Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Sunday, January 30, 2011

Luahan Rasa : Karya Teragung

Karya teragung? Tajuk macam best je..
Sebenarnya takdelah best pun, karya ana waktu bersekolah dulu je. Ni antara lukisan yang ana masih simpan. Dari tak tahu apa-apa tentang mewarna, sekarang dah bolehlah sikit-sikit dari tak tahu langsung kan..

Lukisan nak conteng..



Ni kalau tak silap practice untuk exam setengah tahun waktu Tingkatan 5


Dan inilah hasilnya ..

Tapi ana tak berpuas hati kerana ana rasa memang masih banyak yang perlu dibaiki lagi skill-skill ana untuk menggunakan cat air. Jadi pada bulan Ogos 2007, ana telah menyertai Bengkel Seni Lukis dan Seni Reka: Cat air di Galeri Seni Johor yang disertai oleh beberapa orang pelajar sahaja dari seluruh negeri Johor. Bengkel ini berlangsung seminggu sekali dan ana perlu hadiri bengkel tersebut selama 4 minggu. Tambahan pula, sebagai persediaaan untuk peperiksaan SPM nanti.



Menggunakan pensel warna yang 'famous', jenama 'Luna' dan 'Faber Castell'.. hu3..


Media krayon berjenama "Buncho"



Seterusnya Kaligrafi Rumi.......................................

Awal-awal pembabitan dalam bidang kaligrafi waktu Tingkatan 3

Kaligrafi ini ditulis sewaktu Pertandingan Menulis Kaligrafi Peringkat Sekolah sempena Hari Koperasi Sekolah.

Mewakili daerah ke peringkat negeri.


Lukisan di belakang tu nampak je macam tu. Tapi harganya RM 100 tu... beeeeeesssssssstttttt!

Real Talent..

Lukisan ni pula untuk Peperiksaan SPM 2007. Alhamdulillah ana dapat A1 untuk subjek Pendidikan Seni Visual.

Untuk Kerja Kursus SPM, ana telah memilih tajuk "Batik". Kerja kursus ni mengambil masa beberapa bulan dan ditaksir oleh Pentaksir dari luar. Alhamdulillah, ana dapat markah 90 lebih. Tak sia-sia usaha ana, tak lupa juga kepada ayah ana yang banyak membantu untuk menyiapkan kerja kursus ini.







Hasil skarf dan tali leher dari air tangan ana sendiri...


Seterusnya untuk Tulisan Khat....

Karya-karya ana untuk tulisan khat waktu sekolah dulu semua ana tak simpan. Banyak yang dihantar untuk pertandingan, jadi tak dapat baliklah. Ni antara yang masih ada..

Waktu ni ana menerima tempahan menulis nama dari tulisan khat.

Lebih kurang macam nilah yang ana jual. Tapi mengikut selera pembeli juga. Mungkin ada yang suka tulisan dan bentuk khat yang lain..



Pertandingan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 2010


Pertandingan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 2009

6 comments:

  1. i recognized those paintings!!!!!
    waaaa.. really miss those moments,
    unfortunately, mine were already buried, unexpectedly, sadly, but true!
    i haven't tell u about it right??
    -kena makan anai2, nothing left anymore ;(((

    ReplyDelete
  2. timy kenal lagi ye lukisn tu.. mestilah, aada yang berpuluh ringgit, ada yang beratus ringgit. (ceh, saja je)

    tapi tu azim punya, lukisan kita buat di jb mana dapat balik. dapat ambil gambar je. apapun masa perjumpaan ke-3 di jb tu timy is the best. hamper besar tu.

    tapi memang sayanglah kalau lukisan yang kita buat hilang. timy boleh buat lagi apa. he3.. azim dah habis sekolah baru nak mencari lukisan yang pernah azim buat dulu. tu jela yang ada..

    ReplyDelete
  3. tahh, sedih gilerr.. rasa cm da xd hati plak bila sumenye rosak, huuu.. xde kenangan lgsg, ;(((
    tinggal cenderahati yg dpt time tu je, hihi
    btw, simpan leklok paintings tu tau, keep up ur good work! :)

    ReplyDelete
  4. mestilah azim akan simpa elok2..
    nak tunjuk anak cucu nanti..
    cenderahati ada lagi kira oklah tu. tak silap tempat letak gambar dengan set cawan satu set kan.oklah tu..
    anyway thanks timy..

    ReplyDelete
  5. teruja melihat hasil Azim...tahniah.

    ReplyDelete
  6. siapa ye ni? apapun terima kasih saya ucapkan..

    ReplyDelete