Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Saturday, February 26, 2011

Luahan Rasa : Laporan Bina Insan Guru Semester 3


Laporan Bina Insan Guru (BIG)
Asrama Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak-anak Yatim Miskin,
Kg Che Bema, Sungai Layar,
08000 Sungai petani,
Kedah Darul Aman.

Program BIG pada semester ini adalah melakukan program khidmat masyarakat. Maka kami dari major Bahasa Melayu kumpulan P3B Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah memilih Rumah Anak Yatim Kg Che Bema sebagai tempat sasaran. Rumah anak yatim ini mempunyai seramai 23 orang pelajar dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.

Kami diminta berkumpul di tempat menunggu bas seawal pukul 7.00 pagi. Namun malangnya saya telah terlewat bangun pada hari tersebut. Jadi saya meminta kawan-kawan yang lain pergi dahulu dan saya meminta bantuan rakan serumah saya untuk menyusul mereka. Dengan masa lebih kurang 15 minit dengan menaiki kereta, jadi saya mengatakan rumah anak yatim ini tidak terlalu jauh dari institut saya.

Program di rumah anak yatim bermula pada pukul 8 pagi dan saya tiba di rumah anak yatim hampir pukul 8.00 pagi. Alhamdulillah saya tidak terlewat tiba di rumah anak yatim ini. Aktiviti pertama yang kami jalankan di rumah anak yatim ini ialah bergotong-royong. Kami bersama pelajar di rumah anak yatim ini telah bergotong royong seawal pukul 8 sehingga pukul 11 pagi. Ada di antara kami yang menolong membina ampaian, membasuh bilik air, memotong rumput, mengutip sampah dan banyak lagi yang kami lakukan bersama pelajar di rumah anak yatim ini. Namun saya agak sedih kerana tidak banyak membantu mereka kerana masih belum sembuh dari kecederaan akibat kemalangan sepenuhnya. Saya sangat sedih dan terkilan, jadi saya hanya membantu sekadar yang termampu.


Setelah selesai bergotong-royong kami dan para pelajar berehat sambil menonton video. Lebih kurang pada pukul 12.30 tengah hari, kami mengadakan sambutan hari jadi untuk semua pelajar di sini dan seterusnya mkan tengah hari bersama pensyarah, pelajar anak yatim, dan pekerja di rumah anak yatim ini. Kami solat zohor secara berjemaah di surau yang terdapat di rumah anak yatim ini.

Untuk program seterusnya ialah slot motivasi. Slot ini telah diuruskan oleh beberapa orang sahabat dari kelas saya. Motivasi ini lebih menjurus kepada rasa tanggungjawab kepada ibu kita. Dua orang sahabat dari kelas ami juga telah mendeklamasikan sebuah sajak yang begitu menyentuh jiwa sehingga ada di antara pelajar anak yatim ini menitiskan air mata.



Lebih kurang pada pukul 3.30 petang, kami bermain pula sukaneka. Ada empat permainan yang kami sediakan untuk mereka. Permainan tersebut ialah isi air dalam botol, makan buah epal, memasukkan kapal terbang dalam bakul, dan menyambut belon dari pecah. Saya dan semua rakan saya sangat bersemangat melihat ragam mereka bermain. Ada yang terjatuh dan paling saya tidak lupa ialah reaksi mereka bila mengisi air menggunakan air garam yang sangat masin.

Dan pada pukul 4.30 petang ialah majlis penyampaian hadiah kepada semua anak yatim dan sumbangan beberapa barang makanan dan alatan elektrik yang kami dapat hasil sumbangan beberapa orang pensyarah dan orang luar. Kami tiba di institut lebih kurang pada pukul 6.30 petang.


No comments:

Post a Comment