Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Sunday, July 26, 2009

Luahan Rasa : Lawatan Penanda Aras BADAS

22-24 Julai 09. Pada tarikh ni Badan Dakwah & Surau IPGM KSAH (BADAS) telah mengadakan lawatan penanda aras ke KL. Seramai 41 orang peserta dan seorang pensyarah penasihat telah mengikuti lawatan kali ini yang diketuai oleh saudara Mohd Zulfadhli Bin Muhamad, Presiden Badas sendiri.

Kami berkumpul di pada hari Khamis di depan dewan utama lebih kurang pada pukul 1500. Tempat pertama yang kami pergi ialah IPGM KPI. Kami tiba di KPI lebih kurang pada pukul 2300 dan kami menetap serta tidur di sini untuk 2 malam. Pada hari esoknya, hari Jumaat, aktiviti pertama kami ialah sesi diskusi bersama badan surau KPI sendiri. Di sini, kami dapat berbincang tentang organisasi dan pengurusan surau, aktiviti kerohanian dan macam2 lagi yang berkaitan dengan IPGM masing2.

Sebelum bertolak

Di IPGM Pendidikan Islam

Selepas itu kami pergi ke JAKIM yang terletak di Putrajaya. Di sini kami didedahkan dengan peranan2 JAKIM di negara Malaysia ini. Kami solat dan makan tengah hari di sini yang disediakan oleh pihak JAKIM sendiri.


Lawatan ke JAKIM

Pada sebelah petangnya kami melawat pula ke Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang terletak di Bukit Kiara. Di sini kami didedahkan dengan bagaimana proses penyiaran dilakukan. Kami dibawa ke studio penggambaran untuk melihat sendiri bagaimana sesuatu penggambaran dilakukan dan alat2 yang digunakan. Kami juga telah dihidangkan dengan sedikit jamuan sebelum berangkat pulang ke KPI iaitu tempat penginapan kami. Kami makan malan di KPI dan berehat pada sebelah malam.




Lawatan di Bahagian Teknologi Pendidikan

Dan pada hari terakhir kami bersiap untuk meninggalkan KPI. Pihak KPI sekali lagi menyediakan sarapan sebelum kami berangkat pergi. Lawatan pertama pada hari ini ialah di Universiti Malaya. Di sini kami telah beramah mesra dengan beberapa orang Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPMUM). Tujuan kami adalah untuk mengetahui dan bertukar pendapat tentang organisasi dan pengurusan UM dan IPGM. Banyak yang kami dapat dari sesi perbincangan ini. Kami makan tengah hari di sini dan sebelum berangkat pergi kami telah dibawa ke pameran komputer yang berlangsung di UM.

Sesi perbincangan di UM



Sewaktu lawatan di UM

Tempat terakhir kami ialah Muzium Kesenian Islam.Muzium Kesenian Islam Antarabangsa ini mengandungi lebih dari tujuh ribu bahan artifak dan sebuah perpustakaan yang mengandungi sejumlah besar buku yang berkaitan kesenian Islam. Bahan-bahan artifak seni yang dipamerkan terdiri dari objek sekecil perhiasan yang indah hingga ke salah sebuah model Masjidil Haram yang terbesar di dunia. Objektif muzium ini adalah untuk mempamerkan koleksi kesenian Islam yang benar-benar mewakili keseluruhan dunia Islam. Hasil seni dari negara China dan Asia Tenggara juga banyak terdapat di sini. Tetapi kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kawasan muzium. Kami solat jamak di masjid negara yang terletak bersebelahan muzium.

Di Masjid Negara

Lebih kurang pukul 1700 kami terpaksa pulang kerana masa yang tidak mengizinkan. Tambahan pula perjalanan kami masih jauh lagi walaupun dalam perancangan kami akan melawat ke Pasar Seni. Lebih kurang 2300 kami tiba ke IPGM KSAH.

2 comments: