Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Wednesday, May 27, 2009

Rahsia Di Dalam Ais

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

(dipetik drpd Tranungkite Online)

Tuesday, May 26, 2009

Tolong Beritahu Si Dia

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

Rahsia Yang Perlu Dijaga (Wanita)

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,

dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Mentaati Ibu Bapa

BERBAKTI dan berbuat baik kepada ibu bapa satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya.

Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.


"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."

Melalui nas terbabit jelas sekali kepada kita, berbakti kepada orang tua bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main dan boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang mesti dilakukan.

Bahkan berbakti dan berbuat baik kepada mereka tergolong dalam amalan yang sangat disukai Allah. Ini sebagaimana hadis diriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah, katanya:

"Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."

Hadis berkenaan menunjukkan besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa amalan terbaik yang patut didahulukan daripada perkara lain, termasuk berjihad.

Menurut al-Qurthubi, termasuk berbakti dan berbuat baik kepada orang tua ialah tidak mencacinya dan menderhaka kepada mereka.

Jika ibu bapa atau seorang daripada mereka menyuruh si anak, wajib anak mentaatinya apabila perintah itu bukan membabitkan perkara yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah.

Kita mempunyai ibu bapa dan kita sepatutnya bersyukur kepada mereka. Dengan adanya mereka, kita lahir ke dunia dan dapat mengenal segala isinya, malah dengan jasa mereka kita mendapat kenikmatan berlimpah ruah.

"Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu, hanya kepada-Ku kamu kembali." (Luqman:14)

Bagaimana bersyukur? Antaranya, kita memikul tanggungjawab terhadap mereka, dengan mengambil berat kebajikan mereka setiap waktu, memberikan bantuan serta menjaga dan mengambil tahu makan pakai mereka.

Sebagai anak, kita juga perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa dan memastikan sentiasa akrab walaupun apabila sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri.

Perbuatan derhaka dilarang sama sekali. Mereka yang menderhaka berdosa besar. Dalam satu hadis menerangkan derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)

Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang kuat beribadat, tetapi apabila di saat kematiannya dia tidak dapat mengucap syahadah kerana perbuatannya menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cinta kepada isterinya.

Melihat keadaannya yang nazak, Nabi mengancam untuk membakarnya, tetapi apabila ibunya datang dan memaafkannya, azab yang menimpa Alqamah berakhir.

Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.

Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)


Sumber: Harian Metro

Asiah, Simbol Teladan Wanita Beriman

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita , mereka itu ialah Asiah Binti Muzahim (isteri firaun) , Maryam binti imran ( bonda isa) , Khadijah binti Khuwalid ( isteri rasuluallah) dan Fatimah Binti Mohamad ( puteri kesayangan rasuluallah )

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimananya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

"Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak."

Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun yang dilaknat...

Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah diabadikan di dalam Al-Quran Al-Karim. Firman Allah SWT :

"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang² yang beriman, ketika ia berkata : "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim." (At-Tahrim : 11)

Begitulah keteguhan iman seorang srikandi Ummah. Namanya terus terpahat di dalam sirah, sebagai qudwah hasanah kepada kita sebagai umat-Nya. Keberaniannya menjaga aqidahnya seharusnya dicontohi oleh kita semua, khususnya kepada kaum wanita dan umumnya buat kita semua...

Semoga kita dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah, mujahidah sejati...amin...

Ratu Syahadah

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…


Luahan Rasa : Kejayaan PPISMP Sem 1-3

Alhamdulillah, habis juga exam untuk sem 2 ni. Tak sangka sekejap je rasa dari sem 1 sampai dah habis sem 2 ni. Hmm, nak cite apa ek..?

Oh ye, ana nak cerita kejayaan ana sepanjang berada di IPSAH ni la, bermula dari sem 1 sampai sekarang.

Apa ye yang mula-mula sekali? Hmm, sem 1 dulu tiadalah banyak sangat. Tapi yang tak boleh lupa bila ana dapat anugerah bilik tercantik masa jamuan hari raya tahun lepas. Siapa sangka kan? Baru berapa bulan kat sini dah boleh dapat johan. Memang rezeki ana dan roommate ana. Tapi masa ambil hadiah tu, roommate ana takde kat sini. Dia pergi wakil IP ke pertandingan bahas di IP Tengku Ampuan Afzan. Alhamdulillah, hadiah tu ana habiskan ramai-ramai dengan rakan2-rakan sekelas ana.

Sahabat selaku roommate tercinta. haha..

tiadalah cantik mana sebenarnya. kemas je.. he3..

Lepas tu ana dan 4 orang lagi dari rakan sekelas ana masuk pertandingan di Lata Lembu Emas (nama tempat kat sini). Pertandingan ni memerlukan ketahanan fizikal yang cukup kuat sebab kena merentas desa di laluan gunung dan hutan. Kalau dah gunung dan hutan, faham-faham jelah. Ada beberapa kategori untuk pertandingan ni iaitu Swasta, Terbuka dan IPT. Kumpulan ana masuk kategori IPT. Ramai jugalah yang masuk pertandingan ni. Kami semua kena habiskan secara berkumpulan sejauh 12km. Wah, habis je memang legalah. tempat ke berapa? Tak ingatlah..

Kejayaan seterusnya... Jeng3....
Yang tak disangka-sangka ana boleh masuk pertandingan boling tertutup IPSAH. Kategori mengikut kelas dan setiap kelas diwakili 4 orang pelajar. Dapat no berapa ek? hmm, tak silap ana no 16.

Saguhati pertandingan melukis. Macam mana boleh terjadi ni? Ni pun tak sangka juga sebab ana masuk lagi 1/2 jam nak habis waktu.

Tempat ke-3 menulis cerpen anjuran Badan Dakwah dan Surau IPSAH. Cerpen tu ada dalam ni, kenalah cari sendiri. Hehe... Hadiah berupa sebuah buku yang amat berguna untuk ana. Rahsialah ekh...
Rasanya untuk sem 1 yang tu jelah yang ana dapat. Alhamdulillah..


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Untuk sem 2 pula kejayaan pertama yang ana dapat mestilah masa hari merentas desa. Bukanlah dapat johan tapi tempat ke-6 je.

Seterusnya untuk Minggu Kesenian Islam (MKI), dari beberapa acara yang dipertandingkan iaitu tilawah, hafazan, nasyid, tulisan khat dan syarahan agama ana cuma masuk dua pertandingan je. Pertandingan tulisan khat dan nasyid. Alhamdulillah, untuk tulisan khat ana dapat tempat ke-3. Yang no 1 & 2 tu mestilah lagi cantik kan. Untuk nasyid pula, hanya tinggal kenangan yang tak dapat ana lupakan. Biarlah rahsia. hehe..

Lepas je siap hasil khat ana

Bersama hadiah kejayaan

Tempat pertama (atas), kedua (bawah kanan) dan ketiga (ana punyalah)

Antara hasil khat yang menyertai pertandingan

Persembahan nasyid

Penyanyi solo ke? hehe... Kenangan yang takkan dilupa..

Hmm, apa lagi ye? Oh ye, lagi satu baru-baru ni ada sukaneka sempena hari guru. Banyak gak acara-acara yang dipertandingkan. Tapi ana masuk tiga acara je iaitu acara boling kelapa, lari dalam guni dan tarik upih (guni sebenarnya). Ni pun alhamdulillah, dapat dua hadiah. Untuk boling kelapa dapat no 2 dan tarik guni no 1. Untuk lari dalam guni mungkin tiada rezeki. Yang seronoknya dapat lawan ngan pensyarah-pensyarah ana.

Rasanya tu jelah pencapaian ana untuk 2 sem ni. Alhamdulillah...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Untuk sem 3 pertandingan pertama yg ana masuk ialah pert road relay. Pert ni diadakn untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar senior dgn junior. Untuk pert ni ana dapat johan. Dapat juga johan untuk sukan setelah sekian lama belajar di sini. he~

Pada 14 September pula ana masuk Pertandingan Reka Cipta Kad Ucapan Menggunakan Perisian Grafik Komputer. Tapi setakat masuk jelah. Dapat saguhati je tapi tetap bersyukur.


Seterusnya pada 22 Oktober 2009, Jamuan Kolej Kediaman peringkat IPGM ana telah diadakan. Banyak aktiviti dan pertandingan yang diadakan. Jadi untuk Pertandingan Bilik Tercantik, ana sekali lagi mendapat tempat pertama untuk 2 tahun berturut-turut. Alhamdulillah, rezeki yang tuhan beri.




Pada 24 Oktober pula ana telah menyertai Karnival Sukan Rekreasi Edisi Pertama di IPGM Kampus Perlis. Banyak aktiviti yang diadakan untuk karnival ini seperti kayak, abseiling, flying fox , orienteering dan banyak lagi.
Dan untuk orienteering telah diadakan pertandingan untuk kategori terbuka dan tertutup. Ana telah masuk pertandingan ini secara tidak sengaja apabila seorang sahabat dari IPGM Kampus Darul Aman mencari pengganti pasangannya yang sakit. Jadi ana telah berpasangan dengan sahabat dari IPGM Kampus Darul Aman ini dengan nama kumpulan kami 'Mix IPG' kerana hanya kami yang berpasangan dari dua IPGM yang berlainan.
Alhamdulillah, dengan tidak disangka-sangka kami mendapat johan bagi Kategori Terbuka yang disertai dari IPGM Kampus Darul Aman, Kampus Sultan Abdul Halim, Universiti Malaysia Perlis UniMap dan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua JPP Inst Perguruan Perlis

Partner ana dari IPGM KDA



Dan yang akhir sekali untuk sem 3 ialah kejayaan Kembara Lata Lembu Emas XI di Sik, Kedah pada 31 Oktober 2009. Seperti yang ana pernah ceritakan sebelum ni, kembara di sini memerlukan ketahanan mental dan fizikal kerana jalannya yang berliku dan pelbagai halangan ketika berada di dalam hutan. Alhamdulillah, untuk tahun ni ana dapat tempat ke-3 kategori IPTA/IPTS/KOLEJ Lelaki bersama rakan sepasukan, Adli, Hasan, dan Izzat.




