Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Thursday, July 12, 2012

Nama-nama Yang Sering Diganggu Oleh Jin

Biasanya dalam pemberian nama anak kita tak sedar yang nama-nama yang diberikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh jin! Petikan ceramah ustaz Sharhan.

Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti:-

1. Balqis
2. Kistina/Qistina
3. Najwa
4. Zakuan
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda




Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.

Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam

P/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.

(UPDATE)

Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawab




Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.

Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..

Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallhua’lam


Dipetik daripada sini.

Tuesday, July 10, 2012

Sajak : Seorang Guru Muda

Oleh: Azinuddin Muhammad bin Zainudin


Mampirnya guru muda itu
Di laman sekolah penuh indah
Bermandi keringat
Menunggang motosikal
Dengan semangat dan tujuan
Mendidik bangsa semoga berguna
Tanpa niat untuk dipuja
Apa lagi didewa-dewa


Tugas sukar bukan penghalang
Sifat dedikasi seorang guru
Terkadang terbakar diri
Demi anak didiknya
Menjadi seorang abang
Menjadi seorang bapa
Menjadi seorang tukang kebun
Menjadi seorang tukang sapu
Tugas guru penuh kemuliaan
Akan tetap dihulurkan ilmu kehidupan
Bertasbih keikhlasan
Berantaikan semangat
Dengan tujuan yang satu
Semoga segera bangkit
Anak yang terlelap di hadapanku


Terkadang hati tersenyum sendiri
Melihat telatah dan karenah
Seakan cerminan diri
Di alam persekolahan
Baru kini kusedari guruku
Kerana aku kini seorang guru,
Seorang guru muda……


Sajak sempena Praktikum Pertama Sem 5/2012

Monday, July 9, 2012

Kriteria Penulisan Cerpen

sumber: Faisal Tehrani, Karya Nan Indah untuk Semua. Ameen Publication. (2008)

Kriteria Cerpen yang perlu diketahui

1. Cerpen adalah sependek 500 sehingga 20 ribu patah perkataan. Amalan di negara ini kebanyakkan majalah dan akhbar hanya menyiarkan karya sepanjang 2000 hingga 2500 patah perkataan.

2. Cerpen memerlukan satu tema atau persoalan tunggal.

3. Cerpen hanya memiliki satu plot (plot utama) dan tidak bercabang (tidak memiliki sub plot).

4. Dalam cerpen, jumlah watak adalah terhad. Jumlah yang ideal adalah dua watak sahaja. Tiga watak sudah dikira banyak.

5. Latar masa dalam cerpen adalah singkat sementara latar tempatnya selalu tunggal atau terhad.

6. Cerpen selalunya hanya akan meninggalkan satu kesan emosi.

Anda mesti mengetahui, jika watak yang diketengahkan terlalu ramai menyebabkan plot juga bercabang. Cerpen yang terhad muatannya tidak mampu menampung semua itu. Jadi karya tersebut lebih sesuai dijadikan novel berbanding cerpen.

Dipetik daripada sini.

Sajak : Di Kaki Bukit Itu

Oleh: Azinuddin Muhammad Bin Zainudin

Sayup pagi mengutus warkah
Dari langit dan awan yang bermunajat
Bersama mentari yang pasrah
Menyeberang ufuk dari timur ke barat
Memancarkan cahaya dari celahan daunan
Menyilaukan titisan embun yang menitis
Angin dingin yang kadang bertiup
Membuyar kedinginan ke segenap tubuh


Tubuh kedinginan menanti detik
Tangan diangkat memohon rahmat
Moga selamat tiada petaka


Bukit di daki cermat meninggi
Suara jeritan beburung di angkasa
Membuatkan sukma terasa rindu
Mengutuhkan sayang
Menyirnakan resah
Ikatan persahabatan bersemi ukhuwah
Bertitiskan keinsafan dalam bejana kesyukuran


Indahnya lukisan alam
Hamba-Mu, menekur kesetiaan
Mengharumkan rasa ketakwaan
Menyusuri denai keredhaan.


Sajak sempena pendakian ke Bukit Semarak 2010