Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Thursday, May 12, 2011

Tanggungjawab Seorang Suami

Assalamualaikum wbt. Di sini ana nak kongsikan sedikit mengenai tanggungjawab suami terhadap isteri di dalam rumahtangga. 

1) Allah swt. berfirman yang bermaksud:
“Dan gaulilah mereka(para isteri kamu) dengan cara yang sebaik-baiknya” (An-Nisa:19)

2) Dan Allah swt. berfirman lagi:
“Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang dengan kewanitaannya menurut cara yang baik akan tetapi para suami itu mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya”.

3) Diceritakan dari Nabi saw. Bahawa baginda bersabda pada haji wida’(perpisahan) setelah baginda memuji Allah swt. dan menyanjunginya serta menasihati hadirin yang bermaksud:-
“Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesananku untuk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada disampingmu, kamu tidak dapat memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kerana kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan yang keji yang jelas (membangkang atau tidak taat) maka tinggallah mereka bersendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. 

Kalau isteri itu taat kepadamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan terhadap dirimu. Kemudian kewajipan isteri-isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu orang yang kamu benci. Ingatlah! Kewajipan terhadap mereka ialah bahawa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka”.

4) Rasullullah saw bersabda yang bermaksud:
“Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan dan memberi pakaian jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokkan dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri membangkang)”.

5) Nabi saw. Bersabda yang bermaksud:
“Siapa sahaja seorang lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang mas kahwin sedikit atau banyak, sedangkan dalam hatinya berniat untuk tidak memberikan hak (maskahwin) perempuan tersebut, maka ia telah menipunya, kemudian ia meninggal dunia, sedang ia belum memberi hak perempuan tadi, maka ia akan menghadap Allah swt. pada hari kiamat nanti dalam keadaan berzina”.

6) Sabda Nabi saw. :
"Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih hebat dalam mempergauli keluarganya (isteri, anak-anak dan kaum kerabatnya)”.

7) Nabi saw. bersabda :
“Orang-orang yang terbaik dikalangan kamu sekalian ialah mereka yang baik terhadap isteri. Dan saya adalah orang yang paling baik dari kamu sekalian terhadap isteri”.

8) Diceritakan dari Nabi saw. :
“Barang siapa yang bersabar atas budi pekerti isterinya yang buruk, maka Allah swt. memberi pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayub a.s kerana sabar atas percubaanNya”.

Percubaan(ujian Allah swt.) ke atas Nabi Ayub a.s ada empat:
1) Habis harta bendanya.
2) Meninggal dunia semua anak-anaknya.
3) Hancur badannya.(sakit)
4) Dijauhi manusia selain isterinya.

“Dan seorang isteri yang sabar ke atas budi pekerti suaminya yang buruk akan diberikan oleh Allah swt. pahala sama dengan pahala Asiah isteri Firaun”.

9) Dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya (mengingatkannya dengan nada yang halus) dan menafkahinya menurut kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya kejalan yang baik dan mengajarkannya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya seperti bersuci, haid, dan ibadah-ibadah samada yang wajib atau yang sunat.

10) Allah swt. berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”. Ibnu Abbas berkata: berilah pergertian agama kepada mereka dan berilah pelajaran akhlak yang baik kepada mereka.

11) Nabi saw. bersabda yang bermaksud:
“Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanat yang berada disampingmu. Barang siapa yang tidak memerintahkan solah kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah khianat kepada Allah swt. dan RasulNya saw.”

12) Nabi saw. bersabda :
“Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt. dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang tidak sanggup mendidik keluarganya”.

"Isteri Solehah menjadi dambaan Suami"


TANGGUNGJAWAB SUAMI YANG SEBENAR

1) Menjadi pemimpin bagi isteri dan anak-anak dalam rumahtangga.

2) Mengajarkan ilmu Fardu ‘Ain (wajib atas setiap hamba) kepada isteri dan anak-anak iaitu ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf.
· Ilmu tauhid diajarkan supaya aqidahnya betul dengan aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
· Ilmu Fiqh diajarkan supaya segala ibadahnya betul mengikut kehendak agama.
· Ilmu tasawwuf diajarkan supaya mereka ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalan mereka daripada dirosakkan oleh rasa riya’, bangga, menunjuk-nunjuk dab lain-lain.

3) Memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal dan wang dari usaha(punca) yang halal. Ulama berkata “Sekali memberikan pakaian kepada anak isteri yang menyukakan hati mereka dan halal maka suami mendapat pahala selama 70thn”.

4) Beri nasihat jika isteri gemar mengumpat, berleter serta melakukan sesuatu yang bersalahan dengan perintah agama.

5) Malayani isteri dengan sebaik-baik pergaulan.

6) Bercakap dengan isteri secara lemah lembut.

7) Memaafkan keterlanjurannya(berbuat salah dgn tidak sengaja) tetapi kuat mencemburui tingkah lakunya(dengan berkadaran).

8) Kurangkan perdebatan(sesama ahli keluarga).

9) Memelihara maruah mereka(isteri dan anak-anak).


Dipetik dari sini.

No comments:

Post a Comment