Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Thursday, August 13, 2009

Luahan Rasa : Bolehkah Wanita Menerima Jika Ditegur Tentang Aurat?

...يبسم الله الر حمن الر حىم

Tentang aurat lagi nampaknya pos yang ana hantar ni. Sebelum ni ana ada menghantar pos yang bertajuk "Luahan Rasa : Kesalahan Kerap Wanita Berkenaan Aurat". Ana sebenarnya bukanlah lelaki yang sempurna, bukan juga lelaki yang terlalu baik, tetapi tak salah rasanya ana berbicara tentang agama Islam ini.

Hari ni ana ada terima komen yang dihantar oleh seorang hamba allah yang mengatakan kenapa ana tak tegur wanita disekeliling ana yang tidak menjaga aurat? Jadi ana nak ucapkan terima kasih kepada hamba allah ini. Jangan risau kerana ana tidak kecil hati pun.

Untuk pengetahuan, sebenarnya sejak sekolah lagi dah banyak kali ana menegur sahabat-sahabat dan kawan-kawan ana dari kaum hawa tentang pentingnya menjaga aurat. Tetapi seperti ana katakan tadi, ana bukanlah lelaki yang sempurna untuk menegur mereka. Di kelas juga ana bukanlah seorang yang banyak bercakap. Kadang-kadang adik ana sendiri pun ana masih gagal membentuk walaupun sudah banyak kali ana tgur.

Begitu juga dengan rakan-rakan sewaktu ana bersekolah dahulu. Bukan ana tak pernah tgur tetapi bila ana tegur mereka banyak jawapan yang ana dengar:

-Ada yang kata "Tak naklah jadi hipokrit. Dah biasa macam ni. Biarlah."
-Ada pula yang kata "Aku bukannya sekolah agama nak jaga benda-benda ni",
-"Dah biasalah macam ni"..
-" Suka hatilah!!, sibuk kenapa??"
-Pernah sewaktu dalam kelas, ana duduk depan dan yang wanita duduk belakang, bila ana terpandang belakang nampaklah yang mereka ni tak menjaga aurat, ana pun tegurlah dan mereka kata "Yang pndang belakang ni buat ap! Sibuk je nak pandang belakang".
Sedangkan waktu tu dalam kelas, salah ana ke yang terpandang belakang dan tegur mereka?
-Ada yang pakai baju lengan pendek ana tegur, lepas je ana tegur tu makin dia naikkan lengan baju dia tu sampai nampak 'dlm' baju 2.
Ada juga ana cakap dengan nada gurau "Ei, aurat" (sambil ana tunjuk kat lengan dia). Lalu dia menjawab, " Ai, lawak kasar ni!"
Pernah juga bila keluar ramai-ramai sengaja ana pakai baju lengan panjang. Jadi bila ana nak tegur ana akan naikkan sebelah lengan baju dan sebelah lagi ana biarkan. Jadi ana akan tanya kepada sahabat wanita "Apa beza antara dua lengan ana ni?" Jadi ana akan jawab sebelah ni cara untuk perempuan tutup aurat dan sebelah lagi untuk lelaki.

Subhanallah..
Mungkin kerana ini, debat seperti pos ana yang bertajuk Luahan Rasa : Kelas Tutorial (Pengguguran) menjadi hangat.

Adakah kerana keegoan mereka menerima teguran, lantas tidak takutkan hukuman allah? Adakah mereka ini ingin menjadi ahli neraka yang tidak akan mencium bau syurga?

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Tapi ada juga sesetengah kawan ana kat sekolah bila jmpa@ nampak ana pada jauh diorang tau dah ana nak cakap apa, jadi cepat-cepat mereka tutup aurat mereka. Tapi mereka ni tutup bila nampak ana je. Hmm, takpelah. Belajar sikit-sikit, dari yang tak tahu menjaga aurat tu kan lagi susah.

Tetapi alhamdulillah, bukan semua yang tak boleh menerima teguran. Ada juga yang mampu menerima. Tahniah ana ucapkan kepada mereka. Ana sendiri pernah ditegur tentang kesilapan yang ana pernah lakukan dan kepada sahabat-sahabat yang nampak kesalahan dan kesilapan ana, tegurlah ana sebagai sahabat. Insyaallah ana akan cuba terima dengan seikhlas hati. Ana pernah mendengar sabda Rasullullah saw, "Sampaikanlah perkara yang baik itu meskipun kamu tidak mampu mengamalkan sepenuhnya". Kita dituntut untuk mencegah amar makruf nahi mungkar. Memang mudah untuk kita melakukan amalan tetapi bukan semua mampu mencegah kemungkaran.

Jadi kepada setiap umat Islam, kita wajib memperingati sahabat-sahabat yang lain jika mereka semakin longlai dan lemah dalam menggerakkan dakwah Islamiah. Peringatan yang berupa nasihat mestilah disebarkan kepada semua umat Islam supaya kesedaran dalam merungkai segala permasalahan dapat dilakukan bersama-sama secara berkesan. Janganlah dibandingkan kaum adam dan hawa. Tidak dinafikan kaum adam juga bukanlah semuanya baik, tetapi sebagai peringatan, yang penting jagalah diri masing-masing.

Muslimat di luar sana,
Sudikah anda jika ditegur tentang aurat anda?
Sudikah anda ditegur tentang dosa yang sangat diperjuangkan syaitan ini?
Bersamalah anda muhasabah diri....
Bersamalah kita koreksi diri....



"Aurat Terjaga, Maruah Terpelihara"

10 comments:

  1. salam saudara..
    ana rasa sedih dan malu dgn muslimah skrg.
    berpakaian tudung ttpi msih blum spenuhnya menutup aurat. apa guna bertudung jika pakaian masih nmpk tubuh, msih nmpk lengan dan sebagainya?

    mungkin bg mereka itu adalah perkara remeh. tp mereka lupa akn jnji Allah yg mereka akn dibinasa kelak.

    ana pun bukanlah muslimah yang sempurna. ttpi sbg insan yang brusaha utk brubah menjadi lebih baik, mjadi satu tggjwb jgk utk ana tegur baik dan buruknya. saling tegur-menegur.

    rasa sedih dan terkilan dgn wanita skrg yg taksub mengejar dunia berbanding akhirat...

    ReplyDelete
  2. betol tu acu...
    Sekarang brlaku fenomena baru kat UPSI..
    perempuan bertudung labuh dihina kerana boikot konsert jaclyn vector..

    ReplyDelete
  3. trima ksih ye.. mmg ssh nk jaga tp allah mnjnjikn ganjaran pahala yg lbih bsr kpd wanita yg mnjga aurtny brbnding llaki. oleh i2, rebutlh ksmptn d dnia ni..

    ReplyDelete
  4. jgn risau klo kita rsa kta blom btol2 baik utk tgur org lain..nk tau np?sbb bkn ke kita dicipta utk sling ingat-mngngati??klo nk tggu org yg smpurna drahnya dtg nk tgur,smpai bila??kan..rasulullah saw dh wfat,slhddin al-ayubi??dh xde lg..jgn tkut klo respon org2 ni nyakitkan..jgn plak kita tgur sbb gram dgn stail org2 ni tp tgur la sbb ALLAH n sbb kita ksian n syg kt org2 ni..

    ReplyDelete
  5. trima ksih nawwar.. ana x kesh pn ap org kata..
    tq ya..

    ReplyDelete
  6. Salam'Alaikum

    Kalau akak, org tegur lg bgus. Kita taula org Islam lain syg kita, Allah syg kita :).

    ReplyDelete
  7. satu info dan peringatan yang produktif..alhamdulillah syukran

    ReplyDelete
  8. :)
    sy ok je kalo nak tegur pon .. hihihi

    ReplyDelete