batasan yang mesti difahami oleh wanita Muslimah ketika dia berada dalam kehidupan umum.

Wallahu a’lam bi sawab.

________________________________________
[1] Imam Ibnu ‘Asyuur, al-Tahriir wa al-Tanwiir, juz 9, hal. 471; Imam Asy Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 5, hal. 209; Imam al-Baghawiy, Tafsir al-Baghawiy, juz 6, hal. 35; Imam al-Mawardiy, al-Naktu wa al-‘Uyuun, juz 3, hal. 169; Imam al-Khazin, Lubaab al-Ta’wiil fi Ma’aaniy al-Tanziil, juz 4, hal. 500; dan sebagainya.
[2] Imam Ibnu Mandzur, Lisaan al-’Arab, juz 4/257
[3] Imam Ibnu Mandzur, Lisaan al-’Arab, juz 2/212; Tafsir Qurthubiy, juz 10/9; Imam al-Raaziy, Mukhtaar al-Shihaah, hal.46; Imam Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 3/125; Imam Suyuthiy, Tafsir Jalalain, juz 1/554; al-Jashshash, Ahkaam al-Quran 2, juz 5/230; Imam al-Nasafiy, Tafsir al-Nasafiy, juz 3/305; Ruuh al-Ma’aaniy, juz 22/7-8; dan sebagainya.

Bilakah Mengumpat (Ghibah) dibenarkan?

Soalan :
Seringkali kita diperdengarkan tentang haramnya mengumpat atau bercerita tentang hal orang lain (ghibah). Namun begitu, apakah benar ghibah adalah haram untuk semua keadaan?

Jawapan :
Berdasarkan dalil-dalil berkenaan Ghibah, para ulama dan sebahagian besar mereka bersepakat bahawa secara umumnya mengumpat(Ghibah) adalah haram . Ghibah dibolehkan untuk tujuan yang sah mengikut syari’at, di mana ada permasalahan yang tidak dapat diselesaikan kecuali hanya dengan melakukan ghibah tersebut.

Ini adalah berdasarkan kepada perbuatan Rasulullah yang membenarkan dan tidak melarang Ghibah pada keadaan tertentu seperti yang disebutkan dalam dalil-dalil di bawah. Terdapat enam situasi yang membolehkan Ghibah dilakukan:

Pertama, mengadukan kezhaliman (at-tazhallum). Boleh bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang menimpa dirinya kepada penguasa, qadhi, atau yang memiliki kekuasaan hukuman ataupun pihak yang berwajib lainnya. Ia dapat menuntut keadilan ditegakkan, misalnya dengan mengatakan Si Fulan telah melakukan kezaliman terhadapku dengan cara seperti ini dan itu

Kedua, permintaan bagi membantu mencegah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar (al isti’ânah ‘ala taghyîril munkar wa raddal ‘âshi ila ash shawâb). Seseorang itu boleh menceritakan kepada orang yang boleh diharapkan untuk mencegah kemungkaran dengan cara menerangkan si Fulan telah melakukan itu atau ini dan sekaligus menyelamatkan fulan tersebut dari kemaksiatan dan kemungkaran. Dengan kata lain, maksud penceritaan itu mesti menuju kepada terhapusnya suatu kemungkaran. Jika pengaduan itu tidak bertujuan untuk mencegah kemungkaran, maka hukumnya adalah haram.

Ketiga, permintaan fatwa (al istiftâ`). Misalnya, seseorang mengatakan kepada seorang mufti (pemberi fatwa), ayahku (atau saudaraku atau suamiku atau fulan) telah menzalimi aku dengan cara begini. Lalu apa yang harus aku lakukan padanya?; Bagaimana cara agar aku terlepas darinya, mendapatkan hakku, dan terlindung dari kezaliman itu? Atau apa sahaja pertanyaan yang seperti itu. Maka hukumnya boleh jika diperlukan. Tetapi lebih tepat dan lebih afdal jika ia mengatakan, bagaimana pendapat anda tentang orang atau seseorang, atau seorang suami yang telah melakukan hal seperti ini? Oleh itu, ia akan dapat memperoleh jawapan tanpa perlu menceritakan perinciannya iaitu tanpa perlu menyebut siapa orangnya dan sebagainya. Meskipun demikian, tetap dibolehkan untuk melakukan perincian (at ta’yîn), sebagaimana yang akan diceritakan di dalam hadits dari Hindun seperti di bawah nanti.

Keempat, mengingatkan kaum muslimin agar sentiasa berwaspada terhadap suatu keburukan dan menasihati mereka (tahdzîrul muslimîn min asy syarr wa nashîhatuhum). Terdapat beberapa situasi antaranya adalah ; menceritakan keburukan sifat orang yang memang perlu disebutkan keburukannya (jarhul majrûhîn) iaitu dari kalangan para perawi hadis dan saksi-saksi (di pengadilan, dsbnya). Hal ini dibolehkan menurut ijma’ kaum muslimin. Bahkan boleh menjadi wajib untuk suatu keperluan tertentu. Contoh lainnya adalah meminta pandangan atau pendapat (musyawarah) tentang seseorang calon suami/isteri yang bakal di nikahi (mushâharah), kerjasama, memutuskan kerjasama, mua’amalat dan lain sebagainya, atau tentang hubungan kejiranan. Maka wajib bagi orang yang dimintai pendapat itu untuk tidak menyembunyikan maklumat berkenaan orang yang ingin diketahui. Bahkan ia mesti menyebutkan sikap-sikap buruknya yang memang diniatkan untuk melakukan nasihat. Contoh lainnya lagi adalah jika seseorang melihat orang lain yang belajar agama pada orang yang berbuat bidaah atau orang fasik dengan niat untuk mendapatkan ilmu dari pelaku bidaah dan orang fasik tersebut, lalu dengan itu dikhuatiri ia akan mendapat kemudaratan, maka ia mesti menasihatinya dan memberikan penjelasan mengenai keadaan sebenarnya. Dengan syarat, dia benar-benar bermaksud untuk memberi nasihat. Hal ini berkemungkinan untuk terjadinya kekeliruan kerana kadangkala si pemberi nasihat memiliki rasa cemburu dan iri hati sehinggakan syaitan mencampuradukkan antara nasihat dan rasa cemburu dan iri hati. Syaitan menghadirkan bayangan padanya bahawa hal itu adalah nasihat dan akhirnya ia terjerumus dalam fitnah.

Hal ini merangkumi situasi di mana seseorang itu memiliki kekuasaan dan dia tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Terdapat kemungkinan yang berlaku iaitu dia memang tidak layak atau fasiq mahupun lalai, atau yang sejenis dengannya. Maka, adalah wajib hal itu dilaporkan kepada orang atasan yang memiliki kekuasaan yang lebih tinggi daripadanya agar kelalaian itu dapat diatasi atau digantikan dengan orang yang lebih berkebolehan. Orang atasan tersebut mestilah mengambil pendekatan yang sesuai dengan keadaan orang yang lalai tersebut tanpa berlengah dan sepatutnya berusaha menasihati si pelaku kesalahan itu agar istiqamah ataupun menggantikannya dengan orang lain yang lebih amanah.

Kelima, seseorang yang memperlihatkan secara terang-terangan (al- mujâhir) kefasiqan atau perilaku bidaahnya seperti memperlihatkan perbuatan minum arak, merampas barangan, mengambil ufti( memberi wang, emas dan sebagainya kepada yang berkuasa), pengumpulan harta secara zalim, memimpin dengan sistem yang batil iaitu selain dari sistem Islam dan sebagainya. Maka ini boleh untuk disebutkan kerana perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan (mujâharah). Namun bergitu, hal-hal lain yang merupakan aib yang disembunyikan tidak boleh untuk diceritakan melainkan tujuannya adalah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Keenam, panggilan nama atau gelaran(at-ta’rîf). Jika seseorang itu telah dikenali dengan nama laqab (panggilan atau gelaran) seperti al-A’masy (Si Mata Rabun) atau al-A’raj (Si Tempang), atau al- Ashamm (Si Pekak), al-A’maa (Si Buta), al-Ahwal (Si Juling), dan sebagainya maka mereka boleh digelar dengan panggilan tersebut namun diharamkan untuk menyebut kekurangannya yang lain. Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya gelaran-gelaran ini tidak di gunakan untuk memanggil seseorang dan dihindari dari di gunakan.

Inilah enam sebab yang disebutkan oleh para ulama dan disepakati oleh sebahagian besar mereka. Berikut adalah di antara dalil-dalil yang menunjukkan bahawa perbuatan mengumpat/ghibah di dalam keadaan seperti di nyatakan di atas adalah di bolehkan:

عن عائشة رضي الله عنها أن رجلا استأذن على النبي صلى الله عليه وسلم فقال‏:‏ “ائذنوا له، بئس أخو العشيرة‏؟‏ ‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏‏.‏

Dari Aisyah radhiallahu anha bahwa seseorang meminta izin pada Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam, lalu beliau berkata: izinkanlah ia, seburuk-buruk saudara suatu kabilah. [Muttafaq Alaih]
Al Bukhari berhujjah dengan hadis ini mengenai kebolehan berghibah terhadap ahlul fasad (pembuat kerosakan) dan ahlu ar rayb (menciptakan keraguan).

وعنها قالت‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ ‏”‏ما أظن فلانًا وفلانًا يعرفان من ديننا شيئًا‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)‏‏.‏ قال الليث بن سعد أحد رواة هذا الحديث‏:‏ هذان الرجلان كانا من المنافقين

Dan masih dari Aisyah, ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, aku melihat si fulan dan si fulan tidaklah mengetahui sedikitpun dari perkara agama kami. [HR al Bukhari]. Al Layts ibn Sa’ad—salah seorang perawi hadits ini—berkata: kedua orang yang disebut di sini adalah orang munafiq.

وعن فاطمة بنت قيس رضي الله عنها قالت‏:‏ أتيت النبي صلى الله عليه وسلم، فقلت‏:‏ إن أبا الجهم ومعاوية خطباني‏؟‏ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏‏”‏أما معاوية،
فصعلوك لا مال له ، وأما أبوالجهم، فلا يضع العصا عن عاتقه‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏

Dari Fathimah binti Qays radhiallahu anha, ia berkata: aku mendatangi Nabi Sallallahu Alaihi wa sallam lalu aku berkata, sesungguhnya Abul Jahm dan Mu’awiyah telah mengkhitbahku. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam berkata, adapun Mu’awiyah adalah orang fakir, ia tidak mempunyai harta. Adapun Abul Jahm, ia tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya. [Muttafaq alaih]

Dan dalam riwayat Muslim, haditsnya berbunyi:


‏”‏وأما أبو الجهم فضراب للنساء‏”‏
Adapun Abul Jahm ia suka memukul wanita.

Ini merupakan penjelasan dari riwayat sebelumnya yang mengatakan ia tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya. Juga dikatakan bahwa makna ia tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya adalah katsiirul asfaar, yakni banyak bepergian atau merantau.

وعن زيد بن أرقم رضي الله عنه قال‏:‏ خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر أصاب الناس فيه شدة، فقال عبد الله بن أبي‏:‏ لا تنفقوا على من عند رسول الله حتى ينفضوا وقال‏:‏ لئن رجعنا إلى المدينة ليخرجن الأعز منها الأذل فأتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأخبرته بذلك، فأرسل إلى عبد الله بن أبي ، فاجتهد يمينه‏:‏ ما فعل، فقالوا‏:‏ كذب زيد رسول الله صلى الله عليه وسلم فوقع في نفسي مما قالوا شدة حتى أنزل الله تعالى تصديقي ‏{‏إذا جاءك المنافقون‏}‏ ثم دعاهم النبي صلى الله عليه وسلم، ليستغفر لهم فلووا رءوسهم‏.‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)

Dari Zaid bin Arqam radhiallahu anhu, ia berkata: "kami pernah keluar bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dalam sebuah perjalanan di mana orang-orang ditimpa kesusahan. Lalu Abdullah bin Ubay berkata, jangan engkau memberi infaq kepada orang-orang yang bersama Rasulullah supaya mereka bersurai meninggalkan Rasulullah.. Lalu ia berkata lagi, “sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, pastilah orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah dari sana”. Kemudian aku mendatangi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa sallam, lalu aku menceritakan hal tadi, maka beliau mengutus kepada Abdullah bin Ubay, namun ia bersumpah bahwa ia tidak melakukannya. Lalu orang-orang mengatakan¸ “Zaid telah membohongi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam”. Lalu beliau(Sallallahu alaihi wa Sallam) mencelaku dengan keras atas apa yang orang-orang katakan hingga Allah Subhanahu wa Taala menurunkan apa yang dapat membenarkanku “apa bila datang orang-orang munafiq” (TMQ Al Munaafiquun:1). Kemudian Nabi SAW memanggil mereka untuk memintakan ampun bagi mereka, tapi mereka memalingkan wajah mereka." [Muttafaq alaih]

وعن عائشة رضي الله عنها قالت‏:‏ قالت هند امرأة أبي سفيان للنبي صلى الله عليه وسلم ‏:‏ إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت منه، وهو لا يعلم‏؟‏ قال‏:‏ ‏”‏خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏

Dari Aisyah radhiallahu anha, ia berkata: Hindun isteri Abu Sufyan berkata kepada Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam, “Sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang laki-laki yang pelik, ia tidak memberikan kepadaku apa yang mencukupi aku dan anakku kecuali apa yang aku ambil secara diam-diam tanpa pengetahuannya”. Lalu Nabi Sallahu Alaihi wa Sallam berkata “Ambillah apa yang mencukupimu dan anak-anakmu dengan cara yang baik (bil ma’ruf)” [Muttafaq Alaih]

Dipetik dari sini.

Hukum Wanita Belajar Memandu Tanpa Mahram

Soalan:
Adakah seorang wanita dibolehkan belajar memandu bersama dengan guru memandunya jika dia bersendirian tanpa seorang Mahram atau suaminya, memandangkan kereta latihan memandu itu adalah sebuah kenderaan umum dan bukan kenderaan persendirian yang memerlukan seorang Mahram? Adakah guru memandu itu melakukan dosa jika dia mengajar seorang wanita yang datang kepadanya tanpa seorang Mahram ataupun suami?

Jawapan:
Memang benar bahawa kereta yang digunakan untuk latihan memandu itu adalah sebuah kenderaan umum dan bukan kereta persendirian, tetapi, tanggungjawab disini adalah kehadiran suami atau seorang Mahram bersama wanita tersebut kerana jika dia tidak berbuat demikian, maka dia telah melakukan dosa, malah guru memandu itu juga turut melakukan dosa jika dia mengajar wanita tersebut tanpa berserta Mahramnya.

Penerangannya adalah seperti berikut:
1. Allah Subhanahu wa ta’ala membenarkan wanita melakukan beberapa urusan didalam kehidupan umum: Wajib (الوجوب), lebih baik dilakukan (الندب) dan yang dibenarkan (الإباحة) supaya wanita boleh melakukan urusan-urusannya didalam kehidupan umumnya seperti yang dikehendaki.

