Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Sunday, September 13, 2009

Enam Jenis Wanita Yang Dilarang Kahwini

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah"

Wanita ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "aku membuat ini kerana kamu".

Wanita hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang terdahulu. Yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya daripada suami yang lain.

Wanita hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita baraqah: Ada 2 makna. Pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghiaskan mukanya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita syadaqah: Banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

Petikan daripada Imam Al-Ghazali

Di dalam sebuah hadith Rasullullah saw telah bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan atas mereka sifat malu.

3 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t..
    Kaifa halukum..? Moga enta sihat-sihat belaka..
    Alhamdulillah..bertemu dgn blog enta yg banyak berbicara tentg muslimah.

    Juz nak share blog milik ana yang baru ada 2 post..ats sebab baru sahaja blog ini dilahirkan.. http://jannatulwardah.wordpress.com
    Syukran, jazakillah.

    ReplyDelete
  2. thanks Bro for the good info......

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat