Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Saturday, April 3, 2010

Luahan Rasa : Imam Muda Astro


Alhamdulillah pagi tadi ana pergi ke Masjid Zahir, Alor Setar untuk sesi ujibakat. Ana bergerak dari Sungai Petani dan tiba di masjid dalam pukul 0900. Sebaik sahaja tiba di masjid ini ana terus mengisi borang pendaftaran. Ramai juga peserta yang ingin di ujibakat.

Dengan nombor ana 0737, giliran ana tiba pada pukul 1200 dan sesi ujibakat dilakukan secara terbuka. Lama juga tunggu tapi berbaloi kerana ana dapat lihat sendiri peserta yang hebat-hebat melepasi setiap peringkat. Untuk sesi ujibakat telah dibuat beberapa peringkat. Tapi yang ana baca hanya syarat untuk peringkat pertama dan kedua sahaja. Untuk peringkat pertama, yang diadili ialah bacaan fatihah dan surah-surah lazim.

Di sini ana dapat belajar dan lihat sendiri bacaan-bacaan yang baik dari beberapa orang peserta. Antara yang dinilai untuk peringkat pertama ialah suara, tajwid dan banyak lagi.
Walaupun ana tidak lepas untuk peringkat pertama tetapi ana tetap bersyukur kerana dapat pelajari sesuatu di sini. Kepada sahabat-sahabat yang berjaya dalam ujibakat Imam Muda, semoga berjaya ana ucapkan. Teruskan usaha kalian..

Antara peserta yang menunggu giliran.


Waktu ana ujibakat. Kerdilnya rasa masa ni..

2 comments:

  1. Salam.

    Er... Cerita la lagi tentang ujibakat imam muda tu. best la.

    Apa lagi ye yang di tanya soalan? dengar cerita ada jugak soalan dalam bahasa arab ditanya ek?

    ReplyDelete
  2. salam..
    hmm, ana nak cerita detail pun tak boleh sebab ana sendiri pun setakat di peringkat pertama saja. jadi apa yang ana cerita ni lebih kepada peringkat pertama sahaja.

    macam yang ana cerita, peringkat pertama yang diuji ialah bacaan fatihah dan surah-surah lazim. yang utama dinilai untuk bacaan mestilah tajwid, seterusnya suara dan yang seumpamanya. kalau anda boleh bertarannum, itu merupakan bonus.

    soalan dalam bahasa arab? rasanya tiada. kalau ada, mungkin secara tidak formal sahaja..

    ReplyDelete