Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Sunday, July 19, 2009

Luahan Rasa : Kelas Tutorial (Pengguguran)

Hari ni waktu tutorial kelas ana kecoh apabila memperdebatkan tajuk yg pensyarah ana bagi, 'Pengguguran'.

Pasal pengguguran ni tiadalh hebat sangat tapi bila masuk bab kenapa berlakunya pengguguran. Apa lagi, masing-masing menyalahkan yg bukan jantina masing-masing. Wanita salahkan lelaki dan lelaki salahkan wanita.

Ana bukanlah nk salahkan perempuan 100% bila berlakunya dosa zina, sumbang mahram, maksiat dan macam-macam lagilah tentang ni. Tapi tadi ana menekankan peranan wanita itu sendiri yang tidak tahu menjaga aurat dan tatasusila pemakaian tanpa dinafikan peranan vcd lucah, media massa dan macam-macam lagi yg dapat mengusik nafsu lelaki ni tadi.

Di sini ana nak beritahu kepada para muslimah yg membaca pos ana ni, lelaki takkan berani untuk memulakan bicara apabila anda tak melayan kami.

Ada sahabat ana yg menyalahkan kaum adam kerana tidak dapat mengawal nafsu sendiri. Jadi dengan tiba-tiba ana teringat tazkirh yg ana baca, disampaikan oleh Ustaz Hj Zaharuddin.

Cuba kita tanya kepada wanita-wanita yg berpakaian seksi ini mengapa mereka berpakaian sebegini seksi? Pasti mereka akan menjawab untuk nampak cantik kononnya.

Kepada siapa mereka nak tunjukkan kecantikan tersebut? Mestilah kepada kaum lelaki.

Jadi di sini ingin ana ingatkan kepada kaum muslimah sekalian, cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyangkan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga kan.

Tapi perlu juga diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je. Demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar.

Tapi ada juga yang membantah apabila ana menyamakan wanita dengan ikan dan lelaki sebagai kucing. Habis macam mana dengan perempuan yang bertudung dan kanak-kanak yang kena rogol tu? Mereka bertanya dengan nada tak puas hati. Nasib baiklah ana ada baca pasal ni. Jadi, bolehlah ana jawab.

Ana tanya balik, seumur hidup anda pernah tak anda marah dengan sesangat-sangat marah. Muka mereka ni jadi pelik sebab apa kena mengena pula dengan benda ni kan. Ana terangkan balik, agaknya bila kita marah dengan tahap yg tertinggi sempat tak kita fikir bahaya atau tidak sesuatu tindakan tu? Pernah tak kita baca di dada akhbar ada ayah yg marah dengan tangisan kanak-kanak contohnya, apabila mereka marah mereka buat apa saja untuk membuatkan bayi itu diam. Ada yg tendang, ada yg tekup dengan bantal sampai mati, kena lempang pun ada juga kan. Ada wanita yg marah dengan kaum adam lalu dia membenci semua kaum adam dengan mengenakan syarat tak nak berkahwin lalu mengambil jalan untuk mengadakan hubungan musahaqah (lesbian). Bila kemarahan berada di tahap tertinggi, tak kira siapa pasti akan menjadi mangsa.

Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah.





"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kcantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yg suka berzina, kemudian turunlh ayat di atas yg memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti dan diganggu?" Balas mereka ni tadi.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bemaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dari mencapai matlamat umumnya. Sebnarnya, ayat itu nk beritahu bahawa seluruh wanita bertanggungjawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dgn menjaga aurat masing-masing".

Itulah antara ayat dikeluarkan ana yg ana ambil dari tazkirah Ustaz Hj Zaharuddin.

Jadi kepada wanita dan para muslimah sekalian, jagalah aurat anda sekalian. Ingin ana ingatkan syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

Dan ingin ana ingatkan sekali lagi cabaran terbesar kaum lelaki, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."


Seandainya ada lelaki yg mula merayu kepada anda, anda tolaklah dengan sikap yang tegas. Anda alihkan pandangan anda dari pandangannya dan seandainya sikap anda itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata-kata yang bukan-bukan atau seumpamanya dan menggunakan tangannya, cepat-cepatlah anda tanggalkan kasut dari kaki anda dan pukullah lelaki itu. Kalau anda lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar itu akan serentak menolong anda. Insyaallah.. Dan lelaki ini tadi pasti akan ngeri untuk mengganggu wanita terhormat seperti anda.

"Aurat Terjaga, Maruah Terpelihara"

2 comments:

  1. setuju dengan tulisan awak...
    tapi, yg part last 2...
    takut kalau lawan balik lelaki,nnti lelaki 2 makin bertindak kasar...
    habislah...2 yg saya takut...

    ReplyDelete
  2. Tahniah ats sharing dan peringatan yang baik. Ya, betapa ramai antara kita yang terlupa memikirkan orang lain, kerana hanya mementingkan diri sendiri. Sedangkan mereka tidak menyedari risiko2 yang bakal berlaku kerana kesilapan mereka, yang bukan hanya akan memudaratkan diri sendiri, tapi juga memBAHANAkan orang lain.

    "Janganlah mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan".. maksud dr firman Allah.


    Pengguguran adalah presented problem. Masalah sosial yang berhambur kini adalah presented problem.
    Maksiat yang berleluasa, juga jenayah yang saban hari berlaku, semuanya adalah presented problem..

    Namun, Jauh didasarnya yang harus kita cari gali dan muhasabahkan, apakah penyebab kepada segala ini berlaku.. Apakah masalah utama yang menyebabkan perkara-perkara ini berlaku.. kerana disanalah letaknya d 'REAL PROBLEM'nya....

    Penyelesaian sebenar ada disana.

    Islam sebenar...harus kita kembali..


    wallahualam. just my 2cent.=) keep writing!

    -Dr Ahyana

    ReplyDelete