Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Sunday, December 26, 2010

Mak Cakap Tak Nak Dengar! Tapi..?

"Kenapa bila Encik Talha nasihatkan dia, dia boleh terima, walhal nasihat yang sama saya selalu beri, tapi dia tak mau ubah perangai pemalas dia tu, tapi sekarang ni, alhamdulillah, bilik dia sentiasa kemas, tak lah macam tempat kucing beranak...Hairan betul budak sekarang ni, emak sendiri beri nasihat, tak mau dengar, tapi orang lain beri, boleh pulak dia ikut..."


Aku cuma tersenyum mendengar luahan seorang ibu yang pernah menghantar anaknya ke salah satu dari seminar yang kukendalikan.


Benar, saya rasa bukan hanya remaja tersebut, tetapi ramai lagi remaja mahupun orang dewasa yang susah untuk mendengar nasihat dari ibubapa, akan tetapi, boleh mengikut nasihat yang sama dari orang lain. Mengapa?


Perkara ini sebenarnya amat penting untuk diketahui oleh bukan sahaja setiap pasangan yang akan menjadi ibubapa, tetapi jua individu yang mempunyai hubungan rapat dengan bayi atau kanak-kanak.


Usia antara 2 hingga 7 tahun merupakan waktu yang sangat aktif bagi perkembangan minda anak-anak. Didalam usia inilah, minda mereka mula mengumpul info dan input yang akan berkumpul menjadi 'sub conscious mind' atau minda separa sedar mereka. Dalam ertikata lain, kebanyakan input yang diserap ke dalam minda mereka akan membentuk cara mereka menanggapi dunia, personaliti dan lain-lain termasuk tabiat dan persepsi. Proses pengumpulan info dan input yang berupaya mempengaruhi minda separa sedar ini akan berterusan hingga keusia remaja.


Amat malang bagi ibubapa yang menggunakan usia anak-anak mereka ini penuh dengan leteran, pendekatan marah yang negatif (tidak berhikmah) dan lain-lain perlakuan negatif yang dilakukan dihadapan anak-anak ketika usia 2-7 tahun ini, seperti bergaduh di depan mereka, mengeluh dan merungut tentang masalah kewangan dihadapan mereka dan lain-lain. Semuanya ini akan memberikan impak negatif kedalam pembentukan minda separa sedar mereka.


Antaranya ialah, secara tak disedari (sub-conscious) mereka menjadi fobia dan tidak selesa dengan ibu mereka sendiri yang hanya suka meleteri mereka, walaupun mereka pada hakikatnya menyayangi ibubapa mereka. Oleh itu, sedikit-demi sedikit, hari demi hari, minda separa sedar mereka yang juga agen pertahanan diri, mula mempelajari dan memahami bahawa suara ibu adalah suatu yang menyakitkan, memberikan tekanan dan kesakitan pada diri mereka, dan memberi arahan pada minda bahawa suara ibu adalah sesuatu yang perlu diawasi dan dijauhi. Dan ini akan menghasilkan fobia atau trauma tanpa disedari oleh sesiapa.


Saya berikan contoh, seorang ibu yang mempunyai anak kecil yang masih bayi,dengan mudahnya akan dapat terjaga ditengah malam jika bayinya menangis atau pun merengek kecil. Walaupun dari segi psikologi, ini adalah kerana ikatan naluri dan instinct seorang ibu, akan tetapi juga melibatkan subconscious mind ibu bahawa suara rengekan anak adalah tanda amaran dan perlu diambil perhatian. TETAPI, ibu tersebut dapat tidur nyenyak tanpa terganggu oleh bunyi dengkuran suaminya. Ini adalah kerana subconscious mind ibu itu memahami bahawa suara dengkuran suaminya bukan perkara penting yang perlu diberi perhatian.


Maka, inilah yang berlaku pada ramai remaja, mahupun orang dewasa hari ini, yang mana sebenarnya, tanpa disedari, mereka ini fobia dengan suara ibu atau bapa mereka sendiri, sehingga mereka tidak dapat untuk menerima nasihat yang diberikan oleh ibu mereka walaupun mereka tahu bahawa apa yang dikatakan oleh ibu mereka adalah nasihat yang benar dan berguna. Hal ini berlaku adalah disebabkan minda separa sedar mereka bagai telah memasang penggera amaran bahawa suara dari ibu itu adalah suatu yang menyakitkan, memberikan tekanan dan kesakitan pada diri mereka. Maka dengan itu, input dan info yang ingin disampaikan oleh ibu ini kepada anak mereka ditolak mentah-mentah oleh mereka kerana jiwa mereka dikelirukan oleh amaran dari minda separa sedar yang tidak dapat membezakan antara nasihat dan leteran. Atau pun, anak-anak ini mengikutkan nasihat ibu itu dengan muka yang masam dan tidak ikhlas.


Maka inilah juga sebabnya, mengapa nasihat yang sama yang dikeluarkan dari lontaran suara orang lain dapat mereka ikuti atau fahami dengan mudah, ikhlas tanpa penolakan. Ini adalah kerana minda separa sedar mereka mengetahui bahawa suara ini tidak memberikan kesakitan atau keperitan dijiwa mereka.


Mulai dari hari ini, bagi sesiapa yang membaca artikel ini, samada anda adalah bakal ibubapa, atau sudah mempunyai anak, atau seorang kakak atau abang, mulailah mengubah cara pendekatan kita dengan orang-orang yang kita sayangi. Jangan kita selalu letakkan mereka didalam keadaan tidak selesa dan menyeksakan dari segi psikologi kerana ini hanya akan membuatkan sisiem pertahanan jiwa mereka yang dikuasai oleh minda separa sedar mereka akan membentuk sistem penggera amaran bahaya terhadap suara atau diri kita, kepada mereka.


Bagi mereka yang mempunyai fobia atau trauma terhadap suara atau (ada yang melihat wajah pun sudah terganggu), muhasabah kembali diri anda, beritahu minda anda bahawa mereka yang anda 'trauma' kan itu adalah orang-orang yang telah melahirkan, membesarkan anda, dan tiada sesiapa pun didunia ini yang tidak melakukan kesilapan. Lagipun, sebilangan besar dari ibubapa dahulu, tidak mempelajari pelajaran psikologi, ilmu minda dan lain-lain yang amat mudah anda miliki pada hari ini. Antara perkara yang paling baik untuk menghilangkan fobia ini ialah dengan cara muhasabah diri. Selain dari itu, method EFT (Emotional Freedoms Technique) juga telah banyak dapat membantu membetulkan semula subconcsious mind yang telah tercemar.


Sebaiknya, semua dari kita, amalkan 'memberi kemaafan' dengan tulus ikhlas kepada semua orang yang kita kenali termasuk diri kita sendiri, setiap malam sebelum tidur.


Semoga kita semua diberi Rahmat dan Keampunan serta Petunjuk oleh Allah S.W.T

Dipetik dari sini.

Saturday, December 25, 2010

Kisah Gadis Hantaran 20k

Kecoh satu Malaya kes Gadis Hantaran 20K di blog Dunia Sebelah Zara tentang seorang ibu yang meminta 20K untuk anak perempuannya (Fakta: lepasan SPM), lalu terjadilah peristiwa drama cinta yang mampu mengalahkan drama Adamaya apabila ibu perempuan mula menjadi antagonis ala-ala Bawang Putih Bawang Merah. Cerita yang baru DKDM terima ini mungkin lebih sopan sedikit, tiada kecoh-kecoh, kemungkinan besar happy ending. Jom layan.

Alkisahnya, si gadis berumur 24 tahun masih belajar, berada dalam kelompok keluarga “ado-ado” (baca: berada). Si jejaka sudah bekerja selepas tamat belajar, kini cuba meminang si gadis. Si gadis meminta habis belajar, tetapi si jejaka sangat “macho” (baca: setia) ingin melangsungkan perkahwinan segera.

