Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Thursday, September 16, 2010

Laporan PBS Sem 2/2010

Laporan PBS Hari Pertama (30 Ogos 2010)

Pada 30 Ogos 2010, saya telah melakukan PBS kedua di Sekolah Kebangsaan Dato seri Maharajalela bersama seorang sahabat saya dari IPG Kampus Raja Melewar. Sekolah yang terletak di bandar Segamat ini merupakan bekas sekolah saya sewaktu saya bersekolah rendah. Saya melaporkan diri di sekolah lebih kurang pukul 7.00 pagi dan terus ke menuju ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan guru besar sekolah ini. Malangnya guru besar masih belum tiba ke sekolah dan kami bernasib baik berjumpa dengan bekas guru saya, Puan Wan Noriza Bt Ahmad. Beliau yang membawa kami ke bilik guru serta menyediakan tempat untuk kami di bilik guru.

Seterusnya kami di bawa ke perhimpunan mingguan. Perhimpunan pada hari ini agak lambat kerana berlangsungnya majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53. Perhimpunan dimulakan dengan Lagu Negaraku, Negeri Johor dan lagu-lagu patriotik. Seterusnya wakil ucapan Yang Di Pertuan Agong, Menteri Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran dan ucapan perasmian dari guru besar, Encik Mohamed Elham Bin Mohamad Soheh. Kemudian perhimpunan diteruskan lagi dengan persembahan dari setiap wakil kelas. Perhimpunan diakhiri dengan laungan kemerdekaan dan lagu sekolah.



Kami kemudian berjumpa dengan guru besar di bilik beliau. Di sini beliau memberikan sedikit nasihat dan panduan selain bertanya tentang tugasan yang kami perlu lakukan. Beliau juga banya membantu untuk tugasan yang perlu disiapkan dan saya berpendapat beliau seorang yang sangat komited dan tegas dalam menjalankan tugas.

Seterusnya kami berjalan ke sekeliling sekolah untuk mengambil gambar dan melihat kenangan-kenangan saya di sekolah ini. Maklumlah, sekolah lama. Banyak perubahan yang berlaku setelah 8 tahun saya meninggalkan sekolah. Kami juga berkenalan dengan guru-guru di sekolah ini di samping mencari maklumat yang perlu kami lakukan. Kemudian kami diamanahkan untuk mengajar matapelajaran seni visual darjah 5.

Waktu pulang di sekolah ini pada pukul 1.20 tengah hari dan kami pulang lebih kurang 1.45 tengah hari..





Laporan PBS Hari Kedua (31 Ogos 2010)

Hari ini sekolah di seluruh negara bercuti sempena hari kemerdekaan negara ke-53.

Laporan PBS Hari Ketiga (1 September 2010)

Untuk hari ketiga saya ke sekolah dengan menumpang seorang guru kerana rumah kami yang berhampiran dan bersekolah di sekolah yang sama. Saya ke sekolah pada pukul 6.45 pagi dan setibanya di sekolah, seperti biasa saya menulis nama di pejabat sebelum memulakan tugas. Selepas itu saya ke bilik guru untuk meletakkan barang-barang saya. Kemudian saya teruskan kerja saya dengan mencari maklumat yang berkaitan. Alhamdulillah, walaupun baru dua hari berada di sekolah ini, sudah banyak maklumat yang saya perolehi untuk menyiapkan tugasan saya.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, saya telah diberi amanah untuk menjadi juri hakim untuk Pertandingan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan di sekolah ini. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di dalam dewan pada hari ini. Terus terang saya terkejut dengan amanah yang di beri. Menjadi juri pertandingan sajak merupakan pengalaman pertama saya sepanjang bergelar guru pelatih. Sebenarnya saya berasa masih belum layak untuk menjadi juri. Namun amanah itu tetap saya laksanakan dengan sebaik mungkin.

Pelajar yang menyertai pertandingan ini ialah dari darjah satu hingga ke darjah enam dan setiap kelas diwakili dua orang pelajar. Bermacam-macam ragam yang dapat saya lihat. Namun keputusan pertandingan masih belum diketahui. Pertandingan tamat sehingga waktu sekolah hampir tamat. Murid tunggu di dalam dewan dan pulang pada pukul 1.20 tengah hari.




Laporan Hari Keempat (2 September 2010)

Pada hari ini saya telah meminta kebenaran dari seorang guru bahasa melayu untuk melihat beliau mengajar di samping melengkapkan tugasan yang perlu saya siapkan. Kelas yang saya lihat ialah darjah 5 dan kelas tersebut merupakan kelas ‘nombor dua’. Jadi masih ada murid yang lambat dan belum menguasai kemahiran 3M.



Hari ini saya mempunyai masa yang agak lapang. Selepas kelas saya mencari maklumat yang perlu kerana esok merupakan hari terakhir saya berada di sekolah ini. Tambahan pula masa saya agak suntuk kerana saya berada di sini selama empat hari sahaja. Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti sekolah seperti sambutan kemerdekaan, pertandingan sajak, pertandingan melukis, dan esok akan berlangsung aktiviti khatam al-quran dan majlis bersalaman antara guru dan pelajar.

Saya sedaya upaya mencari semua maklumat yang diperlukan pada hari ini dan alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan oleh-Nya. Pada pukul 12.00 tengah hari saya dikehendaki menghadiri mesyuarat. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah tentang kewangan dan aktiviti sekolah.

Laporan Hari Kelima (3 September 2010)

Pada setiap hari Jumaat, sekolah ini akan mengadakan majlis bacaan yassin. Semua pelajar akan berkumpul di dalam dewan pada pukul 7-30 pagi. Usai bacaan yassin, semua pelajar didengarkan tazkirah oleh seorang guru di sekolah ini dan selepas itu majlis khatam al-quran bermula. Semua bacaan didengarkan oleh pelajar-pelajar harapan untuk mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR. Kemudian majlis diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah untuk pelajar yang menyertai beberapa pertandingan di sekolah ini.

Guru-guru dan pelajar agak sibuk pada hari ini kerana sebelum pulang nanti kami sekali lagi dikehendaki berkumpul untuk majlis bersalaman antara pelajar-pelajar dan guru-guru. Saya diminta menolong ketua dan penolong pengawas sekolah ini membuat ucapan wakil pelajar. Seterusnya saya berjumpa juga dengan guru besar untuk menandatangani beberapa dokumen yang perlu.

Selepas itu saya menggunakan kesempatan yang ada untuk mengambil gambar kenangan bersama bekas guru dan sekolah saya di sini. Pelajar berkumpul di dalam dewan lebih kurang pada pukul 10.30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kemudian ucapan wakil pelajar.

Tanpa disangka-sangka saya dikehendaki memberi ucapan pada majlis ini. Saya sebenarnya tidak diberitahu tentang ini tetapi saya gembira dapat berucap sebelum saya meninggalkan sekolah ini. Seterusnya ucapan dari guru-guru dan tuan guru besar. Sebelum pulang, pelajar bersalaman dengan guru-guru dan saya tidak ketinggalan dalam majlis ini.

Hari ini pelajar pulang awal iaitu pada pukul 12.00 tengah hari. Saya juga tidak terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada En Elham bin Mohamad Soheh, Guru Besar Sek Keb Dato Seri Maharajalela, barisan Guru Penolong Kanan, dan semua guru-guru yang banyak membantu saya dari pelbagai aspek sama ada secara langsung ataupun tidak.






Bekas Cikgu Yang Pernah Mengajar......

Cikgu Rosmawati (merah) yang mengajar BI dan Cikgu Abrizah yang mengajar Matematik.

Ustazah Nur Suphia yang mengajar matapelajaran agama waktu darjah 2.

Guru kelas dan guru matematik waktu darjah 3, Cikgu Haliza

Mr Lee Whan Khah yang mengajar matematik darjah 6.

No comments:

Post a Comment