Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Wednesday, August 31, 2011

Luahan Rasa : Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah Semester 4/2011

Laporan Hari pertama 22/08/2011

Pada hari ini saya telah melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah sekolah berhampiran rumah saya iaitu Sek Keb Bandar Putra. Saya akan berada di sekolah ini selama lima hri bermula hari ini. Ini merupakan PBS terakhir saya memandangkan saya sudah berada disemester ke-empat.

Seperti biasa saya datangke sekolah pada pukul 7.00 pagi dan terus menuju ke pejabat untuk melapor diri. Saya telah melakukan PBS ini bersama tiga orang rakan yang mana seorang dari IPG Kampus Tun Hussain Onn dan dua orang lagi dari IPG Kampus Kota Baru. Jadi saya tidak keseorang sewaktu membuat PBS di sini.

Selepas itu saya menghadirkan diri ke perhimpunan dan berkenalan dengan guru-guru di sekolah ini. Guru pertama yang banyak membantu saya pada hari ini ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Abd Latip. Guru besar yang sepatutnya saya jumpa, tidak hadir kerana urusan yang tidak saya ketahui.

Hari pertama saya di sini saya telah diminta menggantikan dua kelas iaitu darjah tiga dan darjah dua. Saya masuk ke kelas bersama seorang kawan saya tadi. Sewaktu di kelas saya lebih banyak berbual-bual dengan pelajar. Pada waktu lapang pula saya mengambil kesempatan membuat kerja kursus yang telah diberikan oleh pensyarah dan saya pulang pada pukul 1.30 tengah hari.


Laporan PBS Hari Kedua 23/08/2011

Hari ini saya datang seperti biasa dan telah menemubual seorang pengawal keselamatan di sekolah ini. Setelah itu, saya menyambung kerja saya di tempat yang telah disediakan. Oleh kerana hari ini saya membawa kamera, saya juga telah mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di sekitar kawasan sekolah di samping melihat sendiri persekitaran sekolah.

Pada saya sekolah ini mempunyai persekitaran yang sangat menarik dengan hiasan dan bilik khas yang menarik. Terdapat juga sudut bacaan yang banyak di sekitar sekolah ini. Saya juga telah menolong pembantu pejabat menghias pejabat pada hari ini. Saya menolong mengayam ketupat dan manggantungkannya bagi memeriahkan pejabat.


Di akhir waktu, saya telah masuk ke kelas darjah 1 kerana mengggantikan seorang guru yang tidak hadir. Saya pulang pada pukul 1.30 petang.


Laporan Hari Ketiga 24/08/2011

Pada hari ini setibanya saya di sekolah, saya telah bertemu dengan seorang guru Bahasa Melayu. Saya telah mengadakan sesi kolaborasi dan perbincangan tentang subjek ini bersama beliau. Selain itu, saya juga berjumpa Pembantu Am sekolah ini untuk bertanya serba sedikit tentang sekolah ini.

Kemudian, saya dan rakan-rakan sePBS saya telah dipanggil untuk berjumpa guru besar sekolah ini. Sepanjang pemerhatian saya di sekolah ini, saya melihat guru besar merupakan seorang yang tegas dan sentiasa sibuk dengan tugasan sebagai seorang guru besar. Banyak nasihat yang diberikan beliau kepada kami sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan nanti. Antara nasihat yang beliau beri ialah hidup ini jangan sesekali menyusahkan orang. Kita juga perlu belajar cara untuk mengajar dan menarik minat murid-murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Beliau juga mengingatkan supaya kami guru baru agar sentiasa bersemangat untuk mengajar. Jangan hanya pada awal bekerja sahaja.

Selepas itu saya telah masuk ke kelas darjah 3 dan 4 untuk mengadakan pertandinagn mewarna sempena bulan kemerdekaan. Pertandingan ini berakhir pada jam 12.20 tengah hari untuk tahap satu dan 1.20 petang untuk tahap 2.

















Laporan Hari Keempat 25/08/2011

Pada hari ini saya lebih banyak masa yang terluang. Jadi masa yang terluang ini saya gunaka untuk membuat segala tugasan yang diberi pensyarah. Selain itu, saya juga telah mendapatkan tandatangan dari guru-guru untuk memenuhkan borang kolaborasi yang perlu diisi untuk setiap PBS.

Setelah itu saya telah mendapatkan tandatangan dari guru besar untuk borang kehadiran dan sahsiah pada hari ini kerana guru besar khuatir, beliau akan sebik pada hari esok. Ini kerana pada hari esok akan berlangsung Majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah dan beliau perlu merasmikan majlis tersebut.

Sebelum pulang, guru besar telah berjumpa kami dan sekali lagi mengingatkan tentang tanggungjawab sebagai seorang guru yang bukannya mudah, bahkan semakin sukar lebih-lebih lagi di era globalisasi ini.


Laporan Hari kelima 26/08/2011

Pada hari ini berlangsungnya majlis khatam al-quran peringkat sekolah di surau. Pelajar yang terlibat ialah pelajar tahap dua manakala pelajar tahap satu dikumpulkan di dewan untuk mendengar bacaan al-quran dan berzikir. Saya juga mengambil banyak gambar sewaktu majlis ini berlangsung. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada jam 9.00 pagi. Setelah itu, semua pelajar kembali ke kelas untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

Masa yang ada saya gunakan untuk menyambung membuat tugasan saya. Oleh kerana hari ini hari terakhir saya berada di sekolah ini, saya mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama rakan sePBS saya dan bersalam bersama guru-guru di sekolah ini. Saya juga sempat mengucapkan ucapan terima kasih dan memohon maaf atas segala kesilapan. Saya pulang pada pukul 12.00 dan bersiap untuk menunaikan solat jumaat.

















huhuhu... cikgu-cikgu yang terlebih posing........

Kewajiban Isteri Terhadap Suami, "Syurgalah Tempatmu".

Dalam hal ini telah banyak diceritakan oleh Hadis Nabi SAW. Antara lain baginda bersabda, “Setiap perempuan yang mati dimana suaminya rela kepadanya, pasti dia masuk syurga.”

Seorang lelaki keluar hendak pergi dan berjanji kepada isterinya agar jangan turun dari rumahnya di bahagian atas ke bawah. Padahal ayah si isteri sedang sakit di bawah. Si isteri menyampaikan utusan kepada Rasulullah SAW mohon izin menziarahi ayahnya.

Rasulullah SAW BERKATA, “Taatilah suamimu!” Sehingga ayahnya meninggal. Maka dia menyampaikan utusannya lagi kepada Rasulullah SAW mohon izin turun menziarahi ayahnya. Rasulullah SAW mengatakan, “Taatilah suamimu.” Kemudian ayahnya meninggal dan Nabi menyampaikan utusannya kepada perempuan itu serta mengkhabarkan kepadanya bahawa ayahnya telah mendapat ampunan dari Allah SWT sebab ketaatannya kepada suaminya.

Juga Rasulullah SAW bersabda: “Manakala seorang perempuan telah solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga farajnya dan mentaati suaminya, masuklah dia ke Syurga Tuhan-Nya...”

Rasulullah SAW bersabda:

“Aku melihat isi neraka ternyata kebanyakan penghuninya adalah perempuan.” Kami bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah?” Baginda berkata, “Mereka banyak bersumpah dan meremehkan suami yang miskin.” Dari riwayat lain, “Aku melihat syurga, ternyata sedikit sekali perempuan.” “Aku bertanya dimanakah perempuan?” Baginda berkata, “Mereka sibuk dengan arak, emas dan za’farah(parfum).”

Aisyah ra berkata, “Seorang gadis datang kepada Rasulullah SAW, dia berkata, “Ya Rasulullah, aku seorang gadis yang telah dilamar. Namun aku tidak suka berkahwin.

Maka apakah kewajipan isteri terhadap suami?” Rasulullah SAW bersabda:

“Kalau dari hujung rambutnya sampai hujung kakinya penuh nanah, lalu kamu menyikatnya, itu pun belum cukup kesyukuranmu kepadanya.” Gadis itu berkata, “Aku tidak akan berkhawin!” Rasulullah berkata, “Khawinlah! Itu lebih baik.”

Telah berkata Ibnu Abas ra, bahawa, “Seorang perempuan dari Khats’am datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata, “Aku ini gadis yang telah dewasa aku ingin sekali berkhawin. Maka apa hak suami itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Hak suami yang ada pada isteri adalah jika suami menginginkannya maka dia tidak boleh menolaknya. Janganlah isteri memberikan sesuatu dari dalam rumahnya kecuali dengan izin suami. Jika isteri melakukan demikian, maka dia berdosa dan pahalanya untuk suami. Termasuk haknya pula hendaklah seorang isteri tidak berpuasa kecuali setelah ia mendapat izin dari suaminya. Jika dia lakukan (tanpa izinnya) maka dia hanya lapar dan dahaga sahaja serta puasanya tidak diterima. Dan jika isteri keluar tanpa izin dari suaminya, maka malaikat melaknatinya sampai dia kembali ke rumahnya atau bertaubat.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Kalau boleh aku perintahkan kepada seseorang agar bersujud kepada seseorang, maka aku perintahkan kepada perempuan agar bersujud kepada suaminya kerana betapa besar hak suami kepada isteri.”

Baginda bersabda pula:

“Yang terdekat seorang isteri kepada Tuhannya adalah manakala dia sedang berada di dalam rumahnya. Dan sesungguhnya solatnya di halaman rumahnya, lebih utama daripada di masjid. Sedang solatnya di dalam rumah lebih utama daripada solatnya di halaman rumahnya. Dan solatnya di biliknya lebih utama daripada solatnya di rumahnya.”

Oleh kerana Rasulullah SAW bersabda:

‘Perempuan itu aurat. Ketika dia keluar, syaitanlah yang menyambutnya.”

Juga baginda bersabda:

“Perempuan itu punya sepuluh aurat. Jika dia telah khawin, maka suami menutupi satu aurat. Jika dia telah mati, maka kubur menutupi sepuloh aurat.”

Memang kewajipan isteri terhadap suami amat banyak. Yang terpenting ada dua, iaitu menjaga dan menutupi. Kemudian jangan meminta diluar kemampuan suami sehingga mendorong suami membuat pekerjaan haram. Demikianlah kebiasaan isteri pada zaman dahulu.

Jika suami keluar rumah, isteri atau anak berkata, “Takutlah dari usaha haram. Kami tahan berlapar dan miskin memakan yang haram. Sungguh tidak ada penolong atas neraka.” Bahkan pernah seorang lelaki salaf hendak pergi. Rupanya tetangganya tidak menyukai pemergiannya. Mereka berkata kepada isteri lelaki itu, “Mengapa engkau relakan pemergiannya? Dan tidak meniggalkan nafkah untukmu?”

Si isteri itu berkata, “Sejak aku kenal, suamiku memang banyak makan dan tidak kulihat banyak rezeki. Sedang aku ada Tuhan Pemberi Rezeki. Oleh kerananya pergilah tukang makan dan tinggallah yang diberi rezeki.” Termasuk kewajipan seorang isteri hendaklah dia tidak membazirkan harta suaminya. Bahkan dia mesti menjaganya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak halal isteri memberi makanan dari rumah suaminya melainkan dengan izinnya kecuali makanan yang telah lama dan dikhuatirkan akan basi. Jika dia memberikan makanan dengan mendapat redha suami, maka untuk isteri seperti pahala suami tapi bila dia memberi makan tanpa mendapat izinnya, maka bagi suami mendapatkan pahala dan bagi isteri mendapat dosa.”


Asma’ binti Kharijah al-Fazari berkata kepada anak perempuannya ketika berkahwin,

“Kamu telah keluar dari sangkar di mana kamu tinggal. Kini kamu hendak pergi kepada selimut di mana engkau tidak mengenalinya serta teman dimana kamu belum biasa. Maka hendaklah kamu menjadi tanahnya, tentu dia akan menjadi langitmu. Hendaklah kamu menjadi atapnya, dia akan menjadi tiangmu. Hendaklah kamu menjadi umatnya, maka dia akan menjadi abdmu. Jangan kamu merenungnya sehingga dia melepaskanmu dan jangan pula kamu menjauhinya, sehingga dia melupakanmu. Jika dia mendekatimu, dekatlah kepadanya. Jika dia sedang menjauhimu, jauhilah dia. Jagalah hidungnya, telinganya, dan kedua matanya. Jangan sampai dia mencium darimu melainkan yang baik. Jangan sampai dia mendengar melainkan yang elok. Dan jangan sampai dia melihat melainkan yang indah."

Dipetik dari facebook seorang sahabat. Kredit kepada penulis.

Friday, August 26, 2011

Mahar Yang Tinggi Untuk Apa?

Bujang Senang dan Bujang Belum Terlajak

Hujung tahun yang semakin hampir sebegini sememangnya para ‘bujang senang’ mahupun ‘bujang belum terlajak’ mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.

Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.

Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.



Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.

“Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k.”

“Anak Pak Seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu.”

“Anak saya kahwin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun.”

Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.

Anak Aku Paling Mahal

“Anak aku la paling ‘mahal’ setakat ni dalam kampung kita,” dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.

Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.

“Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi,” kata Lina.

“Hang gila ke apa? Aku bagi hang belajaq sampai Master, hang nak bagi kat dia RM2k aje? Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu,” balas Mak Andak pada Lina.

Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan menderhaka. Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwinan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.

Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.

Martabat Wanita Di Sisi Agama

Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.

Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.

Suami Akan Lakukan Yang Terbaik

Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda. Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.

Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.

Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.

“Aku bayar sampai RM11k, ingatkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai, masak kari pun masin dan bla bla bla….”

Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.

Pesan Rasulullah s.a.w

Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana Nabi menyebut,
“Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya.”
“Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya.”
“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.”
“Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi.”

Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain. Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.

Dipetik dari sini.

Tuesday, August 23, 2011

Kisah Setia Seorang Sahabat

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.


Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.

Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.

Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

" Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja. "Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.

"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang. "Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang. "Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya.

Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" "Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

" Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!

Dipetik dari Facebook. Award kepada penulis cerpen ini.

Nazrey Johani - Muslimah

Seakan ada getaran pabila membaca dan menghayati lirik lagu ni....



Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu


Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia


Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati


Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya


Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati


Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya


Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah


Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah


Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta


Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Saturday, August 20, 2011

Luahan Rasa : Oh Doa, Apa Salahnya Guna "Yang Terbaik"

Tentang doa, sudah lama ana ingin poskan tentang ini. Baru berkesempatan untuk menulis. Sekadar pandangan dari diri yang hina ini....


Ahmad selalu berdoa agar dipanjangkan umurnya.

Apalah salahnya jika dia berdoa:
“Ya Allah, jika dengan memanjangkan umurku itu adalah yang terbaik buatku, kau panjangkanlah umurku. Dan jika dengan mengambil nyawaku itu adalah yang terbaik buatku, kau ambillah nyawaku dengan cara ……………….(ikut kehendak masing)

Apalah gunanya umur yang panjang jika hidup kita terus bergelumang dengan dosa.



Amri menyukai Alia kerana sifat dan agama yang ada padanya. Lalu dia berdoa supaya Alia dijadikan jodohnya.

Apa salahnya jika Amri berdoa:
Ya Allah, jika dia (Alia) adalah yang terbaik buatku, Kau jadikanlah dia sebagai teman hidupku di dunia dan di akhirat-Mu ya Allah.

Mungkin seseorang yang kita nampak sifatnya yang beragama itu adalah baik buat kita tetapi sebenaarnya bukanlah yang terbaik. Kita tak tahu jodoh kita yang terbaik di antara yang baik buat kita.



Balqis mempunyai sahabat baik dan telah bertunang dengan Salman. Sahabatnya selalu mendoakan Balqis supaya Balqis akan mendapat jodoh yang baik dan bertanggungjawab.

Apa salahnya dengan ikatan pertunangan itu, sahabatnya berdoa:
Ya Allah, jadikanlah tunang sahabatku itu menjadi jodoh yang terbaik buat dirinya. Jadikanlah tunangnya itu (Salman) seorang yang baik dan bertanggungjawab buat sahabatku.

Jika janji pertunangan telah dimeterai, mengapa perlu meminta seolah-olah tidak redha dengan pertunangan tersebut. Apalah salahnya jika pertunangan itu kekal hingga ke gerbang perkahwinan.


Ali dan Asmah yang telah berkahwin masih tidak mempunyai anak walaupun telah lama mendirikan rumah tangga. Lalu mereka berdoa agar dikurniakan anak dan zuriat.

Apa salahnya jika mereka berdoa
Ya Allah, sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik buat kami. Jika dengan tidak dikurniai zuriat ini adalah yang terbaik buat kami, kami redha dengan ketentuan-Mu. Dan jika dengan dikurniakan zuriat itu adalah yang terbaik buat kami, Kau kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.

Kita tidak tahu apa yang terbaik buat kita. Mungkin ada sebab yang terbaik yang Allah sediakan buat kita dengan tidak mempunyai zuriat. Kita tidak tahu sebabnya...


Sekadar renungan: Jika kita berdoa dengan perkataan yang “Terbaik”, insyaallah kita akan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Wallahualam….

Monday, August 15, 2011

Apa Terjadi Kepada Facebook Jika Kita Mati Suatu Hari Nanti?



mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu passwordnya
hanya kita yang boleh access..
dan
selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita?????
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..
macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?
mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumi-Nya
tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang islam
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~
renung-renungkan dan selamat beramal