Si ibu gadis menerjah meminta 20K. Si lelaki agak pusing, tetapi terima dengan rela hati. Berita disampaikan seperti dibawah:

Kahwin muda

Nama informer terpaksa dirahsiakan kerana beliau malu nak jadi famous.

Cadangan perbualan informer dan rakan yang ingin berkahwin:

Kasut: Hei Tumit, aku nak kahwin!

Tumit: Omaigosh, ko serius. kenapa tetibe pulak ni?? happynyer!!

Kasut: Ha’ah, si Lutut propose aku.. malu tau~

Tumit: Eh untungnye kau.. romantik gitu. Hantaran berape?

Kasut: 20K, giler tak? Feeling artis wei!

Tumit: MasyaAllah! tak kahwin ko wei, mane si lutut nak dapat duit??

Kasut: Tak surelah, mak aku yang letak, tapi ok lah kan si Lutut tu pun family ok gak, kerja pun elok, tapi happynye nak kahwin!

Tumit: Hm tu la, dengar ko tetibe nak kahwin, aku pun rase nak kawin jugak. Ahaks.

Sekadar cerita rakyat yang pendek. Banyaknya kisah perkahwinan masa kini. Persoalannya di sini, bukanlah hantaran 20K yang dirasakan menggunung tu, walaupun dalam hati, DKDM pun rasa takut nak berkahwin atas bebanan yang dirasakan berat.

Apa pun, cerita ini berbeza kerana si gadis dan si jejaka tetap rela dan dilihat tidak sangat menghadapi masalah. Setia? Cinta? Jikalau tiada masalah, mungkin perkara ini boleh dijalankan, mengikut kemampuan masing-masing.

Persoalan kedua, adakah hantaran tinggi melambangkan status? Mungkinkah ini terjadi dek kerana keluarga si gadis yang “ado-ado”? (baca: berada). Atau kerana si gadis yang berkelulusan tinggi?

Fenomena hantaran tinggi yang saban tahun meningkat mengikut kadar inflasi negara terus menjadi satu budaya masyarakat. Diingatkan, ini hanyalah cerita rakyat, DKDM hanya menjadi wadah, sekadar menyampaikan.

Nota Kaki: Kalau manusia, jawab soalan ini.

Perempuan: Kalau nak kahwin nanti nak hantaran berapa? Jujur.

Lelaki: Rasanya kalau pihak perempuan letak harga tinggi, kalau tak boleh tawar menawar, tinggal tak? ke cinta raga ku serahkan? LOL

Kepada yang dah rasa bunga-bunga nak kahwin lepas baca entri ni, kahwin lah cepat, dah bau-bau nasi minyak ni! ^^


Dipetik dari sini.

Tuesday, December 21, 2010

Jauhi Hutang Bila Nak Kahwin!

Tadi bersembang dengan beberapa rakan, betapa mahalnya untuk mengadakan satu majlis perkahwinan pada zaman sekarang. Purata 'belanja hangus' buat kenduri sahaja perlu ada kira-kira RM20 000. Itu paling kurang.

Jika lelaki, belum termasuk belanja duit hantaran yang diminta pihak perempuan dan persediaan pindah ke rumah baru. Congak-congak, keseluruhan majlis & urusan kahwin boleh mencecah sehingga RM40 000 (ada yang jauh lebih tinggi). Seorang kawan perempuan mencelah, "patutla, ramai lelaki tidak berani nak komit kahwin..." (Ini kena tanya orang lelaki).

Sedihnya, kesan dari belanja kahwin yang semakin meningkat menyebabkan ramai pasangan muda berkahwin dengan membuat pinjaman peribadi. Walaupun, tiada statistik rasmi, saya percaya, anda kenal seorang atau dua kawan-kawan yang pernah membuat pinjaman peribadi (atau anda sendiri) bagi urusan perkahwinan. Mari kita cuba fahami mengapa pasangan (terutama lelaki) perlu meminjam untuk berkahwin...

[*]Nilai hantaran yang diminta pihak perempuan tinggi antara RM10,000 ke RM30,000[/*]
[*]Kos membuat sekurang-kurangnya satu majlis kahwin tinggi antara RM7500 ke RM12500 (anggaran RM25 per pax)[/*]
[*]Urusan pindah rumah & deposit sewa semakin tinggi antara RM2000 ke RM6000[/*]

Katakanlah Mamat & Minat yang baru habis belajar di universiti mahu terus mengikat perkahwinan dan mereka mahu membuat majlis yang sederhana tetapi meriah. Minah yang baru Ijazah Kelas Pertama ingin membantu Mamat dengan hanya meletakkan hantaran bernilai RM5000 dengan membuat hanya satu majlis perkahwinan untuk mereka berdua. Dijangka 500 orang sanak saudara & kawan-kawan akan hadir. Kemudian, urusan pindah rumah dan membeli serba sedikit perabot mungkin sekitar RM2000. Bajet keseluruhan majlis dianggarkan RM19,500 (RM5000 + RM12500 + RM2000).

Saya dapat bayangkan si Mamat akan mula mencongak belanja kahwinnya RM19500. "Kat mana aku nak cari duit sebanyak itu? Aku pun belum kerja lagi...".

Selalunya, 2 perkara yang terlintas di benak si Mamat

[*]"Aku boleh kerja dulu dan simpan setiap bulan. Kalau gaji aku RM2000, tiap-tiap bulan, aku simpan separuh. Dalam tempoh 20 bulan atau lagi 2 tahun, boleh la aku kahwin" atau...[/*]
[*]"hish... aku dah sayang sangat pada si Minah, pinjam bank je la"[/*]

Keputusan ini sebenarnya, Mamat tidak perlu fikir seorang diri. Bincang dengan keluarga. Dan, berbincanglah dengan Minah. Kasih sayang dalam perkahwinan adalah kombinasi komunikasi, sakinah, mawardah dan warahmah. Mendapat keberkatan dalam sesebuah perkahwinan adalah jauh lebih penting dari mengadakan kenduri besar-besaran yang berlandaskan hutang.

Satu paradigma harus diubah di dalam masyarakat supaya tidak meletakkan 'piawaian saiz perkahwinan'. Besar kecil sesuatu majlis perkahwinan mestilah berdasarkan kemampuan. Jika bajet kecil, tidak perlu hidangkan nasi beriani, cukuplah sekadar hi-tea. Majlis perkahwinan adalah majlis resepsi untuk sanak saudara & kawan-kawan berkenalan mesra dengan temah hidup anda. Cadangan saya, anda dan pasangan boleh cuba untuk memikirkan kaedah kreatif yang tidak memerlukan banyak modal untuk satu majlis perkahinan.

Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...

[*]Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".[/*]
[*]hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan[/*]
[*]janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan[/*]
[*]muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan[/*]
[*]jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang[/*]
[*]belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.[/*]

Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak keputusan-keputusan penting dalam hidup.

Dipetik dari sini.

Thursday, December 9, 2010

Luahan Rasa : Terjadi Lagi

Merujuk pos di sini..

Pada hari Isnin, 15 November 2010 seusai aku menjawab kertas peperiksaan yang terakhir pada pukul 5.00 petang aku terus mengambil motosikalku untuk pulang bercuti. Tidak sabar rasanya untuk pulang selepas sekian lama aku berada di Kedah. Aku menunaikan solat asar di dalam perjalananku dan terus menunggang melalui Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke kampung halamanku. Lebih kurang pada pukul 9.30 malam aku tiba di Seremban dan aku akan bermalam di sini kerana sudah berjanji dengan seorang sahabat dari Institut Perguruan Raja Melewar juga sebagai sahabat dari sekolah rendahku untuk pulang bersama-sama.


Namun malangnya kerana beberapa faktor aku terpaksa juga pulang sendirian. Aku bergerak dari Seremban pada waktu tengah hari dan aku menghala ke Melaka untuk berjumpa saudaraku. Hari sudah petang, aku mengambil keputusan untuk pulang ke Segamat dan sekali lagi menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke kampung halamanku.

