Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Sunday, September 27, 2009

Nasihat Untuk Muslimah


Muslimah sejati.. tulang belakang kekuatan seorang mujahid Islam.Muslimah sejati. guru terbaik membentuk seorang ulama' islam.Muslimah sejati.. insan hebat melahirkan seorang syahidul islam.Menjadi seorang Muslimah sejati impian setiap wanita.Tetapi, siapakah muslimah sejati itu?

Nasihat Untuk Muslimah


Muslimah itu beriman kepada Allah sebagai tuhannya, Muhammad sebagai rasulnya dan Islam sebagai agamanya. Maka akan terzahir keimanannya itu pada perkataannya, perbuatannya dan pegangannya. Dan wanita muslimah itu juga takut pada kemurkaan dan azab Allah juga takut untuk mengingkari perintah-Nya.


Muslimah itu menjaga sembahyang lima waktu dengan menjaga kesempurnaan wuduknya dan khusyuknya pada waktunya(di awal waktu). Maka akan terlihatlah pada dirinya kesan-kesan dari solatnya itu. Kerana sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar juga menjaga diri dari perbuatan maksiat.


Muslimah itu menjaga dirinya dengan berhijab, dan tidaklah ia keluar (dari rumah)melainkan dengan berhijab dan menutup aurat sebagaimana yang dituntut oleh syara'. Firman Allah: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.."[Al-Ahzab:59]


Muslimah itu menjaga ketaatan kepada suaminya , menyayangi juga menasihatinya kepada kebaikkan dan menjadikannya sentiasa berasa tenang dan selesa malah tidak sesekali meninggikan suara ke atasnya apatah lagi membantah kata-katanya. Sabda Nabi Sallallahu a'laihi wassalam: Jika telah solat lima waktu seorang wanita itu, berpuasa di bulan Ramadhan dan taat kepada suaminya, maka dia akan dimasukkan ke syurga.


Muslimah itu mendidik anak-anaknya untuk mentaati suruhan Allah dan mendidik mereka dengan pegangan yang betul(Islam) juga menanamkan didalam hati-hati mereka rasa cinta kepada Allah dan sayang kepada Rasul serta menjauhkan mereka dari kemaksiatan dan keruntuhan akhlak.


Wanita muslimah itu tidak bersendirian atau berdua-duan dengan bukan muhrimnya. Seperti sabda baginda: Tidaklah bersendiriannya seorang wanita dengan seorang lelaki melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga. Wanita muslimah itu juga tidak bermusafir tanpa mahramnya, tidak berkumpul di tempat awam dan pasar-pasar tanpa sebab dan dia sentiasa terpelihara dan terlindung maruah dirinya.


Muslimah itu tidak menyerupai lelaki pada sifat-sifat yang dikhaskan untuk lelaki. Dan sesungguhnya telah bersabda baginda: Allah melaknat lelaki yang menyerupai wnaita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki. Juga tidak menyerupai wnaita-wanita kafir. Seperti sabda baginda, "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka".


Muslimah itu menyeru dan mengajak para wanita islam yang lain untuk beriman kepada suruhan Allah dengan seruan dan kalam yang baik , juga melazimkan dirinya menziarah jiran-jiran dan saudara-saudaranya dengan sentiasa bertanya khabar. Dan dia juga beramal dengan apa yang dikatakan dan bersungguh-sungguh dalam usaha untuk melepaskan dirinya dan diri saudara-saudaranya daripada azab dan kemurkaan Allah.


Muslimah itu menjaga hatinya daripada perkara yang syak (meragukan) dan perkara-perkara syahwat juga menjaga mata dan telinganya daripada perkara yang haram. Muslimah itu sentiasa menjaga waktunya daripada terbuang dan di sisi dengan pekerjaan yang sia-sia. Firman Allah Taa'la: Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai mainan dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia.[Al-Ana'm:70].Firman Allah Taa'la lagi: Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu".[Al-Ana'm:31]

Diambil dari sini.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat