Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Monday, July 27, 2009

Cinta Di Bangku Sekolah. Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood

Seronok ana baca kisah cinta penceramah dan pendakwah terkenal negara kita ni, Ustazah Datuk Siti Nor Bahyah Maham0od. Jom kita tengok.......

Kata orang cinta di bangku sekolah, hanyalah cinta monyet, tetapi dua tokoh agama ini membuktikan cinta yang disulam dengan kasih sayang berlandaskan agama akhirnya sampai ke jinjang pelamin.



SEINDAH Semanis Kurma yang menjadi judul program televisyen yang dikendalikan bersama, semanis kurma jugalah senyuman dan bicara yang terpancar dari wajah pasangan yang saling melengkapi ini, Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood.

Selain kebahagiaan hati dan perasaan, keluarga serta anak-anak, dalam lingkaran hidup pasangan ini, dakwah mengenal Allah dan ceramah ke arah pembangunan insan menjadi rutin hidup mereka.

Melabuhkan pertemuan pertama bersama dua nama bergelar ustaz dan ustazah ini, hati jadi terusik dek kemesraan dan keramahan mereka walaupun jam di tangan ketika sesi wawancara dimulakan sudah menunjukkan pukul 11 malam.

"Bulan Februari, kami sibuk sikit. Minta maaflah kerana tak dapat memenuhi permintaan anda untuk berkunjung ke rumah. Nantilah, ada masa, kita jumpa di Kajang," ujar Akashah lembut persis memujuk.
HIMPUNAN surat-surat cinta Akashah dan Nor Bahyah, 20 tahun lalu masih disimpan sehingga hari ini.


Walaupun hanya bertemankan dekorasi ala Inggeris di studio Seindah Semanis Kurma, rasanya isi cerita yang terluah dari bibir personaliti agama ini sudah cukup untuk menyempurnakan kekurangan lain.

Sangkaan penulis mereka bertemu atas jodoh pilihan keluarga ataupun ketika menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Apa yang disangka jauh meleset apabila kisah cinta di bangku sekolah terlontar dari bibir Nor Bahyah atau sering dipanggil Ustazah Bahyah.

"Paling tak dapat saya lupakan semasa pertemuan yang tak disengajakan di bilik guru. Dia cakap pada saya: 'Siti Nor, saya tertarik dengan Siti Nor, Siti Nor pula bagaimana?'.

"Saya malu dan terus berlalu tanpa cakap apa-apa. Saya anggap pertanyaan dia serius, balik rumah dan buat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk," cerita Nor Bahyah tersenyum yang mendapat lampu hijau daripada ibu bapanya ketika mula hendak menerima salam perkenalan daripada Akashah.

AKASHAH dan Nor Bahyah yang saling melengkapi menjadi paksi kecemerlangan yang diraih bersama.


Ketika itu, Akashah di tingkatan enam manakala Nor Bahyah pula di tingkatan empat, masing-masing pelajar popular di Maktab Mahmood, Alor Setar, Kedah.

"Pelajar perempuan dan lelaki diasingkan. Walaupun tak pernah jumpa, saya selalu dengar pasal ustaz, selaku Ketua Umum Pelajar Lelaki manakala saya pula, Ketua Umum Pelajar Perempuan.

"Kami cuma kenal antara satu sama lain apabila sama-sama naik pentas dalam satu majlis anugerah. Kebetulan kami sama-sama dapat anugerah pelajar terbaik.

"Kemudian dalam satu mesyuarat pengawas sekolah, ketika saya memberikan ucapan, dia berdiri dan mengedarkan kertas kepada pelajar lain. Dalam hati, saya fikir dia tak suka saya tetapi rupa-rupanya, dia minta setiap pelajar catat apa yang saya ucapkan," sambung ibu kepada empat cahaya mata itu panjang lebar.

POTRET keluarga, 'harta' yang tiada ternilai milik pasangan penceramah popular, Nor Bahyah dan Akashah.


Apabila soal hati Akashah sampai ke telinga bapa Nor Bahyah, dia diselidik seperti si tertuduh yang mahu didakwa. Bukan sahaja dicari di asrama tempat menginap, bahkan bapa Nor Bahyah sanggup merentas jalan tanah merah untuk ke Kampung Bendang Raja, Kubur Panjang di Alor Setar, Kedah dari Bayan Lepas, Pulau Pinang semata-mata mahu mengenali latar belakang pemuda yang mencuri hati anak gadisnya yang masih bersekolah.

