Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Sunday, March 6, 2011

Luahan Rasa : Teguran Biarlah Berhikmah



Ramai yang bertanya tentang tajuk yang ana poskan ni. Bagaimana ya kita nak menegur seseorang tu? Ada yang kata susah, ada yang kata berat dan macam-macam lagi bila ingin menegur sahabat atau rakan-rakan kita. Ana juga bukanlah manusia yang sempurna. Sentiasa melakukan kesilapan. Kadangkala ana sendiri yang menegur dan kadangkala ana juga perlu ditegur. Tapi ana lebih suka menggunakan pendekatan yang ana gunakan.

Antaranya ialah dengan menggunakan lafaz gurauan. Bagaimana? Hmm... contohnya apabila kita ingin menegur seorang perempuan yang tidak menutup aurat, cuba katakan secara gurau dan santai. Jangan biarkan mereka terasa bahawa kita menegur mereka.

Keduanya, jangan samakan diri kita dengan dirinya. Kita harus sedar kita di didik dari keluarga yang berlainan. Kenalilah orang yang ingin kita tegur itu dengan sebaiknya. Cuba juga selidiki latar belakang keluarganya. Contohnya jika kita lihat dia tidak tahu menjaga kebersihan, kita cuba cari apa puncanya. Mungkin kerana dari kecil dia tidak pernah buat. Mungkin juga kerana dia keluarga yang berada, jadi sudah tentu ada orang gaji.

Seterusnya hargai bila dia mengakui kesilapannya. Ini adalah penting untuk dia mempercayai kita. Jangan terus menyalahkan si dia bila dia bercerita tentang kesalahan yang dilakukannya tetapi perlulah dihargai dengan sebaiknya.

Selain itu, jangan kita sesekali mengungkit tentang kebaikan yang kita lakukan. Contohnya, kita mengatakan kepadanya "INGAT AKU RUGI KE TAKDE KAWAN MACAM KAU! AKU BOLEH CARI KAWAN YANG LEBIH BAIK DARI KAU TAU TAK?"

Hormati juga pendiriannya. Mungkin pendiriannya itu adalah sesuatu yang tidak kita suka di samping terus berusaha menegur mereka. Kita harus ingat bahawa setiap orang itu adalah berbeza.

Dan akhir sekali yang boleh ana kongsikan ialah apabila dia bercerita tentang masalahnya kepada kita, percayalah... itu tandanya dia percaya kepada kita. Oleh itu, jangan buat dia hilang kepercayaan kepada kita. Jagalah apa yang diceritakan kepada kita itu sebaiknya. Insyaallah, jika dia percaya kepada kita, dia akan terus menceritakan segala masalahnnya kepada kita. Jangan sesekali kita ceritakan masalahnya kepada orang lain termasuk ibu bapanya jika masalahnya itu tidak terlalu serius. Ini bermakna dia lebih mempercayai kita berbanding orang lain. Bila kita ceritakan masalahnya kepada orang lain, percayalah... dia tidak akan pernah lagi menceritakan masalahnya kepada kita.

Banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan dan apa yang ana ceritakan adalah antara pendekatan yang ana pernah ana gunakan. Contohnya untuk menegur sahabat ana yang amat payah untuk melakukan solat 5 waktu. Ianya mengambil masa yang sangat lama tetapi alhamdulillah, si dia sudah mula melakukan solat walaupun tidak cukup 5 waktu. Mungkin dari yang sedikit ini, akan membawa perubahan kepada dirinya.

Begitu juga dengan kawan perempuan yang pernah ana tegur dan ana ceritakan di pos sebelum ni. Tetapi kita harus ingat, walaupun tak semua boleh menerima, pasti akan ada yang boleh menerima teguran kita.

Jangan juga berkawan kerana kebaikannya, tetapi berkawanlah kerana keburukannya. Kerana dengan sedikit kebaikan darinya pasti kita akan hargai.

Ana juga pernah ditegur kerana melakukan kesilapan dan ana juga bukanlah orang yang tidak boleh menerima teguran. Tetapi seperti tajuk pos ana di sini, TEGURAN BIARLAH BERHIKMAH...

Sekadar pandangan dari ana sendiri. wallahualam.

No comments:

Post a Comment