Santapan Rohani

Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Hanyasanya perkara-perkara yang membinasakan ialah sifat kikir yang dituruti, hawa nafsu yang dilayani dan orang yang menganggap dirinya baik. (HR Bazzar, Baihaqi, Targhib)

Random Hadith Widget

Tuesday, March 1, 2011

Hadis Makan Dengan Tiga Jari


Soalan:

Minta jasa baik ustaz untuk takhrij hadis di bwh:

Makanlah dengan tiga jari (adakah adab ini juga terpakai dalam memakan nasi?)

Jawapan:

Hadith tentang Nabi S.A.W. makan dengan 3 jari diriwayatkan antaranya oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan al-Darimi.

‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان ‏ ‏يأكل بثلاث أصابع فإذا فرغ لعقها

Maksudnya: “(Ka’ab menceritakan) bahawasanya Rasulullah S.A.W. makan dengan 3 jari, dan apabila selesai baginda menjilatnya.” (HR Muslim)

Di dalam Tuhfah al-Ahwazi ketika mensyarahkan hadith Baginda S.A.W. makan dengan 3 jari, dinyatakan:

‏وكان صلى الله عليه وسلم يأكل بأصابعه الثلاث بالإبهام والتي تليها والوسطى

Nabi S.A.W. makan dengan tiga jari baginda iaitulah jari ibu, jari telunjuk dan jari hantu.


Persoalan: Adakah adab ini dipakai ketika memakan nasi?

Jawapan bagi persoalan ini terdapat di dalam ‘Aud al-Ma’bud iaitu Syarah bagi Sunan Abi Daud, iaitulah:

“Adalah (Nabi S.A.W.) makan dengan 3 jari.” Pada teks hadith ini menunjukkan sunnahnya, makan dengan 3 jari, dan jangan memasukkan jari yang keempat dan kelima melainkan kerana keperluan seperti terdapat kuah/gulai/sup yang tidak memungkinkan dengan 3 jari. Al-Imam al-Nawawi berkata: “Berkata al-Hafidz: Diambil daripada hadith Ka’ab bin Malik, bahawasanya sunnah makan dengan 3 jari, jika guna lebih dari 3 jari ianya adalah harus.

Sa’id ibn Mansur mengeluarkan dari Mursal Ibn Syihab: “Bahawasanya Nabi S.A.W. apabila makan, baginda makan dengan 5 jari, maka digabungkan hadith ini dengan hadith Ka’ab (menunjukkan, Baginda makan dengan 3/5 jari itu) dalam keadaan yang berbeza.

Dipetik dari sini.

No comments:

Post a Comment