Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Monday, February 18, 2013

Empat Malaikat Yang Mengunjungi Orang Sakit

Bismillahirahmannirahim,
“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sehat dan pada saat waktu senangnya.”

 Ujaran Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda : Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya. Allah memerintahkan :
 1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
 2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya
 3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.
 4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa. 

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lezat, dan cahaya di wajah sang hamba. Namun untuk malaikat ke 4 , Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya kepada hamba mukmin.

Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : "‘Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan ?” Allah menjawab : “ Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.” Dengan ini , maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “ Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

 Maha Suci Allah , bahwa setiap peristiwa ...selalu tersimpan hikmah dan kasih sayang Nya di dalamnya.

Wallahu al'lam bishawab, Dari : Oase Spiritual 2 Hikmah dalam Ujaran & Kisah (Disadur dari Kitab Klasik Al Mawa'izh al Ushfuriah)

Thursday, January 3, 2013

Hukum Inai Berukir di Tangan


Padah melukis inai di tangan dengan produk yang "no status"

Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah


INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:

“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.

wallahu’alam.

* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .

Monday, September 24, 2012

Luahan Rasa : Bina Insan Guru 2012

Bagi memenuhi keperluan subjek WAJ 3114, kami dikehendaki untuk melakukan Program Bina Insan Guru. Program Bina Insan Guru (BIG) pada semester ini adalah melakukan lawatan penanda aras dan kami telah menggabungkan Program Bina Insan Guru ini untuk dua semester iaitu semester lima dan semester enam. Maka kami seramai 19 orang pelajar daripada kelas major Bahasa Melayu kumpulan P6B Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah melakukan lawatan penanda aras selama dua hari di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur seperti di Universiti Malaya (UM), Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Sebelum melakukan lawatan, kami telah membuat pelbagai persiapan seperti pembahagian ahli jawatankuasa, membuat kertas kerja dan sebagainya. Kertas kerja kami juga beberapa kali ditolak dan ini sedikit sebanyak menyukarkan kerja kami. Namun semua itu dapat kami tempuhi dengan hati yang terbuka. 

Lawatan ini bermula pada 18 Julai 2012 dan berakhir pada 19 Julai 2012. Kami dikehendaki berkumpul pada pukul 7.00 pagi di IPG dan bertolak lebih kurang pukul 8.00 pagi. Kami tiba di Universiti Malaya (UM) lebih kurang pukul 2.00 petang dan kami telah mengadakan sesi kolaborasi antara pihak kami dan pihak Akademi Pengajian Melayu UM. Seterusnya kami mengadakan lawatan di sekitar Akademi Pengajian Melayu di UM. 

Setelah tamat lawatan di UM, kami menghala ke IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai untuk urusan penginapan yang terletak tidak jauh dari UM. Kami menunaikan solat zohor dan asar secara jama di sini. Selesai sahaja urusan penginapan, kami berehat untuk aktiviti seterusnya pada hari esok. 

Pada keesokan hari, kami telah mengadakan bengkel kolaborasi bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPG KBM. Banyak info yang kami dapat di sini terutamanya tentang kursus pangajian kami iaitu Bahasa Melayu. Kami telah dihidangkan sedikit jamuan ringan sebelum bertolak ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Kami tiba di DBP lebih kurang waktu tengah hari. Kami tidak dapat membuat lawatan di sini namun kami diberi peluang untuk melawat ke Koperasi DBP dan kami juga diberikan harga diskaun untuk setiap pembelian buku di sini. Kami bertolak pulang ke IPG pada waktu petang dan selamat tiba pada waktu malam.










Sunnah Selepas Ijab Qabul


Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. 

Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...

Luahan Rasa : Praktikum II

Alhamdulillah, sudah dua bulan rupanya ana berpraktikum di Sek Keb Binjul, Kuala Ketil. Sepanjang berada di sekolah ini, ana telah diberi amanah untuk mengajar sebanyak dua kelas daripada darjah 5 yang seramai 5 2orang pelajar. Pelbagai ragam dan karenah yang ana lihat, tetap ada perbezaannya daripada sekolah yang sebelum ini ana pergi. Di penghujung waktu ana berada di sini, sempat ana berjalan di sekeliling kampung. Beramah mesra bersama penduduk di sini.








Luahan Rasa : Selamat Hari Raya Eidulfitri 2012/1433

 Dah habis raya baru nak update... :)

Bersama mak tersayang..


Mak dan ayah tercinta



Tuesday, September 18, 2012

Benarkah Perkahwinan Itu Separuh Daripada Agama

Setiap muslim perlu memiliki disiplin apabila menerima ilmu agama, yakni dengan memastikan dalil-dalil yang diterima memiliki rujukannya, lagi sahih darjatnya. Jangan sekadar menerima sesuatu ayat al-Qur’an melainkan diketahui nama surah dan nombor ayat, supaya kelak boleh merujuk kembali kepada ayat tersebut. Jangan sekadar menerima sesuatu hadis Rasulullah melainkan diketahui siapakah imam hadis yang meriwayatkannya dan apakah darjat hadis tersebut.




Merujuk kepada hadis perkahwinan ialah separuh agama, maka lafaznya adalah seperti berikut. Rasulullah bersabda: Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1916-B.

Maksud menyempurnakan separuh agamanya ialah bagi menerangkan keutamaan tuntutan perkahwinan dalam Islam. Sebegitu utama sehingga ia dapat menyempurnakan separuh dari agama seseorang.

Selain itu, ia juga bermaksud perkahwinan ialah jalan untuk masing-masing pasangan berkhidmat dan berbuat baik kepada satu sama lain sehingga ia menjadi ibadah yang menjana banyak pahala. Apabila suami keluar bekerja keras mencari nafkah untuk keluarga, maka ia adalah ibadah baginya. Apabila isteri sibuk mengurusi suami, anak-anak dan rumah, ia menjadi ibadah baginya. Apabila suami memberi didikan agama kepada keluarga, ia menjadi ibadah baginya. Apabila isteri menasihati suami dalam urusan agama, ia menjadi ibadah baginya. Oleh itu kehidupan dialam perkahwinan sangat banyak membuka jalan bagi suami dan isteri beribadahsehingga ia seolah-olah menyempurnakan separuh dari agama mereka.

Dalam hadis ini juga terdapat petunjuk bahawa perkahwinan bukan sekadar suka-suka sehingga ia dilakukan tanpa ilmu, pengorbanan dan niat yang betul. Seandainya perkahwinan itu dibiarkan begitu sahaja sehingga masing-masing suami dan isteri mengabaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing, ia tidak lagi menjadi separuh dari agama. Bahkan ia menjadi separuh dari sebab yang mendekatkan mereka ke arah neraka.

Dipetik daripada sini.