Tiba di susur keluar Tangkak, aku menyalakan lampu 'signal'. Waktu menunjukkan hari hampir senja dan selepas aku mengambil selekoh di situ tiba-tiba pandanganku menjadi gelap. Aku tidak tahu kenapa tetapi dalam kegelapan itu aku terdengar yang aku melanggar sesuatu. Aku terus tidak sedarkan diri dan ketika tidak sedarkan diri itu aku boleh nampak sesuatu yang sangat menggembirakan/menyenangkan hatiku.

Aku tidak sedar aku kemalangan pada waktu itu sehinggalah aku tersedar sebentar di tepi jalan itu. Aku bagaikan tidak percaya aku sedang terbaring di tepi jalan dan aku lihat ada beberapa orang di sekelilingku yang menolongku. Aku tidak berdaya untuk bangun dan akhirnya menutup mataku.

Bila aku sedar lagi, aku berada di hospital. Seluruh badanku sakit sehingga aku tidak berdaya untuk bangun. Aku lihat kulit siku di tangan kiriku terkoyak dan luka besar di tangan kananku. Aku di tahan di wad selama tiga hari. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius yang menimpaku..

Kini selepas beberapa bulan berlalu, aku ingat segala-galanya. Ya, jelas sekali. Adakah aku nampak seorang wanita ataupun bidadari di dalam tidak sedarku itu? Wallahualam. Apa yang aku ingat aku rasa gembira sekali sewaktu tidak sedarkan diri itu sehingga aku rasa tak mahu sedar lagi. Tiba-tiba cahaya putih datang, sangat terang. Waktu itulah aku membuka mata.....










Monday, November 8, 2010

Aku Dah Tunang












Assalamualaikum...

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Kalau meneliti hadis di atas, pasti akan kedengaran suara-suara berbisik di balik tiang,
" Benda baik, buat apa nak sembunyi? "
" Kan better kita hebahkan, baru laa orang lain tak 'masuk line' dah pasangan tu..."

Betul tak?


Hadis VS Pemikiran


Islam tidak pernah melarang umatnya berfikir. Sebaliknya lebih menggalakkan umatnya berfikiran secara terbuka. Setiap yang tertulis, pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui. Hanya kita sahaja terbatas pemikiran kita. Tapi masih ada hati untuk menyoal?

Kenapa Islam suruh merahsiakan pertunangan? Tunang itu, bukanlah satu tiket untuk sebarang komitmen apa-apa lagi. Sebetulnya, pertunangan itu hanyalah untuk sesi berkenalan bagi pasangan 'bakal' pengantin. Bukanlah HALAL lagi untuk pasangan itu melakukan sesuka hati mereka atas tiket " Kami sudah bertunang " !!

Cuba kita tengok akan keadaan orang bertunang, jika mereka hendak keluar membeli perkakas perkahwinan, si 'bakal' pengantin wanita masih perlulah diiringi penjaganya. Dalam suasana sebegitu, kan terjaga ikatan yang bakal diikatkan. Dalam pada masa yang sama, disitu juga terlihat berkenalan dengan 'penjaga' bakal pengantin perempuan itu. Married is not about 2 persons only! Ia melibatkan orang sekeliling sama, maka berkenalanlah dengan bakal pak mertua or bakal abang ipar sama!


Pertunangan Bagaikan Lesen Besar

Jika kita lihat zaman sekarang, jangan katakan sudah bertunang, dalam proses 'gelipren' dan 'boyapren' pun sudah diheboh-hebohkan. Tengok sajalah dalam friendster, dalam facebook, dalam blog dan dalam macam-macam lagi alam maya ini, dengan bangganya menayangkan gambar-gambar boyapren dan gelipren pada semua orang. Dengan perasaan bangga pulak tu!

Bayangkan, ambil gambar dengan gelipren berlaga pipi, lepas tu pamer dekat facebook. Bangga dia ada gelipren. Orang macam ini, mahu diklasifikasikan sebagai orang jenis apa? Melakukan dosa, dan BERBANGGA dengan dosa dilakukan dengan mempamerkan pada dunia! (Semoga Allah memberikan hidayah pada mereka)

Keluar dengan kawan-kawan, bawa bersama boyapren ikut skali. Siap kenalkan pada semua kawan-kawan dia. Yang segak bergaya dengan body katang-katang ni laa boyapren dia! Lepas tu, kawan-kawan pun mangkuk sekaki. Dah nampak maksiat depan mata, bukan nak cegah dengan perbuatan atau pertuturan. Siap boleh tak der rasa apa-apa. Selemah-lemah iman, membenci perbuatan maksiat itu dengan hati sambil berdoa kepada Allah. Itu untuk selemah-lemah iman. Habis tu, dah tak der rasa apa-apa, TAK DAK iman dah laa kawan-kawan dia tu?

Tu baru bercakap pasal boyapren dan gelipren!

Dulu aman masa tak der lesen motor lagi, bawa motor pi bandar ikut jalan dalam. Ikut kampung-kampung orang. masih takut-takut lagi nak masuk jalan besar. Bila dapat jaa lesen, kalau boleh nak saja pi cari polis-polis trafik atau JPJ. Nak lalu depan! Nak tunjuk aman dah ada lesen.....

Macam tu laa orang yang sudah bertunang pada zaman sekarang. Dulu masa title pakwe makwe , nak bawa anak dara orang takut-takut lagi. Tak berani nak pi amik kat rumah. Tunggu dekat hujung jalan kampung saja. Balik pun tak sampai laa lepas maghrib. Tapi, bila sudah bertunang ja, selumber badak ja pi rumah anak dara aka tunang dia tu. Cakap dekat bakal pak mertua nak bawa keluar anak dara dia sat. Alasan nak pi cari barang hantaran. Balik slumber jaa dekat pukul 12 malam baru balik.

Yang mak ngan ayah si perempuan tu pun satu, moden laa sangat.

Adakah betul tindakan itu?

" Jangan biarkan dosa semalam penyebab kemusnahan rumah tangga yang dibina"

Tak tau la aman nak cakap apa lagi. Kalau nak cakap hukum, rasanya ramai sudah tau. Tapi, pasai apa masih berlaku juga suasana macam ni dalam kehidupan sekeliling kita?

Tepuk dada, tanya iman.Opss...tadi kat atas tu kata TAK DAK IMAN, macam mana nak tanya? Jangan tanya aman, aman pun tak tahu nak jawab macam mana lagi~

Dipetik dari sini.

Wanita Ahli Syurga

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Surga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.

Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Surga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) Surga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?”
(QS. Muhammad : 15)


“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Surga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Surga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.”
(QS. Al Waqiah : 10-21)


Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (istri) dari bidadari-bidadari Surga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, di antaranya :

“Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.”
(QS. Al Waqiah : 22-23)

“Dan di dalam Surga-Surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.”
(QS. Ar Rahman : 56)

“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.”
(QS. Ar Rahman : 58)

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.”
(QS. Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Surga dalam sabda beliau :

“ … seandainya salah seorang wanita penduduk Surga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Surga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.”
(HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

Sesungguhnya istri-istri penduduk Surga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Istri-istri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.”
(Shahih Al Jami’ nomor 1557)

Apakah Ciri-Ciri Wanita Surga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk Surga? Bagaimana dengan istri-istri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?

Istri-istri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Surga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Surga. Pada hakikatnya wanita ahli Surga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.( rukun iman)

3. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu..( rukun islam)

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.


Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Surga dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Surga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.”
(QS. An Nisa’ : 13)

Wallahu A’lam Bis Shawab.

Dipetik dari sini

'Honeymoon' Sebelum Masanya

Segala puji hanya milik Allah, Tuhan sekalian alam. Maha Suci Allah yang menciptakan kami ummat manusia, yang punyai akal, punyai emosi juga nafsu.
Terima kasih Allah, dan ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah, sungguh kami makhluk yang mudah benar lupa dan alpa.
Lalai dalam melaksanakan amanah dan suruhan. Mudah pula membuat kerosakan dan melanggar suruhan-Mu. Astaghfirullahalazim...

Dewasa ini, bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Hampir setiap hari kita dijamukan dengan berita yang menyedihkan, kes buang bayi. Bunuh bayi. Campak bayi. Bakar bayi. Tanam bayi. 'Flush' bayi dan macam-macam hal lagi yang tidak terfikir dek akal.
'Hebatnya' akal ciptaan Allah namun mengapa manusia sering menyalahgunakannya?
Mana perikemanusiaan?
Mana rasa takut dan gentar kepada hukuman-hukuman Tuhan?
Mana perasaan belas?
Allahurabbi.
Mungkin bukan perkara baru. Buang bayi sudah lama sinonim dengan masyarakat kita.
Namun apa yang kian menyedihkan adalah kerana kebelakangan ini, masalah keruntuhan moral ini kian merebak dan menular ke dalam masyarakat kita, ibarat barah yang tidak mampu dikawal, menyelinap dan melibatkan pelbagai lapisan umur. Menakutkan.
Banyak kes buang bayi melibatkan remaja bawah umur. Apatah lagi mengandung anak luar nikah. Astaghfirullahalazim. Apa sudah jadi. Apa nak jadi?

Mana salahnya, mana silapnya?

Adakah kerana silap kita sebagai masyarakat yang tidak cakna dan bersikap tidak ambil peduli? Merujuk kes kanak-kanak yang didera sampai mati.
Bukankah ibunya bersekedudukan dengan kekasihnya ketika suaminya dipenjara? Apakah masyarakat terutama ibu bapa kepada wanita tersebut tidak pernah ambil kisah?
Bersikap tidak peduli dan lepas tangan? Itu baru satu contoh, sedangkan disekeliling kita, banyak lagi kes-kes yang lebih kurang serupa.
Apa peranan kita sebagai masyarakat dalam usaha membanteras gejala masalah sosial yang makin memburuk?

Remaja (kanak-kanak) berusia semuda 13 tahun juga buang anak!

Bayangkan, adik-adik kita di rumah, anak-anak kita yang berbaju kurung bertudung putih ke sekolah, sopan dan manis sekali, tapi hakikatnya mereka terdedah dengan pelbagai kemungkinan.
Jangan terlalu yakin bahawa anak-anak dan adik-adik kita itu kekal selamanya bebas dari anasir-anasir jahat?
Jangan terlalu berpuas hati dan percaya kepada mereka bulat-bulat.
Kadangkala, perasaan ingin tahu, curiga dan syak wasangka itu perlu. Luangkan masa, siasat dengan siapa anak kita berkawan.
Periksa beg sekolah anak-anak. Jika ada handphone tengok senarai nama dalam telefon anak-anak.
Periksa apa ada dalam hanphone anak-anak. Selidik ada apa dalam bilik anak-anak.
Itu tanggungjawab ibu dan bapa, sebagai usaha mencegah sebarang kemungkinan buruk yang mungkin terjadi.
Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, oleh itu, langkah pencegahan perlu dilakukan dan setiap dari kita harus sentiasa berhati-hati.
Mungkin hari ini kita bertudung labuh, tidak pernah bergaul dengan lelaki apatah lagi berzina.
Tapi tahukah anda? Bukan perkara mustahil, malahan di IPTA juga kita sering 'dikejutkan' dengan kes gadis bertudung labuh ditangkap berkhalwat dengan teman lelaki. Na'uuzubillah.
Bukan niat saya ingin memburuk-burukkan mereka yang bertudung labuh, atau berkopiah (baik budi pekerti).
Namun apa yang saya ingin tekankan adalah, kita manusia mudah terpedaya dengan pujukan dan hasutan syaitan dan nafsu jahat. Jangan mudah berpuas hati dengan amalan yang kita ada.
Jangan terlalu yakin dengan 'tahap keimanan' kita. Paras keimanan kita sentiasa berubah-ubah, ada naik dan turun.
Mungkin hari ini kita terpelihara oleh-Nya dari sebarang kemungkaran tapi esok lusa siapa tahu?
Mungkin juga kita menjadi hamba nafsu dan syaitan. Na'uuzubillah.
Oleh yang demikian. Teruskanlah dan kekalkanlah. Sentiasa berhati-hati dan menjaga diri. Jangan biarkan diri terdedah apatah lagi terjebak dalam gejala zina.
Perbuatan haram yang dilarang oleh Allah pastinya bersebab.
Namun begitu, kita manusia sering merasa 'lazat' ketika memilih yang haram.

Mengapa dan kenapa terjadi begitu?

Apakah kerana ketika melakukan kemungkaran syaitan ikut sama?
Bergembira dan bersorak sorai?
Jadi dengan itulah kenikmatannya berganda-ganda?
Bahagiakah hati jika menjadi hamba dan sahabat syaitan?
Bahagiakah jiwa yang dicipta oleh Sang Pencipta dengan kenikmatan yang sementara itu?
Jangan dekati zina. Ibarat menagih dadah, sekali terkena menjadi gian dan ketagih. Mahu lagi dan lagi, sampai bila?
Sedangkan mati bila-bila masa saja akan datang berkunjung. Layakkah kita mencium haruman syurga apatah lagi menjadi penghuni syurga jika kita mati dalam kemungkaran?
Cukup kuatkah kita untuk diseksa dan diazab di neraka? Na'uuzubillah.
Bersyukur jika kita tidak pernah terjebak dengan zina. Dan seandainya kita sudah atau telah terlibat, segerakanlah bertaubat. Jangan bertangguh. Mohon ampun dan kemaafan dari-Nya.
Ramai orang (merujuk kepada thread-thread yang dibuka di iluvislam.com) risau dan runsing memikirkan masa depan, siapa yang sudi mengambil diri sebagai isteri.
Bagaimana penerimaan orang akibat daripada keterlanjurannya.
Dan ramai yang lupa, hidup di dunia cuma sementara. Akhirat jua yang kekal abadi.
Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah? Bertaubatlah, mohon ampun dari Allah. Selebihnya, serahkan kepada Dia untuk tentukan jalan hidup kita.
Moga-moga ada sinar bahagia menanti di hadapan, tapi usah terlalu berharap.
Andai kebahagiaan selamanya tidak menjadi milik kita di dunia, berbaik sangka, mungkin Allah ingin terus menguji dan mungkin juga Allah sedang 'menyucikan' kita dari dosa-dosa silam.
Biarlah sengsara di dunia yang sementara, asalkan di negeri abadi kelak, syurga menjadi tempat kita mengutip bahagia.
Mari. Sebagai mereka yang cakna dan peduli tentang nasib ummah, masyarakat sekeliling kita.
Ayuh! Kita berganding bahu, membantu selagi termampu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keburukan dan kewajipan untuk menjauhi dan mencegah zina.
Jauhilah perbuatan 'honeymoon' sebelum tiba masanya.
Ketahuilah, persetubuhan antara lelaki dan wanita juga merupakan antara nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya.
Namun janganlah kita kotorinya dengan memilih untuk berzina. Bersabar dan pelihara diri dan kemaluan.
Tunggu masa yang betul untuk melunaskannya. Yakni selepas nikah.
Jangan mengambil mudah soal dosa dan pahala kerana akibatnya buruk, hanya Allah yang lebih tahu.
Jangan beri peluang kepada syaitan untuk menggoda dan menghasut kita melakukan kemungkaran.
Sesungguhnya syaitan itu benar-benar licik dan berpengalaman dalam menyesatkan umat manusia. Marilah kita saling mengingatkan.
Moga Allah melindungi kita dan seluruh muslimin dan muslimat. Ingat mati. Ingat mati. Ingat mati.
Dunia hanya sementara. Mati itu pasti. Akhirat itu kekal abadi.

Sumber: Iluvislam.com