"Keluarga saya memang begitu. Syukur hubungan kami direstui. Selepas habis tingkatan
enam, ustaz menyambung pelajaran ke Mesir. Dua tahun dia di sana, sedangkan saya masih bersekolah.

"Sebelum saya juga menyambung pelajaran ke universiti yang sama di Mesir, kami bernikah. Tujuannya bukan untuk keseronokan tetapi lebih selamat wanita di perantauan berada di sisi suami," ujar Nor Bahyah lagi.

Dari pandangan suaminya sendiri, perkahwinan dalam tempoh pengajian sebenarnya banyak kebaikan. Selain menutup diri daripada perkara menjurus ke arah melakukan maksiat, perkahwinan juga boleh menjadikan diri lebih berdisiplin dan menghargai masa.


"Kalau belum kahwin, gaya berseronok tentulah lain. Melancong atau keluar bersama kawan-kawan adalah perkara biasa bagi pelajar bujang. Tetapi apabila sudah kahwin, kami jadi cepat matang. Masa belajar lebih banyak sebab kami lebih banyak duduk di rumah. Lagipun ketika di sana, hidup kami susah," jelas Akashah sedikit terharu.

Tambah Akashah, hidup mereka ketika di Mesir tidak ubah seperti yang berlaku terhadap P. Ramlee dan Sarimah dalam filem Ibu Mertuaku.

"Mula-mula, kami sewa rumah besar, kemudian pindah ke rumah lebih kecil dan semakin kecil. Sudahnya, kami hanya mampu menyewa bilik sahaja.

"Duit biasiswa yang diterima cukup-cukup sahaja, seganlah nak minta dari orang tua di kampung. Daripada kesusahan itulah, kami belajar tentang hidup, tabah dan sabar. Apabila tengok orang susah, kami teringatkan zaman susah dahulu," tutur Nor Bahyah yang masih mesra membahasakan dirinya ustazah walaupun sudah bergelar Datuk.

Bertamu depan mata, rugilah kalau perintis teknik Urutan Cakar Harimau dan Urutan Labah-Labah ini tidak diusik dengan persoalan popular itu. Kena benar dengan bingkisan cinta mereka ini, Nor Bahyah dan Akashah diajak berkongsi kemujaraban. Apa benar petua itu antara rahsia kebahagiaan mereka sejak lebih 20 tahun hidup berkelamin.

"Itu cuma satu pendekatan untuk merapatkan hubungan suami isteri melalui sentuhan dan urutan. Dari situlah nanti akan timbul motivasi," ujar Akashah.

Menyambung intro sang suami, Nor Bahyah bersedia dengan penjelasan yang terperinci. Katanya, sebagai wanita dan isteri, dia sendiri suka disentuh dan menyentuhi. Amalan itu bukan hanya terhad untuk suami isteri, bahkan antara ibu dan anak ataupun sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar batasan agama.

"Saya memang suka disentuh, ustaz juga begitu. Sentuhan itu amat penting kerana dari situlah emosi kasih sayang akan terjalin erat. Anak-anak juga begitu.

"Mulanya, ia sekadar satu daripada teknik urutan tetapi saya perlukan istilah yang kuat dan boleh beri impak jika berceramah. Idea cakar harimau timbul kerana dari segi teknik dan cara, urutan itu hampir menyamai sifat harimau mencakar atau gerakan labah-labah. Tak sangka pula boleh meledak dan jadi fenomena," ujar Nor Bahyah menafikan teknik tersebut semata-mata bersifat adegan ranjang.

Manfaat teknik yang diperkenalkan, bukan sahaja perkongsian ilmu yang merentasi jarak bahkan profesion penceramah bebas menjadi lubuk rezeki buat Nor Bahyah sendiri.

Kosmo Mac 2009

Sunday, July 26, 2009

Luahan Rasa : Lawatan Penanda Aras BADAS

22-24 Julai 09. Pada tarikh ni Badan Dakwah & Surau IPGM KSAH (BADAS) telah mengadakan lawatan penanda aras ke KL. Seramai 41 orang peserta dan seorang pensyarah penasihat telah mengikuti lawatan kali ini yang diketuai oleh saudara Mohd Zulfadhli Bin Muhamad, Presiden Badas sendiri.

Kami berkumpul di pada hari Khamis di depan dewan utama lebih kurang pada pukul 1500. Tempat pertama yang kami pergi ialah IPGM KPI. Kami tiba di KPI lebih kurang pada pukul 2300 dan kami menetap serta tidur di sini untuk 2 malam. Pada hari esoknya, hari Jumaat, aktiviti pertama kami ialah sesi diskusi bersama badan surau KPI sendiri. Di sini, kami dapat berbincang tentang organisasi dan pengurusan surau, aktiviti kerohanian dan macam2 lagi yang berkaitan dengan IPGM masing2.

Sebelum bertolak

Di IPGM Pendidikan Islam

Selepas itu kami pergi ke JAKIM yang terletak di Putrajaya. Di sini kami didedahkan dengan peranan2 JAKIM di negara Malaysia ini. Kami solat dan makan tengah hari di sini yang disediakan oleh pihak JAKIM sendiri.


Lawatan ke JAKIM

Pada sebelah petangnya kami melawat pula ke Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang terletak di Bukit Kiara. Di sini kami didedahkan dengan bagaimana proses penyiaran dilakukan. Kami dibawa ke studio penggambaran untuk melihat sendiri bagaimana sesuatu penggambaran dilakukan dan alat2 yang digunakan. Kami juga telah dihidangkan dengan sedikit jamuan sebelum berangkat pulang ke KPI iaitu tempat penginapan kami. Kami makan malan di KPI dan berehat pada sebelah malam.




Lawatan di Bahagian Teknologi Pendidikan

Dan pada hari terakhir kami bersiap untuk meninggalkan KPI. Pihak KPI sekali lagi menyediakan sarapan sebelum kami berangkat pergi. Lawatan pertama pada hari ini ialah di Universiti Malaya. Di sini kami telah beramah mesra dengan beberapa orang Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPMUM). Tujuan kami adalah untuk mengetahui dan bertukar pendapat tentang organisasi dan pengurusan UM dan IPGM. Banyak yang kami dapat dari sesi perbincangan ini. Kami makan tengah hari di sini dan sebelum berangkat pergi kami telah dibawa ke pameran komputer yang berlangsung di UM.

Sesi perbincangan di UM



Sewaktu lawatan di UM

Tempat terakhir kami ialah Muzium Kesenian Islam.Muzium Kesenian Islam Antarabangsa ini mengandungi lebih dari tujuh ribu bahan artifak dan sebuah perpustakaan yang mengandungi sejumlah besar buku yang berkaitan kesenian Islam. Bahan-bahan artifak seni yang dipamerkan terdiri dari objek sekecil perhiasan yang indah hingga ke salah sebuah model Masjidil Haram yang terbesar di dunia. Objektif muzium ini adalah untuk mempamerkan koleksi kesenian Islam yang benar-benar mewakili keseluruhan dunia Islam. Hasil seni dari negara China dan Asia Tenggara juga banyak terdapat di sini. Tetapi kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kawasan muzium. Kami solat jamak di masjid negara yang terletak bersebelahan muzium.

Di Masjid Negara

Lebih kurang pukul 1700 kami terpaksa pulang kerana masa yang tidak mengizinkan. Tambahan pula perjalanan kami masih jauh lagi walaupun dalam perancangan kami akan melawat ke Pasar Seni. Lebih kurang 2300 kami tiba ke IPGM KSAH.

Sunday, July 19, 2009

Luahan Rasa : Kelas Tutorial (Pengguguran)

Hari ni waktu tutorial kelas ana kecoh apabila memperdebatkan tajuk yg pensyarah ana bagi, 'Pengguguran'.

Pasal pengguguran ni tiadalh hebat sangat tapi bila masuk bab kenapa berlakunya pengguguran. Apa lagi, masing-masing menyalahkan yg bukan jantina masing-masing. Wanita salahkan lelaki dan lelaki salahkan wanita.

Ana bukanlah nk salahkan perempuan 100% bila berlakunya dosa zina, sumbang mahram, maksiat dan macam-macam lagilah tentang ni. Tapi tadi ana menekankan peranan wanita itu sendiri yang tidak tahu menjaga aurat dan tatasusila pemakaian tanpa dinafikan peranan vcd lucah, media massa dan macam-macam lagi yg dapat mengusik nafsu lelaki ni tadi.

Di sini ana nak beritahu kepada para muslimah yg membaca pos ana ni, lelaki takkan berani untuk memulakan bicara apabila anda tak melayan kami.

Ada sahabat ana yg menyalahkan kaum adam kerana tidak dapat mengawal nafsu sendiri. Jadi dengan tiba-tiba ana teringat tazkirh yg ana baca, disampaikan oleh Ustaz Hj Zaharuddin.

Cuba kita tanya kepada wanita-wanita yg berpakaian seksi ini mengapa mereka berpakaian sebegini seksi? Pasti mereka akan menjawab untuk nampak cantik kononnya.

Kepada siapa mereka nak tunjukkan kecantikan tersebut? Mestilah kepada kaum lelaki.

Jadi di sini ingin ana ingatkan kepada kaum muslimah sekalian, cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyangkan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga kan.

Tapi perlu juga diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je. Demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar.

Tapi ada juga yang membantah apabila ana menyamakan wanita dengan ikan dan lelaki sebagai kucing. Habis macam mana dengan perempuan yang bertudung dan kanak-kanak yang kena rogol tu? Mereka bertanya dengan nada tak puas hati. Nasib baiklah ana ada baca pasal ni. Jadi, bolehlah ana jawab.

Ana tanya balik, seumur hidup anda pernah tak anda marah dengan sesangat-sangat marah. Muka mereka ni jadi pelik sebab apa kena mengena pula dengan benda ni kan. Ana terangkan balik, agaknya bila kita marah dengan tahap yg tertinggi sempat tak kita fikir bahaya atau tidak sesuatu tindakan tu? Pernah tak kita baca di dada akhbar ada ayah yg marah dengan tangisan kanak-kanak contohnya, apabila mereka marah mereka buat apa saja untuk membuatkan bayi itu diam. Ada yg tendang, ada yg tekup dengan bantal sampai mati, kena lempang pun ada juga kan. Ada wanita yg marah dengan kaum adam lalu dia membenci semua kaum adam dengan mengenakan syarat tak nak berkahwin lalu mengambil jalan untuk mengadakan hubungan musahaqah (lesbian). Bila kemarahan berada di tahap tertinggi, tak kira siapa pasti akan menjadi mangsa.

Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah.





"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kcantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yg suka berzina, kemudian turunlh ayat di atas yg memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti dan diganggu?" Balas mereka ni tadi.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bemaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dari mencapai matlamat umumnya. Sebnarnya, ayat itu nk beritahu bahawa seluruh wanita bertanggungjawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dgn menjaga aurat masing-masing".

Itulah antara ayat dikeluarkan ana yg ana ambil dari tazkirah Ustaz Hj Zaharuddin.

Jadi kepada wanita dan para muslimah sekalian, jagalah aurat anda sekalian. Ingin ana ingatkan syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

Dan ingin ana ingatkan sekali lagi cabaran terbesar kaum lelaki, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."


Seandainya ada lelaki yg mula merayu kepada anda, anda tolaklah dengan sikap yang tegas. Anda alihkan pandangan anda dari pandangannya dan seandainya sikap anda itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata-kata yang bukan-bukan atau seumpamanya dan menggunakan tangannya, cepat-cepatlah anda tanggalkan kasut dari kaki anda dan pukullah lelaki itu. Kalau anda lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar itu akan serentak menolong anda. Insyaallah.. Dan lelaki ini tadi pasti akan ngeri untuk mengganggu wanita terhormat seperti anda.

"Aurat Terjaga, Maruah Terpelihara"

Friday, July 17, 2009

Susah ke Jadi Wanita Islam

Ramai orang cakap susah jadi wanita Islam, lihat saja peraturan di bawah:

1) Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2) Wanita perlu meminta izin suaminya apabila hendak keluar tetapi lelaki tak perlu buat begitu.
3) Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4) Wanita menerima wasiat kurang dari lelaki.
5) Wanita perlu menanggung kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6) Wanita wajib taat pada suami tetapi lelaki tak perlu taat kepada isteri.
7) Talak terletak ditangan suami dan bukannya isteri.
8) Wanita kurang ibadahnya kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

TAPI!!!

Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan bersepah. Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

-Wanita perlu taat pada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankan ibunya seorang WANITA?

-Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala suami perlu menggunakannya untuk isteri dan anak-anaknya.

-Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh kejadian Allah swt di muka bumi ini, dan matinya kerana melahirkan anak adalah syahid.

-Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah, tetapi wanita jika taat suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya akan menerima pahala seperti orang yang pergi berperang tanpa perlu mengangkat senjata.

-Al-Muallim IPGM Ksah-

Thursday, July 16, 2009

Luahan Rasa : Minggu Pengurusan & Pertandingan Bola Jaring

Hari ni habis dah minggu pengurusan untuk pelajar junior ambilan Julai 09.

Kelas ana di amanahkan untuk menguruskan beberapa aktiviti sempena minggu pengurusan ni. tapi x banyak yg dapat kelas kami join sbb pelajar lelaki dan perempuan kelas ana kena masuk pertandingan bola jaring. Apa pun selamat datang kepada semua intake baru yang baru mendaftar sebagai student di sini.





Junior-junior BM

Untuk pertandingan bola jaring pula, dengan x disangka2 kelas ana masuk ke peringkat separuh akhir. Kalah pada pusingan pertama, rakan2 sepasukan semua bangkit pada perlawanan kedua dan ketiga. Boleh pula menang, x prnh main pun sebenarnya.

Apapun, pengalaman yg penting skali. Ada yg jatuh, ad yg koyak seluar, dan macam2 lagilah. Bez juga 2... Untuk perlawanan separuh akhir, kelas ana kalah dan penentuan tempat ke-3 dan ke-4, kelas ana menarik diri kerana sebab2 yg x dapat dielakkan.




Supporter yg x jemu2 mmberi semangat

Sunday, July 12, 2009

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

  • Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fatimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

  • Abu Bakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

  • Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

  • Utsman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

  • 'Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

  • Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

  • Rasulullah SAW berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

  • Malaikat Jibril AS berkata, "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

  • Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
sumber: http://www.tranungkite.net/teladan/teladan46.htm

Wednesday, July 8, 2009

Fadhilat Dan Amalan Di Bulan Rejab

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Lain-lain:
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
  • Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah.
  • Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.


DOA BULAN REJAB:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.


Sahabat sekalian,
Semoga apa yang dicatatkan ini mampu memberi manfaat buat kita semua dalam meningkatkan ibadat kita kepada Allah SWT. InsyaAllah.


Disalin dari: http://sweetsourbittersweetofzai.blogspot.com/2009/06/fadhilat-bulan-rejab.html

Saturday, July 4, 2009

33 Larangan Rasullullah SAW Terhadap Wanita

1) Wanita mendedahkan aurat

2) Wanita berpakaian menyerupai lelaki

3) Wanita bergaul bebas dengan lelaki bukan muhrim

4) Wanita bersalaman dengan lelaki bukan muhrim

5) Wanita berpakaian menyerupai pakaian orang kafir

6) Wanita menyambung rambut

7) Wanita mencabut, mencukur, atau menipiskan alis

8) Wanita mengikir gigi

9) Wanita melakukan tatu

10) Wanita melihat aurat sesama wanita atau bergabung dalam satu pakaian

11) Wanita melakukan musahaqah

12) Wanita memakai wangi-wangian agar dikagumi orang lain

13) Wanita memasuki pusat rawatan kecantikan awam

14) Wanita berkhalwat dengan lelaki bukan muhrim

15) Wanita tidak melayan kehendak suami

16) Wanita menceritakan rahsia hubungan suami isteri kepada orang lain

17) Wanita menerima tetamu lelaki bukan muhrim tanpa izin suami

18) Wanita keluar dari rumah tanpa izin suami

19) Wanita membenci dan menyakiti hati suami

20) Wanita mengingkari perintah suami yang baik

21) Wanita bermusafir tanpa muhrim atau suami

22) Wanita menceritakan sifat wanita lain kepada suaminya

23) Wanita berpuasa sunat tanpa izin suami

24) Wanita menginfakkan harta suami tanpa izinnya

25) Wanita kufur terhadap kebaikan suami

26) Wanita menyumpah anak

27) Wanita memaksa suami menceraikannya

28) Wanita memakai pakaian emas dengan sombong dan megah

29) Wanita menyakiti jiran tetangga

30) Wanita mencakar dan merobek pakaian ketika mendapat musibah

31) Wanita meratapi kematian

32) Wanita berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari

33) Wanita menziarahi kubur diiringi tangisan

Mohamed, D. H. (2008). 33 Larangan Rasullullah SAW Terhadap Wanita. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications.