Santapan Rohani


Random Hadith Widget

Thursday, December 9, 2010

Luahan Rasa : Terjadi Lagi

Merujuk pos di sini..

Pada hari Isnin, 15 November 2010 seusai aku menjawab kertas peperiksaan yang terakhir pada pukul 5.00 petang aku terus mengambil motosikalku untuk pulang bercuti. Tidak sabar rasanya untuk pulang selepas sekian lama aku berada di Kedah. Aku menunaikan solat asar di dalam perjalananku dan terus menunggang melalui Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke kampung halamanku. Lebih kurang pada pukul 9.30 malam aku tiba di Seremban dan aku akan bermalam di sini kerana sudah berjanji dengan seorang sahabat dari Institut Perguruan Raja Melewar juga sebagai sahabat dari sekolah rendahku untuk pulang bersama-sama.


Namun malangnya kerana beberapa faktor aku terpaksa juga pulang sendirian. Aku bergerak dari Seremban pada waktu tengah hari dan aku menghala ke Melaka untuk berjumpa saudaraku. Hari sudah petang, aku mengambil keputusan untuk pulang ke Segamat dan sekali lagi menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke kampung halamanku.

Tiba di susur keluar Tangkak, aku menyalakan lampu 'signal'. Waktu menunjukkan hari hampir senja dan selepas aku mengambil selekoh di situ tiba-tiba pandanganku menjadi gelap. Aku tidak tahu kenapa tetapi dalam kegelapan itu aku terdengar yang aku melanggar sesuatu. Aku terus tidak sedarkan diri dan ketika tidak sedarkan diri itu aku boleh nampak sesuatu yang sangat menggembirakan/menyenangkan hatiku.

Aku tidak sedar aku kemalangan pada waktu itu sehinggalah aku tersedar sebentar di tepi jalan itu. Aku bagaikan tidak percaya aku sedang terbaring di tepi jalan dan aku lihat ada beberapa orang di sekelilingku yang menolongku. Aku tidak berdaya untuk bangun dan akhirnya menutup mataku.

Bila aku sedar lagi, aku berada di hospital. Seluruh badanku sakit sehingga aku tidak berdaya untuk bangun. Aku lihat kulit siku di tangan kiriku terkoyak dan luka besar di tangan kananku. Aku di tahan di wad selama tiga hari. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius yang menimpaku..

Kini selepas beberapa bulan berlalu, aku ingat segala-galanya. Ya, jelas sekali. Adakah aku nampak seorang wanita ataupun bidadari di dalam tidak sedarku itu? Wallahualam. Apa yang aku ingat aku rasa gembira sekali sewaktu tidak sedarkan diri itu sehingga aku rasa tak mahu sedar lagi. Tiba-tiba cahaya putih datang, sangat terang. Waktu itulah aku membuka mata.....










4 comments:

  1. besar nye jait 2..
    yup, msti ad hikmah..:|

    ReplyDelete
  2. dari aritu nk tanya, tp xsempat..
    apa yg mggembirakan yg azim nmpk time xsedar tu?
    =)

    ReplyDelete
  3. hmm, azim tak ingatlah..
    tapi memang rasa nak tersenyum je masa tak sedar tu. yang azim ingat sebelum sedar sekejap tu ada cahaya putih dan lepas tu baru azim buka mata.

    'la, accident ke ni? ke tengah mimpi lagi?' tulah yang azim tanya lepas sedar sekejap tu sebelum sambung tak sedarkan diri...

    ReplyDelete
  4. alaa, tba2 xingat plak.. emm, xpelarr.. always take xtra care 4 urself, alrite ~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat