Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Tuesday, May 14, 2013

Hukum Ucap "Sayang" Kepada Bukan Mahram



SOALAN:
Dulu saya pernah meminta nasihat daripada seorang lelaki. Dia juga ingin mencari seorang lelaki soleh untuk saya. Kami selalu berhubung melalui telefon dan e-mel. Dia juga meminta biodata dan ingin tahu perwatakan saya. Sekarang, saya terkesan dengan setiap percakapannya. Dia pernah menyatakan dia menyayangi saya kerana ALLAH. Bolehkah seorang lelaki yang bukan mahram menyatakan sebegitu kepada saya? Bagaimanakah cara untuk saya menyelesaikan perkara ini?

JAWAPAN:
Tidak patut bagi mana-mana lelaki menyatakan hal ini kepada mana-mana wanita yang bukan mahram (individu yang boleh dinikahi) dengannya. la boleh menyumbang kepada fitnah hati kerana terpikat dengan kata-kata tersebut. Perbuatan seperti ini dilakukan oleh kebanyakan lelaki dengan niat yang baik, harapan dan istiqamah. Tetapi ia adalah cara yang salah dan haram disisi agama. Sabda Rasulullah s.a.w., "Dosa adalah apa yang terdapat di dada kamu dan kamu benci jika diketahui oleh manusia. " - Hadis riwayat Muslim: 4632.

Lelaki tersebut mesti menyembunyikan perkara ini daripada orang lain. Usaha untuk mencari jodoh yang baik amat digalakkan. Usaha ini akan dinilai oleh ALLAH. Tetapi janganlah kamu mengambarkan perwatakan kamu secara berlebihan padanya.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak boleh bagi seorang wanita bercampur dengan wanita lain, kemudian menceritakan halnya kepada suaminya seolah-olah suaminya dapat melihatnya sendiri". Hadis riwayat Muslim: 5240.

Kamu boleh mengambarkan perwatakan kamu sekadar apa yang diizinkan syarak jika dia ingin melamar kamu, iaitu muka dan tapak tangan. Tapi ini dikhususkan bagi lelaki yang benar-benar ingin menikahi kamu. Lelaki tersebut pula perlu meminta nasihat orang yang berilmu atau orang tengah untuk melihat wanita yang ingin dilamar tanpa pengetahuannya (wanita tersebut).

Selain itu, kami nasihatkan agar kamu memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Pohonlah keampunan daripada ALLAH di atas segala yang berlaku. Berwaspadalah ketika bermuamalat (bergaul). Jauhkanlah diri daripada fitnah yang boleh menjauhkan kamu daripada rahmat ALLAH. Untuk makluman kamu, wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki. Oleh itu, jagalah peribadi kamu sebagai wanita solehah agar tidak menyebabkan orang lain terjebak dalam dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita.” - Hadis riwayat al-Bukhari: 4706 dan Muslim: 4923.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Dunia adalah sesuatu yang segar dan manis, ALLAH melantik kamu sebagai khalifah untuk melihat sejauh mana kamu boleh lakukan. Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita. Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita.” –Hadis riwayat Muslim: 4925

(Sumber islamonline. net)

6 comments:

  1. mengungkap sayang atau cinta kerana Allah kpd bukan mahram mmg salah di sisi agama sbb ini boleh mmbwa kpd perasaan yg xspttnya pd si perempuan/ lelaki tersebut...

    ReplyDelete
  2. mngungkap sayang atau cinta KERANA ALLAH kpd yg bukan mahram mmg salah di sisi agama sbb boleh mnyumbang kpd perasaan yg xspttnya pd si lelaki/perempuan tersebut..

    ReplyDelete
  3. Sering juga berlaku keadaan di mana wanita bujang tanpa rasa segan mengucapkan sayang pada suami orang. Sering berlaku pergaduhan kerana isteri berasa hati apabila sang suami mengatakan itu memang perangai wanita itu

    ReplyDelete
  4. Mcm mane plak kalau kite kate syg sbg kawan ? Haram jgak ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak menjadi haram jika diucapkan kepada kawan@sahabat sesama jantina. namun tetap menjadi haram jika terdapat rasa syahwat walaupun rakan sesama jantina...

      Delete