Urusan-urusan ini terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama adalah urusan yang tidak memerlukan pergaulan (Ijtima’) diantara laki-laki dan perempuan bersama-sama atau hubungan sosial (khultah) diantara mereka. (Khultah atau hubungan sosial bermaksud bergaul dan bercakap-cakap bersama).
Contohnya adalah seperti berjalan dijalan-jalan, pergi ke masjid, pergi ke taman awam…dan perkara-perkara yang seumpamanya. Wanita tidak dibolehkan untuk bercampur dengan lelaki ketika melakukan urusan – urusan tersebut, kerana hukum asalnya didalam Islam adalah terpisah / berasingan seperti yang dinyatakan didalam hukum yang berkaitan lelaki dan perempuan, dan dengan syarat mengikut apa yang telah Syari’ah benarkan keatas wanita yang tidak memerlukan hubungan sosial (khultah) dan pergaulan (Ijtima’), hukumnya tetap seperti itu. Ini bererti bahawa wanita boleh berjalan dijalan – jalan, pergi ke masjid, atau melawat keluarganya atau pergi ke taman sama ada berjalan atau menaiki kenderaan (dengan syarat tidak melebih jarak yang memerlukan seorang Mahram). Dia boleh melakukan kesemuanya itu tanpa hubungan sosial (Khultah) dengan lelaki asing, iaitu tidak bergaul dan bercakap-cakap bersama-sama. Dia boleh menaiki bas tanpa bercakap – cakap dengan lelaki asing yang duduk disebelahnya, dia boleh memasuki taman dan berjalan-jalan didalamnya tanpa Khultah,didalam perkara-perkara umum seperti ini seorang wanita tidak memerlukan seorang Mahram bersamanya, juga tidak diperlukan laluan berasingan untuk lelaki dan wanita didalam taman, atau jalan – jalan khas yang berasingan didalam bandar untuk lelaki dan wanita. Disana, laluan dan jalan-jalan yang sama digunakan tetapi tanpa Khultah, seperti yang diterangkan diatas.
Oleh yang demikian, didalam mengerjakan segala urusan yang dibenarkan oleh Syari’ah keatas wanita, tidak diperlukan pergaulan (Ijtima’) diantara laki-laki dan perempuan.

Kedua adalah melakukan urusan yang memerlukan pergaulan (Ijtima’) diantara laki-laki dan wanita. Contohnya adalah seperti berjual – beli, menyewa, rawatan perubatan, merawat orang sakit, pembelajaran dan pengajaran, memberi kuliah sains am, mencari modal untuk pertanian atau perindustrian. Hukum – hukum yang khusus telah ditetapkan didalam batas-batas Syari’ah untuk mengatur pergaulan diantara laki-laki dan wanita ketika berurusan didalam hal- hal tersebut dalam kehidupan. Bersembahyang didalam masjid memerlukan pergaulan (Ijtima’) diantara laki-laki dan wanita. Oleh itu, ada hukum yang khusus dimana baris lelaki terpisah dari wanita, iaitu lelaki dibaris hadapan dan wanita di baris yang belakang, tanpa memerlukan seorang Mahram diantara yang bersembahyang.

Melakukan ibadah haji juga memerlukan Ijtima’ diantara lelaki dan wanita tanpa barisan yang terpisah. Oleh itu, maka ada hukum yang khusus hanya untuk ibadah haji bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Ketika melakukan rawatan perubatan atau merawat orang sakit, ada sesetengah perkara memerlukan Ijtima’ diantara lelaki dan perempuan. Oleh itu ada hukum yang khusus dimana dibenarkan melihat bahagian yang sakit, walaupun bahagian yang sulit, dan sebagainya.

2. Mengajar memandu memerlukan kehadiran laki-laki dan perempuan untuk pembelajaran, kerana tidak mungkin ada guru wanita untuk wanita dan guru lelaki untuk lelaki. Oleh itu, perkara ini ada hukumnya yang khusus.

Apabila meneliti realiti belajar memandu ini, jelas didapati bahawa:
Pada hakikatnya, mengajar memandu didalam kereta adalah terhad kepada guru dan pelajar yang bertujuan untuk mengajar individu tertentu bukan satu kumpulan. Tujuan khusus untuk lelaki dan perempuan itu bertemu adalah terhad kepada mereka berdua sahaja, dan tidak seperti dimasjid atau kuliah umum, dimana tujuan mereka bertemu melibatkan bilangan yang ramai,maka tidak terdapat perbuatan khalwat disitu, masalahnya hanyalah baris untuk laki- laki dan wanita. Oleh yang demikian, keterangan datang untuk memisahkan barisan tanpa mengambil kira khalwat dan Mahram. Manakala, didalam hal belajar memandu, didalam kereta menghimpunkan dua orang, lelaki dan perempuan, iaitu guru memandu dan pelajar yang ingin belajar memandu. Oleh itu, kemungkinan terdapat perbuatan khalwat disitu kerana peraturannya memerlukan mengajar memandu dipelbagai jalan yang berlainan. Selain dari itu, terdapat juga hubungan sosial (Khultah) kerana berjumpa dan bercakap-cakap ketika belajar memandu. Oleh yang demikian, khalwat hendaklah dielakkan dan bersosial hendaklah dihadkan kepada tujuan untuk mengajar memandu. Ini boleh dilakukan dengan disertai oleh seorang Mahram kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم
“Seorang laki-laki tidak dibolehkan duduk berkahlwat dengan seorang perempuan tanpa Mahramnya” seperti yang diriwayatkan oleh Muslim.

Suami atau Mahram pelajar tersebut perlu berada didalam kenderaan ketika beliau belajar memandu. Jika tidak, dia akan melakukan dosa, malah, guru memandu yang mengajarnya turut melakukan dosa kerana ketidakhadiran seorang Mahram atau suaminya.

Perlu juga diberi perhatian bahawa wanita perlu menutup auratnya sepanjang masa ditempat-tempat umum mengikut pakaian yang telah ditetapkan oleh Syariah iaitu jilbab dan khimar mengikut batas-batas Syariah.


Sheikh Ata ibn Khaleel al –Rashta
Sumber: Islamic Revival

Dipetik dari sini

Monday, October 5, 2009

Adab Tidur Rasulullah Amalan Menyihatkan

Soalan:
SAYA pernah mendengar bahawa tidur di dalam keadaan meniarap adalah amalan syaitan. Selain itu, dari segi saintifik juga, saya juga membaca bahawa tidur di dalam keadaan ini tidak baik untuk kesihatan. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah ibu saya berkata yang tidur seperti ini baik untuk seorang bayi. Apa pandangan ustaz?


Insan Cetek Pengetahuan,
Klang, Selangor.


Jawapan:
Tidur dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW.


Bagi memperjelaskan soalan anda, eloklah jika kita dapat melihat gambaran sunnah Nabi SAW dan adab-adab tidur seperti yang dikemukakan dalam kitab Syamail Muhammad SAW.




Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: "Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)."


Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra' bin Azib berkata: "Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: "Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus."  (Hadis riwayat Bukhari).


Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara' bin 'Azib, beliau berkata: "Se sungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: "Rabbi qinii 'adzaabaka yawma tab'atsu 'ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu)."  (HR. At-Tirmidzi).


Hudzaifah pula meriwayatkan: "Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: "Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup)." Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: "Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba'da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali)." (HR. At-Tirmidzi).


Menurut Ummul Mukminin Aisya, yang berkata: "Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali."  (HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).


Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu."  (HR. Al-Bukhari dan Muslim).


Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah SAW juga pernah mengubah kedudukan tidur Baginda. Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: "Daripada 'Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain."  (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).


Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud : "Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. "Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla." (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).


Sebagai tambahan, satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh setiap Muslim, ada beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadat di sisi Allah SWT.


Ini disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada anak-anak. Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:


# Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.


# Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.


# Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.


# Tidur dalam keadaan suci.


# Tidur dalam keadaan berwuduk.


# Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.


# Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata.  (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).


# Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: "Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.


# Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.


# Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.


Sebagai kesimpulannya ada beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendapat reda-Nya. Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan. Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan telungkup. Wallahu a'lam.

Dipetik dari Berita Harian 10/2009

Wednesday, September 30, 2009

Detik-detik Terakhir Kehidupan Rasullullah saw

Sebuah kisah yang menceritakan detik-detik terakhir wafatnya Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam. Manusia yang paling dicinta. Sebuah kisah yang menggambarkan cinta sang rasul yang sangat mengagumkan dan menggetarkan dada orang-orang yg beriman.

Menjelang beliau wafat, beliau melakukan haji terakhir yang disebut sebagai haji wada’ (haji perpisahan).
Saat beliau melakukan ibadah tersebut turunlah firman Allah SWT yg artinya:”Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan nitmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.” (QS.al-Maidah:3)
Maka menangislah Abu Bakar as shiddiq ra.
Bersabdalah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam kepadanya:
“Apa yg membuatmu menangis dalam ayat tersebut?”
Abu Bakar ra menjawab:” Ini adalah berita kematian Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam.”
Kembalilah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dari haji wada’ dan kurang dari tujuh hari wafat beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam,

turunlah ayat al-Qur’an paling akhir yg artinya:
“Dan peliharalah dirimu dari (azab yg terjadi pada) hari yg pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yg sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).” (QS.al-Baqarah:281).

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam mulai menampakkan sakit beliau. Beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam berkata:”Aku ingin mengunjungi syuhada ‘Uhud”, maka beliaupun berangkat pagi menuju syuhada ‘Uhud di awal-awal bulan Shafar tahun 11 H. Lalu berdiri diatas makam para syuhada dan berkata:
” Assalamu’alaikum wahai syhada ‘Uhud, kalian adalah orang-orang yang mendahului kami dan kami insya Allah akan menyusul kalian, dan sesungguhnya aku, insya Allah akan menyusul kalian.”

Kemudian Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam pulang sambil menangis. Maka para sahabat bertanya kepada Rasululah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam: “Apa yang membuat anda menangis wahai Rasulullah ?
” Beliau bersabda: ” Aku merindukan saudara-saudaraku seiman.”
Mereka berkata:” Bukahkah kami adalah saudaramu seiman wahai Rasulullah?”
Beliau bersabda:” Bukan, kalian adalah sahabat-sahabatku, adapun saudara-saudaraku seiman adalah suatu kaum yg datang setelahku, mereka beriman kepadaku sedang mereka belum pernah melihatku.”

Saya berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan kita semua termasuk mereka yg dirindukan oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam.
Pada hari senin 29 Shafar beliau menghadiri jenazah di Baqi’. Ketika pulang beliau merasakan pusing di kepala dan panas badannya meninggi. Maka beliaupun mulai sakit dan terus bertambah sakit.

Selama sakitnya itu beliau tetap memimpin shalat selama 11 hari dari 13 atau 14 hari masa sakit beliau. Sejak kamis malam, 4 hari sebelum wafat beliau, pada waktu shalat Isya’, beliau meminta agar Abu Bakar ra menggantikannya dalam memimpin shalat.

Tiga hari sebelum beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam wafat, sakit beliau mulai mengeras. Beliau saat itu berada dirumah Sayyidah Maimunah ra.
Beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:” Kumpulkanlah istri-istriku.” Maka berkumpullah istri-istri beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, beliau bersabda kepada mereka:” Apakah kalian mengizinkan aku untuk tinggal di rumah ‘Aisyah?” Maka mereka menjawab:” Kami mengizinkan anda wahai Rasulullah.”

Kemudian beliau berkeinginan untuk berdiri, akan tetapi beliau tidak mampu. Datanglah ‘Ali ibn Abi Thalib, dan al-Fadl ibn al-‘Abbas ra. Maka merekapun membopong Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, lalu mereka memindahkan beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dari kamar Maimunah ra menuju kamar ‘Aisyah ra.

Adapun para sahabat ra, baru pertama kali ini mereka melihat Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dibopong di atas dua tangan. maka berkumpullah para sahabat ra dan mereka berkata:” Apa yang terjadi pada Rasulullah, apa yang terjadi pada Rasulullah?”
Mulailah manusia berkumpul di dalam masjid. Masjidpun mulai penuh dengan para sahabat ra.
Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dibawa menuju rumah ‘Aisyah ra.
Mulailah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam mencucurkan keringat, berkeringat dan berkeringat.

Berkatalah ‘Aisyah ra:”Sungguh belum pernah aku melihat ada seorang manusia yg berkeringat deras seperti ini.” Maka dia mengambil tangan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dan dengannya dia mengusap keringat beliau.
(Maka mengapakah dia mengusap keringat dg tangan beliau dan tidak mengusapnya dengan tangannya sendiri?)
‘Aisyah ra berkata:” Sesungguhnya tangan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam lebih lembut dan lebih mulia daripada tanganku, oleh karena itulah aku mengusap keringat beliau dengan tangan beliau dan tidak dengan tanganku.” (ini adalah sebuah penghormatan terhadap Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam)
‘Aisyah ra berkata:”Aku mendengar beliau berkata:”Laa Ilaha illallah, sesungguhnya kematian itu memiliki sekarat, Laa Ilaha illallah, sesungguhnya kematian itu memiliki sekarat.”
Mulailah suara-suara didalam masjid meninggi.
Bersabdalah Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:”Apa ini?”
Berkatalah ‘Aisyah ra: “Sesungguhnya manusia mengkhawatirkan anda wahai Rasulullah.”
Beliaupun bersabda: ”Bawalah aku kepada mereka.” Maka beliau berkehendak untuk bangun, akan tetapi tidak mampu. maka para sahabat menyiramkan tujuh qirbah (timba) air kepada beliau hingga beliau bangkit, dan membawa neliau naik ke atas mimbar.

Jadilah khutbah tersebut adalah khutbah terakhir beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, menjadi kalimat terakhir Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dan doa terakhir Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam.
Beliau bersabda:” Wahai manusia, kalian mengkhawatirkan aku?”
Mereka menjawab:” Ya, wahai Rasulullah.”
Bersabdalah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:”Sesungguhnya tempat perjanjian kalian dengan aku bukanlah di dunia, tempat perjanjian kalian denganku adalah di haudh (telaga). Demi Allah, sungguh seakan-akan aku sekarang sedang melihat kepadanya di depanku ini.

Wahai manusia, demi Allah, tidaklah kefakiran yang aku khawatirkan atas kalian, akan tetapi yang aku khawatirkan adalah dibukanya dunia atas kalian, sehingga kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya, sebagaimana orang-orang sebelum kalian telah berlomba-lomba untuk mendapatkannya. Maka dunia itu akan membinasakan kalian sebagaimana dia telah membinasakan orang-orang sebelum kalian.”

Kemudian beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:”Allah Allah, shalat, Allah Allah, shalat.” (maksudnya; Aku bersumpah demi Allah terhadap kalian agar kalian menjaga shalat) beliau terus mengulang-ulangnya, lantas bersabda:” Wahai manusia, bertakwalah kalian terhadap kaum wanita, aku wasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik terhadap kaum wanita.”

Kemudian beliau bersabda:” Wahai manusia, sesungguhnya ada seorang hamba, yang Allah SWT telah memberikan pilihan kepadanya antara dunia dan antara apa yang ada di sisi-Nya, maka dia memilih apa yang ada di sisi-Nya.”
Tidak ada yang memahami siapakah yang dimaksud dengan seorang hamba oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam tadi, padahal yang dimaksud oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi

Wassalam adalah diri beliau sendiri.
Allah SWT telah memberikan pilihan kepada beliau dan tidak ada seorangpun yang paham selain Abu Bakar ra.
Dan kebiasaan para sahabat ra, saat beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sedang berbicara adalah mereka diam, seakan-akan ada seekor burung yang bertengger di atas kepala mereka.

Maka saat Abu Bakar ra mendengar perkataan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, dia tidak mampu menguasai dirinya, dengan serta merta dia menangis dengan sesengukan, dan ditengah masjid dia memotong pembicaraan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, dia berkata:
”Kami tebus anda dengan bapak-bapak kami wahai Rasulullah, kami tebus anda dengan ibu-ibu kami wahai Rasulullah, kami tebus anda dengan harta-harta kami wahai Rasulullah.” dia mengulang-ulangnya, sementara para sahabat ra melihat kepadanya dg pandangan heran, bagaimana dia berani memotong khutbah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam?”

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda :”Wahai manusia, tidak ada seorangpun diantara kalian yg memiliki keutamaan di sisi kami melainkan kami telah membalasnya, kecuali Abu Bakar, aku tidak mampu membalasnya, maka aku tinggalkan balasannya kepada Allah SWT. Setiap pintu masjid ditutup kecuali pintu Abu Bakar ra tidak akan di tutup selamanya.”

Kemudian mulailah beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam berdo’a untuk mereka dan berkata pada akhir do’a beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sebelum wafat:
” Mudah-mudahan Allah menetapkan kalian, mudah-mudahan Allah menjaga kalian, mudah-mudahan Allah menolong kalian, mudah-mudahan Allah meneguhkan kalian, mudah-mudahan Allah menguatkan kalian, mudah-mudahan Allah menjaga kalian.”

Dan kalimat terkahir yang beliau sampaikan sebelum beliau turun dari atas mimbar sambil menghadapkan wajah beliau kepada ummat dari atas mimbar adalah:
” Wahai manusia sampaikanlah salamku kpd orang yg mengikutiku diantara ummatku hingga hari kiamat.”

Setelah itu beliaupun dibawa kembali ke rumah beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam.
Masuklah Abdurrahman ibn Abu Bakar, dan ditangannya ada sebatang siwak. Beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam terus melihat kearah siwak tersebut, tetapi tidak mampu berkata aku menginginkan siwak.
‘Aisyah ra berkata:”Aku paham dari pandangan kedua mata beliau, bahwa beliau menginginkan siwak tersebut. Maka aku ambil siwak itu darinya (yakni Abdurrahman ibn Abu Bakar), kemudian aku letakkan dimulutku, agar aku melunakkannya untuk Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, kemudian aku berikan siwak tersebut kepada beliau.

Maka sesuatu yang paling akhir masuk ke dalam perut Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam adalah air ludahku.”
‘Aisyah ra berkata: ”Termasuk sebuah keutamaan dari Rabb-ku atasku adalah Dia telah mengumpulkan antara air ludahku dg air ludah Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sebelum beliau wafat.”

Kemudian masuklah putri beliau Fathimah ra pada waktu dhuha di hari Senin 12 Rabi’ul awal 11 H, lalu dia menangis saat masuk kamar Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam. Dia menangis karena biasanya setiap kali dia masuk menemui Rasullullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, beliau berdiri dan menciumnya di antara kedua matanya, akan tetapi sekarang beliau tidak mampu berdiri untuknya.

Maka Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda kepadanya:” Mendekatlah kemari wahai Fathimah.”
Beliaupun membisikkan sesuatu di telinganya, maka dia pun menangis. Kemudian beliau bersabda lagi untuk kedua kalinya:” Mendekatlah kemari wahai Fathimah.” Beliaupun membisikkan sesuatu sekali lagi, maka dia pun tertawa.

Maka setelah kematian Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, mereka bertanya kepada Fathimah ra: “Apa yg telah dibisikkan oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam kepadamu sehingga engkau menangis, dan apa pula yang beliau bisikkan hingga engkau tertawa?” Fathimah ra berkata:” Pertama kalinya beliau berkata kepadaku:” Wahai Fathimah, aku akan meninggal malam ini.” Maka akupun menangis. Maka saat beliau mendapati tangisanku beliau kembali berkata kepadaku:” Engkau wahai Fathimah, adalah keluargaku yg pertama kali akan bertemu denganku.” Maka akupun tertawa.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam memanggil Hasan dan Husain, beliau mencium keduanya dan berwasiat kebaikan kepada keduanya. Lalu Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam memanggil semua istrinya, menasehati dan mengingatkan mereka. Beliau berwasiat kpd seluruh manusia yg hadir agar menjaga shalat. Beliau mengulang-ulang wasiat itu.

Lalu rasa sakitpun terasa semakin berat, maka beliau bersabda:” Keluarkanlah siapa saja dari rumahku.”
Beliau bersabda:” Mendekatlah kepadaku wahai ‘Aisyah!” Beliaupun tidur di dada istri beliau ‘Aisyah ra. ‘Aisyah ra berkata:” Beliau mengangkat tangan beliau seraya bersabda:” Bahkan Ar-Rafiqul A’la bahkan Ar-Rafiqul A’la.” Maka diketahuilah bahwa disela-sela ucapan beliau, beliau disuruh memilih diantara kehidupan dunai atau Ar-Rafiqul A’la.

Masuklah malaikat Jibril as menemui Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam seraya berkata:” Malaikat maut ada di pintu, meminta izin untuk menemuimu, dan dia tidak pernah meminta izin kepada seorang pun sebelummu.”
Maka beliau berkata kepadanya:” Izinkan untuknya wahai Jibril.”
Masuklah malaikat Maut seraya berkata:” Assalamu’alaika wahai Rasulullah. Allah telah mengutusku untuk memberikan pilihan kepadamu antara tetap tinggal di dunia atau bertemu dengan Allah di Akhirat.”

Maka Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:” Bahkan aku memilih Ar-Rafiqul A’la (Teman yg tertinggi), bahkan aku memilih Ar-Rafiqul A’la, bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah yaitu :para nabi, para shiddiqiin, orang-orang yg mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah rafiq (teman) yg sebaik-baiknya.”

‘Aisyah ra menuturkan bahwa sebelum Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam wafat, ketika beliau bersandar pada dadanya, dan dia mendengarkan beliau secara seksama, beliau berdo’a:
“Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku dan susulkan aku pada ar-rafiq al-a’la. Ya Allah (aku minta) ar-rafiq al-a’la, Ya Allah (aku minta) ar-rafiq al-a’la.”

Berdirilah malaikat Maut disisi kepala Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam- sebagaimana dia berdiri di sisi kepala salah seorang diantara kita- dan berkata:” Wahai roh yg bagus, roh Muhammad ibn Abdillah, keluarlah menuju keridhaan Allah, dan menuju Rabb yg ridha dan tidak murka.”

Sayyidah ‘Aisyah ra berkata:”Maka jatuhlah tangan Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, dan kepala beliau menjadi berat di atas dadaku, dan sungguh aku telah tahu bahwa beliau telah wafat.”

Dia ra berkata:”Aku tidak tahu apa yg harus aku lakukan, tidak ada yg kuperbuat selain keluar dari kamarku menuju masjid, yg disana ada para sahabat, dan kukatakan:” Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat.”

Maka mengalirlah tangisan di dalam masjid. Ali bin Abi Thalib ra terduduk karena beratnya kabar tersebut, ‘Ustman bin Affan ra seperti anak kecil menggerakkan tangannya ke kanan dan kekiri. Adapun Umar bin al-Khaththab ra berkata:” Jika ada seseorang yang mengatakan bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam telah meninggal, akan kupotong kepalanya dg pedangku, beliau hanya pergi untuk menemui Rabb-Nya sebagaimana Musa as pergi untuk menemui Rabb-Nya.”

Adapun orang yg paling tegar adalah Abu Bakar ra, dia masuk kpd Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, memeluk beliau dan berkata:”Wahai sahabatku, wahai kekasihku, wahai bapakku.” Kemudian dia mencium Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dan berkata : ”Anda mulia dalam hidup dan dalam keadaan mati.”

Keluarlah Abu Bakar ra menemui manusia dan berkata:” Barangsiapa menyembah Muhammad, maka Muhammad sekarang telah wafat, dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah kekal, hidup, dan tidak akan mati.”
Maka akupun keluar dan menangis, aku mencari tempat untuk menyendiri dan aku menangis sendiri.”

Inna lillahi wainna ilaihi raji’un, telah berpulang ke rahmat Allah orang yg paling mulia, orang yg paling kita cintai pada waktu dhuha ketika memanas di hari Senin 12 Rabiul Awal 11 H tepat pada usia 63 tahun lebih 4 hari. semoga shalawat dan salam selalu tercurah untuk Nabi kiat tercinta Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam.

Ya Allah, berikanlah rizqi kepada kami, syafaat kekasih kami Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dan satu teguk air yg menyegarkan dari haudh (telaga) beliau dg tangan beliau yg mulia.

Dipetik dari sini

Tuesday, September 29, 2009

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.


Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].






Disediakan oleh,
Nur Syamimi Mohamad Napis
Setiausaha Media I iLuvislam.com




[1] http://www.aipac.org/about_AIPAC/default.asp AIPAC achievements

[2] http://www.aipac.org/For_Students/index.asp AIPAC on Campus

[3] http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2558455

[4] http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2558455 AEPi and AIPAC.

[5] http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2247591 Alumni and parents.

[6] http://www.facebook.com/advertising/?src=pf Create your Facebook Ad

[7] http://e-commerce-marketing.suite101.com/article.cfm/pay_per_click_internet_advertising

[8] http://wiki.answers.com/Q/Difference_between_pay_per_click_and_pay_per_impression

[9] http://www.facebook.com/advertising/?src=pf Step 3: Campaigns and pricing.

[10] http://wiki.developers.facebook.com/index.php/Verification Verification Fee.

[11] http://www.facebook.com/press/info.php?statistics

[12]http://www.israelnewsagency.com/israel60thbirthdaycelebrationeventsindependencedayresourcescenternews48042608.html

[13] Surah Al-Mulk, ayat 19.

Sunday, September 27, 2009

Luahan Rasa : 1 Pagi Syawal Bersama Keluarga

Mak dan ayah..

Apalah adik ana sorang ni, pakai butang pun suruh mak ana lagi. He3..


Bujang pujaan. Ha3..

Bersama ayah..

Nilah adik perempuan yang bongsu.

Dengan satu-satunya nenek yang ana ada..

Bersama keluarga ana..