Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Wednesday, August 31, 2011

Luahan Rasa : Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah Semester 4/2011

Laporan Hari pertama 22/08/2011

Pada hari ini saya telah melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah sekolah berhampiran rumah saya iaitu Sek Keb Bandar Putra. Saya akan berada di sekolah ini selama lima hri bermula hari ini. Ini merupakan PBS terakhir saya memandangkan saya sudah berada disemester ke-empat.

Seperti biasa saya datangke sekolah pada pukul 7.00 pagi dan terus menuju ke pejabat untuk melapor diri. Saya telah melakukan PBS ini bersama tiga orang rakan yang mana seorang dari IPG Kampus Tun Hussain Onn dan dua orang lagi dari IPG Kampus Kota Baru. Jadi saya tidak keseorang sewaktu membuat PBS di sini.

Selepas itu saya menghadirkan diri ke perhimpunan dan berkenalan dengan guru-guru di sekolah ini. Guru pertama yang banyak membantu saya pada hari ini ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Abd Latip. Guru besar yang sepatutnya saya jumpa, tidak hadir kerana urusan yang tidak saya ketahui.

Hari pertama saya di sini saya telah diminta menggantikan dua kelas iaitu darjah tiga dan darjah dua. Saya masuk ke kelas bersama seorang kawan saya tadi. Sewaktu di kelas saya lebih banyak berbual-bual dengan pelajar. Pada waktu lapang pula saya mengambil kesempatan membuat kerja kursus yang telah diberikan oleh pensyarah dan saya pulang pada pukul 1.30 tengah hari.


Laporan PBS Hari Kedua 23/08/2011

Hari ini saya datang seperti biasa dan telah menemubual seorang pengawal keselamatan di sekolah ini. Setelah itu, saya menyambung kerja saya di tempat yang telah disediakan. Oleh kerana hari ini saya membawa kamera, saya juga telah mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di sekitar kawasan sekolah di samping melihat sendiri persekitaran sekolah.

Pada saya sekolah ini mempunyai persekitaran yang sangat menarik dengan hiasan dan bilik khas yang menarik. Terdapat juga sudut bacaan yang banyak di sekitar sekolah ini. Saya juga telah menolong pembantu pejabat menghias pejabat pada hari ini. Saya menolong mengayam ketupat dan manggantungkannya bagi memeriahkan pejabat.


Di akhir waktu, saya telah masuk ke kelas darjah 1 kerana mengggantikan seorang guru yang tidak hadir. Saya pulang pada pukul 1.30 petang.


Laporan Hari Ketiga 24/08/2011

Pada hari ini setibanya saya di sekolah, saya telah bertemu dengan seorang guru Bahasa Melayu. Saya telah mengadakan sesi kolaborasi dan perbincangan tentang subjek ini bersama beliau. Selain itu, saya juga berjumpa Pembantu Am sekolah ini untuk bertanya serba sedikit tentang sekolah ini.

Kemudian, saya dan rakan-rakan sePBS saya telah dipanggil untuk berjumpa guru besar sekolah ini. Sepanjang pemerhatian saya di sekolah ini, saya melihat guru besar merupakan seorang yang tegas dan sentiasa sibuk dengan tugasan sebagai seorang guru besar. Banyak nasihat yang diberikan beliau kepada kami sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan nanti. Antara nasihat yang beliau beri ialah hidup ini jangan sesekali menyusahkan orang. Kita juga perlu belajar cara untuk mengajar dan menarik minat murid-murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Beliau juga mengingatkan supaya kami guru baru agar sentiasa bersemangat untuk mengajar. Jangan hanya pada awal bekerja sahaja.

Selepas itu saya telah masuk ke kelas darjah 3 dan 4 untuk mengadakan pertandinagn mewarna sempena bulan kemerdekaan. Pertandingan ini berakhir pada jam 12.20 tengah hari untuk tahap satu dan 1.20 petang untuk tahap 2.

















Laporan Hari Keempat 25/08/2011

Pada hari ini saya lebih banyak masa yang terluang. Jadi masa yang terluang ini saya gunaka untuk membuat segala tugasan yang diberi pensyarah. Selain itu, saya juga telah mendapatkan tandatangan dari guru-guru untuk memenuhkan borang kolaborasi yang perlu diisi untuk setiap PBS.

Setelah itu saya telah mendapatkan tandatangan dari guru besar untuk borang kehadiran dan sahsiah pada hari ini kerana guru besar khuatir, beliau akan sebik pada hari esok. Ini kerana pada hari esok akan berlangsung Majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah dan beliau perlu merasmikan majlis tersebut.

Sebelum pulang, guru besar telah berjumpa kami dan sekali lagi mengingatkan tentang tanggungjawab sebagai seorang guru yang bukannya mudah, bahkan semakin sukar lebih-lebih lagi di era globalisasi ini.


Laporan Hari kelima 26/08/2011

Pada hari ini berlangsungnya majlis khatam al-quran peringkat sekolah di surau. Pelajar yang terlibat ialah pelajar tahap dua manakala pelajar tahap satu dikumpulkan di dewan untuk mendengar bacaan al-quran dan berzikir. Saya juga mengambil banyak gambar sewaktu majlis ini berlangsung. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada jam 9.00 pagi. Setelah itu, semua pelajar kembali ke kelas untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

Masa yang ada saya gunakan untuk menyambung membuat tugasan saya. Oleh kerana hari ini hari terakhir saya berada di sekolah ini, saya mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama rakan sePBS saya dan bersalam bersama guru-guru di sekolah ini. Saya juga sempat mengucapkan ucapan terima kasih dan memohon maaf atas segala kesilapan. Saya pulang pada pukul 12.00 dan bersiap untuk menunaikan solat jumaat.

















huhuhu... cikgu-cikgu yang terlebih posing........

No comments:

Post a Comment