Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Wednesday, July 28, 2010

Sajak : Setia Seorang Guru

Semangat menjulang semarak setia

di wajah yang memapar citra azam

mengasah benak ilmu

mengungkap butir aksara

mencatat segala hikayat ketabahan

di atas papan usang

bersama kapur putih berdebu

dicoret oleh seorang guru.



Anak bangsa dipacu ilmu

diterangi cahaya menyuluh hikmat

semarakkan lentera kecekalan

daripada gelap mimpi kejahilan.



Segala cabaran direntasi

jerih pahit ragam kehidupan

suka riang menyahut seruan

melahirkan ribuan anak

menjunjung bangsa memimpin rakyat

kerana bara setia masih digengam erat

demi anak didiknya.



Setia itu milik guruku

masih membara

pada arang ilmu bertaburan

di atas daerah fikir

menemani pujangga yang kesejukan

dengan bahang bara pengetahuan.



Guruku,

Bahang bara setia

kekal berbara dengan azimat matlamatmu.

terima kasih guruku,

kesetiaan itu pengorbanan mu.

OLEH :NUR ASILAH JAMIL

No comments:

Post a Comment