Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Thursday, July 29, 2010

Berjuanglah Membawa AIR Jangan Membawa API

Engkau meluahkan rasa marahmu melalui lidahmu,
rasa marah itu ibarat bara api gunug berapi,
luahan itu adalah laharnya,
laharnya telah melimpah ruah,
melanda apa sahaja,
aduh berapa banyak harta yang musnah..?
manusia yang cacat dan mati,
begitulah perjuanganmu sekarang,
kamu membawa api,
membakar jiwa-jiwa manusia,
mereka pun sakit hati,
mereka pun membawa api,
membakar hati-hatimu semula,
akhirnya bakar membakar hati terjadi,
dendam kesumat pun membara,
hina menghina, kata mengataterjadi,
beginikah perjuangan Nabi..?
bilakah kamu berjuang membawa air..?
yang akan menyejukkan hati-hati manusia..?
Islam itu indah,bak bunga di Taman,
senang menyenangkan setiap hati,
hati bahagia dan tenang,
berjuanglah membawa air, jangan membawa api,
bawalah air untuk memadamkan api...

Wednesday, July 28, 2010

Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.

Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.

Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?

1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.

Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?

Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.

2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?

Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.

Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.

Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.

Sekian.

Dipetik dari sini.

Sajak : Mahkota Maruah

Katamu hanya mengintai saja
lembah bernoda
tapi kulihat tampang dirimu
bersalut dosa

Katamu hanya berbual saja
tapi kulihat kau bersetubuh pula
belum kau bina mahligai
tapi berisi sudah

kau pesalah syariah!
dahagakan belaian kononnya
kau campak nafsumu
sedang ia suatu mahkota

sekarang
tangan kau dipimpin
berjalan melewati pintu pengadilan
kau serah dirimu
kau beri jiwamu
mahukan raupan keampunan
menebus mahkota yang hilang
rela cemeti menghayun ke tubuhmu
keran gementar pada kemudian hari
sebelum kau ditimpa mati
...
NUR ASILAH
JOHOR BAHRU,JOHOR

Sajak : Setia Seorang Guru

Semangat menjulang semarak setia

di wajah yang memapar citra azam

mengasah benak ilmu

mengungkap butir aksara

mencatat segala hikayat ketabahan

di atas papan usang

bersama kapur putih berdebu

dicoret oleh seorang guru.



Anak bangsa dipacu ilmu

diterangi cahaya menyuluh hikmat

semarakkan lentera kecekalan

daripada gelap mimpi kejahilan.



Segala cabaran direntasi

jerih pahit ragam kehidupan

suka riang menyahut seruan

melahirkan ribuan anak

menjunjung bangsa memimpin rakyat

kerana bara setia masih digengam erat

demi anak didiknya.



Setia itu milik guruku

masih membara

pada arang ilmu bertaburan

di atas daerah fikir

menemani pujangga yang kesejukan

dengan bahang bara pengetahuan.



Guruku,

Bahang bara setia

kekal berbara dengan azimat matlamatmu.

terima kasih guruku,

kesetiaan itu pengorbanan mu.

OLEH :NUR ASILAH JAMIL

Monday, July 26, 2010

Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“Hargailah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini? ”

Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANNYA adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANNYA bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANNYA. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGANYA dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yang solehah dan SUAMI-SUAMI yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

250 Fakta Menarik Dunia Untuk Rehatkan Fikiran

1. Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)

2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja

3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman

4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta

6. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri.

7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya

9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana

10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’

11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas

12. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali, 17 adalah angka sial. Di Jepun angka sial adalah 4

14. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm

15. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari

16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

17. Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

19. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)

20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus

21. Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta

22. Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter

23. Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

24. Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.

25. Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.

26. Tanda ’save’ pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik

27. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

28. Unta punya 3 kelopak mata.

29. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru

30. Seseorang itu masih di dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal

31. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. kita boleh berkedip 5 kali dalam sedetik

32. Coklat dapat membunuh anjing, kerana ianya mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya

33. Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan

34. Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki

35. 13% orang di dunia adalah kidal

36. Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan

37. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya

38. Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata

39. Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri

40. Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat.

41. Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).

42. India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu

43. Jika anda bersin terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.

44. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip

45. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud

46. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32.

47. Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya

48. Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan “Solarmax”.

49. Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

50. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi

51. Harimau adalah yang terbesar dalam keluarga kucing

52. Nombor “172″ boleh didapati di wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.

53. Pohon kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada ikan yu

54. Pada poster film ‘Pretty Woman’ Julia Robets terlalu pendek untuk jadi sejajar dengan Richard Gere. Maka mereka menggunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.

55. Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun

56. Kod Telefon Internasional untuk Antartica adalah 672.

57. Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.

58. Rata-rata hujan jatuh dengan kecepatan 7 batu sejam

59. Leonardo Da Vinci memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut laporan x-ray, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.

60. Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox

61. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filem agar kita dapat melihat semua gerakannya.

62. Satu kilo dari berat badan kita mengandung 7000 kalori

63. Darah sama pekat dengan air laut

64. Air laut di lautan Atlantik lebih masin dari pada di lautan Pasifik

65. Topeng tokoh Michael Myers di film horor ‘Helloween’ sebenarnya adalah topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih - mereka kekurangan modal.

66. Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.

67. 1 bayi lahir setiap 7 saat

68. Satu dari 14 wanita Amerika berambut perang asli. Lelaki pula hanya satu dari 17

69. The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.

70. Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat

71. Di Amerika, seseorang dikenalpasti menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal karena AIDS setiap 10 minit

72. Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernapas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukannya

73. Alasan kenapa di iklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam itu akan kelihatan seperti sedang tersenyum

74. Seiap tahun bulan menjauh 3.82cm dari bumi

75. Saat kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, kasut adalah makanan terbaik untuk dimakan karena mengandungi cukup gizi untuk hidup buat sementara waktu.

76. Dalam satu titis air, mengandungi 50 juta bakteria

77. Dengan menaikkan kaki prlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir selut.

78. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau

79. Memakan saderi membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri

80. Lobster dapat hidup selama 100 tahun

81. Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land

82. Mangunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis

83. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

84. Nama Artic (kutub utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara

85. Jika kira berdiri di dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari

86. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.

87. Kebanyakan manusia yang menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .

88. Teknik mengacau terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W

89. Adegan band yang terus bermain muzik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata

90. Buku Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri ari perpustakaan

91. 35% dari orang yang mencari jodoh melalui internet, sudah menikah

92. Coca-Cola dulu berwarna hijau

93. Secara fizikal, babi tidak boleh mendongak ke langit

94. Semua beruang kutub kidal

95. Kelelawar selalu belok ke kiri jika terbang keluar dari gua

96. Jim Henson pertama kali memakai kata “Muppet”. Kombinasi dari “marionette” dan “puppet.”

97. Gajah satu-satunya haiwan yang tidak boleh meloncat

98. The Michelin man (figure berbaju dan bertopi putih di iklan Michelin) bernama Mr. Bib. Nama aslinya Bibendum pada iklan pertama tahun 1896.

99. Kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri

100. Kata “lethologica” menggambarkan saat dimana kita tidak boleh mengingati apa yang kita inginkan.

101. Sekitar 14% penagih yang menggunakan jarum suntik, positif HIV.

102. Kalimah yang boleh dibaca sama dari depan dan belakang (racecar, kayak, tamat) disebut “palindrome” .

103. Siput boleh tidur selama 3 tahun

104. Diatas khatulistiwa melintas sekitar 200 satelit asing, termasuk satelit mata-mata

105. Orang di Cina lebih banyak yang berbahasa Inggeris daripada orang di Amerika

106. Kerana pengaruh putaran bumi, kalau kita melempar kearah barat, lemparan kita akan lebih jauh jatuhnya daripada kearah timur

107. Satu dari 9000 orang menderita albino

108. Keursi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi

109. Kita menyambut ulang tahun bersama 9 juta orang dari seluruh dunia

110. Setiap manusia dalam seumur hidupnya rata-rata dihabiskan untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu

111. Botol air mineral dan tempat pembungkus plastik baru hanya akan terurai dengan sempurna dalam tanah setelah 50,000 tahun

112. Kucing boleh membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya boleh dalam sekitar 10

113. Gigi memerang tak pernah berhenti tumbuh

114. Kelelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang

115. Jika patung Barbie adalah manusia, ukurannya adalah 39-23-33 (99-58,5-84cm). Tingginya sekitar 215cm dan punya leher 2 kali lebih panjang daripada manusia normal

116. Tikus beranak pinak sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan.

117. Memakai Headphone selama 1 jam dapat mengembang biakkan bakteri dalam kuping 700 kali lebih cepat.

118. Seekor Babun bernama ‘Jackie’ menjadi prajurit rasmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada Perang Dunia Pertama

119. Kapal submarine German World War II karam hanya kerana kerosakan pada tandsanya.

120. Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam seminit

121. Arabic numerals bukan berasal dari Arab, tapi diciptakan di India.

122. Kupu-kupu melihat dengan 12000 mata

123. Bulan February tahun 1865 adalah satu-satunya bulan dalam catatan sejarah yang tidak sempat mengalami bulan purnama.

124. Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu berlari sepanjang padang bola sebelum benar-benar mati.

125. Lipas boleh hidup 9 hari tanpa kepala, dan akan mati kerana kelaparan

126. Di Bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet Merkurius satu tahun adalah 2 hari

127. Umur pepatung (dragonfly) adalah 24 jam

128. Secara purata, seorang budak berumur 4 tahun bertanya 437 soalan sehari.

129. Memrlukan waktu 6 bulan untuk kuku kaki tumbuh dari yang paling bawah sampai ke hujung kuku.

130. Daya ingatan ikan hanya 3 saat

131. Bulan purnama 9 kali tebih terang daripada bulan setengah.

132. Untuk setiap patung memorial orang diatas kuda, jika 2 kaki depan kuda mengangkat, maka orang tersebut tewas dalam pertempuran, jika satu kaki kuda yang terangkat, maka orang tersebut meninggal karena luka dalam pertempuran, jika 4 kakinya menginjak tanah, orang tersebut meninggal secara normal.

133. Beruang dewasa boleh lari sepantas kuda

134. Tulang kuda lebih banyak 18 buah dari tulang manusia

135. Obur-obur terdiri dari 95% air

136. Kulit kuda belang adalah putih yang bergaris hitam

137. Kecuali manusia dan monyet, semua mamalia buta warna

138. George Washington Carver mencipta mentega kacang (peanut butter)

139. Tikus dan kuda tidak boleh muntah

140. Penguin adalah burung yang tidak boleh terbang tapi boleh berenang.

141. Angkasawan dilarang memakan kacang sebelum menjelajah ruang angkasa kerana jika terkentut di dalam baju khusus angkasawan, ini boleh membahayakan mereka.

142. Winston Churchill lahir di toilet wanita pada waktu majlis tarian

143. Sebelum ada pesawat jet, Jetlag disebut Boatlag

144. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama saat mendengar gonggongan anjing)

145. Kucing tidak boleh merasakan rasa manis

146. Coklat mencair dalam mulut karena titik cairnya adalah 35 darjah celcius

147. Tisu tandas dicipta pada tahun 1857

148. Lembu tidak mempunyai gigi atas

149. Hedenophobic bermaksud takut akan kesenangan.

150. Pendeta Mesir kuno mencabut setiap helai rambut dan bulu dari badan mereka.

151. Buaya tidak boleh menjelirkan lidah.

152. Kentut lembu termasuk penyebab utama global warming

153. Semut selalu jatuh miring ke kanan jika diberi racun serangga

154. Kucing rumah sangat benci akan bau lemon dan semua yang berbau sitrus

155. Seorang rakyat Amerika mengambil kafein secara purata setahun di dalam jumlah yang boleh membunuh seekor kuda.

156. Seorang manusia boleh hidup selama 11 hari tanpa air.

157. Agen rasa kupu-kupu ada dikakinya

158. Dry Ice tidak meleleh, tapi menguap

159. Mata burung unta lebih besar dari otaknya

160. Tapak sulaiman tidak punya otak

161. Setiap manusia punya telinga yang berbeza

162. Kebanyakkan bahan besi di Amerika digunakan untuk menghasilkan tutup botol daripada menghasilkan badan kapal terbang.

163. 80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga

164. Kacang adalah salah satu bahan untuk membuat dinamit

165. Ratu Elizabeth I menderita Anthophobia (takut akan mawar)

166. RSVP adalah Respondez S’il Vous Plait yang artinya ‘mohon jawapan’

167. Mata manusia yang sihat (tidak buta warna) dapat membezakan 500 jenis warna kelabu

168. Ikan emas yang bunting disebut ‘twit’.

169. Eropah adalah benua tanpa padang pasir

170. Lalat meloncat ke belakang sebelum terbang

171. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga

172. Seekor lebah madu boleh terbang selaju 15 batu sejam

173. Harimau mempunyai kulit yang berbelang, bukan hanya bulu yang berbelang.

174. Nama saintifik bagi 1/100 daripada sesaat ialah "jiffy"

175. Hanya 3 malaikat, Gabriel, Michael dan Lucifer yang disebut dalam injil

176. Kambing mempunya kelopak mata berbentuk segi empat

177. Novel pertama yang menggunakan mesin taip adalah Tom Sawyer

178. Hamster sangat suka makan cengkerik

179. Semasa zaman Peter the Great, setiap lelaki Rusia yang mempunyai janggut dikenakan cukai khas.

180. Rata-rata dalam setiap batang coklat terdapat serangga yang meleleh bersamanya.

181. Tanduk badak terjadi dari rambutnya yang mengeras

182. Perang paling singkat dalam sejarah adalah perang Zanzibar and England tahun 1896. Zanzibar menyerah setelah 38 minit berperang.

183. Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih daripada yang kotor

184. Kulit beruang kutub sebenarnya hitam. Bulunya berwarna jernih, dan tampak putih di salji.

185. Elvis mempunyai saudara kembar bernama Garon, yang meninggal sewaktu lahir, maka nama tengah Elvis adalah Aron, untuk menghormati saudara kembarnya.

186. Landak punya bentuk jari yang mirip manusia.

187. Kuda Nil kentut melalui mulut.

188. Shakespeare ialah orang yang menemukan kata “assassination” dan “bump.”

189. Mahluk yang boleh tersipu-sipu hanya manusia

190. Jika kita memelihara ikan emas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah menjadi putih.

191. Wanita berkedip dua kali lebih banyak dari lelaki.

192. Nama Jeep (jip) diampil dari singkatan “GP”, bahasa militari untuk General Purpose.

193. Orang yang menggunakan tangan kanan, kira-kira, 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal

194. Jika semua emas di dalam laut ditambang, setiap manusia di dunia masing-masing boleh mendapat emas sebanyak 20kg

195. Jika hati manusia berhenti bekerja, manusia akan mati di antara 8 hingga 24 jam

196. “Quidnunc” adalah sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.

197. Jika matahari tiba-tiba padam, 8 minit diperlukan bagi manusia untuk menyedarinya.

198. Leonardo Da Vinci yang mencipta gunting, helikopter, dan banyak alat lainnya.

199. Abjad untuk Hawaiian ada 13 sahaja - A,E,I,O,U,H,K,L,M,N,P,W - yang dipanggil okina.

200. 25% dari tulang manusia ada di kaki.

201. David Sarnoff adalah orang yang menerima signal Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi ketua rangkaian radio, the National Broadcasting Company (NBC).

202. Kira-kira 100 orang tersedak ballpoint tiap tahun.

203. Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita akan lebih dulu mati keracunan karbon dioksida daripada kekerangan oksigen

204. Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari pengelihatan kita dan kehilangan seluruh persepsi tentang kedalaman objek.

205. Berdiri lama tanpa membengkokkan lutuk sama sekali akan membuat kita pengsan

206. Bawang putih yang kita gosok di tumit kaki akan meresap dapat dapat dicium dalam nafas kita.

207. Dengan merentangkan kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua hujung tangan adalahsama dengan tinggi kita.

208. Cuti selama sebelas hari bererti kita mempunyai waktu hampir sejuta saat untuk menikmatinya

209. Di dalam filem Silence of a Lamb, watak Hannibal Lecter tidak pernah berkedip.

210. Di jepun, warung kopi disebut ‘Kissaten’.

211. Merebus telur burung unta memerlukan waktu 40 minit.

212. Jaguar takut pada anjing

213. Gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari

214. Johnny Deep takut pada badut

215. Ganymede adalah bulan planet Jupiter, merupakan bulan terbesar di tata suria kita, lebih besar dari planet Merkurius.

216. Dalam golf, ‘Bo Derek’ adalah istilah untuk nilai 10.

217. Iceland mengambil Coca-cola perkapita lebih daripada lain-lain negara.

218. Latte dalam bahasa Italia adalah susu

219. Llanfairpwllgwyngyl lgogerychwy rndrobwlll.. . adalah nama sebuah desa di Wales Utara, Inggeris.

220. Di Itali, Micky Mouse lebih dikenal dengan nama ‘Topolino’

221. Susu sebenarnya lebih menyerupai makanan daripada minuman.

222. Ada lebih dari 450 jenis susu di dunia. 240 berasal dari Prancis.

223. Nyamuk lebih suka kanak-kanak daripada orang dewasa.

224. Partikel debu didalam rumah sebagian besar berasal dari sel kulit mati

225. Rata-rata manusia bergerak 40 kali dalam tidurnya

226. Dalam bahasa Inggeris, ‘Naked’ artinya tanpa perlindungan.

227. Broccoli dan kubis bunga adalah sayuran yang berupa bunga.

228. Bayi yang baru lahir memiliki 350 tulang. Mereka menyatu atau menghilang sampai menjadi 206 pada usia 5 tahun.

229. Tidak ada bukti yang pasti siapa yang membangunkan Taj Mahal.

230. Dalam kajiselidik terhadap 200,000 burung unta selama 80 tahun, tidak ada satu pun yang menguburkan kepalanya dalam tanah.

231. Nail Amstrong melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri.

232. Shuttlecock untuk badminton harus mempunyai 14 bulu.

233. Mutiara boleh larut dalam cuka.

234. Babi tidak boleh berpeluh karena tidak mempunyai kelenjar peluh. Mereka berlumur lumpur untuk mendinginkan kulitnya.

235. Venus dan Uranus adalah planet di tata suria kita yang berputar melawan arah jam. Jadi matahari terbit dari barat di planet ini.

236. Microwave dicipta setelah seorang ilmuan yang berjalan melalui tabung radar mendapati coklatnya meleleh disakunya.

237. Ikan yu kebal terhadap kanser

238. Rusa Santa bernama: Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner, dan Blitzen

239. Beberapa jenis cacing pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan.

240. Kita boleh menghela lembu naik tangga, tapi tidak boleh menghela mereka turun tangga.

241. Plakat yang ditinggalkan Apollo 11 di bulan berbunyi “Here men from the planet Earth first set foot upon the Moon July 1969, A.D. / WE CAME IN PEACE FOR ALL MANKIND.”

242. Kapal Cruise Queen Elizabeth 2, hanya bergerak sebanyak 6 inci sahaja bagi setiap gelen diesel yang dibakar.

243. Nama paling popular dan banyak digunakan di dunia adalah Muhammad.

244. Bola mata kita beratnya lebih kurang 28 gram

245. Paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan kerana harus memberi ruang kepada jantung.

246. Penguin hanya ada di kutub selatan, dan tidak boleh menyeberangi equator (Garisan tengah bumi).

247. Kebanyakan orang boleh mendengar lebih baik dengan kuping kanan

248. Vitamin pada buah biasanya terdapat pada kulitnya

249. Pada tahun 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat dari peminat.

250. Seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita

Monday, July 12, 2010

Aku Mahu Berubah...!

Aku berasal dari keluarga yang serba sederhana. Alhamdulillah, aku dilahirkan oleh ibuku yang beragama Islam. Aku diberi didikan yang sempurna dalam pelajaran. Namun, aku kekurangan satu perkara yang amat besar dan penting buat diriku, iaitu didikan agama. Bukan maksudku ibu dan bapaku tidak mendedahkan langsung mengenai agama Islam kepadaku. Mereka mengajarku cara mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan dan perkara-perkara asas yang perlu aku tahu sebagai seorang Islam.

Akan tetapi, kami sekeluarga tidak mengerjakan ibadah yang terpenting sebagai hamba-Nya, iaitu solat yang merupakan tiang agama. Lalu aku membesar sebagai seorang yang boleh dikatakan bijak dalam pelajaran, tetapi tidak mengerjakan solat. Sewaktu bulan Ramadhan, kami sekeluarga berpuasa, kami tunaikan zakat, tetapi kami tidak menunaikan solat. Bapa dan abangku yang sepatutnya wajib menunaikan solat Jumaat, tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Hari demi hari, kami hanyut dengan kenikmatan dunia.

Kakakku yang sudah menjadi seorang remaja,kini mula membuka auratnya. Memakai pakaian yang ketat, nipis dan menampakkan bentuk tubuh serta tidak memakai tudung sepertimana digariskan syariat. Pergaulannya pula semakin bebas walaupun berkali-kali ditegur oleh kedua ibubapaku. Hari demi hari, aku juga meningkat dewasa. Kini, aku berada di sekolah menengah. Aku sentiasa menjadi pelajar terbaik tingkatan di sekolahku. Aku gembira kerana dapat membanggakan keluargaku terutamanya ibu dan bapaku.

Oleh kerana suasana kampungku di mana remaja-remaja bergaul bebas, tidak menutup aurat dan sebagainya, aku juga sebagai hamba Allah yang amat jahil tidak lepas daripada melakukan perkara yang sama. Aku tidak menutup aurat dengan tidak memakai tudung. Kawan-kawanku pula ramai yang memakai tudung, akan tetapi memakai pakaian yang ketat dan berlengan pendek.

Suatu hari, aku dan kakakku menyertai sebuah kelab kesenian dan kebudayaan, di mana kami semua diajar pelbagai jenis tarian tradisional yang terdapat di Malaysia. Kami berdua semakin bergiat aktif dalam bidang ini dan melakukan pelbagai persembahan di seluruh Malaysia. Aku dan kawan-kawanku sangat rapat antara satu sama lain, boleh dikatakan kami sudah seperti adik-beradik. Namun, semasa aku berada di Tingkatan 4, aku tidak terlibat lagi dalam kelab kebudayaan itu. Semakin lama, aku semakin tertarik dengan imej bertudung. Lalu aku mula memakai tudung dan memakai pakaian yang berlengan panjang. Walaubagaimanapun, aku masih tidak mengerjakan solat, sebagai seorang Muslim yang sepatutnya.

Aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Aku amat gembira kerana aku sebenarnya seorang yang sangat pemalas dan tidak suka mengulangkaji pelajaran. Kemudian, aku mendapat tawaran ke sebuah kampus sebagai pelajar program satu tahun jurusan Sains Fizikal. Aku menerima tawaran itu kerana UPU aku mengalami sedikit masalah.

Dan memang inilah takdirku.
Aku mula tertarik dengan keindahan Islam. Ramai sahabat-sahabatku yang menutup aurat dengan sempurna dan mengerjakan ibadah solat di masjid. Kehidupan di sini memang berjaya mengubah diriku menjadi seorang hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya. Aku mula mengerjakan solat. Memakai tudung yang labuh menutupi dada, sesuai dengan syariat Islam. Aku bangun jam 5 pagi supaya aku sempat mandi dan bersiap-siap untuk ke masjid. Solat berjemaah juga semakin hari semakin ku gemar melakukannya. Solat Maghrib dan Isya' juga ku tunaikan secara berjemaah di masjid. Pendek kata, jika aku berkesempatan untuk ke masjid, aku akan solat berjemaah di sana. Aku sentiasa berusaha menambahkan ilmuku mengenai Islam. Aku amat bersyukur kerana diberi hidayah dan dibukakan pintu hatiku. Kini aku sedar, betapa indahnya Islam itu dan betapa mudahnya perintah Allah yang mesti kita laksanakan sekiranya kita benar-benar ikhlas untuk mengerjakannya.


Namun, aku juga berasa sedih yang amat sangat. Aku bakal meninggalkan kampus yang telah meninggalkan banyak kenangan dan kesan terhadap diriku. Aku mula berasa bimbang. Bimbang jika diriku terpedaya lagi dengan hasutan syaitan memandangkan keluargaku masih seperti dulu. Aku pulang juga ke rumahku. Aku menjangkakan, dugaan demi dugaan terpaksaku tempuhi.

Aku amat sedih kerana aku takut keluargaku tidak dapat menerima diriku jika aku menyatakan hasratku untuk berubah. Berubah dengan sentiasa memakai tudung labuh dan ke masjid untuk solat berjemaah. Aku sangat mengerti akan perangai mereka yang mudah salah faham jika perkara itu melibatkan agama. Aku hanya mampu berdoa agar Allah memberi hidayah kepada mereka, terutamanya kepada kedua ibubapaku. Setiap hari, aku hanya mampu menangis mengenangkan nasibku ini dan berdoa agar Allah mempermudahkan jalanku untuk beribadah.

Semoga suatu hari nanti, aku mampu menjadi seorang muslimah yang solehah dan berjuang demi Islam yang tercinta. Pergilah wahai syaitan-syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia! Ya Allah, Kau bantulah aku dalam perjuanganku untuk menjadi pejuang agamaMu..Allahuakbar!

Dipetik dari iluvislam.com

Mengapa Saya Mencintai Islam

Firman Allah S.W.T :

Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.

Al-Baqarah : 255


Saya dipertemukan dengan seorang yang mempunyai masalah kemurungan sehingga dia lebih cenderung untuk keluar dari Islam.Dalam sesi berbual, dia bertanyakan satu soalan yang tidak terfikir dalam ‘kepala otak’ saya. Soalan ini juga membuat saya terfikir, apa yang boleh membuatkan orang bukan Islam mahu masuk Islam? Adakah kerana jubah? Tasbih? Kejayaan politik?

Soalannya, “kenapa awak mencintai Islam?” Saya terpaku beberapa ketika…. (diringkaskan) dan kemudian menjawab seperti di bawah ini dengan sedikit pengubahsuaian supaya lebih dramatik. Jika anda mungkin ditanya soalan yang sama atau anda mungkin bertanya pada diri sendiri, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.

1. Islam Membawa Berita Gembira Pada Saya

Islam adalah cara hidup yang benar-benar diperlukan oleh setiap manusia yang inginkan kehidupan yang bahagia seterusnya ke arah masyarakat yang harmoni.

Adakah wujud satu kitab yang menghimpunkan ilmu, sejarah peradaban, akhlak dan adab, perdagangan, kejadian bangsa-bangsa terdahulu, makanan dan minuman, undang-undang, hukuman dan pelbagai lagi berkaitan dengan kehidupan untuk kita jadikan pelajaran? Belum lagi dikira kehidupan sebelum kehidupan dan kehidupan selepas mati.

Firman Allah S.W.T :

Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang beriman) dan membawa amaran (bagi orang yang ingkar).

Al-Fussiliat : 3-4

Sejarah membuktikan sebelum datangnya Islam, manusia hidup penuh huru-hara. Undang-undang buatan mereka hanya agak-agak sahaja, sehingga anak-anak perempuan dibunuh, wanita datang haid hendaklah diasingkan, orang yang beribadah tidak boleh berkahwin dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T :

Sesungguhnya Kami menjadikan Al Qur'an dalam bahasa Arab supaya kamu memahami (nya). Dan sesungguhnya Al Qur'an itu dalam induk Al Kitab (Lohmahfuz) di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah.

Az-Zukhruf : 3-4

Firman Allah S.W.T :

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Al-Qamar : 17

Datangnya Islam membawa lembaran baru buat manusia, bukan sahaja membawa perubahan dalam ibadah, tetapi juga sistem pemerintahan, ekonomi, pendidikan dan sosial kemasyarakatan sehingga membentuk sebuah tamadun.Tamadun Islam. Itulah yang dimaksudkan dengan berita gembira iaitu; memisahkan antara haq (benar) dengan yang bathil.

2. Islam Membantu Saya Membezakan Kebenaran (Haq) Dan Kebatilan

Kekuasaan Allah Yang Maha Pemurah dapat dilihat di mana-mana. Seluas mata memandang ke langit, lautan dan bumi, maka setiap satunya terdapat tanda-tanda kekuasaan-Nya.

Di langit,

Firman Allah S.W.T :

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.

Ar-Ra’d : 2

Adakah kekuatan lain yang meninggikan langit tanpa tiang? Adakah batu (musyrik) yang boleh ditinggikan menopang langit? Adakah wang ringgit (taghut) mampu membuat tiang setinggi langit?

Di lautan,

Firman Allah S.W.T :

Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

An-Nahl : 14


Kita juga disuruh mencari rezeki yang halal. Salah satu kurniaan Allah S.W.T adalah dari dalam lautan. Baik dari segi makanan mahupun perhiasan, semua boleh diniagakan untuk mendapat keuntungan daripada merompak, memeras dan kekejian yang lain.

Di bumi,

Firman Allah S.W.T :

Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.

An-Nahl : 15

Siapakah yang memasakkan bumi ini dengan gunung agar daratan dan lautan tidak turut berpusing dan berkocak ketika bumi berputar pada paksinya? Adakah ini terjadi secara kebetulan (Ateis)?

Firman Allah S.W.T :

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.

Al-Baqarah : 256

Kebenaran dan kebatilan telah jelas, segala dalil dan buktinya dapat diperhatikan dimana-mana, di sekeliling dan juga pada diri kita sendiri. Kemudian dia bertanya, “Kenapa mesti Al-Quran? Kenapa kita (orang Islam), sikit-sikit bawa Al-Quran sebagai dalil. Kalau Taurat dan Injil dari Allah, tentu kita boleh guna juga?” Bagi saya jawapannya merupakan satu soalan, iaitu;

3. Kenapa Tiada Kitab Lain Selepas Al-Quran?

Semua manusia mengakui (kecuali Ateis dan segelintir penyembah Tagut) akan kebenaran kitab Taurat, Injil dan Al-Quran sehingga mustahil seluruh penduduk bumi berpakat bersama akan kebenarannya.

Ini kebenaran yang tidak dapat disanggah. Tapi pernahkah kita terfikir kenapa ada kitab lain selepas Taurat? Kenapa ada kitab lain selepas Injil? Tetapi, kenapa tiada lagi sesudah Al-Quran?

Firman Allah S.W.T :

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.

Al-Maidah : 3

Firman Allah S.W.T di atas adalah jawapan mengapa tiada lagi kitab selepas Al-Quran. Turunnya Al-Quran menandakan kesempurnaan kehidupan yang diperlukan oleh manusia, melalui secara bertahap (suhuf-suhuf, Taurat dan Injil) mengenai kehendak Allah S.W.T. Ini juga menjadi dalil tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad S.A.W. Tapi, tak cukupkah kitab Taurat dan Injil itu? Kenapa mesti diturunkan Al-Quran?

Firman Allah S.W.T :

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami (Nabi Muhammad s.a.w) menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan.

Al-Maidah : 15

Firman Allah S.W.T :

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Al-Hijr : 9

Fahami sendiri dua firman Allah S.W.T di atas.

4. Islam Mengajar Saya Tentang Akhlak Pergaulan

Kedatangan Islam dalam kehidupan telah memberi ilmu tentang akhlak yang terpuji. Dahulu, kebanggaan kekayaan menjadi bualan, umpatan dan kejian menjadi mainan, kemudian datanglah Islam memberi ketenangan.

Firman Allah S.W.T :

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya, sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.

Al-Humazah : 1-4

Berhati-hatilah sesiapa yang suka mengumpat, mengeji dan yang mencari harta sehingga lalai pada perintah Allah, kerana Allah S.W.T menjamin Huthamah. Nabi S.A.W bersabda, orang yang kita ceritakan keburukannya itu adalah umpatan. Jika tidak benar dipanggil fitnah, jika benar dipanggil mencela.

Melalui Al-Quran juga Allah S.W.T menyuruh hambaNya berbuat baik pada ibu-bapa, keluarga, jiran dan seluruh masyarakat tidak kira Islam mahupun bukan Islam (yang tidak memerangi Islam).

Firman Allah S.W.T :

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.

An-Nisa’ : 36

Dilarang sama sekali bersikap sombong, meninggikan diri yang sama sikapnya dengan syaitan yang dilaknat dan kekal dalam neraka ketika enggan sujud dan patuh pada perintah Allah S.W.T.

Pergaulan yang mesra akan menumbuhkan rasa kasih sayang dan kepercayaan pada kita. Janganlah bercakap sesuatu yang menimbulkan provokasi dan sesuatu yang tidak disukai, seperti mencela perbuatan, idea, tindakan dan apa yang boleh menjatuhkan maruahnya kerana kita tidak tahu isi hati orang lain dan apa yang difikirkannya.

Selain itu, janganlah pula kita mudah sangat berasa tersinggung dengan apa yang orang lain katakan pada kita, kerana manusia memang perlukan pujian dan kritikan. Pujian bagi meningkatkan motivasi dan kritikan dapat membendung perasaan kagum dan riak.

Ini salah satu saja, sila rujuk kitab (Nashaihul ‘Ibad – Imam Nawawi) banyak lagi yang boleh dipelajari.

5. Islam Diikat Dengan Kasih Sayang Persaudaraan

Umat Islam semua bersatu padu di bawah kalimah Laa ilaa ha il lallah, muhammadar rosulullah dan menghadap kiblat yang sama. Persaudaraan ini terjalin atas kasih sayang yang murni melalui Al-Quran.

Firman Allah S.W.T :

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

Al-Hujuraat : 10

Firman Allah S.W.T :

Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu

An-Nisa’ : 1


Allah S.W.T juga menjanjikan rahmatnya pada sesiapa yang mendamaikan pertelingkahan sesama kita. Sebaliknya pula, kita dilarang memutuskan tali silaturrahim dengan ancaman dilaknati dan dimatikan hatinya agar tidak dapat mendengar dan memahami Al-Quran.

Firman Allah S.W.T :

Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.

Muhammad : 22-23

Hadith :

……..sayangilah penduduk bumi, nescaya kalian disayangi penduduk langit…….

(Imam Ahmad, dinukil dari tafsir Ibn Katsir)

6. Islam Mengajar Saya Menghargai Waktu

Tiada siapa yang lebih berdisplin daripada orang yang menjaga waktu solatnya. Secara tak langsung pengamalan menjaga waktu solat ini terbawa dalam kehidupan seharian dalam menghargai waktu.

Firman Allah S.W.T :

Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Al-‘Asr : 1-3

Imam As-Syafi’I berkata :

“Seandainya manusia benar-benar memahami surah ini, nescaya surah ini mencukupi bagi mereka.”

Hadith yang paling umum dan paling ramai orang menghafal, tapi paling sikit yang ambil iktibar. Kita lebih suka mendengar apa yang dikatakan oleh orang bukan Islam dari Nabi S.A.W, kemudian cuba mengait-ngaitkan dengan kehebatan Islam kononnya. (Rujuk artikel saya- Fiqh Awlawiyat).

Hadith :

Ambillah peluang yang lima, sebelum lima : Masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, hidup sebelum mati dan lapang sebelum sibuk.

(Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dinukil dari Nashaihul ‘Ibad-Imam Nawawi)

Hadith ini benar-benar menyuruh kita agar memanfaatkan masa dan mencakupi seluruh faktor kehidupan, dari akil baligh hingga mati.

7. Islam Membantu Saya Menenangkan Hati

Al-Quran yang diturunkan bukan sahaja menjadi peringatan dan petunjuk, malah boleh juga dijadikan penawar baik dari segi zahir dan batin. Penawar bagi keresahan, ketakutan, kegelisahan selama ini yang bertumpuk-tumpuk, dengan mudah hilang dengan Al-Quran.

Firman Allah S.W.T :

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.

Ar-Ra’d : 28

Mengingat Allah S.W.T itu banyak, antaranya melihat langit, burung, hujan dan alam ini khususnya seraya memikirkan akan penciptaan Allah S.W.T. Mengingati Allah S.W.T perkara paling mudah untuk dilakukan. Artikel saya, bertajuk 24 jam menerangkan dengan lebih lanjut. (Akan datang.)

Dipetik dari iluvislam.com