Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Tuesday, October 26, 2010

Aku Seorang Tabligh

Orang Tabligh,
Entah siapa yang bagi nama,
Sedangkan kita semuakan sama,
Umat Nabi SAW semuanya,
Kerja dakwahkan tanggungjawab bersama,
Nabi dah tiada, kalau kita tak buat, siapa pula,
Takkan kerja ustaz dan ulama sahaja,
Yang kita ni, tak kan nak goyang kaki saja-saja?


Orang Tabligh,
Lari!! Lari!! Orang Tabligh datang,
Yang tadi ramai,sekelip mata saja dah hilang,
Yang tadi segar-bugar dah tidur terlentang,
Yang sakit kaki pun boleh terjun tingkap lari lintang-pukang,
Heh, betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya kerja senang.


Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti tak pulang,
Yang baru dapat gaji pun kata tak ada duit, nak bayar hutang,
Yang tadi sihat pun tiba-tiba migrain pula datang,
Yang menganggur pun buat-buat sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni setakat cakap saja memang la senang,
Cuba buat, memang nak kena sabar, nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, berbondong-bondong orang datang.


Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpa semua orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai la ke kutu,
Semua nak ditemu,
Nak diajak kepada Allah yang satu.


Orang Tabligh,
Jalan bawa periuk belanga,
Dipandang orang stakat sebelah mata,
Dituduh jahil, tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kadang-kadang pedih juge telinga,
Nabi dulu-dulu pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yang banyak salah, yang banyak dosa,
Tak apa-tak apa, Allah kan ada,
Yang Maha Mengetahui, yang mana intan, yang mana kaca.


Orang Tabligh,
Kadang-kadang buat silap, adat la manusia,
Memangg tengah nak belajar tiru-tiru sahabat(r.a.) yang dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser. Sorry, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang ambil masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.


Orang Tabligh,
Ada kat mana-mana,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, pelbagai perangai,
Tapi boleh makan dalam dulang yang sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah, isk3... Keluar pula air mata.


Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, memang ada banyak lagi,
Kadang-kadang tu kena juga perli,
"Kita sekarang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah-sunnah ni!"
Jangan la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, siapa yang rugi?
Bukan ke diri sendiri?


Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan family,
Kalau nak ikutkan hati, memang nak duduk rumah, bergurau dengan isteri,
Or ajak anak main lari-lari,
Or layan PS2 sampai ke pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela. Hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi (persiapan), bila lagi?


Orang Tabligh,
Malam-malam doa hidayat,
Fikir risau,macam mana nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat esok semua selamat,
Orang sekarang ingat hidayat boleh senang-senang dapat,
Tak perlu susah-susah, tak perlu keringat,
Dan tak mau pula jumpa masyarakat,
Just busy buat ibadat,
Kalau camtu takde la kita ni "The Best Ummat".


Orang Tabligh,
"Apa pasal la ulama India yang jadi ikutan??"
Mmmm... kan Nabi dulu dah pesan,
Siapa saja yang bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Semua kena bagi sokongan,
Yang Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jangan bimbang still sendiri punya pegangan,
So tak jadi masalah kan?


Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yang dah kawin tak nak berenggang dengan isteri,
Yang si isteri mati-mati tak nak suami dia pergi,
Berderai-derai air mata keluar macam air pili,
"Kalau abang nak pergi juga, hantar saya balik kampung esok pagi!!"
Heh, orang lelaki memang lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg, tak jadi pergi,
Yang tadi josh (bersemangat) tak ingat pon, jadi lemah seluruh sendi,
Kes-kes macam ni memang banyak terjadi,
Boleh tengok dengan mata kepala sendiri,
Tapi kalau bab dunia (contoh: kursus naik pangkat),
"No problem punyo!!!. Anytime kami ready!!!"
Si isteri lambai pemergian suami dengan wajah berseri-seri,
Hey, of course la, nanti husband I dapat naik gaji,
Wife mana la yang tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak payah diajak pun semua pakat-pakat reti,
Bab akhirat, masing-masing buat tak kisah, tak amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!


Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak macam dah terer,
Tak juga nak kafirkan siapa-siapa,
Atau sibuk-sibuk pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yang sempurna,
Dengan korbankan sendiri punya diri, duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha, masukkan kita dalam syurgaNya,
Itu saja...


Orang tabligh,
Seluruh dunia... Naik kapal terbang,
Pakai selipar jepun sahaja,
Ikhlas, no sponsor, no subsidy,
Passport penuh cop many countries,
Ada yang kerja tukang kebun sahaja,
Nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru,
Sama seperti balik dari fardhu haji,
Sayangkan bini tinggal-tinggalkan,
Sayangkan anak, rotan digantungkan. Sunnah nabi,
Bukan untuk mendera, speed limit sahaja,
Kenapa sibuk dakwah orang, keluarga, anak isteri belum betul lagi,
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mahu ikut. Kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadinya,
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mahu ikut,
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi, tak sampailah Islam ke Malaysia ni...

Dipetik dari sini.

1 comment:

  1. so adakah anda sudah menjadi golongan yang menyampaikan... golongan tabligh tak semestinya di cap pada mereka yang lakukan keluar 3 hari dan sebagainya... kita juga sebagai orang yang sedar mestilah mnyampaikan apa yang hak dan menasihati antra satu sama lain... janganlah duk melalaikan orang lain sampai 2-3 pagi... fikir-fikirkanlah... nak ikutkan orang yang kecewa dengan diri kita banyak... so pandai-pandailah jaga diri... mardhotillah...

    ReplyDelete