Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Wednesday, January 26, 2011

Nak tanya, awak tak rimas ke?

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.
"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.



" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.

" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil bermonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.

dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...


(Perkongsian dari ukhti fillah, berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM)

8 comments:

  1. bila terbaca entry ni..ana teringat apa yang pernah ana lalui...
    dalam dunia yang penuh dengan fitnah ni..
    susah untuk kita berdiri atas landasan islam..
    tapi hanya iman sahaja yang mampu menggagahkan diri kita..
    ya mungkin banyak kita dengar...
    bila pakaian ahli syurga ini, direndah-rendahkan pada zaman ini..tudung..hanya sebagai satu istilah sahaja pada zaman ini..
    jubah sekarang ni bermacam-macam bentuk dan fesyen..
    bila yang pakai tudung labuh..sesetengah mereka memandag serong terhadap si pemakai..
    " ala bajet alim la 2"..
    itu yang boleh ana kongsikan kat sini..
    ana sndiri mengalami pengalaman tersebut..
    lebih menyedihkan lagi,bila saudara2 terdekat yang mengatakan begitu..
    kadang2 air mata ni tak mampu tahan..
    sakit bila mendengarnya tetapi mampu lagi tersenyum..
    tapi.ibulah yang banyak memberi nasihat..
    "nak masuk syurga,kene berlatih jadi ahli syurga kat dunia ni ,kak ngah.." aku bersyukur dapat ibu sperti dia..
    ana cuba istiqamah apa yang ana pakai..
    biarlah orang kata kolot..tapi ana rasa selesa dan selamat..

    (boleh x nak komen pasal blog ni?)

    ReplyDelete
  2. syukran ya anti..

    anti, anti seharusnya bersyukur kerana hanya saudara-saudara terdekat sahaja yang tidak memberikan sokongan.

    ada dalam kalangan sahabat ana yang ibunya sendiri tidak menyukai anaknya memakai tudung labuh. tetapi ana memujinya kerana dia bersungguh-sungguh untuk memakai tudung labuh sehinggalah sekarang ibunya boleh terima perubahan dia.

    memang tidak mudah tetapi bukan bermakna tidak boleh. yang penting usaha dan keyakinan kita.

    anti nak komen apa ye?

    ReplyDelete
  3. emm...ana follow blog anta ni scra x lansung..
    ana x ad blog nak d kongsikan..
    semua blog mengetengahkan konsep yang berbeza2..
    ana cadangkan shj..
    apa kata,anta cube menulis idea anta sndiri..
    pndapat anta...cetusan idea anat sendiri..
    sbagai cntoh blog ni...
    niqobgirl.blogspot.com
    ana slalu nak bkak blog ni..
    mungkin anta dah follow blog ni..wa Allahu 'alam..
    cetusan idea sndiri daripada si penulis..menceritakan kehidupan beliau..tapi dalam masa yang sama,dia berdakwah pada semua..
    ana sendiri rasa, follower blog anta juga ingin membaca pendapat anta sendiri..
    ini cuma idea ana..asif,jika keterlaluan..:)

    ReplyDelete
  4. ye, syukran atas komen tersebut..

    sebenarnya ana ada juga menulis tentang diri dan kehidupan ana. jika anti perasan, pos ana yang bermula dengan "luahan rasa......" adalah merupakan tulisan ana sendiri.

    pos yang ana copy merupakan artikel2 yang ana minat. kadangkala batasan waktu sebagai pelajar juga menjadi faktor..

    syukran sekali lagi untuk komen anti. apapun setiap orang ada pendapatnya masing-masing dan ana terima komen dari anti dengan hati terbuka. syukran..

    ReplyDelete
  5. nice story..tahniah buat akhi..bila baca note yang akhi tulis teringat saya pada diri saya sendiri..dalam keluarga ana pun tak ade pun yang pakai tudung labuh..ana seorang je..itu memang niat ana dan alhamduillah keluarga ana dapat terima,saudara mara pun tak pernah memprtikaikan..sebnarnya ia bermula dengan niat kita untuk memakainya..

    ReplyDelete
  6. Mohon di share di fb ye..sekadar perkongsian bersama sahabat..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. subhanallah...
    artikel tersebut hanya sekadar perkongsian ya ukhti.

    apapun anti harus bersyukur kerana tiada halangan untuk bertudung apatah lagi bertudung labuh.

    apapun semoga istiqamah ya ukhti...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat