Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Tuesday, October 19, 2010

Luahan Rasa : Bina Insan Guru 2/2010


Pada 9 Oktober 2010 yang lalu ahli kumpulan saya bersama kumpulan Pendidikan Seni Visual telah menghadiri Program Bina Insan Guru (BIG) bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampong Setar, Yan. Seramai sembilan belas peserta dari kumpulan Bahasa Melayu dan dua puluh satu orang pelajar dari kumpulan Pendidikan Seni Visual telah menyertai aktiviti ini. Program ini berjalan selama lebih kurang sepuluh jam dan kami harus membuat aktiviti kemasyarakatan di sini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong, mengecat mural, berkebun, dan sebagainya. Kami telah dibahagikan kumpulan sebelum menghadiri program ini bagi memudahkan urusan dan saya telah diletakkan di bawah AJK Perkebunan.

Kami dikehendaki berkumpul di IPG Kampus Sultan Abdul Halim seawal 7.30 pagi dan bertolak dengan menaiki bas lebih kurang pada pukul 8.15 pagi dan tiba di simpag ke Sekolah Kampung Setar lebih kurang pada pukul 9.30 pagi. Saya dan ahli kumpulan yang lain terpaksa berjalan kaki sejauh 2 kilometer kerana bas yang kami naiki tidak boleh masuk ke kawasan kampung kerana jalan yang sempit. Walaubagaimanapun perjalanan saya sangat menyeronokkan kerana sepanjang perjalanan ke sekolah saya dapat melihat pelbagai pemandangan yang menarik seperti sawah padi dan Gunung Jerai yang ada di hadapan saya

Setibanya di Sekolah Kebangsaan Kampong Setar, saya lihat ada ahli kumpulan yang telah memulakan kerja. Ini kerana saya berjalan lambat kerana asyik dengan panorama di Kampung Setar. Saya telah disuruh untuk menanam bunga dan menyangkul rumput di kawasan sekolah. Saya membuat kerja bersama rakan-rakan dan guru di sekolah tersebut.


Selesai sahaja kerja tersebut, saya menolong pula rakan-rakan mengangkat batu sungai sebagai hiasan untuk bunga-buga yang saya dan rakan-rakan tanam sebentar tadi. Mengangkat batu lebih memenatkan kerana selain bilangan yang banyak, saya juga terpaksa mengangkat batu yang besar. Kami menghias dengan meletekkan batu di sekeliling bunga yang saya tanam. Sambil saya melakukan kerja, saya sempat menjamu sarapan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Selepas sahaja kerja saya selesai, saya menolong pula rakan-rakan saya membuat sifir di dinding sekolah. Kami membuat sifir satu hingga dua belas di setiap tiang sekolah. Kemudian saya menolong pula dua orang sahabat saya yang menanam bunga di tepi kolam sekolah. Saya melihat mereka menanam dari sejak saya sampai, saya beranggapan mereka agak lambat kerana perempuan. Jadi saya menolong mereka menggembur tanah bagi memudahkan kerja mereka menanam. Saya menolong mereka hingga selesai bunga yang terakhir. Dan di sinilah peluh saya bagaikan orang yang baru selepas mandi.

Saya agak kepenatan selepas melakukan kerja-kerja berat. Saya mengambil kesempatan untuk berjalan melihat rakan-rakan yang lain mengecat mural dan sebagainya. Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari, saya berhenti rehat dan makan tengah hari di kantin sekolah. Selepas itu saya solat zuhur di surau sekolah dan kemudian saya berehat di dalam perpustakaan selama lebih kurang satu jam.



Masa yang ada saya gunakan pula untuk menolong rakan-rakan mengecat mural dan kami pulang lebih kurang pada pukul 5.30 petang. Saya dan rakan-rakan dibawa pulang melalui jalan pantai dan saya rasa penat lelah saya hilang melihat pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan pulang. Kami tiba di IPG lebih kurang pukul 6.00 petang.




No comments:

Post a Comment