Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Sunday, July 4, 2010

Luahan Rasa : Takziah Buat Sahabat

Pada 2 Julai 2010, sahabat serumah ana telah mengalami kemalangan ketika pulang dari Praktikum di SK Amanjaya. Hujan yang lebat dan jalan yang berlubang dipercayai menjadi punca kemalangan. Alhamdulillah tiada kecederaan yang serius berlaku. Semoga menjadi pengajaran kepada kita. Ingat, kemalangan boleh berlaku bila-bila masa tak kira anda memandu laju atau perlahan, pemandu muda atau tua dan sebagainya.





Monday, June 21, 2010

Luahan Rasa : Selamat Hari Jadi


Mentang-mentang musim Piala Dunia....


Setiap tahun birthday ana akan disambut bersama adik ana..

Sunday, June 13, 2010

Purdah Oh Purdah


Jumhur ulama’ yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.

2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.

3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan ‘tidak boleh masuk dengan masyarakat’. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.

Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?

Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar’i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!

Thursday, June 10, 2010

Luahan Rasa : Pengganti Yang Lebih Baik





Gaya Mat Rempit tu.. Tapi biasalah, dari Kedah nak balik Johor bukan dekat.


Merujuk kepada pos di sini alhamdulillah ana kini dapat pengganti yang lebih baik...
Honda CBR 150.

Sunday, May 23, 2010

Protokol Doa

Setiap kali saya berdoa, saya jadikan doa buat kekasih sebagai panduan berdoa. Bagi saya doa buat kekasih adalah doa yang terbaik susunan doanya.

Doa buat kekasih mempunyai protokol doa iaitu:

1. Tawasul
2. Khusus
3. Sebab atau alasan
4. Tawasul
4. Pasrah

Cuba saudara perhatikan contoh doa buat kekasih di akhir artikel ini dan bacakanlah untuk sekali. Terasa ketenangannya. Saudara boleh mengubahkannya untuk memohon hajat lain yang tertentu. Namun setiap doa mesti mengikut protokol.

1.Tawasul :

Sebelum memohon perlulah memuji Allah SWT. Allah suka dipuji. Sesungguhnya memang berhak Allah dipuji kerana rahmat yang Allah berikan kepada kita ini tidak mampu ditandingi.

2. Khusus :

Kebiasaan doa adalah terlalu umum seperti, “Ya Allah murahkanlah rezekiku”. Kita menganggap Allah mengetahui apa yang kita inginkan walaupun hakikatnya Allah memang mengetahui.

Tetapi sifat kita ini tidak bersungguh di dalam memohon lalu untuk memudahkan diri kita, kita meminta secara umum. Apabila kehendak dan keinginan kita tidak dimakbulkan, kita menyalahkan Allah. Sedangkan kita lupa doa kita adalah memohon kepada Allah agar murahkan rezeki. Maka nikmat kehidupan dan masih bernyawa juga merupakan salah satu rezeki.

Di dalam memohon semestnya mempunyai protokol yang tersendiri iaitu;

SMART


1. Specific (khusus)
2. Measurable (boleh dikira)
3. Achievable (mampu dicapai)
4. Realistic (Realistik)
5. Timeline (Tempoh masa)

Di dalam berdoa, kita perlu khusus. Jika ingin meminta duit, sebut sahaja berapa jumlah yang kita inginkan. Jika kita mempunyai 10 keinginan, sebutkan satu persatu tetapi mesti SMART.

Jika kita ingin pergi menunaikan haji hujung tahun ini sedangkan wang yang terkumpul hanya RM100 , adakah ia SMART? Walaupun bukanlah mustahil kita mampu mencapai tujuan tersebut tetapi seboleh-bolehnya biarlah ia adalah 'Achievable' dan 'Realistic' di dalam 'Timeline' yang kita inginkan.

Sebagai contoh, jika saudara mula mengumpul RM100 untuk pergi menunaikan haji mulai bulan ini dan bercadang untuk menunaikan haji 2 tahun lagi, kemudian saudara kini sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan juga mempunyai sumber pendapatan dari pelbagai sumber, maka ia boleh dikatakan SMART. Hanya saudara yang tahu samada apa yang saudara inginkan itu memenuhi SMART atau tidak.

3. Sebab atau Alasan :

Di dalam berdoa, kita perlu ada alasan. Mengapa kita inginkan sesuatu itu. Contohnya jika kita ingin pergi haji, kita perlu beri alasan kenapa kita ingin pergi haji. Walaupun Allah memang mengetahui tetapi jika kita beritahu Allah, maka sebenarnya diri kita akan lebih bersemangat untuk berusaha mencapai tujuan itu dengan bersaksikan Allah yang mendengar sebab dan alasan kita.

4. Tawasul :

Di dalam setiap doa, kita hendaklah menyelanginya dengan tawasul. Kita boleh menggunakan firman-firman Allah untuk mengukuhkan permohonan kita seperti berkata;

“Ya Allah, bukankah Engkau berfirman jika aku berdoa, pasti Engkau makbulkan ya Allah”


Inilah tawasul yang dimaksudkan di protokol ke-4 ini.

5. Pasrah :

Menyerahkan 100% kepada Allah doa yang telah dipohon. Jangan tertanya-tanya, bilakah Allah akan makbulkan ini, bilakah Allah akan memberi rezeki ini, bilakah Allah nak buat itu dan ini. Pasrah bermakna bukan tidak melakukan apa-apa kerja atau usaha, tetapi pasrah menerima samada dimakbulkan atau tidak. Keizinan Allah di dalam permohonan kita diberi tanpa kita sedari.

Yang pasti kita hendaklah terus berusaha dan insyaallah jika Allah mengizinkan pilihan yang kita buat itu, maka dimudahkan kita di dalam segala urusan.

Perniagaan kecil-kecilan kita semakin membesar. Jika kita belum pandai berdoa dan cara mengerjakan haji, ada sahaja jalan ke arah itu yang Allah akan berikan. Contoh di atas adalah satu contoh iaitu hajat mengerjakan haji. Namun protokol itu sama untuk memohon apa sahaja keinginan dan hajat. Kita manusia yang lemah di mana sentiasa mempunyai hajat walaupun hajat yang kecil.

Sepertimana yang biasa saya katakan, HIDUP INI PENUH DENGAN PILIHAN.

Masalah utama kita tidak tahu apa akan terjadi walaupun sesaat kehadapan. Sebab itulah kita memerlukan Allah SWT yang maha mengetahui agar dapat memberi panduan kepada kita agar pilihan yang dipilih merupakan yang terbaik di sisiNya. Setiap yang terbaik disisi Allah pasti terbaik untuk diri kita.

Elakkan berdoa seperti mengarahkan Allah melakukan kerja seperti, “Ya Allah murahkanlah rezeki aku” atau “Ya Allah, panjangkanlah umur aku”. Bukankah bunyi doa itu seperti mengarahkan Allah melakukan kerja. Seharusnya doa yang baik adalah dengan meminta permohonan.

“Ya Allah, Yang Maha Pemberi, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Kaya. (Tawasul)….Aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku dimurahkan rezeki …. (sambung dengan permohonan yang khusus)….(beri alasan kenapa memohon)…. Aku ini lemah ya Allah, aku perlukan pertolongan diriMu ya Allah. ….ya Allah Jika keinginan aku ini baik ya Allah, aku memohon agar Kau makbulkan permohonan aku ini ya Allah. Bukankah Engkau berfirman, jika aku berdoa kepada Engkau, akan Engkau makbulkan permohonanku ya Allah (Tawasul). Tetapi ya Allah, jika ini bukan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, maka buangkan keinginan ini dari hati aku ya Allah. Agar aku tidak akan mengingati keinginanan ini lagi ya Allah. Agar aku sentiasa tenang ya Allah. (Pasrah)….. ya Rahman, Ya Rahim. Amin".


Ini adalah satu contoh doa yang ringkas mengikut protokol doa. Saudara boleh menyusunnya semula dengan lebih baik dengan tawasul yang lebih banyak. Doa yang umum tidak melihatkan kita bersungguh di dalam mendapatkan sesuatu. Maka susunlah doa mengikut protokol doa yang dinyatakan. Semoga segala hajat, impian, keinginan, cita-cita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.



DOA UNTUK KEKASIH

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal ‘aalamiin".

Dipetik dari iluvislam.com

Monday, May 10, 2010

Luahan Rasa : Program Celik Minda Protim

10 Mei 2010, bertempat di tapak Pulako IPGM Kampus Sultan Abdul Halim ana dan rakan sekelas ana telah diamanahkan untuk menguruskan satu program iaitu Program Celik Minda Protim yang terdiri dari pelajar Sekolah Kebangsaan Pasir Kecil yang lambat dalam pembelajaran. Program sehari ini bermula pada awal pagi dan berakhir pada tengah hari. Kami telah bahagikan kepada 4 kumpulan untuk menguruskan para pelajar yang terdiri dari darjah 4-6.



Eja betul-betul..! Marah Cikgu Hafeez nanti..

Dengar cakap cikgu baik-baik..







Makan jangan gelojoh..

Majlis Penutup

Bergambar kenangan bersama pelajar, guru, pensyarah dan fasilitator.

Para fasilitator

Luahan Rasa : Program Semarak Bahasa

Aktiviti anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Sultan Abdul Halim menggabungkan pelajar senior dan junior ini telah dijalankan di Bukit Semarak. Di samping mendaki bukit yang tinggi, kami dapat melihat panorama dan suasana sekeliling. Kami juga diberi beberapa tugasan untuk disiapkan.

Dalam perjalanan pergi..

Berdoa sebelum memulakan pendakian

Sewaktu pendakian..

Berada di puncak bukit..

Berehat sebentar selepas penat mendaki



Bergambar kenangan sebelum turun dari puncak bukit..

Turun tu baik-baik..

Makan tengah hari di rumah pensyarah. Terima kasih kepada En Nukman yang menaja makan tengah hari kami.

Jom Balik.....