Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Sunday, September 13, 2009

Muslimah & Gambar

Salam.

Muqaddimah

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~

9 comments:

  1. salam.. sya ni pun. ada ke tanya nak buat macam mana..?
    pendapat azim, tak salah nak letak gambar di fs, ms atau seumpamanya tetapi janganlah sampai mengundang fitnah kepada yang melihatnya.

    rasanya sya pun faham kan..

    ReplyDelete
  2. salam..
    saya jugak letak gambar..tapi tak delah banyak..dalam 2 keping tuk bagi org kenal.sebab kadang2 perlu jugak letak gambar ni,tapi jgn lah yang sampai mengundang fitnah..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..saya kekadang sedih. saya xletak gambar dalam friendster atau tayangkan pada mana2 blog atau ap2..tapi kawan2 saya, sewenang2wenangnya letakkan gambar saya.. tanpa kebenaran, takut mengaibkan..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..

    saya sokong pendapat saudara.. cuma ada sedikit persoalan yg bermain di fikiran saya, dan kalau boleh saya nk tanye pendapat.. bagaimana pula dgn wanita yang sudah bersuami, yang letak gambarnya (baik gmbr sendirian mahupun bersama suami) yg agak besar saiznya dan jelas kelihatan?

    sebab rupa paras wanita yg dikatakan bisa mengundang fitnah, rasa2nya xde pulak sebut terhad pd yg masih belum kahwin je.. kalaupun dah jadi istri org, adakah dijamin selamat daripada fitnah tersebut?

    harap saudara dapat luangkan masa utk beri pendapat tentang hal ni.. shukran =)

    ReplyDelete
  5. bagaimana pula dgn wanita yang sudah bersuami, yang letak gambarnya (baik gmbr sendirian mahupun bersama suami) yg agak besar saiznya dan jelas kelihatan?

    mengenai soalan saudari, pendapat saya sama sahaja tetap tidak boleh walaupun sudah berkahwin atau bersama suami. seperti di dalam satu hadis nabi, dugaan lelaki yang paling besar adalah wanita.

    oleh itu, elakkanlah berbuat begitu ye. sebagai lelaki ana ingin menyatakan bahawa pandangan lelaki yang fasik ini sangat bahaya. mereka boleh membayangkan apa sahaja apabila melihat muka, bentuk badan dan apa sahaja yang berkaitan dengan diri anda. tidak kiralah sama ada anda sudah berkahwin atau belum asal muka, wajah dan kecantikan anda itu boleh menarik perhatian lelaki.

    jadi siapa lagi yang anda hendak percaya jika bukan dari pengakuan para lelaki. oleh itu, hanya di tangan anda pintu segala kebaikan dan bukan di tangan kaum lelaki.

    ReplyDelete
  6. salam~

    btol3.. sokong sangat2.. sbnrnye pndgn saya pn macam tu jugak.. tp saje nk tau pandangan saudara pulak.. terima kasih ye sudi luangkan masa jwb soalan tu =)

    ade sorg kawan ni, suke jugak tgk blog dia.. dia cerita pasal life dia.. tp letak pic anak n suami je.. langsung xde satu pn pic dia..

    n on the other hand, ade jugak tgk blog yg duk letak gmbr diri sndiri (sorg2, dgn suami, ataupun dgn anak).. xla kata salah.. tp prefer the one yg x letak pic sndiri.. thats better (hujah2nya samelah cm yg saudara berikan tu)..

    yg lebih sedihnye.. bile tgk blog yg mana si suami lak yg duk letak pic istrinya (xtaula dgn kerelaan si istri ataupn x).. tertanye2 jugakla.. x terfikir ke si suami ni akan wajah isterinya yg diperhatikan ramai org yg ziarah ke blognya? ntahla..

    ReplyDelete
  7. terima kasih untuk komen saudari tu. ana sendiri pun peliklah kalau ada suami yang sengaja letak gambar isteri dia untuk tontonan orang ramai. mungkin berbangga dengan kecantikan isteri dia kot..

    jadi kesimpulannya nak letak gambar tu tak salah tapi perlulah berpada-pada. just in my opinion..

    ReplyDelete