Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Sunday, February 6, 2011

Luahan Rasa : Krisis Mesir


Bila ana membaca kembali rentetan kejadian yang berlaku di Mesir, ana rasa kasihan dengan pelajar terutama sahabat-sahabat ana di sana. Seperti yang pernah ana dengar ada antara pelajar Malaysia yang diacukan pistol. Tidak kurang juga yang tercedera di muka akibat ditembak, dirampas kamera dan memori kad telefon dan banyak lagi kisah yang ana dengar.



Sehingga sekarang sahabat ana memberitahu Universiti Al-Azhar diberi cuti selama setahun dan universiti-universiti lain diberi cuti selama beberapa bulan. Ana juga kasihan dengan sahabat ana yang berada di tahun akhir. Tetapi diberitahu mereka boleh mengambil periksa di Malaysia. Sama ada betul atau tidak, wallahualam. Mudah-mudahan urusan mereka dipermudahkan.

Menurut sahabat ana yang menetap di Mansoura pula, keadaan di tempat beliau sangat teruk. Orang ramai dibunuh, rumah-rumah dirompak, anggota polis tidak menjalankan tugas dan terdapat kira-kira 6000 tahanan di merata tempat. Air secawan juga mencecah ratusan ringgit. Menakutkan juga bila ana dengar kisah sahabat ana ni. Diminta mereka menjaga diri mereka sebaik mungkin dan mendengar arahan yang dikeluarkan.

Apapun alhamdulillah, kerajaan Malaysia memandang berat dan mengambil serius tentang keselamatan pelajar Malaysia di sana. Dan terbaru, kumpulan pertama pelajar dari Mesir sudah pun tiba ke Malaysia dan pelajar yang lain akan dibawa secara berperingkat. JAKIM juga turut menyediakan penginapan percuma di ILIM sebaik tiba di KLIA sebelum pulang ke rumah masing-masing. Mudah-mudahan segala perjalanan mereka akan berjalan lancar sehingga selesai.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment