Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Friday, September 4, 2015

Mengapa Orang Lelaki Tidak Boleh Menerima Suara Perempuan Berleter?

Allah swt menjadikan telinga lelaki khas untuk mengesan bunyi dan punca bunyi yang terdapat di hutan atau di lapangan agar dia dapat menyerang dan dapat mempertahankan diri daripada musuh mahupun binatang buas. 

Sel pendengaran lelaki hanya terdapat di otak sebelah kanan yang lebih berfokus berbanding wanita yang kedua-dua otaknya aktif semasa mendengar. Perbezaan ini menyebabkan telinga lelaki lebih mudah fokus kepada bunyi alam. 

Wanita pula lebih selesa mendengar suara manusia daripada pelbagai sumber, yang menjadi penyebab dirinya 'multitasking'. 'Multitasking' ialah keadaan apabila sel-sel aktif terdapat pada kedua-dua otaknya. Ini membolehkan mereka bercakap, berleter, dan membuat kerja fizikal yang lain pada masa yang sama.

Sementara itu, kebanyakan lelaki lebih suka mendengar perkataan yang diucapkan secara perlahan dan sedikit-sedikit. Jika tidak, sistem pendengarannnya akan 'jam' kerana tidak boleh menerima perkataan-perkatan yang banyak pada satu masa.

Tidaklah menjadi kesalahan untuk wanita berleter namun perlulah dikawal. Oleh itu, jikalau wanita ingin menyampaikan mesej kepada pasangan anda, bolehlah menggunakan bahasa atau teknik yang bersesuaian dengan mekanisme telinga dan sel otak lelaki.

Antara cara yang boleh digunakan:

1) Tidak perlu diulang-ulang banyak kali sesuatu perkara itu.
Lelaki sudah tahu dan memang sentiasa memikirkannya dan dia akan bertindak mengikut masa dan keadaan yang sesuai untuk dirinya.

2) Tulis mesej yang ingin anda sampaikan kepada suami dalam bentuk nota dan tampalkan di tempat yang mereka mudah lihat.
Bekalkan juga pen atau pensil untuk mereka komen atau menambah idea mereka. Lelaki lebih suka menerima leteran dengan pendekatan ini.

3) Memuji sebelum berleter
Apabila si dia sudah kelihatan bertenaga dan ceria atas pujian tersebut, maka barulah minta kebenarannya untuk berleter.

4) Berilah hadiah selepas anda berleter.
Contoh dengan mengatakan, "Terima kasih abang kerana sudi mendengar saya. Lega rasanya."

5) Jangan sekali-kali menggunakan tangan atau kekerasan untuk mengambil perhatian lelaki.
Ini antara yang paling penting. Sekiranya wanita suka membebel, jangan pula anda menggunakan kekerasan untuk menarik perhatian suami. Tindakan ini hanya akan memburukkan keadaan. Suami adalah ketua keluarga, tidak seharusnya seorang isteri melayan seorang suami dengan menggunakan kekerasan.

6) Memilih masa yang sesuai.
Lelaki yang pulang dari bekerja mengharapkan keadaan yang tenang apabila pulang ke rumah. Sekiranya suami anda kelihatan letih dan penat, jangan terus berleter kepada suami anda. Pilihlah masa yang sesuai terutamanya selesai mendirikan solat.



Untuk suami pula, jika kita boleh bersabar sebagaimana Khalifah Umar al-Khattab RA mendengar leteran isterinya, yakinlah bahawa kita telah melegakan 50% daripada tekanan yang dialami oleh isteri kita itu. 


Dipetik dan diedit daripada
Ahmad Syafiai Uda Jaafar.
Dekan Fakulti dan Pembangunan Manusia
Kolej Uniti Port Dickson.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat