Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Wednesday, November 18, 2009

Luahan Rasa : Kenapa Blog Ni Banyak Pasal Muslimah, Wanita, Puteri, Perempuan ek...?

Blog ni sebenarnya ana pos pada 18/9/09. Tetapi kerana masalah teknikal ana terpaksa alihkan di sini..

Nantikan kemunculannya....... Tunggu.....


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ok.. selepas seminggu baru ana berkesempatan menulis tentang tajuk blog ana ni. Sebenarnya tajuk blog ni merupakan pertanyaan dari seorang sahabat ana. Sebenarnya ramai yang tanya tapi sahabat ana yang sorang ni beriya-iya nak tahu. Kenapa buat blog yang banyak pasal muslimah sedangkan ana ni lelaki? Ada yang kata ana ni seolah-olah nak menarik para muslimah ke blog ni untuk ana berkenalan dan macam-macam lagilah. Tapi tu semua tak penting, lagipun ana ada calon dah pun. Ada ana letak tepi blog ni. Tak kisah langsung.. Tetapi kalau betul anda ikhlas dengan diri anda tak perlulah anda lihat kepada jantina ana yang lelaki ni... Lagipun mungkin ana akan selitkan pula artikel lain di lain masa.

Jadi untuk pertanyaan tadi jawapannya mudah sahaja, kerana kebimbangan ana melihat kaum wanita pada hari ini. Cuba kita lihat kebanyakan wanita pada hari ini? Berapa banyak yang melakukan zina, berapa banyak yang mengandung anak luar nikah, yang menggugurkan anak luar nikah dan banyak lagi. Bukanlah ana hendak salahkan kaum wanita ni 100% tetapi ambillah apa yang ana tulis ni sebagai renungan.

Sebenarnya tidak akan ada seorang lelaki yang akan melontarkan senyumannya kepada anda, berbicara lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal. Sesudah itu anda berdua bersama-sama berasrama, menikmati kelazatan yang hanya sebentar dan akhirnya berzina tanpa ada hubungan yang sah.

Tetapi sesudah itu apa yang kita lihat pada hari ini. Lelaki ini akan lupakan anda dan pergi meninggalkan anda. Dan anda, akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya. Lelaki ini akan pergi dengan diam-diam dan dengan keras untuk meninggalkan anda, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya. Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru, anda perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal dan semakin membesar di perut anda. Anda sedih dan muram, bingung dan gelisah.

Anda harus ingat, lelaki yang membesarkan perut anda takkan dihukum oleh masyarakat tetapi anda akan terus dihukum dan dipandang serong oleh masyarakat selama-lamanya. Percayalah wahai para wanita sekalian, beranikanlah diri anda untuk menolak cinta dari lelaki kerana lelaki yang baik dan soleh akan datang kepada anda dengan tujuan yang baik.

Ana lihat pada hari ini ramai wanita yang tewas dengan pujuk rayu, rupa paras dan harta lelaki ini tadi. Jika ini yang dijadikan ukuran anda takkan bahagia selama-lamanya. Percayalah cakap ana. .

Memetik kata-kata Ali Thantawi..

Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab. Bohong! Bohong! Bohong! Demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Sebagai lelaki ana mengaku, apa yang dikatakan itu memang benar. Andai anda mendengar perbualan diantara lelaki-lelaki yang fasik ini barulah anda akan tahu. Mereka hanya bercerita tentang kecantikan anda, luaran dan dalaman. Bahaya betul pengakuan ana ni tapi inilah hakikat dalam kehidupan lelaki yang fasik ini tadi.

Ana juga ingin mengingatkan, lelaki yang fasik menginginkan sesuatu yang amat berharga iaitu maruah dan harga diri anda. Lelaki takkan berani untuk melakukan dan memulakan terus tetapi mereka akan memberi isyarat awal dengan pujuk rayu dan sebagainya.

Sebagai contoh, lelaki ini berkata ingin mencium anda. Mereka mungkin akan berkata dengan nada yang bergurau tetapi dalam hatinya penuh dengan pengharapan agar anda merelakan lelaki ini mencium anda. Sekiranya anda muslimah yang berakhlak dan terhormat, tolaklah pujuk rayu mereka ini dengan sekeras-kerasnya. Jika anda tewas sekali, anda akan terus tewas selama-lamanya sehinggalah anda menyesal yang teramat sangat suatu hari nanti.

Jika dosa lelaki itu kerana zina, tetapi anda mungkin akan lebih lagi. Dosa anda berganda dari berzina, hamil seterusnya membunuh pula anak yang anda kandungkan itu. Cuba kita lihat pembunuh dari kalangan penzina pada hari ini. Bermacam-macam cara dan bermacam-macam jenis. Bila keluar sahaja dari perut, ada yang tinggalkan di surau dan masjid-masjid. Ada yang bunuh lalu diberi makan kepada anjing, ada yang dibuang ketika bayi itu masih bernyawa, ada yang lahir sahaja disumbat dalam mangkuk tandas dan ada yang kejam diblendernya jadi hancur dan berkecai. Semuanya ini bagi menutup kesalahan mereka di dunia. Berkali-kali ganda dosa yang anda dapat berbanding lelaki. Kerana itulah Allah swt menyebut wanita lebih senang untuk masuk ke syurga dan senang juga untuk masuk neraka.

Begitu juga dengan aurat anda, jagalah sebaiknya. Dosa wanita yang mendedahkan aurat juga lebih banyak dari lelaki yang mendedahkan aurat. Betul tak..? hmm, tak perlulah ana terangkan dengan mendalam kerana ana pernah banyak kali menulis tentang aurat sebelum ini. Hanya untuk mengingatkan anda semua.

Pintu pemulihan ada di hadapan anda. Kunci pintu ada di tangan anda. Jika anda meyakini dan anda berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Anda benar, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah dan memulakan bicara, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaan anda dan tanpa kelunakan sikap anda, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Andalah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Anda berkata kepada pencuri: “Silakan masuk” Dan setelah anda dicuri dan dirompak barulah anda sedar. Ketika itu barulah anda berteriak…. “Tolong…. Tolong….. aku dicuri, aku dirompak”.

Seandainya anda tahu bahawa lelaki itu serigala dan anda ialah kambing, pasti anda akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya anda sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti anda akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kaya dan kedekut terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar dari daging kambing, dan bagi anda lebih buruk daripada kematian kambing itu dan nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Cuba kita baca artikel yang ana ambil dari sebuah akhbar ni.......

KUALA LUMPUR - Hidup seorang gadis, Anis, 23, (bukan nama sebenar) pada mulanya cukup sempurna dengan mendapat pendidikan yang tinggi sehingga ke peringkat sarjana serta mempunyai ibu bapa yang amat menyayangi.

Segala kehendak gadis itu dituruti oleh ibu bapanya termasuk dibelikan komputer riba sehingga kasih sayang kepada Anis melebihi daripada sembilan adik-beradiknya yang lain.

Namun, kebahagiaan yang dikecapi Anis tidak berpanjangan apabila berlakunya peristiwa hitam dirinya dinodai teman lelaki pada Oktober tahun lalu sehingga menyebabkan dia melahirkan anak luar nikah bulan lalu.

"Sejak itu saya seperti dibuang oleh keluarga, mereka masih tidak dapat terima kenyataan saya buat perkara terkutuk ini (melahirkan anak luar nikah)," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika mengimbas kembali masa lalu, selain melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, Anis berkata, dia menerima pendidikan agama Islam yang cukup.

Bagaimanapun, kerana cinta terhadap teman lelaki yang dihalang oleh keluarganya, Anis akhirnya termakan pujuk teman lelaki yang secara sengaja mahu menodainya bagi membolehkan Anis menjadi miliknya.

"Selepas usia kandungan tujuh bulan baru saya beritahu ibu. Dia terus terdiam kaku tidak percaya anak yang paling disayangi sanggup memalukan keluarga," katanya.

Cuba kita lihat kisah Anis ini..
Anis yang menerima pendidikan agama yang cukup akhirnya termakan juga dengan pujuk rayu lelaki ini tadi dengan alasan lelaki ini supaya Anis menjadi miliknya setelah cinta mereka dihalang. Akhirnya dia mengandungkan anak yang haram dan memberitahu ibunya. Seterusnya dia dipinggirkan oleh keluarga dia sendiri kerana keluarga Anis tidak percaya anak yang sangat disayangi dan dipercayai akhirnya memalukan keluarga sendiri. Jadi betullah apa yang ana cerita sebelum ini bahawa lelaki takkan dihukum masyarakat tetapi wanita, akan terus dipandang hina oleh masyarakat termasuklah keluarga sendiri. Lelaki yang fasik ini pula terus meninggalkan Anis tanpa sebarang kata. Betul bukan apa yang ana tulis dan beritahu tadi? Seterusnya kita lihat pula kisah seorang gadis bernama Aleeya yang tewas dengan pujuk rayu lelaki walaupun telah diberi didikan agama oleh keluarganya.

Saya bukan jenis liar sebab ayah dan ibu menjaga saya dengan sempurna. Saya diberi didikan agama manakala batas pergaulan saya sentiasa dipantau keluarga.
“Entah bagaimana, perkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an membuatkan saya hanyut. Saya lupa keluarga... lupa dosa dan pahala,” kata Aleeya ketika ditemui baru-baru ini.
Baginya, lelaki itu membuatkan hidupnya bahagia sehingga dalam tempoh singkat dia dengan rela hati menyerahkan tubuhnya.

“Bukan saya tidak tahu perbuatan itu (seks sebelum berkahwin) berdosa. Saya juga tahu apa dibuat itu boleh membuatkan mengandung.

“Bagaimanapun, apabila nafsu menguasai diri, saya lupa segala-galanya. Saya merelakan diri diperlakukan seperti isteri,” katanya.

Menurutnya, lelaki ditemuinya disifatkan sangat baik dan bijak berkata-kata, membuatkan dia pasang impian untuk hidup bahagia.

“Saya berkenalan dengan lelaki itu di kedai makan ketika melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di ibu kota dua tahun lalu. Perkenalan singkat itu membuahkan cinta sehingga kami kerap keluar bersama.

Dia terlalu baik dan budiman. Selepas beberapa kali bertemu, secara terus terang dia beritahu dia sudah berkahwin dan ada anak, namun kerana perasaan sayang yang mendalam, saya rela menerimanya,” katanya.

Keyakinan Aleeya terhadap lelaki itu semakin kukuh apabila turut diperkenalkan dengan isteri lelaki terbabit.

“Isteri lelaki itu menerima saya seadanya. Itu membuatkan saya rela menjadi isteri lelaki itu, sekali gus hidup bermadu. Namun hasrat bergelar isteri tidak kesampaian kerana keluarga tidak membenarkan saya berkahwin, sebaliknya mahu saya menumpukan kepada pelajaran,” katanya yang mengakui hubungannya dengan lelaki itu diketahui keluarganya.

Aleeya berkata, keluarganya meminta dia memberi tumpuan kepada pelajaran dan melupakan cintanya, tetapi dia tetap meneruskan hubungan terlarang itu.

“Setahun melakukan hubungan seks terlarang, saya dapati berlaku perubahan pada diri saya. Saya tidak datang haid selama dua bulan. Apabila melakukan pemeriksaan menggunakan alat ujian kehamilan, rupa-rupanya saya mengandung,” katanya.

Perasaan panik menyelubungi Aleeya, namun dia tidak merujuk masalahnya kepada sesiapa melainkan kepada kekasihnya.

“Lelaki itu mahu bertanggungjawab dan segera mengahwini saya. Dia ajak pulang ke kampung saya dan memberitahu perkara sebenar kepada keluarga saya, namun saya tidak berani.

“Ketika itu saya berasa selamat kerana lelaki itu menunjukkan kesungguhannya mahu bertanggung jawab,” katanya.

Ketika mabuk bercinta, dia mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya mempunyai bukan seorang tetapi tiga isteri.

Aleeya turut difahamkan, lelaki itu berkahwin lebih daripada satu menggunakan sindiket.

“Maklumat itu diperoleh daripada pihak tertentu. Saya berterus terang dengan lelaki itu dan dia menafikannya,” katanya.

Dia terus menaruh keyakinan dengan kejujuran lelaki itu sehingga sanggup menipu keluarga tidak pulang ke kampung ketika cuti semester kononnya mahu bekerja.

“Lama kelamaan saya tertekan dengan keadaan sedemikian. Saya akur dengan permintaan lelaki itu yang mahu membawa saya pulang ke kampung. Lelaki itu menjadi jurucakap saya kerana saya tidak berani berterus terang,” katanya.

Selepas rahsia terbongkar, lelaki itu menyatakan hasrat mahu memperisterikan Aleeya, namun tidak dipersetujui keluarga.

“Mereka (keluarga) tidak mahu melihat saya menderita, apatah lagi selepas mengetahui sisi gelap lelaki itu, termasuk dakwaan kononnya dia beristeri empat,” katanya.

Menurut Aleeya, itu kali terakhir dia bertemu lelaki itu, namun cinta yang mendalam membuatkan mereka tetap berhubung.

“Isteri lelaki itu turut sentiasa bertanya khabar saya. Apa pun saya sedar, saya masih perlukan keluarga. Saya bersyukur keluarga masih menerima saya dan mahu memelihara anak yang dikandungkan.

Saya sedar pengorbanan keluarga terlalu besar... mereka sanggup menanggung malu dan memberi semangat untuk terus kuat membina hidup baru,” katanya.
Aleeya berkata, keluarganya mahu dia meneruskan pelajaran dan berjaya dalam hidup.

“Apabila di samping keluarga, perasaan menyesal menerpa tak sudah-sudah. Saya hanya mampu menangis dan menyesali apa dibuat,” katanya.

Jadi sudah terbukti apa yang ana cakapkan tadi. Banyak lagi artikel yang ana jumpa lebih kurang sama dengan cerita dan artikel yang ana ambil ni. Jadi fikir-fikirkanlah. Adakah anda mahu menjadi wanita biasa yang mudah ditawan kegadisannya atau muslimah yang berani untuk mencegah kemungkaran dan menegakkan hukum tuhan. Jadi para wanita dan muslimah sekalian, itulah nasihat yang hak dan benar. Mudah-mudahan anda mahu mendengar. Bukan di tangan kami kaum lelaki, hanya di tangan anda kunci pintu kebaikan. Sekiranya anda mahu memperbaiki diri, maka pasti seluruh ummat akan menjadi baik. Dan ingat juga, apa yang ana nukilkan di sini adalah berdasarkan pengalaman ana sendiri, juga peringatan untuk anda. Oleh itu, percaya dan cegahlah kemungkaran yang ada. Insyaallah anda akan selamat dunia dan akhirat.. akhir kalam, maaf dipinta jika tulisan ini ada yang mengguris perasaan anda. Bukan niat ana mengaibkan kaum wanita tetapi sebagai peringatan kita bersama. Bukan semua wanita itu seperti yang ana tuliskan tadi. Tanggungjawab sebagai lelaki juga harus ana tunaikan. Buat muslimah di luar sana mudah-mudahan anda akan membimbing mereka yang lemah dan tersilap ini.


Kepada para wanita, puteri dan muslimah yang membaca artikel ini, sebar-sebarkanlah kepada kawan dan sahabat anda. Mudah-mudahan menjadi pengajaran. Insyaallah..

10 comments:

  1. alhamdulilah..
    ana da taw nape anta menulis tentang muslimah shj...bgosla bg peringatan tuk kaum hawa.. sbgi muslimah..ana turut berasa malu n segan kerna yg menegur adalah adam..bkn hawa.. tp selalunyer teguran nie amat terase n menjadi ble jantina berlainan yg menegur.. syukran atas teguran dari anta.. smuge mendapat phala
    atas sume nie..amin..

    ReplyDelete
  2. ye.. memang betul.. terima kasih untuk komen anda tu..sekadr berkongsi pengalaman..

    ReplyDelete
  3. ooo..jadik ni la die sbb nye..emmm,sbb yg bleh di considerkan..tp mcm mna pulak dgn kaum adam?mrk pon prlukan bimbingan...
    wnita rosak sbb kunci hrga dri yg diserah buat si adam yg bijak mrayu..
    jadik..ape kata kalo lepas ni,bykkan pulak post mndidik jiwa si adam..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum tuan blog,nk tegur skit nie. berdosanya seorang perempuan tu x semestinya membuka aurat atau berzina je. berdating dan bercouple juga bunga2 zina. semua tu tipu daya syaitan. takan muda lagi dah bercalon kot.siap simpan gambar lagi. maaf la kalau terkasar bahasa tp rasa mcm x kena pulak bila terbaca semua ni.

    ReplyDelete
  5. terima kasih 'anonymous' untuk komen anda.
    memang tak disangkal lagi couple, dating, telefon, dan apa2 yang seumpamanya disebut sebagai menghampiri zina dan dilarang oleh allah swt sebagaimana firman allah di dalam surah al-isra' ayat 32. tapi ana sendiri dah pernah menyebut tentang couple dalam artikel yang sebelum ni.

    cuba anda lihat teks ana yang menyebut
    "Anda berkata kepada pencuri: “Silakan masuk” Dan setelah anda dicuri dan dirompak barulah anda sedar. Ketika itu barulah anda berteriak…. “Tolong…. Tolong….. aku dicuri, aku dirompak”."
    cuba anda fahami maksud yang tersirat disebalik maksud ayat tersebut.

    mengenai calon dan gambar yang ana letak di dalam blog ni..
    kalaulah ana boleh berhubung terus dengan anda kan senang. memang anda dan semua yang melawat blog ini akan rasa tak kena bila ana meletakkan gambar tersebut. bukan saja-saja ana letak tapi ada sebab-sebabnya, dan perkara ini biarlah ana sendiri yang simpan..

    ReplyDelete
  6. tambahan, ana telah bertanyakan pendapat beberapa orang sahabat sebelum gambar itu diletakkan dan kebanyakan bersetuju dengan sebabnya. mungkin anda merasa tak kena tapi "jangan kamu percaya dengan apa yang kamu lihat sehingga kamu benar2 mengetahui".

    dan yang paling penting sekali, ilmu yang baik dan yang buruk dari blog ini datangnya dari Allah swt tetapi biarlah yang buruk itu bersandarkan kepada kelemahan diri ana sendiri. insyaallah..

    ReplyDelete
  7. i wOuld like to stOry a bit..i have a fren..she lOOk nice..her dressing is better than me.. every guy will surely like her.. but i dissapointed on sOme of her attitude.. for me,if wearg tudung labuh,she shOuld have gOOd attitude..but she..wearg tOO much perfume..go out with guy at the middle of nite..n One mOre thing that i cannOt accept was on last eid,she went back to hOmetOwn by train with that guy on mlm raye..katanye famly xbg cOuple la hape la..tp nieh rasenye dah mlebih..but i hOpe that gurl whO wears tudung labuh,dont be HYPOCITE...and please..dOnt wear tdung labuh if yOur attitude is BAD okay??

    ReplyDelete
  8. salam ziarah dan salam ukhuwwah
    Menjadi wanita dan muslimah yg solehah itu impian setiap wanita, tetapi kadang2 dugaan duniawi yg penuh kepalsuan itu menyebabkan wanita menyimpang dari fitrah.

    sepak trajang:asif jiddan, ana kurang stuju dngan antum. "dOnt wear tdung labuh if yOur attitude is BAD okay??"

    Ana cukup kagum dengan muslimah yg istiqomah dengan tudung labuh ni.zaman sekrng ni jarang nk jumpe muslimah yg pakai tudung labuh ni,ye la skrng kan da berbagai2 trend bertudung ni.

    Bg muslimah yg pakai tudung labuh, sekurang-kurangnya, mereka telah sempurna dalam menutup aurat.
    "dOnt wear tdung labuh if yOur attitude is BAD okay??"
    Tp, xsume attitude mereka is bad.Mereka juga manusia biasa, kgd2 tidak lari dari melakukan kesilapan, cuma mungkin mereka tidak menyedarinya.Jika ade mereka yg attitude nye bad, rasenye kitalah yg perlu menasihatkan mereka. dan ana percaya mereka ni mempunyai hati yg lembut dan InsyaAllah mereka akan berubah.

    Sepak trajang: asif jiddan.ini pendapat ana, maaf kalau tidak suka.

    ReplyDelete
  9. salam mawarlarangan.
    syukran untuk komen anti..
    ana tak salahkan sesiapa kerana setiap orang pasti ada pendapatnya masing-masing..
    terpulang pada diri kita untuk menilai..

    ReplyDelete