Yang ana coretkan di sini bukan untuk berbangga tetapi untuk kenangan ana di masa akan datang, insyaallah...

Sunday, May 24, 2009

Kata-kata Hikmah

Ya Allah, pejamkan mata saudaraku agar lena dalam jagaanMu, degupkan jantungnya agar suaranya dalam pangkuanMu, tartilkan zikirnya agar bicaranya dalam as-SamadMu, gegarkan ikhtiarnya agar jawarihnya dalam QadarMu serta hanguskan hatinya agar hangat dalam cintaMu.


Kadang-kadang Allah jarakkan hubungan kita, kemudian Dia datangkan pula dugaan. Puas kita mencari di mana teman kesayangan kita, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita rindu yang berpanjangan.


One stone is enough to break a glass. One sentence is enough to break a heart. One second is enough to fall in love and one friendis enough to make me smile.


Ya Allah, Kau hadiahkanlah cinta dan kasih sayangMu demi memelihara kesejahteraan dan kebaikan insan ini keranaku tahu hanya-Mu ya Allah yang mampu menjaga dirinya labih baik dariku.


Jauh adalah ruang yang memisah. Jauh membuatkan dua jiwa terpisah. Jauh menjadikan hati resah. Jauh melahirkan rindu yang tak sudah. Namun kerana jauh, persahabatan kita bertambah indah.


Life’s like a novel. Many chapters read and forgotten. But there’s one I won’t forget, it’s the chapter when we met and become friends.


Sesungguhnya bagi mereka yang hidup untuk perjuangan, usianya amat panjang. Sepanjang perjuangan itu sendiri, bermula dari hari diciptakan Adam dan berakhir tatkala Dia memusnahkan alam.


Kebahagiaan itu datang tanpa sedar, hilang tanpa dipinta. Tapi kita akan bahagia dengan apa yang kita ada. Carilah bahagia dengan hati, bukan dengan mata kerana hati penuh seribu perasaan berbeza.


Salam saudaraku, tadi saya bertemu ‘tawadhu’, ‘sabar’, dan ‘ikhlas’. Mereka bertiga perlukan tempat tinggal. Maaf, tanpa izin saya berikan alamat hati awak. Semoga mereka sentiasa bersamamu sahabatku.


Apabila kau ingin berteman janganlah kerena kelebihanya, kerana mungkin dengan satu kelemahan kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerena kebaikannya kerana dengan satu keburukan kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia bantu kau mungkin akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan mungkin kau akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia juga insan biasa.


Even we lost contact, or even we have no time to meet, or even we less sms, or even you are too busy, or even you forget me, but I will always remember u!


Di kejauhan jarak yang memisahkan, hati terasa ingin menyapa, “apa khabar imanmu wahai sahabatku” peliharalah nyalaan imanmu dengan tahajud, zikir, tilawatul quran dan istigfar. Moga cintaNya memberi dikau kekuatan untuk menongkah arus jahiliah.


Friendship doesn’t occur with special people, but people special after being friend. I don’t know what iam to you, but you are always special to me.


Sahabatku dikasihi, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau, kerana engkau dibina dengan tarbiah, dihiasi keindahan akhlak,dilahirkan sebagai pendukung agama. Biar siapa sahaja engkau, biar apa sahaja orang kata, teruslah menguatkan langkah menyusuri jalan ini. Aku yakin kerana engkau sahabatku.


Biarpun jarak memisahkan. Biarpun tiada perkataan yang dinyatakan. Biarpun tiada khabar yang kedengaran. Kita tetap bersatu apabila mengingati Allah yang satu, dan di situlah selayaknya hati kita bertemu. Menyulam persaudaraan kerana Dia yang satu.


Buat teman, tak terasa bila dia pergi tapi sayu bila dia tak kembali. Mencarinya dengan hati suci lebih indah daripada memiliki tapi tak menghargai. Dia datang tanpa seruan dan dia pergi tanpa alasan.kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan, kerana ia anugerah yang tiada bandingan.


Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan yang datang. Kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul. Kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tetapi huru-hara pula.dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah. Hebatkan Allah? Semua ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini “Telah berkata Jibrail: wahai tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaKu itu kerana aku mencintai suaranya”. Anas bin Malik


Kepada si sahabat yang disayangi. Ku doakan kau mekar di taman, diakari rasa bertuhan, dihiasi haruman akhlak dan iman. Kerana itulah ukuran… indahnya seorang perawan beriman.


Setiap yang kita impikan tak selalunya indah. Kesunyian mengajar kita hidup berdikari. Tangisan adalah kasih sayang. Namun satu yang akan kita ingat seumur hidup ialah kenangan..


Bila hati berjuang kerana Allah, dugaa itu tempat bersinggah. keperitan ditelan sebagai juadah. Kejayaan dianggap satu mimpi indah. Andai ditakdirkan rebah, hati tetap redha kerana Allah. Semoga tabah dan mujahidah menempuh tiap lurah. Tiap agendaNya punya hikmah, agar hati disinggah indahnya kasih Allah. Jagalah hati dan iman..


"Bukan pertemuan yang melakar kendahan. Bukan ucapan yang yang mencoret kecintaan. Tapi ingatan dalam doa pada Illahi sajalah tanda ukhuwah yang suci" Al Ghazali


Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah,senyuman itu ibarat lukisanrahsia hati dan senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit.


Wahai manusia, muliamu kerana Islam. Hebatmu kerana doa. Indahmu kerana wudhu. Manismu kerana Al-quran. Jangan terjatuh dengan sedikit ujian dan jangan lemah dengan sedikit dugaan kerana cinta Allah amat menakjubkan.


Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan perjuangan. Terimalah dengan kekuatan. Kadang sakit yang mendatang, kadang teman tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai, namun itulah ujian dalam mencari iman yang teguh. Semoga terus tabah dalam perjuangan. Ingat sahabatku, Allah pasti akan sentiasa bersamamu..


Allah did not promise that the way would be easy. But He did promise that He would be with you in every single step of your life, as long as you want Him too.


Jika ada sesiapa pinta cintamu, katakan ia untuk Allah, rindumu untuk Rasullullah dan kasihmu untuk ibu bapamu. Tetapi jika dipinta keikhlasanmu, berilah pada yang tahu menghargainya.


Bermula satu pertemuan, terjalin sebuah ikatn, tercipta satu kenangan. Kini hadirnya perpisahan, menguji keutuhan dan kesetiaan dalam persahabatan. Lantaran itu belajarlah menghargai sebuah kenangan kerana ia kini wujud dalam ingatan dan tak mungkin akan berulang lagi. Malah tak siapa mengubahnya. Itulah realiti kehidupan, namun sebuah persahabatanyang sejati pasti akan membawa kerinduan yang abadi.


Apa lagi yang diperlukan bagi sebuah persahabatan jika di dalamnya terisi dengan jutaan rahmat tuhan. Bila menangis ada yang meredakan, bila gembira ada yang mengingatkan, bila sakit ada yang mendoakan dan bila sihat ada yang meraikan. Alangkah hebatnya persahabatan jika seiring dengan perjuangan.


Diantara kemuliaan Allah ke atas hambaNya ialah mengilhamkan ke dalam hati mereka rasa ingin bertaubat. Rahmat kasihan belasNya mendahului kemarahan dan kemurkaanNya. Kalau tidak, apakah yang boleh menghalang Allah yang Maha Berkuasa menurunkanazab dan bala ke atas hamba-hambaNyabila-bila masa sahaja yang dikehendaki.


Ku pohon padaMu ya Allah, moga ukhuwah kami tehuh buat selamanya. Kerana dia sahabat kecintaanku, kerana pada jalanMu kami bertemu, kerana hati kamibertaut ketika memadu kasih sayangMu. Ku pohon, lindungilah dia dengan maghfirahMu. Agar kekuatannya terletak padatakwa dan iman, bukan pada nafsu. Agar jiwanya tidak mudah dimamah bisikan syaitan. Agar tak dipahat jamuan hiasan duniawi yang pastinyapalsu dan merugikan. Ku pohon agar hatinya bersarang rindu untuk bertemu Penciptanya hingga saat kami bertemu di Sana.


Suratan mentakdirkan kita berjuang bersama. Andai setitis air mata mengalir dipipimu kerana kesedihan, sejuta semangat membahumu dari belakang. Andai sekali rebah, tak dibiarkan rebah untuk kali kedua. Ya Allah, Kami punya tali persaudaraan yang sukar untuk diertikan, namun janganlah Kau dugai kami dengan dugaan yang tak mampu untuk kami tanggung. Satukanlah ukhuwah diantara kami bak kasihnya para sahabat pada Rasullullah. Untuk kesekian kalinya kami memohon, kekalkanlah ukhuwah diantara kami dan tunjukkanlah kami jalan yang Kau rahmati dan redhai.


Allah test us often with suffering and sorrow. Not to punish us but to help us meet tomorrow. So whenever we feel that everything is going wrong, it is just Allah's way to make our spirit strong.


When Allah takes something away from you, He is not punishing you. He is merely emptying your hands for you to receive something better.


Teman adalah keperluan jiwa yang mendapat imbangan. Dialah ladang hati yang kau taburi dan kau pungut buahnya penuh rasa terima kasih. Dia pulalah naungan sejuk keteduhanmu, sebuah pendiang demi kehangatan sukmamu Kerana kau menghampirinya dikala hati gersang kelaparan dan mencarinya dikala jiwa memerlukan kedamaian.


Ketahuilah, bahawa apabila Ku mencintai seorang hamba, Ku asingkan dia daripada dunia, lalu ku tunjukkan dia cara beramal dan akhirat, Ku tunjukkan kepadanya aib dan cubaan dunia supaya ia beramal dengan amalan ahli syurga. Maka Ku masukkan dia ke dalam syurgaku dengan kasih sayangKu. -Hadis Qudsi-


Mengingati Allah itulah sumber ketenangan, mengingati mati sumber kekuatan iman, mengingati akhirat semulia-mulia ingatan dan mengingati Teman tanda kasih sayang dalam persahabatan.

Perjuangan secebis jihad, kekadang meruntun hati, menguji rasa. Namun setiap kali kegetiran melanda, tika itu renungkan kembali satu hakikat, kitalah pejuang mujahid Allah. Senyum kerana terluka, menangis kerana takutkan Dia.

Ya Allah, Kau berikanlah kepada sahabatku ini kekuatan untuk mencari redhaMu. Engkaubasahkanlah lidahnya untuk sentiasa menyebut namaMu. Engkau suburkanlah hatinya untuk sentiasa mendekatkan diri kepada-Mu. Murahkan rezekinya, penjangkan umurnya dan berikan kejayaan kepadanya. Selimutkan dirinya dengan sutera kasih sayang-Mu agar terjaga dari lena nanti bia menghidu wangian syurga Firdausi, bersama para anbiya dan hamba-Mu yang taat.

Wahai diri, jangan jadi daie yang malang yang hanyatahu berdakwah tetapi tidak melaksanakan. Wahai diri, jangan jadi abid yang tertipu, terasa banyak sudah amalan tapi tidak sedar pahala itu kuasa tuhan. Wahai diri, jangan jadi alim yang tertipu, disangka ilmu sudah banyak tetapi tiada yang tterkesan dijiwa. Wahai diri, jangan jadi mujahid yang tertipu, disangka perjuangannya itu yang terbaik, tapi ternyata Islam tidak memerlukannya tetapi dia yang memerlukan Islam.


Tidak ada sesuatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh. Apabila kamu dapati kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh. -Umar ra-


Apabila seseorang itu mencintai orang lain kerana Allah, maka hendaklah apabila membencinya kerana Allah juga. Sebab punca yang menyebabkan anda mencintai seorang manusia itu mestilah kerana ia amat taat kepada Allah, ataupun kerana ia dicintai di sisi Allahdisebabkan amalan-amalannya yang baik. Tetapi bila orang itu bermaksiat kepada Allah, tentulah anda akan membencinya kerana ia menderhaka kepada Allah dan terkutuk di sisi Allah. -Imam Ghazali-

Ukhuwah yang dibina atas nama Allah takkan mengharapkan balasan apabila memberi, tetapi akan selalu berkongsi air mata di kala suka dan duka, kesedihan temannya bagai pedang yang menikam, keceriaan temannya bagai pelangi yang takkan hilang, kehilangan temannya bagai hilang permata termahal di dunia, itulah sunnah ukhuwah pejuang agama.

Perjuangan secebis jihad, kekadang meruntun hati, menguji rasa. Namun setiap kali kegetiran melanda, tika itu renungkan kembali satu hakikat, kitalah pejuang mujahid Allah. Senyum kerana terluka, menangis kerana takutkan Allah.

Friday, May 15, 2009

Ainul Mardhiah

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih

Ainul Mardhiah yang bererti ‘mata yang diredhai’ adalah bidadari yang sangat rupawan dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Dia telah diciptakan oleh Allah swt untuk seorang pemuda yang mati syahid.

Suatu pagi di dalam bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi targhib (ucapan-ucapan sebagai penyuntik semangat untuk sahabat-sahabat berjihad pada agama Allah). Rasulullah saw telah berkata bahawa sesiapa saja yang keluar untuk berjihad di jalan Allah dan tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dikurniakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari syurga iaitu Ainul Mardhiah.

Apabila mendengar ucapan Rasulullah itu , seorang pemuda yang masih muda belia ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadarai yang telah Rasullullah sebutkan itu. Oleh kerana pemuda itu merasa malu kepada sahabt-sahabatnya yang lain, dia agak keberatan untuk bertanyakan hal ini kepada Rasullullah saw. Walaubagaimanapun dia akan keluar berjihad bersama-sama Rasulullah saw.

Telah menjadi sunnah Rasullullah saw untuk tdur sebentar sebelum tiba waktu Zohor. Maka pemuda itu pun tidur bersama-sama jemaah tadi. Di dalam tidurnya, pemuda itu telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dengan muka yang berseri-seri, di suatu tempat yang indah. Pemuda itu pun bertanya, “Dimanakah aku sekarang ini?” Lalu lelaki itu menjawab, “Inilah syurga.” Kemudian pemuda itu menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Lelaki itu pun menunjukkan ke suatu arah. Maka berjalanlah pemuda itu mengikut arah yang ditunjukkan lalu bertemu dengan sebatang pohon dan seorang wanita yang amat cantik. Pemuda itu tidak pernah melihat kecantikan seorang wanita itu di dunia. Dia pun memberi salam lalu bertanya, “Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?” wanita itu pun menjawab, “Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada disinggahsana.”

Pemuda itu pun berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan bertemu dengan seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari wanita yang pertama tadi, wanita itu sedang mengelap permata-permata hiasan di dalam mahligai itu. Lalu pemuda itu memberi salam dan bertanya lagi, “Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?” Lalu wanita itu pun menjawab, “Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana.” Lalu pemuda itu pun menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu,kemudian sampai ke satu mahligai.

Di situ dia melihat seorang wanita yang berganda-ganda cantiknya dari wanitya yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari wanita yang kedua. Wanita itu pun berkata kepada pemuda itu, “Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.” Pemuda itu cuba mendekati Ainul Mardhiah, namun Ainul Mardhiah berkata kepada pemuda itu, “Kamu tidak boleh mendekati diriku kerana kamu masih belum syahid lagi”. Pemuda itu tersentak dan terjaga dari tidurnya. Dia lalu menceritakan segala yang dimimpikan itu kepada sahabatnya. Namun begitu dia memesan agar jangan memberitahu mimpinya itu kepada Rasullullah saw.

Di sebelah petangnya, pemuda itu telah keluar untuk berjihad bersama-sama dengan Rasullullah saw dan sahabat-sahabat yang lain. Takdir telah menentukan pemuda tadi gugur syahid. Ketika semua jemaah pulang ke masjid untuk menantikan waktu berbuka puasa, sahabat pemuda yang gugur syahid itu pun bangun dan merapati Rasullullah saw. Dia telah menceritakan kepada Rasullullah saw perihal sahabatnya yang gugur syahid itu. Ketika sahabat itu sedang bercerita, Rasulullah hanya menjawab, “Benar.”

Kemudian setelah sahabat itu selesai, Rasulullah pun berkata kepadanya, “Memang benar apa yang kamu ceritakan tadi. Sahabatmu itu sedang menunggu untuk berbuka puasa di dalam syurga.”

Munif Ahmad (2008). Riwayat Bidadari Syurga. Selangor: Hijjaz Records Publishing.




Persekitaran, Doa Pengaruhi Peribadi Muslim

ALAM persekitaran atau dalam istilah Arabnya bi'ah ialah segala sesuatu yang berada di sekelilingnya dan mengesani kehidupan seseorang, sama ada secara langsung atau tidak, dari dalam kandungan ibu hinggalah ke akhir hayat.


Dari pengertian ini, alam sekitar merangkumi kedudukan geografi atau tempat didudukinya, rumah tangga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta anggota keluarga lain yang dinaungi, teman yang digauli serta masyarakat yang dianggotainya.


Semua unsur alam persekitaran ini mempunyai pengaruh terhadap pembentukan diri seorang insan, terutama dalam pembentukan sahsiah diri. Cuma bezanya kecil atau besar pengaruh terbabit.

Mengenai unsur tempat, Ibnu Khaldun mengemukakan pendapatnya, yang tempat tinggal mempunyai kesan dan pengaruh kepada sifat sesuatu bangsa, walaupun kesan dari faktor ini amat kecil.

Secara umum ada sunnah yang mengakui kesan dari faktor ini, seperti hadis yang bermaksud: "Hati-hati yang kasar dari sebelah timur dan amanah bagi ahli Hijaz."

Faktor ibu, ada kajian baru yang mengakui kesan dari keadaan jiwa ibu yang mengandung ke atas anak kandungannya.

Dalam kajian itu selalunya disebut mengenai pengakuan seorang ahli fikir barat Tomes Hobbs. Sifat yang berduka itu ada kaitannya dengan keadaan jiwa ibunya yang ketakutan ketika kapal tentera Sepanyol, Armada menuju ke pantai.

Kes seperti ini berlaku di kalangan masyarakat umum.

Di antara yang disebut ialah 'kenan'. Dari petunjuk sunnah, Islam mengakui kesan dari faktor kandungan ibu.

Rasulullah mengajar umatnya supaya memulakan dengan doa ketika berhubung mesra bersama isteri, memohon tidak bercampur dengan syaitan, yang dinaskan al-Quran, sentiasa mencampuri urusan umat.

Jika ditakdirkan mendapat keturunan, Rasulullah menjamin si anak terselamat dari penguasaan syaitan.

Doa Rasulullah kepada anak Abdullah bin Abu Talhah yang masih di dalam kandungan ibunya. Doa dari Rasulullah adalah keberkatan kepada si anak dan memberikan ketenangan hati kepada kedua-dua ibu bapanya.

Demikianlah kita mendoakan anak sejak masih di dalam kandungan atau meminta dari orang yang soleh supaya mendoakannya.

Faktor keluarga. Selepas kelahiran bayi, keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan yang lain adalah faktor lebih penting daripada yang disebutkan.

Kajian psikologi kanak-kanak memperlihatkan betapa besarnya kesan keluarga. Sifat suka meniru pada kanak-kanak adalah jalan awal yang terpenting dalam proses pembelajaran pada peringkat kanak-kanak.

Jika jalan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh keluarga dalam mendidik dan membentuk akhlak kanak-kanak, sudah pasti akan memberikan hasil yang amat berkesan, malah pembentukan pada peringkat ini akan terukir pada jiwa yang kesannya akan dirasai ketika dewasa kelak.

Dari keluarga, kanak-kanak akan mempelajari hubungan masyarakat paling awal, seperti menghormati dan mematuhi kepada yang lebih tua, menyayangi lebih kecil, menghargai pendapat orang lain dan membantu yang lemah.

Bermula dari keluarga juga kanak-kanak mempelajari adat resam yang baik dan asas agamanya, bahkan mempelajari perkara yang betul lagi bermanfaat dan meninggalkan yang salah.

Ini sekali gus menjelaskan ibu bapa sangat rapat dengan anak dan pengaruhnya sudah tentu sangat besar ke atas pembentukan jiwa dan akhlak anak terbabit. Sehubungan ini Imam al-Ghazali ada berkata:

"Kanak-kanak adalah amanah Allah kepada kedua-dua ibu bapa. Hatinya yang masih bersih adalah mutiara yang berharga, yang sedia menerima untuk dibentuk dan digilap."

Hadis Rasulullah bermaksud: "Setiap anak itu dilahirkan atas fitrah, maka kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi..."

Sumber: Harian Metro, 15.05.09

Luahan Rasa : Kesalahan Kerap Wanita Berkenaan Aurat


Jika ditanya kaum wanita pada hari ini perihal aurat mereka pasti akan mereka akan menjawab "semua anggota kecuali muka dan pergelangan tangan". Itulah jawapan yang biasa kita dengar saban waktu.

Tetapi adakah apa yang mereka katakan itu mereka lakukan. Tidakkah ada perasaan sedih melihat sesetengah wanita muslim pada hari ini yang tidak kisah perihal dosa yang mereka lakukan setiap saat dan setiap hari...


Apa yang ingin dikatakan di sini ialah aurat yang dianggap remeh oleh wanita muslim seperti yang kita lihat pada hari ini iaitu kaki, tangan dan di leher.


Susah ke untuk memakai stokin..?

Susah ke untuk memakai baju berlengan panjang..?

Mahal sangatkah harga untuk membeli semua tu..?

Adakah kita ingin menunjukkan rantai emas kita yang cantik dan mahal tetapi tiada nilai disisi Allah swt..?

Adakah kita tidak rela membelanjakan harta kita untuk mendapatkan keredhaan Allah..?

Adakah kita mahu bersenang di dunia tetapi bersusah di akhirat..?
Cantik sangat ke aurat kita untuk menjadi tontonan..?


Jawapan yang sering kita dengar ialah "susahnya nak jaga".
Ya.. Bukan mudah untuk kita semua menjaganya. Ingatlah wahai kaum Hawa..!! Mendedahkan aurat itu adalah sebahagian dari larangan Rasullullah kepada semua umat Islam. Tetapi Allah menjanjikan ganjaran pahala yang lebih banyak kepada wanita yang menjaga auratnya berbanding kaum lelaki. Betapa mudahnya untuk wanita memperoleh pahala itu.
Peliharalah..


SEDARLAH WAHAI KAUM MUSLIMAT SEKALIAN..!!!

Nukilan untuk muslimah dari AziM

Thursday, May 14, 2009

Sahsiah Guru Muslim

Said Bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata:
“Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah
termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya.”

Pendahuluan

Peristiwa keganasan remaja yang membakar kelas dan rumah guru, bilik makmal sekolah, memukul guru serta melakukan vandalisme sering dikaitkan dengan keupayaan guru mendidik para pelajar. Lebih jauh kemelut sosial, politik dan ekonomi yang dihadapi oleh negara sekarang ini juga dikaitkan dengan kelemahan sistem pendidikan sekular serta pencapaian guru.

Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana peranan mereka yang vital dan indespensible dalam masyarakat. Meskipun pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia telah diperkenalkan dan mempunyai pengaruhnya yang besar namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam membentuk warganegara.

Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik cemar dalam keperibadian guru berkenaan. Pepatah Arab ada menyebutkan:


Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah,
Perbuatan demikian aibnya amatlah parah.

Apakah yang dimaksudkan dengan sahsiah, ciri-ciri utamanya, apakah traits nilai di rangkumi olehnya, apakah ciri seorang guru muslim dan bagaimana membangun ciri-ciri tersebut, inilah antara persoalan yang akan kita huraikan dalam kesempatan ini


Maksud Sahsiah

Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.

Mengikut G.W Allport dalam dalam bukunya “Pattern and Growth in Personality”, sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1).

Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri. Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.

Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka.


Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi:

(a) Sifat Rohaniah

1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna
2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul
3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain

(b) Sifat-Sifat Akhlak

1. Benar dan jujur
2. Menepati janji
3. Amanah
4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
5. Merendah diri
6. Sabar, tabah dan cekal
7. Hilm, pemaaf dan toleransi
8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah

(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani

i. Sifat Mental

1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial)
2. Menguasai mata pelajaran takhassus
3. Luas pengetahuan am
4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat
5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid
6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii. Sifat Kejiwaan

1. Sifat tenang dan emosi yang mantap
2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya.
3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat
4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan
5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat

iii. Sifat Fizikal

1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit
2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih


Menurut kajian soal selidik di kalangan para pelajar di sekolah menengah di negara –negara maju terdapat senarai yang menerangkan sifat-sifat yang diingini oleh pelajar. Antara sifat guru yang dikehendaki ialah guru tersebut :

1. Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar)
2. Tidak berat sebelah
3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas
4. Berdisiplin
5. Menguasai mata pelajaran dengan baik
6. Adil dalam pemarkahan
7. Sifat kelakar
8. Suka menolong pelajar di luar kelas
9. Memahami masalah pelajar
10. Mampu menarik perhatian pelajar
11. Amanah dan menunaikan janji
12. Berupaya membuat penghukuman yang betul
13. Mempunyai sahsiah yang dihormati
14. Mempunyai semangat persekolahan yang tinggi
15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik
16. Boleh membezakan ‘intan dari kaca’
17. Mempunyai kemahuan yang kuat
18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
19. Tidak suka menghina murid atas kesalahan mereka
20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenarkan murid dirotan
21. Luas pengetahuan am
22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar
23. Suara yang baik-serak-serak basah
24. Mengenal titik kekuatan murid
25. Pandai memberi nasihat
26. Simpati terhadap kelemahan murid
27. Pandai memilih kata-kata
28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji
29. Mengambil kira suasana murid di rumah
30. Boleh membuat ujian secara berkala
31. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan
32. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah
33. Suka memberikan kerjasama
34. Bersemangat riadah atau kesukanan

Guru Muslim yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti mereka.


Etika Guru Muslim

Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . Antara yang boleh dirumuskan ialah:

Tanggungjawab Terhadap Allah

Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut:

1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.
2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.
3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.
4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.
5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.


Tanggungjawab Terhadap Diri

1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral.
2. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.
4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.
5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru.

Tanggungjawab Terhadap Ilmu

Guru muslim hendaklah :
1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.
2. Beriltizam dengan amanah ilmiah.
3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.
5. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.
6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.

Tanggungjawab terhadap Profesion

1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar

1. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.
5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.


Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

1. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan membantu keberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud perkataan tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan.

Maksud Keberkesanan Pendidikan Islam

Meskipun ciri dan sahsiah guru yang baik telah dicapai namun itu tidak pula bermakna pengajaran mereka dengan sendirinya berkesan. Pengajaran guru samada berkesan atau tidak bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan degan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Keberkesanan Pendidikan Islam tidak hanya bergantung kepada teknologi pendidikan atau pendekatan sistem tetapi lebih jauh dari itu, ia memerlukan asas falsafah pendidikan yang Islamik dari yang sedia ada sekarang - baik di peringkat tadika, rendah, menengah mahupun di peringkat tinggi. Kita memerlukan falsafah pendidikan yang menyeluruh dalam segenap bidang, baik dalam bidang pendidikan guru, vokasional, ketenteraan, kesihatan, keusahawanan mahupun dalam pendidikan politik, kesenian, kesukanan dan sebagainya. Di samping itu ia perlu dibingkai oleh dasar-dasar negara yang Islamik juga; samada dasar pembangunan ekonomi, dasar pendidikan, dasar belia, dasar penerangan, dasar pembangunan wanita dan dasar-dasar lain.

Suatu bentuk reformasi yang meyeluruh hendaklah dilaksanakan demi memastikan keberkesanan pendidikan Islam dalam membentuk sahsiah generasi baru. Reformasi tersebut harus mencakup bidang-bidang berikut:

1. Falsafah dan Konsep Pendidikan Islam
2. Kurikulum
3. Sistem Pendidikan
4. Pengajaran dan Pembelajaran
5. Sumber Pendidikan
6. Perkembangan Kakitangan
7. Pengurusan Pendidikan Islam
8. Pembinaan Potensi Pelajar dan Guru
9. Membangun Imej Pendidikan Islam

Guru-guru pendidikan Islam haruslah terdiri dari orang-orang yang benar-benar memahami, menghayati dan memperjuangkan cita-cita Islam yang syumul dan merangkum. Dengan keikhlasan dan semangat Islam yang membara guru dapat mengatasi kekurangan alat teknologi untuk menghasilkan keberkesanan pengajaran mereka.


Penutup

Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi yang baik.


AGS
Petaling Jaya
1 Jamadil Awwal 1421
Oleh :
Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsudin
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya