Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Monday, September 24, 2012

Luahan Rasa : Bina Insan Guru 2012

Bagi memenuhi keperluan subjek WAJ 3114, kami dikehendaki untuk melakukan Program Bina Insan Guru. Program Bina Insan Guru (BIG) pada semester ini adalah melakukan lawatan penanda aras dan kami telah menggabungkan Program Bina Insan Guru ini untuk dua semester iaitu semester lima dan semester enam. Maka kami seramai 19 orang pelajar daripada kelas major Bahasa Melayu kumpulan P6B Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah melakukan lawatan penanda aras selama dua hari di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur seperti di Universiti Malaya (UM), Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Sebelum melakukan lawatan, kami telah membuat pelbagai persiapan seperti pembahagian ahli jawatankuasa, membuat kertas kerja dan sebagainya. Kertas kerja kami juga beberapa kali ditolak dan ini sedikit sebanyak menyukarkan kerja kami. Namun semua itu dapat kami tempuhi dengan hati yang terbuka. 

Lawatan ini bermula pada 18 Julai 2012 dan berakhir pada 19 Julai 2012. Kami dikehendaki berkumpul pada pukul 7.00 pagi di IPG dan bertolak lebih kurang pukul 8.00 pagi. Kami tiba di Universiti Malaya (UM) lebih kurang pukul 2.00 petang dan kami telah mengadakan sesi kolaborasi antara pihak kami dan pihak Akademi Pengajian Melayu UM. Seterusnya kami mengadakan lawatan di sekitar Akademi Pengajian Melayu di UM. 

Setelah tamat lawatan di UM, kami menghala ke IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai untuk urusan penginapan yang terletak tidak jauh dari UM. Kami menunaikan solat zohor dan asar secara jama di sini. Selesai sahaja urusan penginapan, kami berehat untuk aktiviti seterusnya pada hari esok. 

Pada keesokan hari, kami telah mengadakan bengkel kolaborasi bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPG KBM. Banyak info yang kami dapat di sini terutamanya tentang kursus pangajian kami iaitu Bahasa Melayu. Kami telah dihidangkan sedikit jamuan ringan sebelum bertolak ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Kami tiba di DBP lebih kurang waktu tengah hari. Kami tidak dapat membuat lawatan di sini namun kami diberi peluang untuk melawat ke Koperasi DBP dan kami juga diberikan harga diskaun untuk setiap pembelian buku di sini. Kami bertolak pulang ke IPG pada waktu petang dan selamat tiba pada waktu malam.










1 comment:

  1. Salam. TQ sbb pernah jd follower blog asal sy iaitu www.jukdin.com. Tapi blog itu telah ditutup dan saya kini menulis dari jukdin.blogspot.com.

    ReplyDelete